Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

04 September 2009

Sumut

Tajuk entri ini di suggest oleh sahabat setempat sekerjaan semasa *berapa banyak 'se' daaa~* latihan industri dulu. Thanks kepada na'cute'din kerana memberi idea yang bernas *sebernas beras bernas, pilihan bijak. Ok, stop rapuan di situ*. Din, aku dah buat link ke belog kau dari belog aku. Harap prihatin. Ahax~!

Bercakap pasal sumut a.k.a semut, saya teringat seorang lagi sahabat setempat sekerjaan latihan industri dulu. Sila klik belog beliau di 'SENARAI UPDATE…' pada bar tepi *sidebar* sebalah sebelah kanan anda. Beliau menggelarkan diri beliau sesemut yang notty. Ok, beliau dari UTHM dan kini masih lagi sedang praktikal dan dengarnya mau berkahwin. Ok, senyap.

Direct translation. Terjemahan secara langsung *kenapa tak sebut 'live translation' ya?*. Beberapa hari lepas saya, engineer tupperware dan orang kesayangan kami pergi bersahur di sebuah kedai makan *saja tak nak sebut restoran sebab macam high class sangat* di Restoran Laksamana Parameswara. Kepada warga UTM, tolonglah jangan makan di kedai tersebut. Saya bukan hendak menutup periuk nasi atau periuk belanga mereka, tapi percayalah, anda pun akan buat perkara yang sama jika anda cuba makan di sana.

Di situ kami disajikan dengan makanan-makanan dan filem yang bertajuk ….. *saya lupa tajuk filem itu*. Filem tersebut bergenre *ok, ayat saya kembali berbentuk karangan SPM* action. Tapi yang peliknya, saya, engineer tupperware dan orang kesayangan kami tertawa-tawa terbahak-bahak sampai keluar air mata darah kerana 'direct translation'. Biasanya ayat-ayat yang kurang enak didengar yang di'direct translation'kan seperti shit, damn, dan macam-macam lagi yang !@#$%^&*(). Saya tidak mahu sebut banyak-banyak nanti kurang pahala puasa. Saya puasa pada hari ini, ok.

Apakah kaitan entri ini dengan tajuk di atas? Tiada kena-mengena.

Salam ramadhan~ (^_^)v

2 comments:

  1. aishh..najis suci ...hahahahha

    ReplyDelete
  2. crywolf>>
    agagaga~~!!! yayayaya~!! memang trok tol direct translation..

    ReplyDelete