Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 August 2010

1 lagu, 2 makna

:: Bismillahirrahmanirrahim ::In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::



keadaan kita memang sukar
bukan kerna cinta yang menghalang
walaupun terpaksa kita terpisah
namun hanya untuk seketika saja

*ya, terpisah. sekejap je. tak lama kan. so sabar ya.. :)


tak pernah lepas dari cubaan
dalam perjalanan percintaan
tapi kurelakan cintaku untukmu
yakin pada tulusnya kasihmu

*bila dah terpisah, kenalah saling mempercayai kejujuran dan kesetiaan masing-masing. ^_~


hanya kerana cinta kumelangkah jauh
sanggup menyepi mencari ilhamku
tak ada yang lebih dari itu

*kadang-kadang bila berjauhan, kita boleh memikirkan diri sendiri. ruang untuk diri sendiri.


hanya kerana cintaku bersujud pasrah
mengharapkan belas maaf darimu
tak ada yang lebih dari itu

*rela dengan segala yang berlaku...


ni kalau faham dari sudut yang macam ni. cuba pandang dari perspektif yang lain. manusia boleh mentafsir dari pelbagai sudut pandangan.

:)

thinking and thinking...


keadaan kita memang sukar
bukan kerna cinta yang menghalang
walaupun terpaksa kita terpisah
namun hanya untuk seketika saja
-->memisahkan diri dari dunia


tak pernah lepas dari cubaan
dalam perjalanan percintaan
tapi kurelakan cintaku untuk-Mu
yakin pada tulusnya kasih-Mu
-->mengharap pada yang Esa


hanya kerana cinta kumelangkah jauh
sanggup menyepi mencari ilhamku
tak ada yang lebih dari itu
-->muhasabah diri


hanya kerana cinta kubersujud pasrah
mengharapkan belas maaf dari-Mu
tak ada yang lebih dari itu
-->penghambaan kepada-Nya


ok, faham anda-anda semua? ^_^ *sila ambil yang positif, buang yang negatif*

24 August 2010

Susah Payah

:: Bismillahirrahmanirrahim ::In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ni sebenarnya tajuk hot chat hot fm semalam kalau tak silap. semalam eh? entah. sejak kerja ni dah lupa hari daa... mana ke tidaknya, hari-hari kerja termasuk sabtu ahad, so dah tak ingat hari ni hari apa. tapi i masih ingat, kita masih di bulan puasa. thee~

kalau bulan puasa pun tak ingat.... urmm~ itu sengaja tak ingat namanya.. ^_^

cakap tentang susah payah ni, ada satu cerita sadis yang hendak paksa u olls~ baca. so, sila sediakan sekotak tisu di sebelah anda. ye, saya takut air mata anda akan mengalir ke atas keyboard dan seterusnya mengakibatkan renjatan elektrik ke atas jari-jemari anda. orang bulan-bulan puasa ni jari luka sebab mercun, u olls~ sebab kena letrik pula.. -_-" eh eh, jangan mendoakan yang tak baik... tak tak... harap kita semua sihat sejahtera hendaknya, insyaAllah...

kejadian ni berlaku around 12 tahun lepas. hah, congak-congak. umur i berapa masa tu? u olls~? masa tu umur i 11tahun, darjah5.

alkisah ni berlaku masa dunia tengah kecoh-kecoh pasal Piala Dunia. France'98. kejadian berlaku start macam mana, i pun tak ingat dah. yang pasti, i tak boleh bergerak selama hampir 2bulan. it means, kaki i lemah, asal nak berdiri je jatuh.

pergi hospital. mula-mula doc kata terlebih dos ubat. sebab at the moment, i kena serang asthma. hot mommY bagi i ubat asthma, serentak dengan ubat batuk and macam-macam ubat lagi. yelah, anak sakit wo0o. plus malam tu kena pergi hospital, amik gas untuk budak-budak asthma. masa tu i baru 11tahun, ok? so, budak-budaklah kan?

tiba-tiba nak pergi sekolah kot, kaki tak boleh gerak. i rasa berat sangat, sampai i menangis. masa tu, daddy co0L tak ada. he is somewhere, outstation, bukan di malaysia. hot mommy yang bawa i ke sana sini, jumpa doktor sana sini. kesian ibu. berapa banyak duit yang dihabiskan untuk mengubat i. hot mommy bukan pandai drive pun. so, kami pergi berubat sana sini naik teksi. since condition i masa tu tak membenarkan i naik bas.

i ingat lagi, nak ke mana-mana, hot mommy akan papah i. sungguh, beliau ibu terbaik! dengan nak menyara family, bawa i berubat.

i kena jumpa doktor kat HUKM regularly, bahagian pediatrik. ada la rawatan-rawatan yang i kena buat. di samping tu, mana saja hot mommy dengar ustaz-ustaz yang boleh buat rawatan tradisional, hot mommy akan bawa i.

papah i.

masa mula-mula tak boleh berjalan tu, nak pergi ambil wudhu' pun tak boleh. hot mommy yang amikkan wudhu' untuk i. i solat dalam keadaan duduk, kaki melunjur. sepanjang waktu tu, i hanya berbaring kat ruang tamu, hot mommy ambilkan makanan, tiap masa urut-urut kaki i, dalam masa yang sama she still working! menjahit.

mandi lagi payah. bayangkanlah, tak boleh bergerak. macam mana ibu nak mandikan i? papah i ke bilik air.

dan sepanjang 2 bulan terlantar tu, i ada perangai pelik. i tak boleh makan makanan lain selain ikan sembilang berlada untuk lunch, dan nasi goreng yang dibeli di kedai pakchu *dekat-dekat dengan rumah* untuk dinner. kalau makanan lain, mesti i akan muntah balik. pelik kan?

masa berubat cara tradisional, makcik tu kata i terkena buatan orang. betul ke tidak, wallahualam. tapi i kena pergi rumah makcik tu 3kali seminggu untuk berubat. alhamdulillah, lama-lama i beransur pulih. 2 bulan tak datang sekolah! around august until october.

sepanjang 2 bulan tu, ibu sentiasa papah i. umur 11tahun, badan i tak jauh beza pun dari sekarang, ok. bayangkan. dengan perangai-perangai pelik i, ibu kena layan. dengan bersengkang mata sara family lagi...

lepas i dah beransur pulih, going back to school. first few weeks ibu hantar sendiri, naik teksi! papah i naik ke kelas. kelas i kat tingkat 1 masa tu. dengan beg yang beratnya minta ampun. balik sekolah, ibu dah tunggu, dengan teksi.

sungguh i tak tau nak cakap macam mana keadaan masa tu. engineer tupperware dan eno wutta wutta pun kecil lagi. engineer tupperware umur 8tahun, eno wutta wutta 3tahun.

sedih bila teringat balik zaman tu. ibu tak pernah jemu cari, tanya sana-sini tempat berubat terbaik untuk pulihkan i. di samping jumpa doktor di hospital.

T___T menjaga anak yang lumpuh separuh badan, mencari penawar untuk anaknya, ibu tak pernah putus asa.

so, i tak boleh putus asa kalau hanya setakat dugaan hidup yang tak seberapa.

"kita hidup ni ada banyak pilihan, nadia. pilihlah yang mana kita nak. lepas memilih, laluilah apa sahaja jalan di hadapan pilihan tu, jangan toleh ke belakang. sabar dengan apa yang ada, kuatkan hati untuk tempuh semua dugaan atas jalan yang kita pilih..." -Sovia Deni Masri, 2003.


she is a great woman!

22 August 2010

Sinar

:: Bismillahirrahmanirrahim :: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Bagaimana

Hendak kuungkap rasa ini

Terlalu perit, pedih

Hatiku sakit, jiwaku hancur

Jalan berduri itu terlalu busuk


Aku tenggelam dalam duniaku

Aku hilang dalam bisikan durjana itu

Aku hanyut, hilang arah, lemas

Jalan itu kulalui terus


Bagaimana hendak kuakui aku hamba-Nya

Sedang diri ini terlalu hina, kotor dan jijik


Tiba-tiba kurasa kosong

Tiada apa

Pandangan hadapan kelihatan samar

Aku berhenti sejenak

Diam dan melutut

Lelah ku

Tarik nafas sedalam-dalam walau busuk itu menusuk hidung


Ada setitik cahaya putih

Aku ikut

Ku melangkah laju

Aku berlari

Mengejar cahaya putih itu

Aku perlukannya tinggalkan dunia kelamku


Cahaya itu

Cerah, tidak pernah kulihat

Cantiknya

Makin ku ke depan, makin terang

Sungguh aku teruja!


Hatiku bagai disiram air, sejuk

Dingin rasanya

Tenang


Pipi disapa bayu lembut

Sungguh aku tenang

Harum bau pabila alunan zikir

Dan munajat kepada-Mu meniti di bibir


Segala puji untuk-Mu, ya Tuhanku!

Kau uji diriku dengan kelalaian dunia ini

Kau juga membawa aku pulang semula

Dengan menghantar sinar itu


Walau segunung sesal kuhimpun

Belum tentu mampu menebus khilafku

Walau tiap saat nama-Mu di bibirku

Belum tentu hatiku bersih suci

Walau berpuluh tahun Lailatul Qadr kukejar

Belum tentu diriku ini layak memandang-Mu


Ampuni aku...


Nadia Havez – 220810 – 1319H

Jangan anggap orang yang berdosa lebih jahat dari kita kerana sesungguhnya hidayah milik Allah dan bila-bila masa sahaja Allah akan berikan hidayah kepadanya dan menarik hidayah kita. Mungkin suatu hari nanti dirinya akan lebih mulia di sisi Allah daripada kita yang mencercanya dulu... Nauzubillah..



21 August 2010

Lelaki? Materialistik?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

wah wah.. hangattt.. panasss... topik ni sangat hangat dibincangkan waktu rehat semalam, kat office. dengan cik aida dan cik ana. oh, kami tidak mengumpat di bulan yang mulia ni. hanya mengupas isu yang semacam trend sekarang ni. kami dibantu oleh panel tambahan hairul dan lan dan fairuz (selepas mereka pulang dari solat jumaat) serta kadang-kadang kak su join sekaki. lelaki sekarang, memilih perempuan bersandarkan eset yang perempuan tu ada.

betul ke tak?

sebab nampak macam dah makin ramai lelaki sekarang berkahwin dengan perempuan yang berharta. oh, kenapa pula perempuan sekarang ramai yang berharta? dengan situasi dunia akhir zaman sekarang, yang perempuan lebih ramai, maka lebih ramai perempuan yang bekerjaya tetap berbanding lelaki.

oh, di mana lelaki? *kat office banyak*

betul tak kalau i cakap, lebih ramai degree holder sekarang di kalangan wanita.

maka, sebagai pemegang ijazah sarjana muda, gaji perempuan itu lebih tinggi.

so?

statement dari salah seorang panel yang disebut tadi, "aku, kalau ada mak datin nak kat aku, aku sanggup."

kami ketawa.

sampai aida sebut, "habis tu, apa nasib kami, perempuan yang gaji setakat seribu je ni? tak ada siapa nak kat kami..."

keadaan nampak macam, lelaki lebih menginginkan jaminan hidup, macam memerlukan pergantungan. dah tu, bukan fitrah seorang wanita ke yang memerlukan tempat bergantung? mungkin juga perempuan sekarang ramai yang mampu berdikari. tapi sekali lagi berbalik kepada fitrah wanita tu sendiri, memerlukan tempat pergantungan, bukan dari segi material sahaja.

pada i lah, benda ni bukan depends on gender. lumrah manusia, perlukan sesuatu sebagai jaminan dalam hidup ni. tak kiralah perempuan ke, lelaki ke. semua orang pun, yang namanya manusia, mahukan kestabilan. bak kata encik harris, we need stability and security in our life. i setuju dengan statement tu.

tapi, adakah dengan banyak harta, itu jaminan stability kita? macam mana kalau hidup kaya raya, tapi keadaan hidup tu sangat dull, tak ada kemesraan dalam family, masing-masing buat hal sendiri. apa makna hidup yang macam tu? bosan. tak ada pengisian, kosong.

dalam memandang hidup di hadapan, kita tengok balik, apa matlamat kita dalam hidup di sini plus hidup 'di sana'. kadang-kadang kita terlalu memikirkan jaminan hidup di sini sampai kita terlupa ada hidup di sana yang lebih panjang, yang lebih perlukan bekalan.

kita bukan hanya perlu makanan fizikal, i mean macam nasi, ayam, daging *wah wah, sebut makanan di bulan puasa*. kita pun perlukan makanan rohani. uh uh, kita mesti terlupa yang rohani kita ni 'lapar'. dah bertahun tak diberi makan. perasan tak?

satu lagi situasi, education level.

ada seorang panel sebut, "kalau perempuan tu berjawatan besar, pergi mana-mana dinner contohnya, dia bawa husband dia yang hanya kerja kecil-kecilan. soalan pertama yang orang akan tanya adalah, husband u belajar mana?"

oh oh. hatta kalau lulusan PMR sekali pun, lebih bagus lelaki yang berkelulusan PMR tapi punya vision, mission, work hard, mahu berusaha, bertanggungjawab daripada lelaki lulusan master yang tau goyang kaki, tak mau usaha ke arah better life. apa orang yang tamat SPM sahaja tak boleh jadi kaya ke? dan orang yang berkelulusan tinggi tu, rezeki boleh datang golek-golek ke kalau tak ada usaha?

habis tu, dah berkurang lelaki yang berpendidikan tinggi, perempuan bujang yang ada Ph.D tu nak pilih siapa jadi suami?

tepuk dada, tanya selera.

hot mommY pesan, "asalkan dia bertanggungjawab, tau apa yang dibuat sebagai ketua keluarga, itu dah cukup. jangan cari suami orang. bayangkan apa perasaan kita melukakan hati perempuan lain, bukan setakat perempuan lain, tapi hati anak-anak dia juga."

tapi ada pesanan hot mommY yang paling penting, "sebelum fikir semua tu, tengok balik diri kita ni. dah layak ke untuk menikah? mampukah? dah tau ke urus rumahtangga?"

"tak..."

"sebagai perempuan, dah cukup ke segala ilmu nak mentadbir 'syarikat' sendiri nanti?"

"tak..."

"dah tahu memasak ke?"

"tak pandai..."

"dah tahu mengemas ke?"

"tak reti.."

"dah tahu ke nak urus semuanya nanti sendiri? dah pandai jaga anak?"

"tak tau.."

"so, jangan gatal nak kahwin lagi. lengkapkan diri dulu."

oh oh. makan dalam.

inilah perempuan!

-_-"

20 August 2010

Ramadhan, hikmah?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

masa kecil-kecil comel-comel kan, ustazah ada cakap, syaitan kena ikat masa bulan puasa kan. masa tu i akan rasa selamat di bulan puasa. sebabnya, tak ada syaitan, maka tak adalah hantu. bahah! i psiko si engeineer tupperware. kalau nak ke tandas, dia mesti nak i temankan *tunggu depan pintu tandas hokay.. bukan join masuk tandas sama...* time bulan ramadhan je, i akan cakap, "ira, syaitan kan kena ikat bulan puasa ni. so, tak ada hantulah. tak payah lah takut masuk tandas."

dan engineer tupperware percaya cakap i.

heheh.

dulu i tak faham maksud syaitan kena ikat tu. kenapa syaitan kena ikat pun, i still malas solat? *ni kes masa zaman-zaman sekolah rendah. liatnya masyaAllah... -_-"*

dah besar sikit, baru faham kenapa.

walaupun syaitan kena ikat, manusia ada nafsu, dan sifat diri dia sendiri. hasutan syaitan tu macam pemangkin untuk berbuat jahat, tapi kalau diri kita sendiri pun tak pandai kawal, takkan nak salahkan syaitan jugak. theee~

tu kes syaitan.

:::::::::::::::::::::::::::::

bulan ramadhan sinonim dengan solat terawih. oh oh, masa sekolah menengah dulu i tersangatlah rajin pergi terawih kat masjid Al-Akram tu. boleh kata tak pernah miss kecuali time 'cuti' -_-" hujan lebat, terik mentari pun sanggup kuredahi. eh. ok, tipu di situ. tak ada terik mentarinya, solat terawih lepas isya', LOL.

i suka pergi solat terawih sebab masa terawih la jumpa balik member-member sekolah rendah yang dah tak sesekolah menengah dengan i. buat solat 8 rakaat je. lepas tu keluar lepak kat tempat morekh tu, sembang dengan sahabat-sahabat tu sampai orang yang solat 23rakaat pun habis solat. balik rumah, konon-konon macam i solat full. bahah! notty girl sungguh.

i paling suka tunggu malam 24ramadhan. sebab tu birthday i. malam jumaat terakhir di bulan ramadhan, 1407H, i dapat tengok dunia ni. :D

:::::::::::::::::::::::::::::

apa lagi yang seronok di bulan ramadhan? bulan ramadhan ni kurang sikitlah asap rokok berkepul-kepul di udara. yelah, tak boleh merokok kan? kecuali orang yang bukan beragama islam, dan orang islam yang tak sedar diri merokok di siang ramadhan. betapa ni hikmah yang sangat best! kurang sikit pencemaran udara.

so, kepada perokok-perokok sekelian, usahalah berhenti merokok di bulan ramadhan, dan teruskan di bulan seterusnya. dah berapa banyak duit yang u olls~ 'bakar' untuk rokok tu? kalau u olls~ kumpul semua duit yang 'dibakar' tu, agaknya bagi yang bujang, dah boleh cukup duit kahwin kan? nak kahwin tak? *ni soalan kepada lelaki yang bujang 4 sahaja. bukan bujang 3 @ 2 @ 1.*

:::::::::::::::::::::::::::::

lagi kebaikan yang ada di bulan ramadhan, masjid-masjid dan surau-surau ramai orang. kalau tak, tunggu waktu solat jumaat aje lah baru masjid tu penuh sesak. salah satu tanda kiamat, dibangunkan masjid dengan megah dan hiasan yang cantik-cantik di merata tempat namun amat sedikit yang mengimarahkannya.

teringin solat terawih dekat masjid sultan mizan putrajaya tu. awak, jom!

:::::::::::::::::::::::::::::

apa lagi ya? oh oh.. time bulan ramadhan la umat manusia sangat bermurah hati menghulur duit, ke sana sini especially untuk anak-anak yatim piatu.

i pernah sembang dengan seorang kanak-kanak di sebuah rumah anak yatim, kata dia, "bulan puasa aje lah kami rasa dihargai, rasa wujud di dunia ni. kalau tak, siapa pun tak pandang kami." i sedih, bersyukur masih ada ibu dan ayah yang sangat menyayangi i. T____T *air mata menitik di kala menaip entry ini*

:::::::::::::::::::::::::::::

lagiiii~ bulan ramadhan ni, sesuai sangatlah untuk kita cuci balik hati kita ni. tumpahkanlah air mata sebanyaknya di hadapan Dia. ya Allah... macam paip air dah mata ni.


Ampuni aku ya Allah...

T____T

15 August 2010

Berdosakah Aku?


:: Bismillahirrahmanirrahim :: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ya, saya tau saya salah.

tapi janganlah marah saya teruk sangat.

maafkan saya.

awak dah tak nak kawan dengan saya?

T___T

bagilah peluang saya betulkan silap saya.

jangan biarkan saya terkapai lagi...

ampun.. T____T

Nikmat ditarik

:: Bismillahirrahmanirrahim :: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hari ke-5 bulan Ramadhan. masih di awal ramadhan. rasa macam bulan ramadhan tahun ni sangat banyak dugaan datang. rasa betul-betul teruji. tiba-tiba teringat pula lagu in-team, damba kasih.

"semakin cuba ku dekati, semakin kuat pula Kau mendugai aku.."


tapi walaupun macam-macam ujian datang, pada i, semua tu nak tambah kecekalan hati kita, ketabahan hati kita. positif positif. hari pertama, ok lagi. masuk hari kedua, dah rasa tak sedap badan. macam orang tak pernah puasa! masya-Allah, dengan rasa tekak loya, kepala pening dan rasa berat. masa tu tak ada lain, istighfar banyak-banyak. dah terasa nak termuntah masa tu. pujuk hati, sabar nadia.

hari ketiga, pagi-pagi kena sengat tebuan. datang dari mana entah tebuan tu. sengat di kaki. ya Allah, mengalir air mata menahan sakit. menjerit i menyebut nama Allah, berulang-ulang kali. teringat kata seorang sahabat dulu,
"ni lah manusia, bila sakit baru nak ingat Allah."

sahabat, kata-katamu itu sangat memberi kesan mendalam.
daddy co0L kata, tak perlu ambil injection di hospital. so, i dengan selamba pergi kerja. few hours later, tangan dah start kebas, mata berair, badan jadi lemah, kepala pening, jalan dah terhuyung-hayang. so, bagitau boss, boss suruh pergi klinik, "sekarang jugak!" ok. baik.

pergi ke klinik idzham seorang diri.

doktor bagi injection dan pesan, "nanti muka awak akan bengkak-bengkak. saya bagi ubat alergi, ok?"

masa tu relax lagi. sempat lagi buat kerja lepas balik dari klinik walaupun dapat MC. sampai boss sound, "ni bila nak balik?"

eh eh. macam menghalau. hahahaha. tak tak. sorriii bos. ^_^

bila mata dah start membengkak, tangan menggigil, terpaksalah pulang juga ke rumah. tak boleh drive. nasib baik sahabat-sahabat se'office' yang baik hati tolong hantarkan ke rumah. waktu lunch. eh. bulan puasa, waktu lunch? err, waktu rehat ye tuan-tuan dan puan-puan. sampai rumah, terus tidur sebab dah terhuyung-hayang sangat, bangkit pukul 6petang. -_-"

hari ke-4 pula. ni paling dahsyat. tengah sujud, rakaat pertama solat subuh, terlupa bacaan semasa sujud. aduhhh~ nasib baik sujud tu bukan rukun qauli. ni betul-betul Allah bagi kesedaran, yang Dia boleh tarik nikmat kita bila-bila masa.

"bagaimanakah nantinya, jika berhadapan dengan-Mu,
sudikah kau menerima hamba-Mu yang hina ini...

andainya dihitung amalanku
belum pasti dapat kuhampiri gerbang syurga-Mu"


muhasabah diri, mensuci hati di bulan ramadhan. moga istiqamah hendaknya.

(T___T) ampuni aku...

11 August 2010

30 hari mencari cinta

Bismillahirrahmanirrahim~
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful~

Ramadhan Ramadhan Ramadhan.

Masa solat terawih tadi, rasa nak menitik air mata. Syukur dapat jumpa sekali lagi dengan Ramadhan. Ada sedikit tazkirah kat office tadi yang rasa macam nak kongsi ^_^ Hope dapat mengejutkan kita yang leka. Pesanan untuk diri sendiri juga.

Kenapa kita ada al-Quran?
Setiap mesin, mesti ada manual penggunaan kan? Urmm~ manusia ni adalah mesin yang diciptakan oleh the Greatestest Creator, Allah s.w.t and of course, sebagai mesin, kenalah ada manual penggunaan supaya dapat dikendali dengan baik kan? Macam tu juga lah fungsi Al-Quran. Macam 'MANUAL PENGHIDUPAN MANUSIA'.
Sebab tu Al-Quran tu dikatakan sebagai petunjuk, pandu arah, MANUAL kehidupan kita sehari-hari. Alangkah indahnya hidup kalau 100% ikut manual. Confirm sistem badan kita terjamin selamatnya.

Puasa macam washing machine.
Kenapa? Sepanjang tahun, macam-macam perkara yang kita lakukan. Jadi Allah s.w.t jadikan bulan Ramadhan ni sebagai bulan untuk mensucikan hati. Dosa-dosa mereka yang mengamalkan dan menghayati Ramadhan sesungguhnya, diampunkan. Subhanallah. Rasa macam baby baru lahir kalau kita betul-betul 'sental dengan clorox, dynamo dan bubuh sedikit softlan atau downy' untul Ramadhan kita. Ya Allah, ampunkan dosa hamba-Mu!

30 hari mencari cinta.
Tak lama. Hanya 30 atau 29 hari sahaja untuk kita rebut peluang. 'Bos' besar nak bagi 'gaji' berlipat kali ganda. Andaikan bahawa bulan-bulan biasa, kita dapat gaji RM1000 je. Tapi bulan Ramadhan ni, 'Bos' baik hati nak bagi RM27000! Siapa tak nak 'duit' banyak macam tu! Hanya dengan jatuh cinta. Oh, jatuh cinta dengan manusia, senang. Tapi jatuh cinta dengan Pencipta? Mari kita sama-sama cari cinta-Nya. I tahu, susah untuk betul-betul mencintai Dia.


Jom kita rebut ganjaran pada bulan ni. Caranya, tiap kali terdetik dalam hati untuk beramal, tanamkan dalam hati, contoh kalau terdetik nak berjemaah solat isya', bisik dalam hati, "eh, nanti dapat ke tak aku jumpa Isya' 1Ramadhan lagi?"
InsyaAllah, lebih mudah untuk kita top up amalan kita.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami.

Jom niat puasa!

10 August 2010

In the evidence of ITS BRILLIANCE AND LOVE...

Bismillahirrahmanirrahim~

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful~

How, I'd give everything that I have,
To have love from You back for all I gave,
Everyday more...oh my Creator...

When, if ever I go to far,
It's because of the things you are,
My only adore'...I love You...

Why, if I need a moment's rest,
Give my Lover the very best,
Real eiderdown...and silence...

What, is the good of all the success,
If there's no one to cherish and obsess,
A serious flaw...I hope You know that...

Everything done, will be justified by His foundation..

:: credit to Wan Frany Muhtaddin ::


01 August 2010

Doa, Yakin.

Bismillahirrahmanirrahim~


 

Mari review SOLUSI bulan ni. Edisi ke-22. Fokus utama, tentang doa. Mesti kita semua pernah dengar, "Doa adalah senjata orang mukmin". Ye, senjata. Tapi ramai antara kita yang tak gunakan senjata tu dengan baik. Tak manfaatkan senjata yang ada.


 

Eheh. Masa kecil-kecil zaman naïf tulus suci murni dulu kan, ustazah ada pesan,

"Sentiasalah berdoa kepada Allah, sebab doa tu senjata orang mukmin. Kepada Allah tempat kita nak meminta, kepada Allah kita bergantung."


 

Sebagai kanak-kanak yang sentiasa curious, I pun wondering,

"Kenapa kita kena berdoa? Sedangkan Allah kan Maha Mengetahui apa yang kita nak? Allah kan tahu apa yang kita inginkan..."

Sampai satu tahap masa kecil-kecil dulu, I hanya berdoa,

"Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang hamba-Mu ini inginkan. Amiin..."


 

Tak lama lepas tu, I terbaca satu artikel. Kesimpulannya macam ni,

Allah Maha Mengetahui segalanya, namun sebagai hamba,doa tu perlu untuk menunjukkan kesungguhan kita ke atas apa yang kita inginkan.

Sebagai contoh, kita ada pembantu rumah lah kan. Satu hari kita masak sedap-sedap. Dan kita tahu, dah tentu pembantu rumah kita nak rasa makanan yang kita masak tu. Ya, kita tau sebab pembantu rumah tu terjengah-jengah ke dapur, sampai dah meleleh air liur. Sebagai pembantu rumah (hamba), dia meminta sedikit makanan tu. Dan sebagai tuan rumah yang sangat pemurah dan baik hati, tentu kita akan bagi makanan tu kepada pembantu rumah kita selepas dia meminta.

Kenapa tak terus bagi je tanpa meminta-minta? Kata tuan rumah tu baik hati.

Lepas pembantu rumah meminta, baru tuan rumah nampak yang pembantu rumah ni benar-benar ingin rasa makanan tu.

Betul tak?


 

Macam tu jugaklah kita sebagai manusia ni, hamba pada Pencipta. Doa tu tanda pengabdian kita pada-Nya. Tanda kita mengakui kekuasaan-Nya. Siapa kita nak melawan Dia.


 

Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya. Janganlah putus asa, dan jangalah tiba-tiba kita rasa Allah takkan makbulkan doa kita. Hoh, kalau doa hat buruk-buruk tu memanglah Allah tak makbulkan.

Ibarat seorang anak minta ibunya belikan arak. Takkan ibunya belikan, kan?

Allah sentiasa sayang hamba-Nya. Sebab Allah Maha Penyayang. Tak sekarang, nanti Dia akan makbulkan. Yakinlah.


 

Mungkin kita ni manusia tak sedar. Allah dah bagi banyak dari apa yang kita minta. Mungkin juga, kita ni tak sedar, tak bersyukur tiap kali permintaan kita dimakbulkan. Manusia sentiasa ada kekurangan.


 

Ada satu kisah tentang doa dan keyakinan ni. Nak baca ke? Tak nak baca, boleh tutup page ni. Kalau nak baca, sila teruskan. Saje nak kongsi cerita best ni. Kalah cerita Twilight.


 

Alkisah zaman dulu kala. Ada satu family ni, hidup susah. Family ni terdiri daripada suami, isteri dan seorang anak. Walaupun family ni susah tapi keimanan mereka tinggi. Suami isteri ni selalu didik anak mereka supaya yakin dan percaya dengan kewujudan Allah s.w.t.

Satu hari si ibu cakap kat anak dia, "Allah tu Maha Penyayang. Dia akan bagi apa yang kita minta."

Si anak tu tanya, "Macam mana kita nak meminta daripada Allah?"

Ibu dia jawab, "Pergilah ke tingkap, tadah tanganmu ke langit dan mintalah pada Tuhan. Dia adalah Tuhan yang Maha Mengasihani."

Si anak ni pun nak test lah. Betul ke apa yang mak dia cakap. So, dia pergi tingkap, tadah tangan dan berdoa, "Ya Allah, aku lapar, aku ingin makan roti."

Si ibu ni mendengar, lalu cepat-cepat dia sediakan roti di meja makan.

Lepas si anak berdoa, dia ke meja makan dan nampak sudah ada roti tersedia. Si anak ini yakin Allah telah makbulkan doanya dan makan dengan rasa penuh syukur.

Begitulah seterusnya anak ini sentiasa berdoa, ibu dan bapanya juga cepat-cepat sediakan apa yang didoakan.

Namun satu hari, suami isteri ni pergi somewhere dan tinggal si anak seorang di rumah. Si anak tiba-tiba lapar dan dia pergi ke tingkap, menadah tangan, berdoa,

"Ya Allah, berilah aku makanan kerana sesungguhnya hamba-Mu ini sangat lapar."

Setelah itu, anak itu terus ke meja makan dan banyak makanan telah tersedia di meja. Si anak pun makan dan bersyukur. Tiba-tiba suami isteri tu pun pulang. Mereka terperanjat melihat banyak makanan di atas meja dan juga buah-buahan di luar musim.

Si ayah bertanya, "Mana kau dapat semua makanan ini, nak?"

Si anak menjawab, "Dari Allah yang sentiasa memberiku makan itulah..."

Suami isteri ni pun realize yang anak mereka dah sampai tahap tinggi keyakinannya kepada Allah s.w.t.


 

Macam tu lah lebih kurang ceritanya. Tapi ni cerita di zaman Nabi. Masyarakat pada ketika itu iman mereka sangat kuat.


 

Siapalah kita, manusia akhir zaman ni, hendak dibandingkan dengan puncak iman dan taqwa mereka yang sentiasa merendah diri di hadapan-Nya?


 

Peringatan untuk saya. Dan kita semua.