Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

11 September 2009

kepulangan ke rumah berhari raya?

090909 tarikh yang konon-konon cantik, konon-konon lawa. macam ada makna tapi. yelah, manusia, maybe the date look symbolic. hoh, tarikh yang-konon-konon-macam-ada-makna tu tak ada makna sangat kot kat saya *style budak sekarang, kena ada kot di hujung tiap perkataan. konon-konon macam uncertainty padahal terlalu pasti... kot...*.


ya, saya pulang ke rumah pada 090909. ramai kawan bertanya, "eh, balik raya ke?". wah, sangat awal pulak kan... kot...


hee~ kepulangan tu semata-mata untuk ke hospital. appointment dengan klinik oftalmologi, HUKM Cheras. naik bas jam 1730H, dihantar oleh engineer tupperware dengan orang kesayangan kami... kot...


saya keluar awal dari meeting kebajikan sebab takut tak sempat mengejar bas *cuba bayangkan saya berlari ala-ala usain bolt sambil mengejar bas maraliner dari belakang. (-_-")*. sebelum keluar, Pn Khairany sempat membekalkan saya dengan buah tangan untuk buka puasa. sebeg comel yang berisi kurma 6 biji, air kotak dan muffin. yummmmM~!


saya membeli mcD *quarter ponder* sebagai makanan berbuka puasa atas bas *sangat sedih sambil berlinangan air mata apabila berbuka sorang-sorang di atas bas tanpa ibu, ayah, adik-adik, dan rakan-rakan techenta, ok, enuf... kot...*. apa pandangan anda semua bila jam baru menunjukkan pukul 5.00petang tiba-tiba anda ternampak seorang perempuan dengan slumbernya berjalan ke kaunter mcD di jusco tmn U dan mengorder mcD. *fikir-fikir*. mesti anda fikir "ouh, perempuan ada cuti... kot...". ermm... saya berpuasa ya pada hari tersebut.


uih, sementara dalam perjalanan, saya membaca novel 'kalam cinta dari Tuhan' sampai mata saya terpejam. saya terjaga bila ada seorang penumpang menguis *erkk, menguis ke? macam tak betul je perkataan ni... kot... (yang ni betul-betul uncertainty)* tangan saya. bas masih on the road.

penumpang: dik, bangun. dah berbuka ni. *sambil menghulur sebungkus kebab*

saya: *sambil terpisat-pisat* eh, ouh, terima kasih. *masih blurr.. sape soh ko tido pas asar nadia?*

alhamdulillah, murah rezeki orang yang memberi kebab kepada semua penumpang dalam bas tu. dah lah isinya banyak, kebabnya juga lazat-enak-berkrim-disukai-ramai.


kekenyangan memakan kebab dan kurma dan muffin. saya tidak tahu macam mana nak habiskan mcD yang ada dalam beg ni. saya rilex sekejap. dan sepanjang perjalanan saya berusaha *ya, tuan tuan dan puan puan, saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskannya* selama 2 jam untuk habiskan burger mcD itu. alhamdulillah, habis juga.


sampai di rumah, ayah pelawa saya makan nasi. saya tak sampai hati nak tolak sebabnya, yelah, ayah sendiri jemput makan, kan... kot... *perlukah 'kot' di situ? blurr*

wah.. saya makan dengan sangat banyak pada malam itu. selepas makan, nak buat terawih single pun macam... burrpp.. ahahaha~!

(~_^)

No comments:

Post a Comment