Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

22 September 2009

Hari raya ke-3?



urmm.. wuts plan for today?

pagi-pagi dah hantar engineer tupperware ke pudu. dia dengan penuh semangat berkobar-kobar nak balik ke utm. eh eh. ke ipoh. attend kakak sulung dia punya majlis tunang. eh. kakak angkat. kakak sulung dia belum bertunang, secara rasmi agaga~!

urmm... semakin hari, semakin ramai orang-orang *bukan orang-orang kat tengah sawah tu* sekeliling i yang nak menuju ke alam perkahwinan. classmate i kat utm tu, ada yang dah bertunang. classmate kat skul rendah and menengah, bertunang ujung tahun ni. siap mintak tolong i gubah hantaran lagi u.... ada sorang lagi classmate skul rendah, dah ada 2orang anak taw u!! sorang senior masa teknik, dah ada sorang anak. hujung minggu ni, i akan attend wedding sorang lagi senior i kat teknik. heh, kad jemputan kahwinnya lawaaaa... asyik attend wedding orang je i ni taw... wakakaka~!

urmm... hehe, rupa-rupanya, kaum-kaum sebaya i semua dah nak masuk ke fasa seterusnya dalam kehidupan. i? dah bersediakah? err... masak pun tak tahu, tak kenal bawang, cili, halia, lengkuas, kunyit, ketumbar, bunga lawang, kulit kayu manis, lada putih, lada hitam, daun salam, daun ketumbar.. err... mana boleh kahwin cenggitu.. hahaha~! mengemas rumah lagi laaaa... hampeh~! heh, menantu rejected ke hape?

zaman bercinta, semuanya manis. hatta kentut pun wangi... tu la, konon-konon indah. bila dah kahwin, kenapa semuanya serba tak kena? padahal dulu, kaulah intan payung buah hati pengarang jantung limpa dan pankreas...




teringat cerita seorang sahabat. ibunya dulu langsung tak pandai masak masa mula-mula kahwin. tapi ayahnya langsung tak kisah. malah sama-sama belajar masak masa musim-musim baru kahwin. sekarang ni, sebutlah apa je jenis masakan, ibunya hebat di dapur. wah, sangat romantik sama-sama belajar masak kat dapur. tak kisahlah ikan hangus ke, telur hancur *heh, telur hancur pun sedap tau, makan dengan roti dan sos cili* ke, apa yang penting, kerjasama.... bagus...

ok, apsal aku membebel pasal kahwin ni? err....... ok ok ok... turn aku lambat lagi, ok. jangan timbulkan sebarang kontrovesi di sini. kena kumpul duit dulu maaaa.... ingat nak kahwin ni senang? nak bagi anak bujang orang makan wooo... err... maksud i, bagi makan tu, memasak. hahaha pada i, tak sah sorang perempuan kalau tak hebat di dapur.


taa~! nak gi rumah nenek kejap lagi. untuk belajar masak. eh eh. ibu minta tolong masakkan kuih bawang. so sekali lagi sebagai anak yang patuh, hamba menurut perintah.

chiow~! (^_^)v


4 comments:

  1. hmmm...betul la tuh....syabbas inspektor sahab

    ReplyDelete
  2. Mohd Ariffudin>>
    gagaga~!! syabassss!! syarikat bekalan air selangor.. hehhe

    ReplyDelete
  3. Masak memasak ni adalah sebahagian dari rencah (bumbu) kehidupan rumah tangga.The main cours adalah akhlak budi pekerti dan tata tertib.
    1st.Terhadap suami (suami adalah junjungan seorang istri), karena itu hormati dia.Menghormati suami bukanlah seperti tabik dlm pasukan tentra(angkat tangan kat kening tu).Tapi adalah dgn menjaga maruahnya,berbuat apa yg disukainya, meninggalkan yg dilarangnya, bercakap lembut dan berkata perkataan yg tidak melukai hatinya, dan tidak bercakap keras (menengking). Lain dari itu hanya rencah dan bumbu dlm rumah tangga. Jadi bukanlah menjadi hal yg sangat kritikal seperti memasak ,bersolek, mengemas rumah etc....etc.

    ReplyDelete