Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

26 September 2009

No mood raya anymore

okeh people. now it's time to throw away your raya mood cuz it's already in the 7th of syawal. there are lots of work waiting to be done. some comment for muvee yesterday..

g-force (3D) at mid valley megamall... *i drove there and i forgot yesterday was friday. so the parking may quiet expensive. luckily, just RM2*

it was about few well-trained guinea pigs. with the help of very high technology equipments *ala-ala james bond gituuu* they were assigned to a task *macam kebanyakan cerita omputih gak*

value added in this muvee was about friendship. how will you help your friend when all of you were in difficulty. hoh...

with 3D effect, this muvee quiet ok lorr... especially when it's time to show their great technology applied to accomplish their mission.

after watching the movie, we went to laksa shack, and the doctor-will-be ordered the most expensive meal there *botaklaaa engineer tupperware yang sponsor makanan..*

then then then spending time with doctor-will-be before he flown *eh, betul ke flown?* to egypt. yay, i can't go to klia, lain la kalau ada orang nak sponsor tiket bas or duit minyak and tol to klia huk huk huk



today, i will meet kak wenny, my cousin from indonesia, miss her so much. then attending kak ina's reception, then jalan-jalan with kak wenny... and then going back to skudai.

ouh

going back to skudai? i hate this.......

lots of work!!!!!!!!!!!!!

(-_-")

25 September 2009

Pukul 4 pagi

apa yang akan anda lakukan sekiranya anda terjaga di awal pagi? dan anda cuba melelapkan mata semula tapi tak boleh lelap-lelap?


.

.

.

.

.

.

.

solat tahajud, hajat, taubat?

.

.

.

baca quran?

.

.

.

.

.

then, blogging?

.

.

.

.

tunggu subuh sambil skodeng jiran sebelah buat apa?
.

.

.

.

.

.

kacau orang kesayangan anda yang masih nyenyak tidur dengan texted beliau setiap minit?

.

.

.

.

.

tengok siri nur kasih yang melambak dalam laptop?

.

.

.

.

tengok muka adik-adik anda yang sedang nyenyak tidur?

.

.

.

.

.

.

.

ouhh.... suara bilal di masjid al-akram sudah menyeru-nyeru di pagi jumaat yang hening ini...


update: today tengok wayang ngan cousin golongan senior.. me, engineer tupperware, indra-bakal-doktor-yang-nak-fly-to-egypt-this-wednesday, and rizwan-budak-alam-shah-yang-konon-konon-jadi-lawyer-or-arkitek

urmmm... adik-adik saya... sorang bakal engineer, sorang bakal doktor, saya? erkk... haha *apa kau belajar kat UTM tuh nadia?*

hari sabtu? my cousin from indonesia will be here! can't wait to meet her. dah 8tahun woo tak jumpa...
kak wenny, if u read this blog, please don't forget, cd ketika cinta bertasbih ya sis!

---> dah azan tu, gi solat

chiow~! (^_^)v

24 September 2009

Assignment di minggu raya

sungguh tidak puas hati kan.

bila time time nak happy happy raya and cuti cenggini,

terfikirkan assignment...

50 journal with 100% hit plus take home test untuk subjek satelit design...

take home test subjek digital image processing...

PSM punya methodology...

report konvo, bind habiskan...

adoyai... tros hilang segala mood...

(p/s: hari ni kawan-kawan i yang reramai tuh nak datang.. macam biasa, tiap-tiap tahun serbu rumah i...)

kenapa ada assignment tyme cuti nih?????

23 September 2009

Album Raya
















Dianella Rannia

lepas penat buat kuih bawang, jaga anak usu lak. nak tengok nadia fitri masa kecik? haa~ sebijik gambar di bawah.


ni dianella rannia. anak usu. baru 7 bulan.

rannia pelik tengok kamera.


ouh kaklong, i want this...


aiyoooo... so cumil la this gurl.. gerammm...
(^_^)v

The Making of.. Kuih a.k.a Keropok Bawang

ouh yaaa... yesterday i went to rumah nenek to make kuih bawang. tak boleh buat kat rumah sendiri sebab tak ada mesin nak potong kuih tuu... so, here some piccas....



ni bahan-bahan yang dah di blend and dah dimasukkan pun dalam adunan tepung

tepung dan bahan-bahan digaul hingga sebati. guna tangan tuu... ponat den...


doh yang dah diuli...



preparation untuk putarrrr... see the machine...



some doh yang dah 'digilis'...



jadikan dia panjang-panjang cenggini...



then yang panjang-panjang tadi dipotong-potong cenggini...



preparation untuk goreng! ~~!
bahan-bahan yang digunakan untuk buat kuih ni tak boleh dipublish di sini. nanti usu, nenek dan ibu marah i. coz kata diorang, ni rahsia resepi keluarga.. errkkk... usu dah siap remind "awak jangan gatal publish the secret kat blog awak, facebook, friendster, etc.." adeii... so takleh laa nak publish.. kan... takpe-takpe.. nanti i perturunkan ilmu kat anak-anak i. hee~!!
chiaow~! (^_^)v

























22 September 2009

Hari raya ke-3?



urmm.. wuts plan for today?

pagi-pagi dah hantar engineer tupperware ke pudu. dia dengan penuh semangat berkobar-kobar nak balik ke utm. eh eh. ke ipoh. attend kakak sulung dia punya majlis tunang. eh. kakak angkat. kakak sulung dia belum bertunang, secara rasmi agaga~!

urmm... semakin hari, semakin ramai orang-orang *bukan orang-orang kat tengah sawah tu* sekeliling i yang nak menuju ke alam perkahwinan. classmate i kat utm tu, ada yang dah bertunang. classmate kat skul rendah and menengah, bertunang ujung tahun ni. siap mintak tolong i gubah hantaran lagi u.... ada sorang lagi classmate skul rendah, dah ada 2orang anak taw u!! sorang senior masa teknik, dah ada sorang anak. hujung minggu ni, i akan attend wedding sorang lagi senior i kat teknik. heh, kad jemputan kahwinnya lawaaaa... asyik attend wedding orang je i ni taw... wakakaka~!

urmm... hehe, rupa-rupanya, kaum-kaum sebaya i semua dah nak masuk ke fasa seterusnya dalam kehidupan. i? dah bersediakah? err... masak pun tak tahu, tak kenal bawang, cili, halia, lengkuas, kunyit, ketumbar, bunga lawang, kulit kayu manis, lada putih, lada hitam, daun salam, daun ketumbar.. err... mana boleh kahwin cenggitu.. hahaha~! mengemas rumah lagi laaaa... hampeh~! heh, menantu rejected ke hape?

zaman bercinta, semuanya manis. hatta kentut pun wangi... tu la, konon-konon indah. bila dah kahwin, kenapa semuanya serba tak kena? padahal dulu, kaulah intan payung buah hati pengarang jantung limpa dan pankreas...




teringat cerita seorang sahabat. ibunya dulu langsung tak pandai masak masa mula-mula kahwin. tapi ayahnya langsung tak kisah. malah sama-sama belajar masak masa musim-musim baru kahwin. sekarang ni, sebutlah apa je jenis masakan, ibunya hebat di dapur. wah, sangat romantik sama-sama belajar masak kat dapur. tak kisahlah ikan hangus ke, telur hancur *heh, telur hancur pun sedap tau, makan dengan roti dan sos cili* ke, apa yang penting, kerjasama.... bagus...

ok, apsal aku membebel pasal kahwin ni? err....... ok ok ok... turn aku lambat lagi, ok. jangan timbulkan sebarang kontrovesi di sini. kena kumpul duit dulu maaaa.... ingat nak kahwin ni senang? nak bagi anak bujang orang makan wooo... err... maksud i, bagi makan tu, memasak. hahaha pada i, tak sah sorang perempuan kalau tak hebat di dapur.


taa~! nak gi rumah nenek kejap lagi. untuk belajar masak. eh eh. ibu minta tolong masakkan kuih bawang. so sekali lagi sebagai anak yang patuh, hamba menurut perintah.

chiow~! (^_^)v


21 September 2009

aku benci virus ~!@##$%^^&*()

heh! ni betul2 mencabar kesabaran aku nih...

jahannnnnaaammm pendrive aku...

benda2 yang aku simpan untuk psm

data2 untuk psm...

siyootttt nye virus!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Berhari raya kedua di Chow Kit

oh, mungkin ini nasib orang2 di kl...

chow kit pun jadi tempat berhari raya..

pagi-pagi hot mummy dah kejut..

"nadia, bangun.. temankan ibu pergi pasar..." *actually secara tersiratnya, 'jadilah driver ibu... lagi..'* sebagai anak yang patuh lagi hormat serta bertimbang rasa *sungguh berlagak ayat ini* saya pun menggosok-gosok mata, capai towel dan mandi.

lepas bersiap, saya menendang, eh, mengejutkan engineer tupperware, erkk "jom ikut kaklong gi pasar dengan ibu. "

banyak jugaklaaa barang yang dibeli. "nak masak apa hari ni?"

"ibu ni, rendang kan ada lagi.. kenapa nak masak?"

ermmm sampai je rumah "nadiaaaaaaa!!! masak udang tu..."

erkkk.. saya sekali lagi sebagai anak yang patuh lagi hormat serta bertimbang rasa pun terus ke dapur.

lauk hari ini...

sambal udang petai, tempe goreng bersalut tepung, kangkung tumis..

errmmm... tempe tu paling sedap...

terliur... dengan masakan sendiri.. erkk

20 September 2009

Siapa kata tiada orang berhari raya di KL?

salam aidilfitri semua!!!! yay!! hari ni suda raya raya raya~!!

heh, saje nak kongsi skit pengalaman orang kl berhari raya.

ramai kata, kl mesti lengang masa aidilfitri. yelah, smua orang balik kampung. huu~ sape kata? pagi tadi, lepas solat subuh, i... *i? oppss, dengan hot mommY sebenarnya* masak gulai kuah lontong kat dapur sambil mengejutkan engineer tupperware bangun subuh. amat susah mengejutkan engineer itu pada pagi ni maybe sebab dia penat mensetelkan hal kemas rumah malam tadi. sampai pukul 5 pagi. *clap clap syabbbaassss inspektor sahaabbb*.

tunggu budak-budak ni mandi kemain lama, heh, i pun tercongok tunggu. aisy! pukul 8 pagi keluar rumah, pergi solat raya.

errmm.. biasanya kalau keluar rumah pukul 8 tu, ok lagi, belum berapa ramai. tapiii... tahun ni, ramai bebenor kat masjid tu. heh, nyesal tak bawak fon. kalau tak, leh amik gambar *alasan gilerr....*. maka dengan penuh comel dan buat muka ayu nya sambil memakai baju yang amat cantik, kami bertiga pun terus ke kawasan parking lot kat area-area belakang. kami solat di luar tu! dengan gerimis yang menitik bak titisan bla bla bla~ nasib baik tak ujan lebat kottt....

ok lah.. nak pergi berhari raya. sejak ada baby ni, i asyik jadi driver jekk.. tak bergaji lak tu.. takpe2.. ujung bulan i claim gaji~! yay~!

SALAM AIDILFITRI~!!!

17 September 2009

Makan Ketupat Rendang Kuih Bahulu

salam sejahtera.
berita hari ini.
satu keluarga didapati bersalah kerana tidak memasak ketupat rendang kuih bahulu. errkkk... silap3
haaa.. kawan-kawan *nada suara seperti watak upin ipin. sila bayangkan*, nak tau tak, saya sekarang ada di rumah untuk *makan ketupat rendang kuih bahulu* bercuti hari raya, kot.

erkk.. sepatutnya tiada 'kot' di situ.

just want to share something. apa pandangan anda kalau duit hantaran kahwin *yang biasanya orang letak puluh-puluh ribu tu* ditukar dengan senaskhah mushaf al-quran bertulisan tangan bakal pengantin lelaki tu sendiri. menarik? tuan-tuan dan puan-puan boleh cuba di rumah. eh eh. bagi yang belum bernikah boleh cuba cara ni. bagi yang sudah bernikah, boleh bagi anak-anak anda mencuba.

hoh, siapa sanggup siapkan senaskhah al-quran bertulisan tangan, boleh nikah dengan ana! errkkk...



Gambar hiasan. macam cantik je kaler silver. i nak buat rainbow kaler, setuju?

(^_^)v


13 September 2009

23 Ramadhan

Ouh no…

Selamat pagi semua. Bertemu lagi kita di rancangan masak-masak bersama nadia mari update blog. Pada hari ini ingin saya ceritakan sedikit kemajuan pada diri saya. Eh, dah dah. Tidak mahu membuat rancangan memasak hari ini. Huih, pagi-pagi lagi saya sudah mengstart enjin kereta untuk pergi dating PSZ. Sangat mengkagumkan kerana pada waktu blog ini di update, saya berada dalam library, mensetelkan kerja-kerjaan. Update blog ini hanya iklan semata-mata.

Okeh, ini hari masuk 23 ramadhan suda. Saya rasa mungkin implikasi bulan ramadhan menyebabkan saya kurang merapu dalam blog. Ya, konon-konon macam kurang dosa di situ. *clap clap* macam riak pun ada jugak… kot… heh, syyuuhhhh… bulan-bulan puasa ni, kurangkan benda-benda mengarut okay?

Ya, satu lagi tentang 23 ramadhan. Err… yay, kalau mengikut kalender hijrah, tarikh lahir saya adalah pada 23 ramadhan 1407H. urmm tahun ni 1430H. maknanya umur saya sudah 23 tahun, eh? Heh, kenapa saya rasa masih terlalu muda untuk menyebut, "hye, saya sudah berumur 23 tahun". Oopss.. mungkin saya masih layak memegang title 'pelajar tahun akhir yang berusia 22 tahun'. Oh, saya betul-betul terlupa angka itu adalah umur saya yang sebenar.

Benarkah 22?

Musykil.

(^_~)v

11 September 2009

Ke Manakah?

0400H : Sahur @ .....

0600H : Subuh

0630 : konon-konon study untuk test

1000H : going to faculty for discussion

1030H : call PM Din

1100H : received message from PM Din "please come to my room at 1500H for your test"

1300H : jalan-jalan at jusco taman U with engineer tupperware 'today is ladies day, okayH~!"

1400H : study GPS at office

1430H : received call from PM Din "cancel your test because Zulhilmi still not going back yet" *hoorrraayyY!!!*

1500H : ekin ask me "kak nadia, do you got any work to do? jom jalan-jalan..."

1530H : going to angsana with shikin. ladies day again~!!

1730H : going back to UTM. jamMmm~!!!

1830H : pick engineer tupperware. me, ekin and engineer tupperware having our break fast at Taman U..

2000H : going back to UTM

2052H : blogging

2315H : muveeee~!! 'my ugly truth'.. taaa darling (~_^)



Award from ihsan~!


this award from ihsan... (sila klik link) kalau tak silap... saya antara yang terawal jadi follower dia.. coz dat tyme arwah ammar baru saja meninggal dunia.. hurrmmm.. al-fatihah untuk arwah...

thanks ihsan!! love to hear from you again yach~~!!!

kepulangan ke rumah berhari raya?

090909 tarikh yang konon-konon cantik, konon-konon lawa. macam ada makna tapi. yelah, manusia, maybe the date look symbolic. hoh, tarikh yang-konon-konon-macam-ada-makna tu tak ada makna sangat kot kat saya *style budak sekarang, kena ada kot di hujung tiap perkataan. konon-konon macam uncertainty padahal terlalu pasti... kot...*.


ya, saya pulang ke rumah pada 090909. ramai kawan bertanya, "eh, balik raya ke?". wah, sangat awal pulak kan... kot...


hee~ kepulangan tu semata-mata untuk ke hospital. appointment dengan klinik oftalmologi, HUKM Cheras. naik bas jam 1730H, dihantar oleh engineer tupperware dengan orang kesayangan kami... kot...


saya keluar awal dari meeting kebajikan sebab takut tak sempat mengejar bas *cuba bayangkan saya berlari ala-ala usain bolt sambil mengejar bas maraliner dari belakang. (-_-")*. sebelum keluar, Pn Khairany sempat membekalkan saya dengan buah tangan untuk buka puasa. sebeg comel yang berisi kurma 6 biji, air kotak dan muffin. yummmmM~!


saya membeli mcD *quarter ponder* sebagai makanan berbuka puasa atas bas *sangat sedih sambil berlinangan air mata apabila berbuka sorang-sorang di atas bas tanpa ibu, ayah, adik-adik, dan rakan-rakan techenta, ok, enuf... kot...*. apa pandangan anda semua bila jam baru menunjukkan pukul 5.00petang tiba-tiba anda ternampak seorang perempuan dengan slumbernya berjalan ke kaunter mcD di jusco tmn U dan mengorder mcD. *fikir-fikir*. mesti anda fikir "ouh, perempuan ada cuti... kot...". ermm... saya berpuasa ya pada hari tersebut.


uih, sementara dalam perjalanan, saya membaca novel 'kalam cinta dari Tuhan' sampai mata saya terpejam. saya terjaga bila ada seorang penumpang menguis *erkk, menguis ke? macam tak betul je perkataan ni... kot... (yang ni betul-betul uncertainty)* tangan saya. bas masih on the road.

penumpang: dik, bangun. dah berbuka ni. *sambil menghulur sebungkus kebab*

saya: *sambil terpisat-pisat* eh, ouh, terima kasih. *masih blurr.. sape soh ko tido pas asar nadia?*

alhamdulillah, murah rezeki orang yang memberi kebab kepada semua penumpang dalam bas tu. dah lah isinya banyak, kebabnya juga lazat-enak-berkrim-disukai-ramai.


kekenyangan memakan kebab dan kurma dan muffin. saya tidak tahu macam mana nak habiskan mcD yang ada dalam beg ni. saya rilex sekejap. dan sepanjang perjalanan saya berusaha *ya, tuan tuan dan puan puan, saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskannya* selama 2 jam untuk habiskan burger mcD itu. alhamdulillah, habis juga.


sampai di rumah, ayah pelawa saya makan nasi. saya tak sampai hati nak tolak sebabnya, yelah, ayah sendiri jemput makan, kan... kot... *perlukah 'kot' di situ? blurr*

wah.. saya makan dengan sangat banyak pada malam itu. selepas makan, nak buat terawih single pun macam... burrpp.. ahahaha~!

(~_^)

09 September 2009

Thorbaekkk~~!!!!

hari ni hari thorbaekk aku dalam sejarah sepanjang aku kat utm nih..

gila rr!!!

aku mandi pagi sebaik saja azan subuh berkumandang...

then aku lepak lepak untuk membaca note test pada pagi ini..

tiba tiba..

.

.

.

.

.

.

zzzzz...

bila masa aku tertidur weyh!!!!! aku bangun tepat jam 12.23 tengahari..

gila!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

apa aku nak cakap kat Dr IB nih???????????


G.I.L.A


pukul 5 nanti dah kena gerak gi sri putri..

balik

esok ada appointment oftal kat HUKM

adoYai!!

(T_T)

08 September 2009

Weekend, Happening and Pening~!

ok. ni entri yang ke-301. tak sangka dah menaip sebanyak ni. heh~!

saya rasa macam dah banyak hari tak hadir ke kelas. entah. tak tahu ke mana saya pergi. bukan ada kat bilik pun. *pusing pusing*. wah, ayat skema sekali lagi nampaknya nadia fitri~!

err... ada beberapa gambar yang teringin di upload tapi tak dapat transfer gambar ke laptop. hoh! saya baru mengformat laptop dan perisian SE PC Suite tu tak suit dengan laptop i... isk isk isk...

setelah sekian lama lagi berkurun tambah berjanggut tidak dapat mentengok wayang, saya akhirnya berjaya mentengok wayang hari sabtu lalu. final destination 4. saya boleh bagi 5 bintang dari 5 bintang. saya sangat takut mentengok ini cerita. saspen~!

err.. saya mau out. mau cari mood.

(-_-") tidur swing swing..

05 September 2009

A very malang day.. kott…

this is the entry number #300.. clap clap clap~~~!

Could someone define a day as a very malang day for them? Hoh, if yes, I would like to say yesterday is a very malang day for me. Ya, malang day. Ouh, saya tak sanggup pula nak bercakap macam tu sebab saya tak suka mengatakan sesuatu itu malang. Ok, bukan malang. Hari yang penuh dengan ujian dan pancaroba yang penuh onak ranjau dan duri yang harus saya tempuhi beserta dengan kecekalan hati yang teguh. Let me list down the matters that makes me regret for the whole day.

  1. Jam menunjukkan pukul 7.05 pagi. Saya rasa seperti hendak melelapkan mata seketika kerana sangat letih. Ouh, kelas jam 8.00 pagi. It's ok. Saya dah mandi dan tinggal bersiap saja. Ok, saya dah mandi dan baring di katil saya. Tangan pegang handphone tapi macam malas nak set alarm. Mata saya tertutup sekejap, oppss, agak lama sampai… yaa!! 7.58 pagi! Kelam kabut saya bersiap, capai apa yang ada. Dan pecut ke kelas with my baby. Ouh pecutkah? Ya, saya rasa macam teruk sangat-sangat keadaan yang disebutkan di atas.
  2. Setelah berlari pecut untuk ke kelas, saya duduk dengan keletihan. Ya, keletihan. Lecturer belum masuk. Tunggu punya tunggu, dekat sejam, tiba-tiba, class rep got a msg from PM Din. Class cancel… cheh! Saya sudah berlari pecut mengalahkan kijang, namun hampa kerana ketiadaan kelas *macam peliklah, aku hampa sebab kelas cancel. Hahaha~!*
  3. Urmm.. lepak di bilik tv, siapkan apa yang boleh disiapkan. *adakah ini dikatakan malang? Tidakkk…*
  4. Meeting MPP cancel. Malang sebab my frens smua tengah having fun at danga bay and I refuse to follow them because got MPP's meeting. Ok, I berkejar pecut my baby to danga at the moment. Tak berani nak drive sorang malam-malam cenggitu. I really need someone beside. Since engineer tupperware busy doing her assignment, I call 'orang kesayangan kami' to accompany me.
  5. After having fun, on the way back, suddenly, dada ni rasa sakit yang teramat sangat sehingga menikam-nikam bagai ditusuk duri *oppss, dis hiperbola thing is not good*. Then, saya memberhentikan kereta di tepi jalan. Rilex sekejap *sekejap?*. 'Orang kesayangan kami' dah jadi terlalu risau. Heh, serius tak pernah kena macam ni. Macam nak tercabut nyawa everytime I take a deep breath. Hisss.. terpaksa tukar driver. Nasib baik I am not alone~!
  6. Then sampai di UTM, terus gi KTDI, amik engineer tupperware, nak gi sahur. All of sudden, my car's broke down. Takleh nak start. I am pretty sure this is battery matter. Because few minutes before that, saya macam perasan jam dalam kereta tu makin malap…. Then… it's turn zzzz.. hoh, terpaksa call Zul sengih untuk datang membawa kereta 'orang kesayangan kami' dan kami berempat bersahur bersama-sama. Macam family day.. haha!

Urmm.. sebenarnya kesedihan sebab my baby syakitt… sob sob sob…

(T_T) cryin a river… sob sob sob~

04 September 2009

Sumut

Tajuk entri ini di suggest oleh sahabat setempat sekerjaan semasa *berapa banyak 'se' daaa~* latihan industri dulu. Thanks kepada na'cute'din kerana memberi idea yang bernas *sebernas beras bernas, pilihan bijak. Ok, stop rapuan di situ*. Din, aku dah buat link ke belog kau dari belog aku. Harap prihatin. Ahax~!

Bercakap pasal sumut a.k.a semut, saya teringat seorang lagi sahabat setempat sekerjaan latihan industri dulu. Sila klik belog beliau di 'SENARAI UPDATE…' pada bar tepi *sidebar* sebalah sebelah kanan anda. Beliau menggelarkan diri beliau sesemut yang notty. Ok, beliau dari UTHM dan kini masih lagi sedang praktikal dan dengarnya mau berkahwin. Ok, senyap.

Direct translation. Terjemahan secara langsung *kenapa tak sebut 'live translation' ya?*. Beberapa hari lepas saya, engineer tupperware dan orang kesayangan kami pergi bersahur di sebuah kedai makan *saja tak nak sebut restoran sebab macam high class sangat* di Restoran Laksamana Parameswara. Kepada warga UTM, tolonglah jangan makan di kedai tersebut. Saya bukan hendak menutup periuk nasi atau periuk belanga mereka, tapi percayalah, anda pun akan buat perkara yang sama jika anda cuba makan di sana.

Di situ kami disajikan dengan makanan-makanan dan filem yang bertajuk ….. *saya lupa tajuk filem itu*. Filem tersebut bergenre *ok, ayat saya kembali berbentuk karangan SPM* action. Tapi yang peliknya, saya, engineer tupperware dan orang kesayangan kami tertawa-tawa terbahak-bahak sampai keluar air mata darah kerana 'direct translation'. Biasanya ayat-ayat yang kurang enak didengar yang di'direct translation'kan seperti shit, damn, dan macam-macam lagi yang !@#$%^&*(). Saya tidak mahu sebut banyak-banyak nanti kurang pahala puasa. Saya puasa pada hari ini, ok.

Apakah kaitan entri ini dengan tajuk di atas? Tiada kena-mengena.

Salam ramadhan~ (^_^)v

02 September 2009

Deja Vu~!

suda lama tidak menggila (baca: update) di belog ini. ya. read the title above. deja vu.

is the experience of feeling sure that one has witnessed or experienced a new situation previously (an individual feels as though an event has already happened or has happened in the near past), although the exact circumstances of the previous encounter are uncertain.

it occurs briefly, unannounced, only in certain people, and has no witnesses or physical manifestations other than the person saying, "hey, deja vu!".

ouh, chop chop.. finin suda~ plus swing swing.

ok, saya tidak tahu ke mana menghilang mood saya untuk menulis. mungkin ia dibawa lari oleh 'serigala menangis' yang sudah tidak menangis lagi. ouh, saya rasa pelik dengan ayat saya sebab bunyinya, agak skema. mungkin pengaruh menulis laporan pesta konvo. heh. bila mau siap itu laporan.

sebenarnya saya sudah lupa cara penulisan saya di belog. hurrmm. buntu.

blurrr~~~~