Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

26 November 2014

Tips Kurangkan Batuk, Selsema dan Demam

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Di sebalik setiap kejayaan lelaki, pasti ada seorang wanita..
Di sebalik penyakit tiga kombo; demam, batuk dan selsema, pasti ada jalan penyelesaian.

Amacam? Can go ke cannot go perumpamaan tu? Tehee~

Masa kecil-kecil dulu, aku selalu sangat diserang batuk, selsema dan demam. Boleh kata pergi hospital @ klinik tu perkara normal lah. Dan makan ubat tu dah macam sebati dengan hidup aku. Benadryl? Piriton? Loratadin? Paracetamol? Semua tu macam makanan ruji lah pendek katanya.

Sampai satu tahap, aku tak mampu lagi dah telan apa-apa ubat. Semua ubat cannot go you know? You know cannot go? Makan ubat apa pun tak jalan. Especially kalau selsema lah. Habis sepapan pil tu, belum tentu selsema aku sembuh. Aku pun naik fed up dah malas nak makan ubat. Bila datang selsema, demam, batuk, aku biar je. Biar dia. Biasa dia tu! Biar je lah sampai dia sembuh sendiri. Kadang-kadang sampai naik sakit kepala aku sebab terbersin tak henti. Dekat sebulan jugak lah kalau tiba-tiba aku kena serang selsema batuk ni.

Tapi lately ni aku terperasan, aku jarang dah terkena batuk selsema demam tu. Kalau dulu, mahu 2 minggu sekali aku kena demam batuk selsema… atau paling lama boleh bertahan pun sebulan sekali. Sekarang ni… aku rasa dah dekat 7 bulan aku tak demam.

Dan aku pun fikir punya fikir, apa yang membuatkan aku dah jarang kena penyakit kombo ni sekarang.

Ting!

1.       Amalkan minum air masak dengan banyak @ secukupnya.
Dulu selalu keluar iklan kat TV, minum air 8 gelas sehari. Tapi aku ni liatnya nak minum air masak banyak-banyak gitu. Tapi sejak menyusukan Fateh ni kan, aku pun TERPAKSA minum lebih 3 liter sehari. Jadi lama-lama macam terbiasa. Kalau tak minum air masak tu, aku rasa lain macammm je tekak ni.

2.       Jangan terus makan ubat kalau dapat penyakit tiga kombo ni.
Bahahah! Sure kena marah dengan doctor kalau aku kata gini. Actually bagi masa badan kita lawan penyakit tu dulu. Wake up call untuk sel darah putih bagi dia berlawan jangan asyik nak tidur aje. Tapi janganlah kau dah 3 hari demam tak baik-baik pun kau still refuse makan ubat… Tampar manja nak? Plus kalau suhu badan kau dah 39 darjah celcius jangan nak ngengada bertahan. Pergi klinik cepat. Tapi kalau setakat panas-panas manja 38 degree tu alahai, letak kain basah kat dahi dan rest.

3.       Kalau tetibe rasa nak demam, cepat-cepat telan air masak bergelen-gelen.
Aku ada instinct. Ceewahh! Aku rasa semua orang pun ada. Ada perasaan yang macam-macam nak demam je dah boleh tau. Betul tak? Rasa macam perit-perit kat tekak, rasa hidung kembang penuh semacam. Haaa camtu lah rasanya. Aku pun tak tau nak describe macam mana. Kalau tetiba terasa gitu, cepat-cepatlah minum air. Selalunya aku akan habis 1.5L dalam setengah jam kalau tetibe rasa kembang-kembang hidung, perit-perit tekak tu. Terus serta-merta rasa-rasa nak demam selsema batuk tu gone. Serius! Petua ni pun boleh dipraktikkan untuk baby-baby. Kalau Nampak cam anak korang nak demam je, terus sumbat susu @ air masak banyak-banyak. Air masak tu make sure untuk baby 6 bulan ke atas saje ye.

Sekian tips dari doctor-tak-bertauliah Nadia Havez. Musim tengkujuh, musim banjir, musim jerebu ni marilah kita amalkan cara hidup sihat.

Ecececece ^_^v

21 May 2013

PD : Pap Smear

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri yang dijanjikan. sila-sila baca.

Pap Smear.

dulu sebelum pregnant serius tak tahu apa ke benda nye lah pap smear ni. see, mengandung pun menambah ilmu. lepas mengandung memang kerja ni duk meng'google' what the do's and dont's.

pap smear ni ujian untuk tahu kita ada kanser serviks ke tak. macam nak kenalpasti breast cancer, kita buat ujian mamogram. serviks - pangkal rahim.

kanser serviks ni kanser kedua yang kerap menyerang wanita selepas kanser payudara. eh ada gaya iklan suntikan HPV tak? hehe~

suntikan HPV tu pulak untuk cegah kanser serviks. begitulah lebih kurang.

dah nama pun kanser serviks (pangkal rahim) maka test yang perlu dibuat pun kat area situ lah kan.

cara?

doktor akan suruh kita baring, posisi macam nak bersalin. doktor akan sapukan ubat kebas macam selalu disapu kalau nak buat injection tu. dan masukkan speculum dalam faraj.


hah, ni speculum. ala-ala mulut itik angsa gitu. untuk buka faraj rasanya. masa doktor masukkan benda alah ni, mula lah terfikir, eh, benda ni ke yang diorang duk kata seluk-seluk nak check bukaan laluan baby dah berapa cm? entah tak tau saya. tapi diorang kata seluk dengan jari. ngeri ok! masa doktor masukkan speculum ni tak ada lah rasa sakit. sebab dah kebas area situ kan. cuma rasa macam ngilu. hah tu je la.

lepas tu doktor akan ambil sampel tisu dari kawasan berkenaan.

dan siap. mudah? memang mudah. tunggu result seminggu lepas tu.

alhamdulillah saya bebas dari kanser serviks. cadangnya lepas bersalin nak ambil suntikan HPV tu. prevention is better than cure.




18 May 2012

Imaginary Pregnancy Symptoms

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

habislaa..

tak lama lagi blog ni jadi blog mak-mak laaa..

apa? pregnant? hah korang, nampak word pregnant je terus ingat saya dah mengandung, ye?

tak-tak. saya tahu lah badan saya. memang ye, lately ni saya rasa letih, loya, rasa nak demam, badan panas, dan semua tu berlaku bila bangun tidur saja. dah tengahari sikit, dia ok. geram, tau? nak minta MC pun tak jadi, haisy!

tapi, saya masih perlukan benda yang masam untuk kurangkan rasa loya dalam mulut ni. rasa mulut penuh, kembung je.

takpe, balik nanti saya beli stok air limau masam-masam yumm yumm.

haih lah dah terliur..

tadi masa buat fisioterapi, terapist tu pun tanya, "muka nampak pucat dan tak sihat, ok ke tak ni? ke dah ada isi?"

haih la.

apa jadi dengan badan saya sebenarnya ni? tapi saya tahu saya tak mengandung.

then dalam grup wifey2 kat facebook, ada kawan share sesuatu yang dapat menjawab segala persoalan saya.

dari link ini.

alamak, tak boleh copy. klik saje lah link tu ye untuk tahu jawapannya.

ok? so tahu dah kenapa saya loya muntah mual segala rasa nak balik baring tidur je.

xoxo,
Puan Nadia Havez

24 October 2011

Membasuh Hidung

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hye hello wheww~!!

aaacho0omm.. haaa tengok.. kan dah terbersin. hai kawan-kawan. lama tak jumpa, kan? uolls~ nak ke jumpa i? eheh :D

sorri tersangatlah lama tak update blog. oh, memang serius busy. ye, busy. busy dengan diri sendiri. hehe.

ho yea, hari ni pergi PPUKM. pusat perubatan UKM kat bandar tun razak, cheras. appointment dengan prof lokman saim. haruslah kes hidung dan telinga i yang tak pernah nak sudah-sudah ni. -_-"

i malas nak cerita isu telinga dan hidung i ni. yang i nak cerita, keeksaitedan menggunakan ubat yang baru. ye, tak pernah dapat ubat ni.


suitble for use during pregnancy? ok. lulus. eh, takde kaitan. :D

ni ubat apa ye? ayat mudahnya, ubat cuci hidung. sinus rinse. got it?

bila buka kotak ni dengan excited nya...



taraaa... alamak, apa benda semua ni? haiyo0o.. buku instruction pun tebal. al-malaslah nak membaca kan. nasib baik eno wutta wutta tolong baca kan.


lagi pelik, skru pun ada? aik, ni nak suruh i gerudi lobang idung i ke hape ni?

ok, rupa-rupanya, botol tu masukkan air dan ubat yang disediakan, lepas tu, tunduk kat sinki. then sumbat penutup botol ke salah satu lubang hidung. squeeze botol tu dan air ubat tu akan mengalir keluar di lubang hidung lagi satu dan juga mulut anda! dan, segala jenis mukus dalam hidung akan keluar!


yang skru tu buat apa pulak?

untuk ini rupanya...



untuk gantung di dapur rupanya... thee~~ excited guna ubat yang tak pernah guna. ubat yang paling mahal setakat ni. haigo0o.. macam mana ni, sekali pergi hospital, mau dekat RM200 habis.

tak apa lah. orang lain lagi teruk kan.

sabar ye, nadia?

30 September 2011

Tips Redakan Resdung

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hai hai hai! rajin pula i nak bagi tips mengetips bagai ni kan. well, semua tips yang terkandung dalam blog i ni adalah pengalaman i sendiri. so depends lah uolls~ nak ikut ke tak. tak rugi. eheh.

straight to the point. tak perlu nak mukadimah pepanjang. ni pun dah cukup panjang sebenarnya, kan?

i memang ada resdung yang teruk juga lah. eh, resdung ke? bersin tiap-tiap pagi, hidung gatal-gatal kalau kena habuk, tak boleh kena bulu kucing, aaaa yang seangkatan macam tu lah kan, tu resdung kan? hee~

sebelum ni i pernah pergi sana sini untuk buat rawatan resdung ni. kalau uolls~ pernah buat rawatan resdung, most of them akan buat rawatan yang keluarkan hingus what so so dari hidung siap keluar ulat bagai. ok, i tak kata rawatan tu semua tak bagus, ok? kang i kena sue dengan pengamal perubatan macam tu pula kang.

i pernah jalani pembedahan telinga, so i rasa i tak sesuai buat rawatan resdung secara tradisional tu. since rawatan tu akan buat i terbersin-bersin dengan lebih kuat, tanpa henti dan menyebabkan telinga i yang 'second hand' ni rosak, so i perlu cari alternatif lain.

i just share with you guys, experience yang i ada untuk overcome sedikit, i repeat, SEDIKIT, masalah resdung i ni.

rahsianyaaa... jeng jeng jeng...





WUDHU'!

haa.. caya tak? caya tak?


dulu, i selalu ambil wudhu', ambil part-part wajib je. ada 6 rukun wudhu' kan? hah, ingat tak? start dengan  niat, muka, tangan, kepala, kaki, tertib. i tak pernah nak ambil port pasal anggota wudhu' yang sunat. sebab masa tu, i sakit telinga kan. so i fobia nak basuh telinga masa ambil wudhu'. sudahnya, semua anggota sunat i tinggalkan aje.

then satu hari tu i terfikir, Allah sentiasa membuat sesuatu perkara tu ada hikmahnya. tak akan Allah jadikan atau perintahkan sesuatu tu atas sebab sia-sia, kan? believe me!

di satu pagi yang indah dan cerah, eh bukan cerah. kalau cerah tu maknanya dah subuh gajah. i tanamkan azam dalam diri, start hari ni, i nak ambil wudhu' campur sekali dengan anggota yang sunat.

start dengan basuh tangan sampai pergelangan tangan, kumur, hidung, dan semua-semualah sampai complete wudhu' i. cuma tang hidung tu i concern lebih sikit. i sedut air yang i tadah dari tapak tangan dan hembuskan semula. mula-mula memang takut. i takut sebab i fikirkan telinga i. kalau sempat air tu masuk ke telinga melalui hidung, bekas pembedahan i akan ada jangkitan kuman. risau! tapi i tawakal.

selain sedut-sedut tu, i amalkan basuh hidung sebersih-bersihnya tiap kali ambil wudhu'. mula-mula praktik benda-benda ni semua, i memang terbersin-bersin dalam bilik air. rasa macam bergegar juga lah telinga ni. tapi lama-lama, satu perubahan i dapat rasakan.

percaya ke tak, i yang dulu selalu terbersin waktu pagi, now dah tak terbersin! eh, magik? haha. ye, magik. hikmah yang Allah turunkan.

so, peringatan untuk kita semua ni lah kan, ingatlah, apa yang Allah jadikan dan perintahkan tu, PASTI ada hikmah di sebaliknya. ada sebab kenapa Allah buat begitu begini dan begitu. tinggal kita nak percaya ke tak je. ingat rukun iman, kan?

k, till meet you guys. daa~

^_^

17 September 2011

Rahsia Gigi Putih Bersinar-sinar

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hye hello hai readers! sudah lama kita nggak ketemu ya! al-maklum beraya sakan. :) bukan i lupa kat blog i ni. bukan-bukan. ok, sempena bulan yang penuh dengan open house ni, meh i share dengan uolls~ cara memberus gigi dengan betul sampai gigi nampak bersinar-sinar dan orang lain kena pakai spek hitam nak tahan silau gigi...

:D *tunjuk gigi sikit*

gigi saya. putih tak?


eheh~ sorii la macam tak cantik sangat lukisan gigi i tu. bilangan gigi pun macam tak cukup. tak apalah, asalkan uolls~ faham macam mana nak berus gigi dengan betul ye?

i dah praktikkan teknik gosok gigi ni sejak darjah 2. alaaa zaman yang akak-akak misi datang sekolah lepas tu cek gigi kita 2 kali setahun. sebelum jumpa akak misi, kita kena beratur, pegang kad gigi kaler hijau. ada yang kena cabut gigi, tampal gigi. err ngeri!

satu hari tu, akak misi yang cantik ni, datang ajar kami cara gosok gigi yang betul. kami semua duduk kat padang sekolah, bawah pokok, dengan kole berisi air di tangan, berus gigi dan ubat gigi di mulut, kami gosok gigi ramai-ramai.

Step 1:

pertama sekali, gosok atas bawah atas bawah atas bawah start dari belah kiri sampai ke belah kanan.


Step 2:


Dari bahagian dalam gigi, berus ke luar untuk kedua-dua gigi atas dan bawah, dari kiri ke kanan.



Step 3:

Berus bahagian permukaan atas gigi, bahagian kiri, bahagian kanan, gigi atas dan gigi bawah.


Step 4:
Last step, bahagian permukaan depan gigi.


Senang kan? hahaha... sila amalkan setiap kali memberus gigi. Setiap satu bahagian, i akan kira berus 8 kali. Kalau gigi uolls~ kurang rata sikit, jangan dilupa bahagian celah-celah gigi yang berselisih tu pun perlu diberus.

Satu lagi perkara baik yang perlu diamalkan ialah, jumpa doktor gigi 2 kali setahun. Tak ada yang menakutkan. Seronok sebab doktor akan cuci gigi. So kalau ada kotoran yang terselit kat geraham tu, doktor akan cucikan. Yelah, kadang-kadang berus gigi tak sampai tempat-tempat tersorok.


Happy Holiday guys! Dan selamat memenuhkan perut dengan jemputan rumah terbuka.


^_~

06 January 2011

Macam Mana Nak Gemuk

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

apsal i rasa macam kelakar je tajuk cenggitu. hahah~ sebagai menghormati permintaan sahabat baik zaman sekolah dulu, dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah, al-jimat-cermat, so i buatlah entri ni. ko jangan harap rr jimat, aku nak panggil ko ziema... goli den... hahah~

seronok berkawan dengan al-jimat-cermat ni. confirm korang akan selalu berjimat-cermat. eh yeke jimat? aku rasa tiap kali on the way ke stesen lrt kampung baru tu, mesti kita singgah beli jajan kat pasar minggu tu kan kan kan? oh, farah pun sama, athirah pun sama... ah, korang semua sama lah. weyh, lupa nak bagitau korang, athirah fakhriah dah selamat menikah 31 disember hari tu. huu~

cukup imbau kenangan lama. nanti lari tajuk. penat je cikgu BM dulu ajar, nak buat karangan, kena ada peta minda. supaya isi tak lari dari tajuk. wahah! tapi i rasa dah dekat 3 perenggan i tak masuk-masuk lagi topik asal -_-"

ok, macam mana nak gemuk? i rasa ni soalan paling senang nak jawab. sebab i mampu naikkan berat badan sebanyak 5kg dalam masa 2-3bulan je duduk rumah lepas habis belajar dulu.

:)

apa yang i buat ye?

pertama sekali, sila memasak dengan sedap! betul kan? kalau uolls~ masak tak sedap, macam mana uolls~ nak makan dengan banyak kan?

kedua, lepas dah memasak dengan sedap, sila makan paling minimum 5 pinggan nasi sehari. minimum ok? dan makanan itu adalah nasi dan tolong jangan letak nasi cikit cenonet sahaja. sila penuhkan satu pinggan itu dengan nasi dan lauk.

ketiga, apa ye... hah! sila makan juga walaupun dah pukul 11malam. hahah~ buruk betul perangai anak dara ni.

keempat, dah makan pukul 11malam tu, sila tidur terus. wahah.

kelima, bangun pagi, sila buka tudung saji dan tengok makanan apa yang ada. kalau tak ada pun, sila jangan malas untuk goreng telur dan makan nasi + telur bersama kicap.

ok. cukuplah banyak ni je i bagi petua kurang sihat. ok, jimat? u sila follow, ok? 2 minggu lagi ko bagitau aku apa hasil dia, ok? berapa banyak 'ok' daa~~~

tapi sebenarnya kurang elok kalau amalkan gaya pemakanan macam ni. sebenarnya, apa yang penting, amalkan gaya pemakanan yang sihat.

jangan skip meal

jangan tak makan sayur

sentiasa minum susu, makan buah

rajin-rajin exercise.

hasilnya, anda akan dapat badan yang ideal. tak gemuk, tak kurus.


pagi tadi masa breakfast, hot mommY kata,
"sabtu ni kita pergi jogging, ya?"

anak yang patuh ni pun jawab,
"baik, ibu..."


-_-"

05 January 2011

Macam Mana Nak Kurus? (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

yang i prasan, kebanyakan keyword when searching my blog, selain my name or my father's name, is...

'macam mana nak kurus'

entry ini

i tak tahu uolls~ follow ke tak petua petui yang i bagi tu. wahahaha~ sebab pada i, semua tu disiplin maa... yelah, i tengok, i tak kurus-kurus pun. ada hati nak bagi petua macam mana nak kurus. bahah!

sebab apa i tak kurus?

sebab i tak ikut sangat petua yang i sendiri tulis tu. lagi-lagi part jogging tu ok! tapi sejak tengok hot mommY sangat rajin jogging tiap-tiap pagi lately, buat i rasa jeles pulak. i pun nak jogging!

but one thing, i dah boleh pakai kebaya yang hot mommY jahit masa matrikulasi dulu. i mean 5tahun lepas punya kebaya. so i already back into the shape.

cuma....





ya... cuma lepas je makan kat kenduri kawen (pakai that kebaya), i terpaksa tahan perut -_-"

ye, sebenarnya masih belum betul-betul back to the shape T___T


oh ya people. pernah dengar tak, mandi sebelum subuh atau sejam sebelum matahari naik tu dapat memecahkan lemak-lemak yang ada dalam badan. but bukan mandi dengan air heater tau.

i still tak jumpa bukti scientific regarding this matter but what can i say is, apa yang dianjurkan dalam islam tu, mestilah yang terbaik untuk manusia kan?

pada pendapat i, betul kot ayat tu. sebabnya, masa i sekolah menengah dulu, duduk hostel, i sangatlah rajin mandi awal pagi.

sebab i sangatlah tak suka berebut toilet dan beratur depan toilet sebelum mandi tu lepas tu nak berkejar pergi solat subuh berjemaah kat surau.

so, walaupun masa dah jadi senior (form 5) pun, i still bangun lebih awal dari junior. i bangun around 5am. mandi. bersiap. dalam 5.30, i lah orang pertama yang buka pagar aspuri untuk pergi solat jemaah kat surau sekolah. oh oh. kat blok kitorang ni ada amalan junior (form 4) tak boleh masuk toilet kalau dah turn senior mandi. biasa turn senior dalam pukul 5.45-6.15 camtu.

dan, berat badan i masa tu 52kg oh! dengan ketinggian 163cm. now? 57-60kg wahahahah! sangat rindu berat masa tu T___T

so, boleh ke i kata yang mandi awal pagi tu memang memecahkan lemak?

eheh~ lagipun duduk hostel, mana ada heater kan? plus i memang seorang budak hostel yang tak pernah skip hostel's meal. selalunya girls ni, breakfast, tea time dengan supper diorang tak turun makan. konon diet or kenyang lagi. but me? dari breakfast, lunch, tea time, dinner, supper semua tu i ngan dormmate i belasah. plus amik nasi pun takde nak sikit cinonet je dalam tray tu, harus penuh, ok! yelah, dah bayar yuran memahal kot? membazir kalau tak makan.

satu lagi yang mungkin orang tak berapa tahu, sebenarnya, kalau kita mandi around 5am tu kan, air bukannya sejuk pun tau, panas-panas suam ada la... sejak bekerja ni, mandi pukul 7am, air tu sejuk amat... hahaha~

so uolls~ yang rasa nak kurus tu, cubalah praktikkan mandi sebelum subuh. lagipun, memang elok kan, bersihkan diri sebelum solat :)


renung-renungkan, dan selamat beramal! - credit to prof izi hot.fm


oh, lagi satu, i love this quote,

I'm scared to care too much, to feel that rush once more, to love again at the risk of getting hurt. But what i fear most is the thought of you leaving me, when i've already conquered those fears for you...
- credit to Realiti Konspirasi

daaa people ^_~

27 December 2010

Princess Charming

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sebelum i kena tampar laju-laju oleh cik naomi kempbell, so better i update cepat kisah ini

Did I Found My Prince Charming?


oho~
sampai mana ye cerita tu? eheh~ i check sekejap ye readers :)

oh, sampai UPT ye? ok, let's start the story.

lepas je nurse tu cucuk tangan i amik darah dan buat UPT, then dia suruh i tidur. oh my... macam mana i nak tidur kan? perut i sangat sakit. air mata dah mengalir masa tu. bukan apa, sebab tahan sakit. then i panggil nurse. i told her, memang sangat sakit, yang i tak boleh tidur. nurse tu bagi i telan ubat tahan sakit dan ubat tidur. baru berapa minit letak kepala atas bantal, i sudah hanyut. zzZzZZZzz~~~

i memang tak sedar apa, maknanya ubat tidur memang sangat kuat. buka je mata, tengok-tengok dah pagi, dan lebih memeranjatkan i.....








my family, i mean, hot mommy, daddy cooL, engineer tupperware and eno wutta wutta dah ada depan mata i right masa i celik mata.


duhhh~~ cepatnya diorang sampai dari KL?

i tengok jam, pukul 9.00pagi. ye, ye. memang i terlepas subuh hari tu. tidur pun pukul 3 nak dekat pukul 4 pagi, kena pula makan ubat tahan sakit dengan ubat tidur, mana tak terlajaknya. i turun katil and perform subuh first.

lepas 'subuh', nurse pesan kat i, jangan makan dan minum *sebenarnya dari malam sebelum tu dah pesan.* sebab nak operate kan. dalam pukul 2.00petang.

masa i ditolak masuk ke dewan bedah, hot mommy and daddy cool tak ada kat katil i. but masa tengah-tengah kena sorong tu tiba-tiba bertembung dengan diorang di tengah jalan then diorang pun ikut sekali. i tak boleh lah kalau my parents follow sorong i ke dewan bedah. lagi-lagi hot mommy. because of her eyes. sayu seyh hati ni. elok-elok i ni cekal lagi kuat hati kan, jadi nak menangis kalau tengok muka dia. aih~!

masa first operation, daddy cool siap follow masuk dalam operation theater tu. 2nd operation diorang tak sempat sampai hospital sebelum i disorong ke operation theater. so memang tak pandang muka diorang before operation.

ni 3rd operation, sampai je sempadan yang pelawat tak boleh masuk, my mom dah menangis. haaa... tengok... ini sebab i kurang suka kalau they all ikut sorong i. nanti i pun nangis...

sayu je dia tengok i kena tolak masuk operation theater dari tingkap kecil kat pintu tu...

aisy~!

ada satu insiden yang i memang tak boleh lupa masa i dah masuk dewan bedah ni. masa tunggu Q nak masuk which operation theater, i masih relax. pengalaman 2 kali pembedahan sebelum ni buat i rasa biasa saja, dan tahu segala prosedur sebelum pembedahan.

lepas tu i ditolak masuk dalam salah satu operation theater.

mata i dah pandang lampu bulat-bulat yang macam spotlight kat atas tu. baju pembedahan i pun dah ditanggalkan dan diganti dengan selimut. i sempat minta selimut extra lagi sebab memang sejuk. macam dalam freeze plus u tak pakai apa-apa okay...

wayar-wayar semua dah letak kat badan i. doktor ke pembantu doktor tah, dah tanya i nak bius separuh ke bius penuh. i minta bius penuh. i tak mahu tengok proses pembedahan. theee~~~

then tiba-tiba staff nurse tanya,
"eh, patient ni siapa in-charge?"

suasana dalam operation theater tu tiba-tiba jadi kelam-kabut sebab rupanya belum ada doktor untuk in-charge i. i dah pelik. sedangkan mata i dah semakin layu sebab ubat bius dah mula jalankan tugasnya. lepas tu i tetttttttttttttttttttt.................... zzzZZZzzZZz~~






hah! mata i terbuka!

aduiii~~~~ satu pengalaman yang paling i tak boleh lupakan, operation belum lengkap sepenuhnya, tapi kesan bius i dah habis~~~

can you imagine macam mana i rasa masa diorang tengah godek-godek perut i, mata i dah terbuka. i menangis. serius. sebab sakit weyh! tapi dalam masa yang sama badan i sangat lemah, i tak boleh bergerak, kaku, tengok saje doktor habiskan tugas dia. Allah je yang tahu peritnya masa tu!

seorang nurse perasan mata i dah terbuka.
"eh, patient dah sedar!"

memang perut i tu tinggal nak kena tampal dan bersihkan saja. sakit. ini pertama kali, i tersedar dari operation, masa i masih dalam operation theater. sakit....

i disorong keluar, Q lepas habis operation. i masih kaku. nak muntah tapi sangat tak berdaya. i toleh kiri. i nampak pintu yang ada tingkap kecil tu. i nampak hot mommy kat tingkap tu. dia masih di situ.

memang sakit perut ni. i disorong keluar. hot mommy and daddy cool terus serbu ke i. hot mommy cium-cium muka i. eheh. i takde respon. kaku ye.

itu je lah kot kisah operation ketiga ni. 2 minggu hot mommy duduk arau, jaga i. sebab i tak boleh balik KL. hentakan dalam bas tu membahayakan luka perut i. jauh tu dari arau ke KL. silap-silap bekas operation tu boleh terkoyak. so, doktor suggest untuk tinggal di perlis sahaja. jangan balik KL.

alhamdulillah, hot mommy and daddy cool diberi tempat penginapan oleh pihak pengurusan matrikulasi perlis. sekali dengan both my sis. after 2 weeks, my parents kena balik KL sebab banyak baju orang dah tertangguh. tak berjahit.

engineer tupperware saje yang tinggal, jadi my nurse. sebab i masih belum boleh bergerak sangat, so dia bangun pagi-pagi masakkan bubur nasi untuk i, ambil lauk dari makcik cleaner *makcik ni sangat baik hati, hari-hari masakkan lauk ikan haruan untuk i... terharu!!!*, papah i ke kelas *uolls~ bayangkan kelas kat matrik tu, jejauh naaa susunan blok-blok dia*, plus engineer tupperware pun tak kisah, tak rasa malu ikut sama masuk dalam kelas i, konon jadi student matrik juga walhal dia baru form 3 masa tu, uolls~ ada tak adik macam ni?

dia juga yang papah i ke tandas...

dan dia tak kisah menghabiskan cuti hujung tahun dia dengan menjaga i yang baru lepas pembedahan ni, sedangkan kawan-kawan dia semua sedang bergembira pergi tengok wayang and bercuti dengan family...

but she was there, helping me, jaga i, jaga makan minum i, and more than that, she also help me while study sebab i tertinggal banyak bab lepas cuti berminggu-minggu lepas pembedahan. i mean, dia tolong salinkan tutorial dan buatkan nota untuk i.

there she is, my sister.

ni engineer tupperware. eno wutta wutta pun ada kisah dia sendiri.

very proud to have them in my life

22 December 2010

Did I Found My Prince Charming?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

yaaa~ yada yada.. selepas sahaja peristiwa yang ini

Looking for this Prince Charming, Is It You?

sebenarnya ada peristiwa yang lebih besar telah berlaku dalam sejarah hidup i. kira macam hari ini dalam sejarah la. eheh~

macam besar je peristiwa ni kan.

apa? i jumpa balik that guy?



ahah~ no no no no~

sesampai sahaja di Arau pagi tu, i tersengih dengan sangat lebar sebab dapat surat chenta. walaupun tak ada ayat-ayat chenta, tapi i tak kira, i nak cakap juga surat tu surat chenta

:P

ok ok~ back to the story.

i sampai pagi tu, terus ke bilik air, mandi, pergi kelas. agak relax dalam kelas subjek fizik itu sangat mudah *berlagak pulakkkk*. then suddenly i rasa sakit perut yang amat. i ingat gastrik. sebab i memang ada gastrik pun.

plus malam tu i tak makan malam. yelah, tren pukul 8.30, i tak sempat makan malam dulu. hot mommy suruh i beli makanan dalam tren tapi mahal nya ya ampunn~ serius i tak cukup duit masa tu. yang i makan, hanyalah roti yang dibekalkan hot mommY before i depart.

tu pun tidur je sepanjang jalan, makan sebuku roti sajoh.

then pagi tu tak sempat nak breakfast sebab lambat pula tren sampai arau. biasanya around 0830H tapi hari tu nak dekat 1000H baru sampai. kelas pukul 1100H, so terpaksa tergesa-gesa bersiap ke kelas, tak sempat nak breakfast. my bad -_-"

ok, berbalik kepada cerita i sakit perut. tengahari tu i terus lunch. padahal sakit perut macam makin menjadi-jadi tu. i masih bertahan. dalam kepala ni fikir, cepatlah kelas habis. nak balik tidur.

pukul 1400H ada kuliah kimia pula. kat dewan kuliah, i try nak jot down apa yang lecturer cakap, tapi tak boleh. perut i memulas dan rasa sangat pedih. bukan sakit nak b***k tu. tapi sangat memulas, pedih dan i rasa nak tertunduk. macam sakit senggugut pun ada jugak.

i minta member sebelah jot down apa lecturer cakap, while i pergi tandas.

ye, memang keluar segala macam yang i makan lah. cirit-birit i mean...

badan rasa panas. i dah pelik. apa ke jenis sakit perut ni. i still berpegang pada kata, yang i sakit sebab tak makan malam dan tak sarapan.

nasib baik kelas petang tu sampai pukul 1600H saje. balik bilik terus tidur.

malam tu, my roommates bungkuskan dinner untuk i. i memang terbaring aje lah. tapi sempat lagi sambil dinner tu we all layan muvee. sepet. eheh~

di tengah-tengah muvee sepet tu, i dah tak tahan dah. perut i meronta yang amat. roommates dah risau tahap apa entah. bawa pergi rumah felo. then, felo bawa pergi Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar

terus pergi ke tempat kecemasan. doktor tanya,
"sakit apa?"
"perut.."
"belah kiri ke kanan?"
"kanan. macam pedih, memulas."
"muka awak pucat."
memanglah doc, saya tengah tahan sakit ni....
"ada cirit-birit tak?"
"ada"
"badan rasa panas?"
"haah."
"saya check temperature sekejap."

doc pun cek suhu badan.
"oh, panas. awak baring sana sekejap"
i pun baringlah kat katil yang disediakan.
doktor tekan satu part kat belah kanan perut ni dengan jari telunjuk dia.
i menjerit kesakitan. serius weyh sakit yang sangat sangat.
"awak suspect appendix. masuk wad, ya?"
"hah, wad?"
"iye, malam ni juga. jangan takut. bagitau pensyarah awak. jangan lupa inform parents ya?"

masalahnya i bukan takut. i terperanjat. i tak sangka pula sampai tahap nak kena bedah. i ingat sakit perut biasa. sebab tu i macam lengah-lengah walaupun dari tengahari dah sakit perut yang amat.

i pun disorong dengan kerusi roda masuk ke wad sebab dah tahap tak boleh nak berjalan. menunduk je.

masuk wad, felo suruh i sendiri call my parents. masa tu pukul 0300H.

felo and my roommate balik. i tinggal. nurse suruh tidur tapi i tak boleh tidur. nurse ambil darah and sampel air kencing. nak buat test plus UPT. uolls~ tau tak UPT tu ape? hah, Urine Pregnancy Test, nurse tu siap cakap,
"walaupun adik belum berkahwin, tapi ni salah satu prosedur sebelum pembedahan."

ceh, mesti nurse tu explain sebab nampak muka i berkerut masa dia kata nak ambil air kencing untuk UPT. theee~~~


ok, next story, i sambung nanti-nantilah ye. penat menaip setakat ni. panjang lagi kisah pembedahan ketiga ni.

till meet u darlsss~~~ ^_^

24 August 2010

Susah Payah

:: Bismillahirrahmanirrahim ::In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ni sebenarnya tajuk hot chat hot fm semalam kalau tak silap. semalam eh? entah. sejak kerja ni dah lupa hari daa... mana ke tidaknya, hari-hari kerja termasuk sabtu ahad, so dah tak ingat hari ni hari apa. tapi i masih ingat, kita masih di bulan puasa. thee~

kalau bulan puasa pun tak ingat.... urmm~ itu sengaja tak ingat namanya.. ^_^

cakap tentang susah payah ni, ada satu cerita sadis yang hendak paksa u olls~ baca. so, sila sediakan sekotak tisu di sebelah anda. ye, saya takut air mata anda akan mengalir ke atas keyboard dan seterusnya mengakibatkan renjatan elektrik ke atas jari-jemari anda. orang bulan-bulan puasa ni jari luka sebab mercun, u olls~ sebab kena letrik pula.. -_-" eh eh, jangan mendoakan yang tak baik... tak tak... harap kita semua sihat sejahtera hendaknya, insyaAllah...

kejadian ni berlaku around 12 tahun lepas. hah, congak-congak. umur i berapa masa tu? u olls~? masa tu umur i 11tahun, darjah5.

alkisah ni berlaku masa dunia tengah kecoh-kecoh pasal Piala Dunia. France'98. kejadian berlaku start macam mana, i pun tak ingat dah. yang pasti, i tak boleh bergerak selama hampir 2bulan. it means, kaki i lemah, asal nak berdiri je jatuh.

pergi hospital. mula-mula doc kata terlebih dos ubat. sebab at the moment, i kena serang asthma. hot mommY bagi i ubat asthma, serentak dengan ubat batuk and macam-macam ubat lagi. yelah, anak sakit wo0o. plus malam tu kena pergi hospital, amik gas untuk budak-budak asthma. masa tu i baru 11tahun, ok? so, budak-budaklah kan?

tiba-tiba nak pergi sekolah kot, kaki tak boleh gerak. i rasa berat sangat, sampai i menangis. masa tu, daddy co0L tak ada. he is somewhere, outstation, bukan di malaysia. hot mommy yang bawa i ke sana sini, jumpa doktor sana sini. kesian ibu. berapa banyak duit yang dihabiskan untuk mengubat i. hot mommy bukan pandai drive pun. so, kami pergi berubat sana sini naik teksi. since condition i masa tu tak membenarkan i naik bas.

i ingat lagi, nak ke mana-mana, hot mommy akan papah i. sungguh, beliau ibu terbaik! dengan nak menyara family, bawa i berubat.

i kena jumpa doktor kat HUKM regularly, bahagian pediatrik. ada la rawatan-rawatan yang i kena buat. di samping tu, mana saja hot mommy dengar ustaz-ustaz yang boleh buat rawatan tradisional, hot mommy akan bawa i.

papah i.

masa mula-mula tak boleh berjalan tu, nak pergi ambil wudhu' pun tak boleh. hot mommy yang amikkan wudhu' untuk i. i solat dalam keadaan duduk, kaki melunjur. sepanjang waktu tu, i hanya berbaring kat ruang tamu, hot mommy ambilkan makanan, tiap masa urut-urut kaki i, dalam masa yang sama she still working! menjahit.

mandi lagi payah. bayangkanlah, tak boleh bergerak. macam mana ibu nak mandikan i? papah i ke bilik air.

dan sepanjang 2 bulan terlantar tu, i ada perangai pelik. i tak boleh makan makanan lain selain ikan sembilang berlada untuk lunch, dan nasi goreng yang dibeli di kedai pakchu *dekat-dekat dengan rumah* untuk dinner. kalau makanan lain, mesti i akan muntah balik. pelik kan?

masa berubat cara tradisional, makcik tu kata i terkena buatan orang. betul ke tidak, wallahualam. tapi i kena pergi rumah makcik tu 3kali seminggu untuk berubat. alhamdulillah, lama-lama i beransur pulih. 2 bulan tak datang sekolah! around august until october.

sepanjang 2 bulan tu, ibu sentiasa papah i. umur 11tahun, badan i tak jauh beza pun dari sekarang, ok. bayangkan. dengan perangai-perangai pelik i, ibu kena layan. dengan bersengkang mata sara family lagi...

lepas i dah beransur pulih, going back to school. first few weeks ibu hantar sendiri, naik teksi! papah i naik ke kelas. kelas i kat tingkat 1 masa tu. dengan beg yang beratnya minta ampun. balik sekolah, ibu dah tunggu, dengan teksi.

sungguh i tak tau nak cakap macam mana keadaan masa tu. engineer tupperware dan eno wutta wutta pun kecil lagi. engineer tupperware umur 8tahun, eno wutta wutta 3tahun.

sedih bila teringat balik zaman tu. ibu tak pernah jemu cari, tanya sana-sini tempat berubat terbaik untuk pulihkan i. di samping jumpa doktor di hospital.

T___T menjaga anak yang lumpuh separuh badan, mencari penawar untuk anaknya, ibu tak pernah putus asa.

so, i tak boleh putus asa kalau hanya setakat dugaan hidup yang tak seberapa.

"kita hidup ni ada banyak pilihan, nadia. pilihlah yang mana kita nak. lepas memilih, laluilah apa sahaja jalan di hadapan pilihan tu, jangan toleh ke belakang. sabar dengan apa yang ada, kuatkan hati untuk tempuh semua dugaan atas jalan yang kita pilih..." -Sovia Deni Masri, 2003.


she is a great woman!

18 November 2009

Sila Sembuh, S-E-G-E-R-A!

perhatian kepada nadia fitri, ya, nadia fitri.

anda diminta sembuh dengan segera. untuk memudahkan gerak kerja ke UK dan supaya universiti tak rugi duit tiket flight bila kau terpaksa quit sebab demam.

ya, sila sembuh dengan kadar segera.

sekian, terima kasih.

\(*_*)/

08 October 2009

Pinggu pinggu


erkk...

saya agak tekanan minggu ni. ya, tertekan, tekanan. hoh, jadual yang dirangka jadi kelam kabut semuanya. dah 3malam tidur selama 3jam sahaja. erkk... sayakah yang bersalah dalam hal ni? adakah saya dikatakan menangguh-nangguhkan kerja? entah. banyak kerja kena re-do. tu yang jadi list kerja bertambah-tambah.

petang semalam i supposed to meet lecturer from FSKSM regarding my PSM. i was waiting for him that evening because he got something at JB. ok. then i keep going on waiting until 6pm. i feel curious, didn't he coming back yet from JB? then i texted him. unfortunately, he also waiting for me. yaaa... i just wasting my time there without doing anything, waiting. oh, that was my fault because i did not texting him, asking either he already coming back or not. i feel stress there...

after then i got to do my synthesize review on PSM journals. ya, fortunately, Allah gives me lots of idea typing my review. alhamdulillah it's already finish last night.

this morning, i felt very tired. i cudn't wake up this morning and almost collapse while going for bath. i need rest. yaa, then i slept until 9am. *okeh people, i ponteng kelas pukul 8pagi tadi*.

i plan to go to Pekan Rabu for my passport this evening but when i texted kak oja and mr president, they said, u must go early in the morning just to get the number. it is just wasting your time if you are going there at the afternoon. you may not get the turn. hoh~! so0o terrible.

then, i went to my office, sitting here. arrange back my timetable.

bila nak check mata ni? saya rasa tahap kesilauan ni dah bertambah. everything turn double, bertindih, and macam putih-putih. haih. teruk. nak driving pun macam agak takut-takut *ke takut sebab baru lepas accident?*.

okeh people. saya nak sambung kerjaan.


daaa~ (^_^)v

09 September 2009

Thorbaekkk~~!!!!

hari ni hari thorbaekk aku dalam sejarah sepanjang aku kat utm nih..

gila rr!!!

aku mandi pagi sebaik saja azan subuh berkumandang...

then aku lepak lepak untuk membaca note test pada pagi ini..

tiba tiba..

.

.

.

.

.

.

zzzzz...

bila masa aku tertidur weyh!!!!! aku bangun tepat jam 12.23 tengahari..

gila!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

apa aku nak cakap kat Dr IB nih???????????


G.I.L.A


pukul 5 nanti dah kena gerak gi sri putri..

balik

esok ada appointment oftal kat HUKM

adoYai!!

(T_T)

03 August 2009

Jom Kita Ramai2 Solat Hajat Perdana di Pusat Islam UTM

Tarikh : 3 Ogos 2009
Tempat : Pusat Islam UTM (dahulu dikenali sebagai Masjid Sultan Ismail UTM)
Masa : 7.00 malam

Perkara : Solat hajat perdana berhubung dengan H1N1... marilah kita bersama meramaikannya..


(^_~)v

01 August 2009

Habis tempoh kuarantin...

habis suda tempoh ini kuarantin. so boleh keluar suda dari ini bilik. selama ni keluar bilik pun pergi bilik air je. sob sob sob *eley, bajet sday kunun. takde takde...*

selama ni hanya handphone dan engineer tupperware je jadi peneman hidup. nasib baik engineer tupperware tu tak infected. kalau tak, siapa nak uruskan semua tupperware2 di malaysia ni dan tiadalah stok baru untuk tupperware. sempena kempen say no to polystrene, nanti stok tupperware dah habis stok, macam mana? eh eh.. mana aku melalut ni..

ok, dengan ini saya ingin mengumumkan, saya sudah sihat, walaupun bukan sepenuhnya, alhamdulillah... sikit2 kepala swing swing tu ada laa~ yang pasti, saya sudah boleh kembali bekerja. ya!!!

so, nyah kau penyakit dari badanku.. heh! hihiihihi...

nak keluar! nak keluar! nak keluar!

(^_~)v


30 July 2009

Kuarantin? H1N1? Oh, tidakkkk....

umum berbicara tentang H1N1 sekarang ni. sana-sini sekolah ditutup, IPT ditutup. masuk ni dah 3 orang meninggal dunia sebab wabak yang terlalu cepat merebak tu. sampaikan kawan-kawan sekelas saya ada yang bertanya, "nadia, bila UTM lak nak tutup?". hoh, pada saya, janganlah UTM ni tutup *lagi-lagi saya, sebagai ajk konvo. abislah plan kami yang dari bulan februari dulu tiba-tiba nak hancurkan semua.. huaa!!*. sebabnya, saya punya pendapat yang sama dengan sebilangan orang. kalau UTM ditutup sebab jangkitan ILI tu, pelajar-pelajar dibenarkan pulang. bila semua pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing, dia akan membawa virus tu kat area rumah dia pulak. dan benda ni akan merebak lebih dahsyat lagi ke seluruh negara. hiss.. tak dapat bayangkan *hah, bayangkanlah cepat!*

oleh sebab antibodi saya ni macam lemah la sikit *kurang daya tahan penyakit, eh eh.. tu bukan definisi AIDS ke? eh eh.. bukan bukan.. maksud saya antibodi saya ni tak kuat sangat. senang diserang demam selsema* makanya saya pun terberjangkit dengan virus demam yang sudah dihidapi hampir 500 orang pelajar UTM setakat ni. demam je la.. yang part H1N1 tu, saya tak berani nak cakap *uh uh uh.. kat hutan belakang blok saya ni ada menatang ba alif ba ya tu. mungkinkah?? err.. no no no.. *

saya dah hampir dua hari demam. time malam je, suhu badan jadi panas yang teramatlah sangat. tapi time pagi dia dah ok balik. then maghrib semalam, dia jadi panas sangat-sangat balik. kak roza yang nampak saya pakai blazer dalam ofis pun tanyalah..
kak roza: ni apa kes pakai blazer dalam ofis ni?
saya: sejuklah kak oja... nadia demam balik..
kak roza pun letak tangan dia kat dahi saya *mungkin kat tangan kak oja ada termometer.. kot... ahaha~!*
kak roza: isy, panas ni nadia. jom pergi pusat kesihatan nak?
*nama je pusat kesihatan, tapi kat dalam tu semua orang kesakitan. so ianya bukanlah pusat kesihatan, kan? kan? kan?*
saya: err.. malaslah kak.. demam biasa je ni.. hehehe~ *sempat lagi menyengih*
kak roza: eii budak ni. degil betul... jom pergi pusat kesihatan. akak hantar.
saya: *maka saya pun mengalah*. ok, jom.

huh, bila doktor dah check, bla bla bla.. tanya simptom-simptom, bla bla bla.. tiba-tiba dia pun hulur mask.

doc: nah, awak pakai mask ni, nanti batuk awak tu berjangkit pula kat kawan-kawan awak. awak kena kuarantin sampai jumaat ni. jangan keluar bilik tau! duduk je dalam bilik. nanti berjangkit kat orang lain. rehat dulu kat bilik, ok?

errr... demam biasa tak macam ni kan? kan? kan? selama ni demam, takde lak doc soh duk diam-diam dalam bilik, jangan keluar, kan? kan? kan?

kebosanan dikuarantinkan. huh! tak boleh buat kerja.. sob sob sob...

29 July 2009

Demam Demam Demam

uhueeww.. teruknya kedemaman ini. sakit betul kepala and telinga. wahhh.. terseksa betul!!

30 June 2009

Demam + Selsema + Batuk + Sakit Tekak = ???

ngeri bila memikirkan penyakit triple combo itu. lagi-lagi dalam situasi yang kurang sihat sekarang ini.

pulang dari utm, saya tiba-tiba mengalami selsema, batuk, sakit tekak, plus plus plus demam panas. maka, pada petang semalam, ayah mengejarkan *ceh! ayat nak gempak!* saya ke klinik kesihatan dato keramat.

selepas diperiksa, di'check' dan diperiksa, maka saya disahkan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tidak mengalami Influenza A (H1N1) atau demam denggi atau lain-lain demam yang membawa maut. hanya tekak mengalami redness sebab cuaca panas.
.
.
.

demam biasa sahaja. syukurlah.. alhamdulillah.. :D

takut kena kuarantin. nanti tak boleh balik utm. wahaha~

:D

17 June 2009

Pembedahan Ketiga (Part 2)

announcement.
my brain functioning well since last night *after makan sendiri punya cooking*.
so i remember what was the next 'W' for previous entry.
it was-->

W.H.E.R.E
where was the operation has been made? *eh, betulkah grammar aku nih?*
~@ hospital tuanku fauziah~

ok.

tapi suka sekali lagi saya ingin tegaskan di sini. konsep 1husband with 5wives TIDAK BOLEH sama sekali diaplikasikan dalam hidup.

ok sekali lagi.

the end.

titik.