25 April 2010
Alkohol? Arak?
oh hoo~ tiba-tiba dapat mesej dari seorang sahabat tadi,
"alkohol yang macam mana eh yang boleh buat solat?"
i berfikir sejenak. kepala ni macam scroll balik ilmu-ilmu di kotak-kotak ilmu dalam otak. lalu jari laju mengreply,
"alkohol yang dibuat dari bahan suci, dibolehkan..."
tiba-tiba sahabat tu tanya lagi,
"tapi kalau macam petrol tu, macam mana eh?"
urrmm~ i reply semula,
"petrol tu dari bahan kimia.. cumanya, kalau terkena anggota wudhu' macam tangan, kaki, kenalah bersihkan sebab dikhuatiri air wudhu' tak kena kulit.. kalau kena baju, mm~ alkohol ni tak termasuk dalam golongan najis pun.. macam ni kah maksud soalan tadi?"
sahabat bertanya lagi,
"alkohol tak suci tu macam mana?"
urmm~ yang part ni, i kena minta bantuan. perkara hukum-hakam agama bukan boleh buat main-main. maka, i terjumpalah satu blog,
Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat kepada Pusat Islam.Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku (jika ada).--------------------------------------------------------------------------------------------------
Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalamminuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.
1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.
2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.
3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.
4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.
5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.
1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.
2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya.
Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus.
Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.
Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (OH).
Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.·
Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.
Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.
Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.P
ada umumnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan.
Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)
Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.
Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh di makan.
Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
*perlu diingat bahawa alkohol adalah bahan kimia semulajadi yang terdapat di dalam petroleum, tumbuh-tumbuhan, haiwan malahan manusia. Alkohol dihasilkan oleh badan manusia setiap hari akibat daripada proses fermentasi bakteria ke atas karbohidrat.
Maka, diharap dengan penjelasan ini akan menghilangkan kekeliruan tentang alkohol....Wallahualam
ok, sumber dari sini
ramai antara kita yang konpius antara alkohol dan arak. ya, arak memang memabukkan dan jelas ianya haram. tapi, alkohol adalah bahan kimia yang belakang dia ada -ol *ni yang i belajar dalam subjek kimia*. sebatian karbon dan hidrogen yang ada ikatan-ikatan dia sendiri. ikatan dan bilangan karbon dan hidrogen dalam ikatan tu yang membezakan alkana, alkena, alkohol dan macam-macam al- lagi.
urmm~ pertanyaan menarik dari sahabat.. :)
kita manusia selalu alpa. perkongsian sesama sahabat menambah lagi ilmu kita. sama-sama mengajar dan belajar.
(^_~)v
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment