Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

06 April 2010

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

selak-selak profile sahabat-sahabat kat fB (baca: facebook) tu, terjumpalah benda nih kat page azim.. menarik untuk dikongsi bersama. *aih, i punye posto blog ni dah lah link ke fB jugak.. alamatnya, kat fB i pun keluarlah benda ni. ouh, redundant data (mentang-mentang baru lepas taip tesis pasal database.. ikh!)*


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL

--
Abdullah Hadi Bin Mohd Taufik




kredit juga kepada penama di atas for this lovely.. err.. poem.. poem kott.. yaa.. sila hayati ya!

mm.. macam-macam perception boleh keluar lepas baca poem ni. secara kasarnya, jangan terlalu mencari yang sempurna. macam Mr. Nanaq pernah cakap kat aku suatu ketika dahulu *ececeh*,

"Jangan diikutkan sangat orang Barat tu. Diorang tu memang, tak berpegang pada agama. Kita diajar untuk menerima baik buruk seseorang seadanya sebab manusia tak ada yang sempurna. Bila dah jumpa seseorang, kau bukan mencari kekurangan dia, tapi kau menerima kekurangan dia dan dia menerima kekurangan kau. Kita boleh berubah menjadi kepada yang lebih baik."

*
Uih nanaq, aku ingat ayat ko neh!*




(^_~)v tak salah berkongsi ilmu..

No comments:

Post a Comment