Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

08 April 2010

Mawar Syurga

Pemikiran Alia jauh melayang. Kata-kata ibu masih terngiang-ngiang di telinga. Dia ragu dan buntu. Tidak tahu untuk memberi kata putus. Dia baring. Pandangan dilempar ke siling. Majalah SOLUSI dicapai dengan harapan kata-kata ibu tadi mampu dilupakan seketika.

"Apa nak buat, ya?" Alia bertanya sendirian. "Istikharah!"

Pantas dia berlari ke luar. Mengambil wudhu'. Biarpun dia tahu untuk mendapatkan jawapan melalui solat istikharah bukan mudah, namun hanya daripada Allah petunjuk dipinta.

"Tadi keluarga Haji Wahid datang. Mereka tanyakan tentang Alia untuk anak mereka, Iqbal. Ibu belum beri apa-apa jawapan. Ibu serahkan kepada Alia sendiri." Suara ibu halus dari corong telefon.

"Haji Wahid? Iqbal? Ibu, Alia kan belum habis belajar lagi. Apa Alia nak jawab? Abah? Takkan abah tak cakap apa-apa?" Alia kebingungan.

"Abah pun sependapat dengan ibu. Apa-apa hal, biarlah Alia yang buat keputusan. Abah dan ibu rasa, tak ada salahnya. Alia pun bukan lama lagi habis belajar. Setahun aje lagi. Kita bukan buat benda jahat. InsyaAllah, Allah sentiasa bukakan jalan untuk perkara-perkara ibadah macam ni."

"InsyaAllah. Bagi Alia masa ya, ibu."

"Ok. Tapi jangan lama sangat. Tak elok pula biarkan keluarga Haji Wahid tertunggu-tunggu."

"Baik, ibu." Alia patuh.

"Fikirlah elok-elok. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam Warahmatullah, ibu."

*****

Usai member salam yang kedua, Alia menadah tangan. Segala puji ke hadrat Ilahi. Dengan penuh khusyuk dan tawadhuk, dia memohon petunjuk dari Ilahi. Semoga ujian yang diberi dapat ditempuhi dengan tenang. Dia perlu memilih. Dan kedua-dua pilihan amat berat untuk ditimbang. Dia berserah sepenuhnya.

*****

Kau pasti dengan keyakinan kau ni?

Aku pasti. Sebelah lain sisi hati menjawab.

Keputusan kau ni mengundang risiko untuk kau. Kau rela dengan tindakan kau?

Aku redha. Aku yakin. Sesungguhnya ini adalah rahsia Allah. Kita tak boleh nak tafsirkan. Dia Maha Mengetahui yang terbaik.

Lama Alia merenung telefon bimbit. Berat rasa hati untuk mendail nombor telefon ibu. Keputusan sudah diambil. Tinggal hanya dia memperkuat hati. Sesungguhnya dia redha jika ini yang tertulis untuknya.

"Assalamualaikum, ibu." Perlahan Alia memberi salam.

"Waalaikumsalam, Alia. Anak ibu sihat?" Sayup suara ibu.

"Alhamdulillah. Alia sihat. Ibu sihat?"

"Alhamdulillah, sihat. Baru tiga hari tak call. Alia dah rindu ibu, ya?"

Alia menguntum senyum. "Siapa tak rindu ibu sendiri. Ibu, Alia dah buat keputusan. Pasal pinangan Haji Wahid tu."

"Oh, cepatnya." Ibu terperanjat.

"Ibu juga yang kata, tak elok biarkan orang tertunggu-tunggu."

"Ok, ok. So, apa kata Alia?"

"Alia terima." Sepatah-sepatah, dengan jelas Alia menjawab.

"Alhamdulillah. Sekarang juga ibu call Hajah Saleha."

"Eh, jangan sekarang, ibu."

"Kenapa pula?" Puan Ramlah hairan.

"Sebab Alia tengah bercakap dengan ibu sekarang ni. Macam mana ibu nak call Hajah Saleha." Alia tergelak kecil.

Puan Ramlah turut ketawa mendengar kata Alia. "Sempat lagi bergurau budak kecil ni."

"Budak kecil? Alia dah nak jadi tunangan orang, ibu masih panggil Alia budak kecil? Relakah ibu nak tunangkan Alia ni?" Alia mengusik lagi.

Puan Ramlah melepaskan lagi tawanya. "Anak ibu ni. Mengusik aje kerjanya. Alia pasti dengan jawapan Alia?"

"Ada talian hayat tak, ibu?" Alia mengajuk dialog rancangan popular, 'Who Want to be a Millionaire'.

Puan Ramlah tertawa lagi. "Alia, ibu tanya ni. Alia dah pasti dengan keputusan ni?"

"Ya, ibu. Alia pasti, yakin dan redha." Alia berkata penuh yakin.

"Ok, nanti ibu bagi tau Hajah Saleha."

"Sampaikan salam Alia untuk family sana ye, ibu."

"Aih, dah pandai berbahasa family sana-sini."

"Ibu ni…" Alia seakan merajuk.

"Ok, ok. Nanti ibu sampaikan. Ada pesanan apa-apa lagi tak?"

"Tak ada dah. Itu je. Thanks, ibu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam Warahmatullah."

Alia menamatkan perbualan. Terasa ringan sedikit kepalanya.

*****

Alia mencium tangan Kak Izzati yang mewakili Hajah Saleha untuk menyarungkan cincin pertunangan di jari Alia. Air matanya menitis ketika Kak Izzati mencium pipinya. Dia redha. Dia masih yakin, Allah Maha Mengetahui yang terbaik.

"Kak, Iqbal masih di sana?" Alia bertanya Kak Izzati, kakak sulung Iqbal.

"Iye, Alia. Umi dengan walid pun masih di Madinah. Keadaan Iqbal masih belum stabil."

Alia bungkam. Ya Allah, selamatkanlah Iqbal.

"Umi sampaikan salam untuk Alia. Umi ucap terima kasih sangat-sangat sebab Alia sudi terima Iqbal walaupun keadaan Iqbal tak macam orang lain. Umi dan walid minta maaf. Alia ada pilihan untuk tolak pinangan umi dan walid tapi tak sangka Alia tekad dengan keputusan Alia. Akak pun tak sangka Alia sangat yakin sedangkan masa umi dan walid masuk meminang, Alia dah tahu yang Iqbal masih berperang dengan sakit kansernya tu."

"Kak, Alia yakin dengan keputusan Alia. Alia harap Iqbal sembuh seperti sedia kala dan cepat-cepat balik ke Malaysia." Alia mengesat air mata yang tidak putus jatuh.

Kak Izzati memeluk Alia erat. "InsyaAllah, Alia. Akak pun harap begitu. Kita sama-samalah berdoa. Alia rajin-rajinlah contact dia lepas ni. Semoga semangat untuk dia melawan penyakitnya pulih semula. Itu yang umi dan walid harapkan dengan kehadiran Alia dalam hidup Iqbal. Akak harap Alia pun kuat untuk hadapi semua ni. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku."

"Alia dah sedia, kak. Pada saat Alia buat keputusan ni, Alia memang cuba kuatkan hati. Niat Alia semoga Iqbal sembuh. Dan Alia ikhlaskan hati, kak. "

Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu ini dalam menempuh ujian-Mu. Rintih Alia dalam diam.

*****

Dedicated to my lovely friend, 'Alia'. Sesungguhnya hatimu sangat mulia 'Alia'. Nadia tak tau nak gambarkan macam mana, tapi Nadia olah cerita kamu menjadi cerita ni. Memanglah tak sama 100% tapi temanya sama, kan? Semoga Allah sembuhkan 'Iqbal'. Tentu 'Iqbal' lebih bersemangat melawan penyakit bila tahu 'Alia' menunggu dia di Malaysia. Kamu sungguh kuat! Kasih sayang Allah pasti bersama kamu…

……………………….


(-_-) speechless~

6 comments:

s a r a rusydin said...

speechless..cuma mampu doakan yg terbaek untuk 'alia' & 'iqbal'..

"perempuan yg baek utk lelaki yg baek..."annur : 26

Nadia Havez said...

sara>>
tu laa~ rasa macam tak pcaya je member sendiri hadapi bnda ni... ngatkan lam novel je..~

s a r a rusydin said...

betol3..org pon igt mule2 tu sekadar imaginasi..

waaa takot pulak rasenye bile dah besar nnt..macam2 bole jadi ~

Nadia Havez said...

alamak.. sekarang lom besar lagi ke?? hik3

Siti Hasunah Mohammad said...

salam...

subhanallah..semoga kawan nadia terus kuat~

Nadia Havez said...

wasalam,
yaa~ semoga mereka terus kuat.. masih tak percaya hakikat yang selama ni dalam novel, sekarang betul2 di depan mata..