Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

29 March 2011

Lelaki kahwin lambat? Mengapa?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


tadi dapat satu kiriman emel dari seorang sahabat. saja nak share kat sini. untuk renungan kita bersama...


Lelaki kawin lambat? Mengapa?

Bia saye berikan satu contoh

Ia merupakan satu contoh panjang. Kalau anda nak skip, boleh je, sebab saye ade kesimpulan kat ujung artikel ni.

Katekan lah anda adalah seorang graduate, umur 23, lelaki, kerja pegawai, gaji dalam RM 2000 sebulan dan tiada simpanan di dalam bank. Setiap bulan, perbelanjaan makanan, transport (motor/ train), bil api, air, handphone, sewa rumah dan perbelanjaan lain, katelah kamu menyimpan dalam RM800 maximum. Sebagai anak yang baik, anda kirim wang ke kampong dalam RM300. Balance duit dalam RM500, dengan disiplin yang ketat, mungkin anda boleh simpan dalam RM5000 setahun

Setahun berlalu, anda berumur 24, anda berkenalan dengan seorang gadis impian anda. Masing masing dah merancang nak berkahwin dalam masa setahun dua ni. Maka, anda perlu menyediakan basic needs untuk happy family anda. macam rumah dan kereta. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%. Dibesarkan dengan family yang sungguh baik, anda menjadi seorang gentlemen. Semua expenses untuk dating, hadiah, bunga, sudah pun anda sediakan awal awal, maka 10% dah pun untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan meggi nak bersaving, anda berjaya mengekalkan RM5000 lagi savings. Company pulak bagi bonus 2bulan tahun tuh. Maka lagi RM4000 dah bertambah dalam savings itu dan menjadikan total saving anda RM14000. Lepas tuh, anda nak beli kereta pulak, spend RM8000 untuk brand new RM40,000 car. Net saving dah tinggal RM6000 je.

Tahun berikutnya, diumur 25 tahun, dan anda sangat bagus bekerja. Tetapi sebabkan anda kene bayar kereta tiap bulan, total savings dah tinggal RM400 sebulan. Dan mungkin lebih kurang RM 5000 jugak total savings setahun. Bonus takde, sebab company not doing so well. So, total savings dalam RM11,000 sahaja, selepas 3tahun bekerja. Jadi, anda decide untuk bertunang dengan gadis impian. Dia setuju. JadI, RM1500 dibelanjakan untuk cincin dan hantaran pertunangan. Nett saving tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun, anda di beri kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000. Ini berita baik!! “maka tahun ini saya ishtiharkan akan menamatkan zaman bujang”. Anda pun dah gersang dah tu.

Anda bertanya Tunang anda : berape hantaran kawin?
Tunang anda : berapa-berapa yang u sanggup
anda : RM5000 ok?
Tunang anda : I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!
Mate terjegil', air liur 'meleleh' * PENGSAN SERTA MERTA*

“MANE NAK DAPAT DUIT LEBIH?”
Sebabkan anda terlalu sayangkan dia, anda kerja kuat, sampai dapat award pekerja cemerlang. wat bisnes sane sini. Supply ayam pencen bagai. Dapat la simpan tahun tu RM20,000
Sekarang umur dah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tapi, mak plak cakap ,"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita cater aje la ya? RM10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sket. Kita jemput dalam 1000 orang datang ok?"


Pengiraan pantas dijalankan

"1000xRM10=RM10,000, penyanyi lagi, khemah lagi, buta-buta je RM15,000!!! Tu tak masuk cincin kahwin lagi!!"
Anda : Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?"
ibu anda : Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul.
Anda : Tapi mak?
ibu anda : Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?

Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin jugak. Tetapi, apekan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang, interest makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Wifey kesayangan dah letih kalau anda asik nak mintak duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah, bla la bla… akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal dalam Negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kawin lambat, atau, agak susah nak kawin.

Punca masalah :

Budaya kita yang tak kene tempat. Saya rasa, ada banyak menda dalam budaya kita yang tak masuk akal dan kadang kala meyusahkan diri sendiri. Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alas an mereka tak mampu untuk berkahwin, walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu. Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan :

(1) Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana. Motif kawin kan nak menjamu sanak saudara dan rakan taulan makan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu di ambil kira. Tak perlu nak berabis beriya kepada menda menda yang mendatangkan hasil. Contohnya, pelamin.
Pelamin yang biase je pond ah RM1500 tau. Baru pelamin. Blum lagi, hiasan ini, hiasan itu.. haih..

(2) “Harga” seseorang wanita bukan sepatutnya diukur dari tahap education beliau, tetapi pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Sistem hantaran ini di ambil dari Indian yang datang ke Malaysia , bertahun dulu. Kalau ditanya pun, mereka sendiri pun dah tak ramai yang praktikan menda yang tidak masuk nih. Kalau hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa di batalkan atau di tangguhkan. Padahal, Akad dan nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

(3) Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini telah menjadi beban. Zaman kini, perkahwinan sangat complicated dan rata ratanya takut untuk berkahwin. Semasa saya di Sydney, saya lihat, rakan muslim kita berkahwin hanya di masjid, kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan kawan dan saudara terdekat. Tak perlu ber-extravagance. Yang perlu di focus adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya MAJLIS perkahwinan. MAJLIS itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan itu. Seolah olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan unattractive?

..dan yang si lelaki menangung bebannya...



sangat catchy. lebih-lebih ayat yang agak-agak last tu, "Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan itu. Seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tapi di dalam rumah, kosong, gelap dan unattractive?"

ya, i pun berfikir benda yang sama macam apa yang ditulis dalam ni. tu kalau gaji RM2000. kalau gaji lebih rendah dari tu? ada je engineer gaji rendah dari RM2000 -_-"

lepas tu, hantaran. setahu i, yang wajib adalah maskahwin. hantaran tu adat je. letak harga tinggi, membebankan si lelaki. dalam hati memang nak menikah tapi keinginan keluarga perempuan yang tinggi membuatkan si lelaki terduduk dan terus rasa macam, "akulah pipit, tak layak terbang dengan enggang..." what the? adakah kita pandang harta atau attitude nya? kalau kebetulan lelaki tu dari keluarga yang susah, anak lelaki harapan pula, gaji banyak perlu disalurkan untuk keluarga di kampung, macam mana pula tu? pada i, lelaki macam ni lah yang i cari sebab kita dah nampak dia tu bertanggungjawab. sebab gaji dia bukan dihabiskan untuk berfoya-foya tapi dia sedar dia perlu bekerja keras demi keluarga. nak menikah, kena tambah keras lagi kerjanya. kesiannya. salute dengan orang macam ni.

make up nak grand grand. fuhh~ kalau mampu tak kisahlah kan. pelamin, baju, aiseh. fikir benda-benda macam ni rasa nak tercabut kepala. ya, orang kata, berkahwin tu sekali je seumur hidup tapi ingat, kita nak sehidup semati dengan dia bukan sehari, tapi beribu-ribu hari. kalau untuk majlis yang sehari tu kita galak berhabis beribu-ribu ringgit, macam mana next day kita yang beribu-ribu hari lagi tu ye?

i pinjam sekejap hadith Nabi yang bermaksud lebih kurang macam ni,
"buatlah kenduri walaupun hanya dengan mengorbankan seekor kambing"

ada lagi yang best,
"lebih mulia wanita yang merendahkan maharnya"

bukan bermaksud nak kata perempuan ni tak ada nilai, tapi lebih elok tidak menyusahkan pihak yang lagi satu. dan adakah nilai wanita tu letaknya pada harga hantarannya?

adakah kita lebih rela menanggung zina mata, hati, telinga, daripada mencari jalan yang lebih diredhai Allah?

tak larat dah tanggung dosa T_____T

25 March 2011

Saga FL (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

dear readers~ hello hye! eh, assalamualaikum ^_^ uolls~ semua sihat? dah lama i tak menceceh panjang-panjang kat blog ni kan. uolls~ rindu i tak? ok, sila tekup muka dengan kuali dan sorok dalam bilik, nadia. sungguh tak malu bertanya begitu. thee~

uolls~ ingat tak last entri i ada tanya pasal ur opinion tentang Saga FL. oh, sila scroll ke bawah. setelah mengsurvey dari pelbagai sudut, dengan ini i mengumumkan....








i tak jadi lah beli Saga FL tu. ekekek~ so kepada sesiapa yang minta i bawa ronda-ronda KL naik FL tu, minta maaf sangat ye. i boleh bawa round naik my shomell tu je... sang kancil :P



sebab paling utama adalah, tadi tertengok tv, pasal pembelian kereta. antara tips nya,

ansuran bulanan kereta tu mestilah maksima dalam 12% dari gaji bulanan. so bila mencongak darab dan bahagi, i hanya mampu pay RM227.88 per month sahaja untuk installment kereta.

selayaknya viva atau kancil sajoh~

dengan ini, i terus padamkan niat nak beli kereta baru, bersyukur saja dengan sang kancil tu walaupun dah berniat nak bagi kancil tu untuk engineer tupperware. minta maaflah ye engineer tupperware, i tunda dulu pemberian sang kancil tu ye.


ikutkan nafsu, nak aje beli FL tu. tapi kena beringat, nanti i kena ikat perut lebih-lebih, berhutang sana sini, tak ada simpanan, kan susah. banyak lagi yang i nak capai. jadi tak usah terburu-buru.

selagi boleh digunakan, gunakanlah sang kancil tu kan. tak mahulah konsep biar papa asal bergaya. walaupun hati meronta-ronta tengok kawan-kawan beli kereta yang lebih besar, baru dan cantik, tapi tak apa. ukur baju di badan sendiri kata peribahasa.

sang kancil tu dah banyak berbakti. i sayang dia. heheh~ so i akan jaga dia baik-baik dan berikan kasih sayang terulung untuk dia.



cuma...



sekarang i geram nak beli rumah. tak salahkan? 30% dari gaji bulanan, maknanya RM569.70 ansuran pinjaman perumahan. ermm... maksimum RM200,000 termasuk interest untuk tempoh 30 tahun. so i hanya mampu beli rumah yang berharga RM150,000 ke bawah saja. kat KL mana ada rumah harga gitu kan? apartment pun RM200k.




ok, niat beli rumah pula terpadam...



-_-"


apa ke susah sangat nak miliki aset kat malaysia ni. ni belum list down budget menikah dan walimatul urus lagi ni.....
#_#

21 March 2011

Saga FL

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::



saya nak beli yang ini..








pinjam gambar dari sini



pinjam gambar kat sini




ok tak? apa pendapat uolls~?

07 March 2011

Anwar Hadi Vs Mat Luthfi

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::











sangat suka mereka berdua. tak berhenti gelak tengok video mereka ni. sangat bangga dengan anak malaysia yang macam ni~

they got their own idea and cara penyampaian sangat menarik minat.


best~!!!

double double thumbs up untuk diorang

;)

Bride's maid

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ahax!

penat!

hehehe. well, semalam, 6 mac 2011, dengan penuh suka cita jiwa dan raganya, menjadi pembantu rumah pengantin perempuan *bride's maid* kepada my bestie sejak zaman sekolah rendah dulu, cik her.. eh, puan herlinawati.

dia dah menikah bulan november hari tu. semalam baru buat kenduri.

sebagai bride's maid, i kena pastikan setiap inci step bride tu kena pada caranya, pastikan muka dia tak shining-shining, apa lagi ye. yang pasti memang kena sentiasa di sisi bride wahahaha!






sama tak kaler baju dengan pengapit lelaki tu? ^_^ adik groom. alamak, dalam gambar ni groom sorang je tak pandang kamera.

oh ya, jadi bride's maid ni, kita pun kena ikut sama kejang pipi dengan pengantin sebab sama-sama kena senyum macam pengantin.

my attire by my mom. hot mommy bersungguh siapkan baju tu before the date. dan baju tu sangat cantik sampai i risau nanti orang tersalah anggap mana pengantin. yelah, bride's maid pun pakai kain lace, satin lembut. sampai inchik hensem kata, "ni siapa pengantin sebenarnya?" hahah~ so i decide untuk make up nipis and tudung pun pakai biasa sajohlah~

ina is my bestie since zaman-zaman childhood dulu. masa tu kami macam janji, konon-kononlah, dah besar nanti, siapa antara kami yang belum kahwin, dia akan jadi pengapit kepada siapa yang kahwin dulu.

tengok-tengok, ina kahwin dulu dan tak sangka janji tu kami dapat tunaikan. sangat kelakar sebab kami banyak berkongsi cerita. yelah, duduk pun berjiran. sangat rindu zaman tu. zaman tersipu-sipu kalau tengok lelaki. hahaha~! zaman tengok orang tu, wah, handsomenya dia! tengok budak ni, isy isy isy... teruknya anak dara ni masa sekolah dulu hehe.

sebelum balik semalam, ina siap buat pesanan yang menusuk hati,
"nadia, cari suami elok-elok. yang betul-betul sayang kita, yang betul-betul akan jaga kita sampai bila-bila..."

baik puan!

congratulation ina and iwan! iwan, jaga ina bebaik ye. sweet je tengok korang ^_^

05 March 2011

Assalamualaikum, Cikgu Nadia!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hahahahahaha... what a sweeettttt moment ever! akhirnya, cita-cita nak jadi seorang guru, tercapai juga.

alhamdulillah...

semua ni kebetulan. kebetulan bila ditawarkan oleh seorang kakak yang ternampak i mengajar anaknya subjek matematik di suatu hari. chewah, cikgu buat ayat macam karangan.

habis je usrah malam tu, along tanya,
"nadia minat tak nak mengajar? boleh ajar bushra dengan barrak subjek matematik?"

aaa? i ternganga sekejap.
"nadia memang minat mengajar pun." i tak tau macam mana nak sorok mata shining-shining.

"lah, ye ke. abis tu kenapa tak jadi cikgu?"

"dah rezeki kat sini. redha aje. tapi perasaan nak jadi cikgu tu membuak-buak. cuma belum ada kesempatan."

"macam tu, along nak minta tolong ajar bushra dengan barrak, boleh tak?"

"memang nadia suka sangatlah macam tu!"

terus i terima offer kakak tu. seminggu sekali, i akan datang rumah, mengajar subjek matematik. untuk student darjah 5 dan darjah 3.

dan semalam, hari pertama mengajar.

balik kerja, mandi dan bersiap nak pergi mengajar. fuh, semangat cikgu ni! err, kenapa mesti state kan 'mandi' kat situ? hahah~

home tuition start at 8pm. sampai je rumah along, bushra dah duduk kat meja, sambil mengadap buku latihan matematik. memang menanti kedatangan cikgu.

"cikgu!" dia jerit bila nampak i masuk rumah.

alamak, i dah rasa macam berbunga-bunga. aih, cikgu?

i start mengajar bushra. barrak tak ada. ke mana entah.

dalam seronok-seronok dan berkobar-kobar nak mengajar tu, mesti ada cabaran punya...


cabaran pertama.
barrak masuk rumah. along suruh dia duduk dengan i. belajar. tapi barrak tak mahu. ayat yang buat i tersentak,
"tak mau! cikgu tu pandai ke mengajar? mesti dia mengajar macam budak darjah satu. tak mahu!"
i dah start tercabar di situ. nampaknya untuk barrak ni i kena guna pendekatan berbeza. dia nakal dan bijak.
tapi lepas kena marah dengan umi dia, dia bawa buku matematik datang depan i. i suruh dia duduk.

i nak tahu tahap mana kepandaian barrak supaya senang i create cara terbaik untuk mengajar dia. i letak few questions untuk dia jawab. sementara barrak menjawab, i mengajar bushra. topik 'fraction'.
selama ni time usrah, tiap-tiap soalan matematik tu, bushra minta i ajarkan. so semalam, i ajar bushra konsep asas supaya bagilah apa jenis soalan pun, dia boleh jawab dengan mudah.
lepas ajar konsep, i try bagi various type of questions, and alhamdulillah, bushra dapat jawab semua dengan baik tanpa perlu bertanya macam mana nak buat every question.

now masa untuk i tengok barrak. semua soalan dia jawab salah. i tak marah. tapi i dapat rasa dia saja-saja buat salah. i try bagi soalan level intermediate. ok, semua betul. i try bagi lagi sekali high level questions. ok, betul semua. lepas tu dia gelak.
yes, i kena uji dengan budak ni. sebelum i uji dia, dia uji i dulu. takpe. i bagi bertubi-tubi soalan kat dia. semua dia boleh. kecuali, yang melibatkan problem solving.


cabaran kedua
dah nama pun home tuition, student pun dua orang je, mestilah sepenuh perhatian dan jiwa raga i selama dua jam tu untuk diorang je.
niat i nak bagi diorang betul-betul faham, bukan sekadar untuk exam. sebab matematik sangat berguna untuk hidup.
sangat mencabar bila i kena membezakan cara mengajar untuk dua orang ni yang mempunyai perangai yang bezanya macam langit dan bumi. bushra jenis sangat excited dan berminat dan suka belajar sampai kata, "ala, dah habis kelas ke cikgu?"
barrak jenis main-main sampai i pun kena ikut dia bermain. hahahah...
macam mana i nak bermain sambil serius mengajar? tapi seronok. i wonder macam mana seorang cikgu handle the whole class while i hanya handle dua orang student.


apa pun cabaran, i bersyukur sangat dapat peluang mengajar mereka berdua. pendapatan sampingan untuk i. alhamdulillah.

selalunya i bahasakan diri i, "makcik nadia" yelah, sebab umi diorang i panggil along. kadang-kadang tersasul bahasakan diri jadi 'kakak'. tapi bushra tegur, "bukan acik lah, cikgu!"

bahagia bila barrak sekejap-sekejap sapa, "cikgu, yang ni betul kan?"

bahagia lagi bila bushra pandang mata, "cikgu, tak faham..." *i suka sebab dia terus-terang kalau tak faham. takdelah menganggukkkk je kerja..*

bahagia bila bushra siap highlight dekat note dia, "cikgu kata kena ingat!" sangat comel kan student i?

bahagia bila barrak buat request, "cikgu janji kelas hari jumaat aje tau! janji! barrak tak mau hari sabtu ahad..."

haih~ bahagianya menjadi seorang guru... walaupun hanya home tuition...


agak-agak, i dapat tak hadiah masa teacher's day nanti? hahahaha~!

semoga i mampu laksanakan amanah ni dengan baik...


^_^ masa mengajar tu, barrak ada sekali kena cubit dengan i. sambil tu i terfikir, nanti anak-anak i pun mesti banyak kali kena cubit dengan i kan? cikgu garang...

03 March 2011

Berikanlah Peluang Kedua

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sebak, menitis air mata, kenapa entah dari malam tadi sibuk duk menitis je air mata ni. sedihnya, hati rasa sedih.

lepas tu, on the way nak pergi kerja, dengar pula Hot FM AM crew. topik peluang kedua. tapi apa yang i nak highlight ni pasal seorang lelaki yang menghantar SMS berkali-kali ke Hot FM sebab nak pujuk tunang dia. bagi dia peluang kedua.

Hot FM AM Crew sampai call that guy untuk dapatkan penjelasan apa yang berlaku. lelaki tu ada buat silap then dia dah tak tau macam mana cara nak pujuk tunang dia, dan dia pun bagi lah SMS kat Hot FM, dengan harapan, tunang dia akan maafkan dia.

AM Crew try call the lady pula. nampak macam perempuan tu sangat keras hati, macam susah nak maafkan. sebab katanya, perkara tu dah banyak kali terjadi.

AM Crew bagi diorang dua bercakap, this lady said, "action speaks louder than word". lepas the lady kata, nanti dia call tunang dia later. terus lagu 'Sedetik Lebih' dimainkan.

at this moment lah tiba-tiba i sebak. serius. kenapa entah sampai menitik air mata. rasa macam... sensitifnya hati ni!

macam i pun mengharapkan peluang kedua. kalaulah masa ni boleh diputar semula. kalaulah i boleh betulkan semua flow dalam perjalanan hidup ni.

tapi, setiap yang berlaku mesti ada hikmah. Allah takkan menjadikan sesuatu dengan sia-sia. setiap flow tu kalau kita lalui dengan redha, insyaAllah, in the end, ganjaran yang Allah bagi tu, adalah nikmat yang tak terhingga.

Allah amat sayangkan hamba-Nya.

i kuatkan hati i, i pujuk hati. setiap apa yang i lalui, dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya, tak boleh nak salahkan sesiapa, tak boleh nak kata, "Kenapa Allah uji aku macam ni?"

sebab Dialah sebaik-baik planner. i tak boleh mempertikai semua ni.

kuatkan hatiku ya Allah untuk kuhadapi hidup di dunia ini...




Crying Rose Red Sparkling Images

02 March 2011

7 keping Surat Cinta untuk Saya ^_^

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

malam tadi, i dapat 7 keping surat cinta dari 7 orang! wah, macam tak percayakan? i tersenyum sampai ke telinga tiap kali baca tiap helai surat-surat tu.

bahagianya!

rasa macam nak terbang!

ok ok, come back to the earth.

hehe... masa usrah malam tadi, kami disuruh membuat surat cinta. untuk sahabat-sahabat liqa'. malam tadi ada 8 orang, so setiap orang akan dapat 7 keping surat cinta.

sungguh!

memang betul-betul surat cinta. tapi, ada lagi ke surat cinta di zaman orang ber'SMS', ber'emel', ber'facebook' dan ber'blog' ni?

apa uolls~ yang bercinta laki pompuan aje ke yang boleh dapat surat cinta?

cinta tu luas. cinta pada Tuan Punya, pada Rasulullah, ibu ayah.

cuba try sekali tulis surat cinta untuk ibu ayah, confirm menitis air mata kan?

bila sebut love letter, mesti terbayang boipren gopren. eheh~ macam i tak pernah bercinta lak kan.

but surat cinta ni lebih lebih lebih indah. kasih sayang sesama sahabat seperjuangan. rasa macam nak menitis air mata bila baca harapan yang ditulis dalam surat tu. memang temanya, harapan di jalan dakwah.

indahnya perasaan ni.

setiap kata tu betul-betul menusuk hati lah. aisy~ memang sedang dilamun cinta i ni~

bila baca semua surat tu, rasa diri ni disayangi, rasa diri ni dihargai, rasa macam-macam rasa yang indah belaka.

cinta pada Tuan Punya diri i ni. sebaknya hati. kita lupa, cinta Dia pada kita sangatlah banyak. memang sungguh kita lupa. sungguh!

kita selalu leka, sekejap je kita sedar, lepas tu kita lupa balik kat Tuan Punya kita.

janganlah bagi i lupa. sebab kasih sayang-Mu terlalu melimpah-ruah. tak terkata.

sebak lagi.

:'(