Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

10 April 2010

Remaja dirogol abang mengandung 12 minggu

KOTA BHARU: Sakit perut yang dialami pelajar Tingkatan Tiga kelmarin membongkar kisah hitam dialaminya apabila remaja itu didapati mengandung 12 minggu dipercayai dirogol abang kandungnya di rumah keluarga mereka di Wakaf Bharu, Tumpat.

Terdahulu ibu remaja terbabit membawa anaknya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada jam 1 tengah hari selepas anaknya itu mengadu sakit pada bahagian perutnya, sebelum dikejutkan dengan hasil pemeriksaan doktor yang memaklumkan mengenai perkara itu.

Difahamkan remaja berkenaan menjadi mangsa rogol abang kandungnya yang berusia 24 tahun sejak Mac tahun lalu sebelum rahsia perbuatan terkutuk itu terdedah berikutan pemeriksaan doktor yang mengesahkan pelajar Tingkatan Tiga itu mengandung tiga bulan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian berkenaan dan suspek sudah pun ditahan bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, wanita berkenaan terkejut sebaik dimaklumkan doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan anaknya mengandung 12 minggu," katanya.
Sebaik mendapat laporan, polis bertindak menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 b Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Khalid juga memaklumkan bahawa maklumat yang diperolehi pihaknya mendapati remaja berkenaan dirogol di rumah keluarganya di sebuah kampung di Wakaf Bharu sejak Mac tahun lalu.
"Siasatan juga mendapati, mangsa mendedahkan perbuatan itu dilakukan abang kandungnya di rumah mereka dengan mendakwa semua perbuatan itu dilakukan sejak Mac tahun lalu sehingga Mac tahun ini.

"Pada masa sekarang, mangsa sedang menerima rawatan di HRPZ II untuk rawatan lanjut, bagaimanapun laporan pemeriksaan doktor yang merawatnya masih belum diperolehi lagi," katanya.

Beliau berkata, berikutan kejadian berkenaan, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 b Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

berita diambil dari sini


aduhhh~ nak menangis baca cerita ni. sepatutnya, abang bertindak melindungi keluarga, adik, tapi, ini yang jadi? inilah orang kata, harapkan pagar, pagar makan padi.

bila minta seorang sahabat baca, katanya,
"laa.. biasalah kes macam ni sekarang. hari-hari ada berita kes macam ni"

aduh, pedihnya hati dengar. what if benda ni berlaku dalam ahli keluarga kita sendiri? adik kita? makcik? kakak? anak perempuan?

aku rasa nak cincang lumat perogol tu. setakat penjara dan denda apa barang? kan? tak luak lah untuk orang yang tak ada perasaan macam tu. huh~!! bayangkanlah, kalau dengan adik sendiri pun dia sanggup buat, maknanya, dia memang jenis manusia yang tak ada hati perasaanlah kan, so, apalah sangat maknanya penjara tu pada orang macam ni kan.

bak kata my ex-roommate masa 1st year dulu, ana and the prince, "orang macam ni elok kasi potong je!" betul!

huh! kalaulah dia dihukum ikut hukum hudud......

baru LEGA.

('o.o')!!

7 comments:

  1. kasi potong dan cincang lumat2.. pastu bgi anjing makan..
    tak de hati perut langsung...

    ReplyDelete
  2. jelas lg bersuluh bahawa hukuman yg dilaksanakan skrg ni xmembawa apa2 perubahan kpd masalah sosial di kalangan rakyat malaysia khususnya. kerajaan kesayangan kita ni xreti2 lg ker???

    PRU akan dtg aku akan menyumbang kpd negara...nantikan kemunculanku...hahahaha...

    ReplyDelete
  3. aqma>>
    tu rr sal.. ya Allah.. tak tau nak katalah manusia hati binatang gini.. marahnya ya amat..

    ray>>
    ya, kita akan menyumbang kepada PRU akan datang.. tapi, pada nadia, orang kalau dah dapat kuasa, sama je semua.. huhu~ tinggal kesedaran masyarakat aje lah yang boleh mengubah...

    ReplyDelete
  4. blom cube blom tahu...meh kite try skali nak???
    ade bran?
    hehee.. :P

    ReplyDelete
  5. huhu~ akhirnya bukan kerajaan sebenarnya yang menghidupkan perundangan Islam tetapi hakikatnya setiap individu muslim lah yang bertanggungjawab untuk hidupkan perundangan Islam dalam diri mereka...

    kerajaan hanyalah melaksanakan apa yang diperuntukan Islam kepada mereka dalam lingkungan tertentu...contoh, pelaksanaan hudud, qisas, takzir...

    Bagaimana nak kembalikan perundangan Islam ke dalam jiwa setiap individu?

    hmm...kita sama-sama renungkan...

    "Barangsiapa Allah menghendaki kebaikan pada dirinya, maka Allah memberikan mereka kefahaman dalam agama" (HR Muslim)

    ReplyDelete
  6. 'asim>>
    betul3.. setuju jugak dengan 'asim...
    back to basic orang kata... pada akak, pembentukan dan penerapan nilai murni dalam family tu... peranan ibu bapa didik anak-anak... dan peranan masyarakat jugak.. huU~ kalau lah semua orang play their role.. urmm~

    ReplyDelete