Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

26 November 2014

Tips Kurangkan Batuk, Selsema dan Demam

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Di sebalik setiap kejayaan lelaki, pasti ada seorang wanita..
Di sebalik penyakit tiga kombo; demam, batuk dan selsema, pasti ada jalan penyelesaian.

Amacam? Can go ke cannot go perumpamaan tu? Tehee~

Masa kecil-kecil dulu, aku selalu sangat diserang batuk, selsema dan demam. Boleh kata pergi hospital @ klinik tu perkara normal lah. Dan makan ubat tu dah macam sebati dengan hidup aku. Benadryl? Piriton? Loratadin? Paracetamol? Semua tu macam makanan ruji lah pendek katanya.

Sampai satu tahap, aku tak mampu lagi dah telan apa-apa ubat. Semua ubat cannot go you know? You know cannot go? Makan ubat apa pun tak jalan. Especially kalau selsema lah. Habis sepapan pil tu, belum tentu selsema aku sembuh. Aku pun naik fed up dah malas nak makan ubat. Bila datang selsema, demam, batuk, aku biar je. Biar dia. Biasa dia tu! Biar je lah sampai dia sembuh sendiri. Kadang-kadang sampai naik sakit kepala aku sebab terbersin tak henti. Dekat sebulan jugak lah kalau tiba-tiba aku kena serang selsema batuk ni.

Tapi lately ni aku terperasan, aku jarang dah terkena batuk selsema demam tu. Kalau dulu, mahu 2 minggu sekali aku kena demam batuk selsema… atau paling lama boleh bertahan pun sebulan sekali. Sekarang ni… aku rasa dah dekat 7 bulan aku tak demam.

Dan aku pun fikir punya fikir, apa yang membuatkan aku dah jarang kena penyakit kombo ni sekarang.

Ting!

1.       Amalkan minum air masak dengan banyak @ secukupnya.
Dulu selalu keluar iklan kat TV, minum air 8 gelas sehari. Tapi aku ni liatnya nak minum air masak banyak-banyak gitu. Tapi sejak menyusukan Fateh ni kan, aku pun TERPAKSA minum lebih 3 liter sehari. Jadi lama-lama macam terbiasa. Kalau tak minum air masak tu, aku rasa lain macammm je tekak ni.

2.       Jangan terus makan ubat kalau dapat penyakit tiga kombo ni.
Bahahah! Sure kena marah dengan doctor kalau aku kata gini. Actually bagi masa badan kita lawan penyakit tu dulu. Wake up call untuk sel darah putih bagi dia berlawan jangan asyik nak tidur aje. Tapi janganlah kau dah 3 hari demam tak baik-baik pun kau still refuse makan ubat… Tampar manja nak? Plus kalau suhu badan kau dah 39 darjah celcius jangan nak ngengada bertahan. Pergi klinik cepat. Tapi kalau setakat panas-panas manja 38 degree tu alahai, letak kain basah kat dahi dan rest.

3.       Kalau tetibe rasa nak demam, cepat-cepat telan air masak bergelen-gelen.
Aku ada instinct. Ceewahh! Aku rasa semua orang pun ada. Ada perasaan yang macam-macam nak demam je dah boleh tau. Betul tak? Rasa macam perit-perit kat tekak, rasa hidung kembang penuh semacam. Haaa camtu lah rasanya. Aku pun tak tau nak describe macam mana. Kalau tetiba terasa gitu, cepat-cepatlah minum air. Selalunya aku akan habis 1.5L dalam setengah jam kalau tetibe rasa kembang-kembang hidung, perit-perit tekak tu. Terus serta-merta rasa-rasa nak demam selsema batuk tu gone. Serius! Petua ni pun boleh dipraktikkan untuk baby-baby. Kalau Nampak cam anak korang nak demam je, terus sumbat susu @ air masak banyak-banyak. Air masak tu make sure untuk baby 6 bulan ke atas saje ye.

Sekian tips dari doctor-tak-bertauliah Nadia Havez. Musim tengkujuh, musim banjir, musim jerebu ni marilah kita amalkan cara hidup sihat.

Ecececece ^_^v

No comments: