Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

05 March 2011

Assalamualaikum, Cikgu Nadia!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hahahahahaha... what a sweeettttt moment ever! akhirnya, cita-cita nak jadi seorang guru, tercapai juga.

alhamdulillah...

semua ni kebetulan. kebetulan bila ditawarkan oleh seorang kakak yang ternampak i mengajar anaknya subjek matematik di suatu hari. chewah, cikgu buat ayat macam karangan.

habis je usrah malam tu, along tanya,
"nadia minat tak nak mengajar? boleh ajar bushra dengan barrak subjek matematik?"

aaa? i ternganga sekejap.
"nadia memang minat mengajar pun." i tak tau macam mana nak sorok mata shining-shining.

"lah, ye ke. abis tu kenapa tak jadi cikgu?"

"dah rezeki kat sini. redha aje. tapi perasaan nak jadi cikgu tu membuak-buak. cuma belum ada kesempatan."

"macam tu, along nak minta tolong ajar bushra dengan barrak, boleh tak?"

"memang nadia suka sangatlah macam tu!"

terus i terima offer kakak tu. seminggu sekali, i akan datang rumah, mengajar subjek matematik. untuk student darjah 5 dan darjah 3.

dan semalam, hari pertama mengajar.

balik kerja, mandi dan bersiap nak pergi mengajar. fuh, semangat cikgu ni! err, kenapa mesti state kan 'mandi' kat situ? hahah~

home tuition start at 8pm. sampai je rumah along, bushra dah duduk kat meja, sambil mengadap buku latihan matematik. memang menanti kedatangan cikgu.

"cikgu!" dia jerit bila nampak i masuk rumah.

alamak, i dah rasa macam berbunga-bunga. aih, cikgu?

i start mengajar bushra. barrak tak ada. ke mana entah.

dalam seronok-seronok dan berkobar-kobar nak mengajar tu, mesti ada cabaran punya...


cabaran pertama.
barrak masuk rumah. along suruh dia duduk dengan i. belajar. tapi barrak tak mahu. ayat yang buat i tersentak,
"tak mau! cikgu tu pandai ke mengajar? mesti dia mengajar macam budak darjah satu. tak mahu!"
i dah start tercabar di situ. nampaknya untuk barrak ni i kena guna pendekatan berbeza. dia nakal dan bijak.
tapi lepas kena marah dengan umi dia, dia bawa buku matematik datang depan i. i suruh dia duduk.

i nak tahu tahap mana kepandaian barrak supaya senang i create cara terbaik untuk mengajar dia. i letak few questions untuk dia jawab. sementara barrak menjawab, i mengajar bushra. topik 'fraction'.
selama ni time usrah, tiap-tiap soalan matematik tu, bushra minta i ajarkan. so semalam, i ajar bushra konsep asas supaya bagilah apa jenis soalan pun, dia boleh jawab dengan mudah.
lepas ajar konsep, i try bagi various type of questions, and alhamdulillah, bushra dapat jawab semua dengan baik tanpa perlu bertanya macam mana nak buat every question.

now masa untuk i tengok barrak. semua soalan dia jawab salah. i tak marah. tapi i dapat rasa dia saja-saja buat salah. i try bagi soalan level intermediate. ok, semua betul. i try bagi lagi sekali high level questions. ok, betul semua. lepas tu dia gelak.
yes, i kena uji dengan budak ni. sebelum i uji dia, dia uji i dulu. takpe. i bagi bertubi-tubi soalan kat dia. semua dia boleh. kecuali, yang melibatkan problem solving.


cabaran kedua
dah nama pun home tuition, student pun dua orang je, mestilah sepenuh perhatian dan jiwa raga i selama dua jam tu untuk diorang je.
niat i nak bagi diorang betul-betul faham, bukan sekadar untuk exam. sebab matematik sangat berguna untuk hidup.
sangat mencabar bila i kena membezakan cara mengajar untuk dua orang ni yang mempunyai perangai yang bezanya macam langit dan bumi. bushra jenis sangat excited dan berminat dan suka belajar sampai kata, "ala, dah habis kelas ke cikgu?"
barrak jenis main-main sampai i pun kena ikut dia bermain. hahahah...
macam mana i nak bermain sambil serius mengajar? tapi seronok. i wonder macam mana seorang cikgu handle the whole class while i hanya handle dua orang student.


apa pun cabaran, i bersyukur sangat dapat peluang mengajar mereka berdua. pendapatan sampingan untuk i. alhamdulillah.

selalunya i bahasakan diri i, "makcik nadia" yelah, sebab umi diorang i panggil along. kadang-kadang tersasul bahasakan diri jadi 'kakak'. tapi bushra tegur, "bukan acik lah, cikgu!"

bahagia bila barrak sekejap-sekejap sapa, "cikgu, yang ni betul kan?"

bahagia lagi bila bushra pandang mata, "cikgu, tak faham..." *i suka sebab dia terus-terang kalau tak faham. takdelah menganggukkkk je kerja..*

bahagia bila bushra siap highlight dekat note dia, "cikgu kata kena ingat!" sangat comel kan student i?

bahagia bila barrak buat request, "cikgu janji kelas hari jumaat aje tau! janji! barrak tak mau hari sabtu ahad..."

haih~ bahagianya menjadi seorang guru... walaupun hanya home tuition...


agak-agak, i dapat tak hadiah masa teacher's day nanti? hahahaha~!

semoga i mampu laksanakan amanah ni dengan baik...


^_^ masa mengajar tu, barrak ada sekali kena cubit dengan i. sambil tu i terfikir, nanti anak-anak i pun mesti banyak kali kena cubit dengan i kan? cikgu garang...

4 comments:

  1. hahahha lawak tul barrak tuh... mcm aku time kecik2 suka uji2 cikgu hahaha!!!

    ReplyDelete
  2. sangat x minat math walaupon dah ade 2 org 'cekgu' brpengalaman mngajat waktu kecik2 dulu.. ;p

    ReplyDelete
  3. sang kamen::
    husy? ye ke? isy3~~ ape lah nasib aku dapat anak murid cam ko.. hahahhaaha :P

    adibah::
    kan kan kan? bahagia je ada anak murid comel-comel macam tu ^_^

    belong::
    hahahaha.. tak minat math pun, add math dulu A1 kan ^_^

    ReplyDelete