Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

28 February 2012

Hari Ini dan Kaitan

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

urgh urgh urgh.

tengok ni. mula-mula ceria.



lepas tu tertengok ini di dashboard kereta.
 

 huwaaa dah kena major servis tapi gaji belum masuk lagi! T_____T


gaji oh gaji kenapa kau lambat bulan ini?


T____T

08 October 2011

Cikgu Nadia!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri ni berbaur sipi-sipi bajet 2012 yang baru dibentangkan PM semalam. PM tu bukan project manager kat office tu ye, wahai Kak Syaft! :D

kat facebook kecoh pasal cikgu dapat macam-macam. eh, ye ke cikgu dapat macam-macam sempena bajet 2012 ni? maaflah, kurang update sikit isu bajet 2012. macam lebih update status kawan-kawan di facebook.

ada antaranya yang menyuarakan rasa tak puas hati. kenapa cikgu dapat macam-macam?

tak kurang juga golongan pendidik membalas antaranya,

"try la jadi cikgu sehari tengok sanggup tak sanggup?"

"lepas ni banyaklah orang isi borang KPLI dan DPLI. jadi cikgu semata-mata sebab nak imbuhan"

duhh~ isu cikgu ni sensitif juga pada i. sebab, secara tak rasminya, i juga seorang guru, pendidik, cikgu. tapi i tahu status i ni tak ada kaitan dengan bajet 2012.

kawan-kawan, jadi cikgu bukan senang. uhuk-uhuk. betul. apa-apa pekerjaan pun tak ada yang senang. duduk goyang kaki pun susah. susah hati. -_-"

kenapa ye, kerja cikgu ni bukan semudah pergi pagi dan balik tengahari?

oleh sebab i juga seorang cikgu tak rasmi, maka i pun rasa tempias susahnya hidup seorang cikgu.

waktu malam, duk berfikir apa nak diajar esok hari? apa bahan-bahan mengajar? macam mana nak buat kelas lebih menarik? student tak bosan?

sampai sekolah, prepare evrything. penampilan pun kena jaga supaya tak comot depan student. guru adalah contoh paling dekat dengan student. banyak student yang ikut apa yang cikgu buat, dengar apa cikgu cakap. student (sekolah rendah especially) sangat mempercayai setiap butir apa yang cikgu cakap. betul tak?

semasa kelas. tak berhenti bercakap dan sangat sakit tekak, ok! i ni yang hanya mengajar a few hours aje pun, sangatlah mengharap, janganlah ada training di siang hari bulan puasa. i memang tak tahan nak menjerit tengah-tengah puasa tu. plus berdiri for most of the time, menulis, round kelas. fuh! salute sama cikgu yang mengajar bulan puasa. hoo0o~

habis kelas, nak kena mark buku, paper exam, tu belum kira kalau ada aktiviti ko-kurikulum, mesyuarat lagi. duh, pengsan!

see... bukan senang menjadi seorang pendidik sebab, di hadapan mereka adalah masa depan negara! chewah, patriotik lebih *hee*. kalau salah guru mendidik, habis lah anak murid. anak murid adalah aset negara untuk masa depan. itulah bakal engineer, itulah bakal doktor, itulah bakal tukang cuci juga.

hehe. dah rezeki deme, kita sabo aje lah ye? kalau cikgu tak rasmi macam i ni, bukan imbuhan yang i nak, tapi kepuasan dalam setiap yang i sampaikan tu. setiap butir kata yang keluar dari mulut i tu memberi senyuman dan kefahaman kepada mereka yang berada di hadapan i. itulah yang i sematkan setiap kali i mengajar. tak kisahlah sebagai cikgu tuisyen sekolah rendah ke, cikgu tuisyen eno wutta wutta ke, ustazah ajar ngaji ke, tutor untuk lab ke, atau tugas hakiki i kat office tu, training executive. eh, hidup i ni penuh dengan mengajar rupanya ye?

so, tak perlulah rasa kerja seorang guru tu senang. setiap kerja yang kita lakukan tu ada cabaran sendiri. terpulanglah macam mana kita nak handle setiap cabaran tu.

^_~v salah seorang anak murid i pernah kata, "comel lah ustazah sebut huruf ha' tu. siap dengan mimik muka"

ceh! ni yang susah bila anak murid tau tengok muka cikgu je, muka buku tak mau tengok!

hissss *peace no war* ^_~

05 March 2011

Assalamualaikum, Cikgu Nadia!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hahahahahaha... what a sweeettttt moment ever! akhirnya, cita-cita nak jadi seorang guru, tercapai juga.

alhamdulillah...

semua ni kebetulan. kebetulan bila ditawarkan oleh seorang kakak yang ternampak i mengajar anaknya subjek matematik di suatu hari. chewah, cikgu buat ayat macam karangan.

habis je usrah malam tu, along tanya,
"nadia minat tak nak mengajar? boleh ajar bushra dengan barrak subjek matematik?"

aaa? i ternganga sekejap.
"nadia memang minat mengajar pun." i tak tau macam mana nak sorok mata shining-shining.

"lah, ye ke. abis tu kenapa tak jadi cikgu?"

"dah rezeki kat sini. redha aje. tapi perasaan nak jadi cikgu tu membuak-buak. cuma belum ada kesempatan."

"macam tu, along nak minta tolong ajar bushra dengan barrak, boleh tak?"

"memang nadia suka sangatlah macam tu!"

terus i terima offer kakak tu. seminggu sekali, i akan datang rumah, mengajar subjek matematik. untuk student darjah 5 dan darjah 3.

dan semalam, hari pertama mengajar.

balik kerja, mandi dan bersiap nak pergi mengajar. fuh, semangat cikgu ni! err, kenapa mesti state kan 'mandi' kat situ? hahah~

home tuition start at 8pm. sampai je rumah along, bushra dah duduk kat meja, sambil mengadap buku latihan matematik. memang menanti kedatangan cikgu.

"cikgu!" dia jerit bila nampak i masuk rumah.

alamak, i dah rasa macam berbunga-bunga. aih, cikgu?

i start mengajar bushra. barrak tak ada. ke mana entah.

dalam seronok-seronok dan berkobar-kobar nak mengajar tu, mesti ada cabaran punya...


cabaran pertama.
barrak masuk rumah. along suruh dia duduk dengan i. belajar. tapi barrak tak mahu. ayat yang buat i tersentak,
"tak mau! cikgu tu pandai ke mengajar? mesti dia mengajar macam budak darjah satu. tak mahu!"
i dah start tercabar di situ. nampaknya untuk barrak ni i kena guna pendekatan berbeza. dia nakal dan bijak.
tapi lepas kena marah dengan umi dia, dia bawa buku matematik datang depan i. i suruh dia duduk.

i nak tahu tahap mana kepandaian barrak supaya senang i create cara terbaik untuk mengajar dia. i letak few questions untuk dia jawab. sementara barrak menjawab, i mengajar bushra. topik 'fraction'.
selama ni time usrah, tiap-tiap soalan matematik tu, bushra minta i ajarkan. so semalam, i ajar bushra konsep asas supaya bagilah apa jenis soalan pun, dia boleh jawab dengan mudah.
lepas ajar konsep, i try bagi various type of questions, and alhamdulillah, bushra dapat jawab semua dengan baik tanpa perlu bertanya macam mana nak buat every question.

now masa untuk i tengok barrak. semua soalan dia jawab salah. i tak marah. tapi i dapat rasa dia saja-saja buat salah. i try bagi soalan level intermediate. ok, semua betul. i try bagi lagi sekali high level questions. ok, betul semua. lepas tu dia gelak.
yes, i kena uji dengan budak ni. sebelum i uji dia, dia uji i dulu. takpe. i bagi bertubi-tubi soalan kat dia. semua dia boleh. kecuali, yang melibatkan problem solving.


cabaran kedua
dah nama pun home tuition, student pun dua orang je, mestilah sepenuh perhatian dan jiwa raga i selama dua jam tu untuk diorang je.
niat i nak bagi diorang betul-betul faham, bukan sekadar untuk exam. sebab matematik sangat berguna untuk hidup.
sangat mencabar bila i kena membezakan cara mengajar untuk dua orang ni yang mempunyai perangai yang bezanya macam langit dan bumi. bushra jenis sangat excited dan berminat dan suka belajar sampai kata, "ala, dah habis kelas ke cikgu?"
barrak jenis main-main sampai i pun kena ikut dia bermain. hahahah...
macam mana i nak bermain sambil serius mengajar? tapi seronok. i wonder macam mana seorang cikgu handle the whole class while i hanya handle dua orang student.


apa pun cabaran, i bersyukur sangat dapat peluang mengajar mereka berdua. pendapatan sampingan untuk i. alhamdulillah.

selalunya i bahasakan diri i, "makcik nadia" yelah, sebab umi diorang i panggil along. kadang-kadang tersasul bahasakan diri jadi 'kakak'. tapi bushra tegur, "bukan acik lah, cikgu!"

bahagia bila barrak sekejap-sekejap sapa, "cikgu, yang ni betul kan?"

bahagia lagi bila bushra pandang mata, "cikgu, tak faham..." *i suka sebab dia terus-terang kalau tak faham. takdelah menganggukkkk je kerja..*

bahagia bila bushra siap highlight dekat note dia, "cikgu kata kena ingat!" sangat comel kan student i?

bahagia bila barrak buat request, "cikgu janji kelas hari jumaat aje tau! janji! barrak tak mau hari sabtu ahad..."

haih~ bahagianya menjadi seorang guru... walaupun hanya home tuition...


agak-agak, i dapat tak hadiah masa teacher's day nanti? hahahaha~!

semoga i mampu laksanakan amanah ni dengan baik...


^_^ masa mengajar tu, barrak ada sekali kena cubit dengan i. sambil tu i terfikir, nanti anak-anak i pun mesti banyak kali kena cubit dengan i kan? cikgu garang...

26 January 2011

Sample Data Collection

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri bergambar. setelah sekian lama tak bagi entri ada gambar. hihi. semua ni gambar masa pergi site hari tu. oh, ni bukan gambar sampel data, tapi ni kerja kami.

masa tu pergi bertiga. me, and 2 orang from telematik department, azmi dan imam. thanks korang sebab sudi layan kerenah nadia yang memang tersangatlah amat cerewet. mana sahaja ada jalan, redah je. naik bukit, turun bukit, masuk hutan tebal, jalan sempit. sampai sesat masuk ke pencawang elektrik, ikut transmission line, tiba-tiba tembus ke empangan. sesat macam mana tu tak payah cakap lah. sepanjang masa duk fikir mana nak cari jalan keluar dari hutan tebal. beberapa hari pergi site memang seronok.




apa diorang buat ye masa ni? oh, ada kayu yang blocking ranger nak lalu. so diorang dengan penuh usaha dan tenaga konon nak cabut kayu yang i guess itu saki baki batang pokok yang dah lama tertanam, macam mana nak cabut aih! i buat apa? i duduk dalam ranger, taking photo, makan sandwich yang sendiri buat ^_^ ada hero-hero kan?




anjing ni konon macam nak kejar kami tapi dia duduk tepi ranger je. tak kacau kami pun. imam dengan sangat berani pergi buka tingkap ranger dan ambil gambar anjing tu. kalau anjing tu melompat masuk dalam ranger macam mana? tak pasal-pasal satu kereta kena samak -_-"





jalan yang sangat berliku penuh onak ranjau duri cheh cheh. memang i rasa macam naik kuda. tak payah register kat pusat equin UTM hee~





ni masuk ladang sawit mana tah. tiba-tiba nampak signboard "juruukur dilarang masuk". oh tak, kami bukan buat surveying, collect sample data je...



uncle ni tak bagi we all masuk. hampa -_-" tak apa. i tengok map, kita pusing jalan lain. huahuahua~ dapat juga kami redah masuk ladang sawit ^_~






selama i lalu highway PLUS tu, i wonder, apa yang ada kat kiri kanan highway kan? macam mana orang nak rentas lalu antara highway kan? kiranya, highway PLUS dari bukit kayu hitam ke JB tu macam divider pantai barat ke? now baru i tahu. ada terowong penghubung sebenarnya... ni kitorang kat tepi highway lah ni. mencari jalan macam mana nak masuk highway. takkan nak angkat ranger tu masuk highway?





hah, ni lah dia inchik yang penuh rajin tolong collect data. sangat perfect lah his work. walaupun terpaksa panjat bukit-bukau, berjalan kaki masuk hutan untuk collect data.




dan tak lupa inchik driver yang sangat cekap memandu walaupun di tepi jurang, tanah merah, jalan sempit, memastikan kami semua selamat sampai. paling sabar bila i minta cari juga jalan masuk hutan tebal sampai jumpa.


mesti dalam hati diorang, kenapalah ada executive macam ni kan kan kan?

bila perlukan hasil kerja yang terbaik, proses kerja juga perlulah yang terbaik.

^_^

now dalam 20% lagi untuk siap.

suka.

alhamdulillah...

New Environment, New Spirit?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sedih lak bila baca entri dari cik rohana zainal ni.

sob sob sob~~~ starting from last monday, i dah masuk office baru. hoh, rasanya macam pindah jauh pula dari office lama. padahal, baru 3-4 blok je dari office lama. oh oh, kami tak guna istilah office lama, office baru bagai. tempat lama i bertapak dulu tu adalah HQ untuk GeoInfo Services Sdn. Bhd. dan tempat i duduk sekarang ni, SO (Satellite Office) for GeoInfo Sevices Sdn. Bhd.

dah duduk sini for few days, baru i perasan, i the only girl, eh, woman in here. yelah, department telematik dengan training je kat sini. telematik dah confirm semua lelaki. training department? i sajoh. menunggu semua orang pindah betul-betul. masa tu barulah ada 2-3 orang perempuan lain. 2, 3 je? tak boleh gossiping macam kat HQ dulu lor. -_-"

mula rasa macam seronok. pindah department, boss baru, environment baru, rakan sekerja baru, tapi now rasa macam sedih pula. sejak duduk SO ni, tiap-tiap hari mesti berulang juga ke HQ. sebenarnya ada je kerja nak kena buat, tu yang kena balik juga sekejap ke HQ. sambil tu singgah sekejap lah jumpa cik ana dan cik aida. gelak-gelak sekejap, lepas tu baru balik SO semula. itu pun, mesti cik ana dan cik aida tarik, "laa, tak payah balik dulu..."

sedih pulak...

tak apalah, yang penting, kerja mestilah ikhlas, dan usaha yang bersungguh-sungguh. lagi beberapa hari nak tukar department ni, makin banyak pula kerja rasanya. semuanya macam terkejar-kejar, tapi sempat pula update blog kan? memang nak kena sekeh.

oh ya, i hutang upload gambar pergi site. tapi i tak boleh lah upload gambar sampel data kami ye. tu hak company. gambar suasana sajoh lah. :) nanti i upload.

taa darls~ till meet you then ^_^

20 January 2011

Short Update?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

can i say this as a short update? tak tahulah entri ni bakal jadi short ke long kan. baca aje lah ye? huahuahua~

yarghh~! it sounds like yay! and arggh!... killing two birds with one stone. i mean, happy sound and stress sound hehe.

got lot of activities. macam busy, macam tak. tapi yang pasti, this week, lepas isya' je terus tidur. berapa banyak missed calls and messages i got when i woke up in the morning hee~ sorry inchik, al-phenat :)

ya, since last week, masuk hutan. masuk ladang. masuk kebun. dulu masa ambil sarjana muda remote sensing ni, tak ada lah terfikir sampai masuk hutan siap bawa parang nak tebas semak-samun bagai. tapi sejak kerja ni, i suka! sebab memang rasa feel buat kerja, dan i puas dengan hasil yang i dapat walaupun memang penat. i tak pernah terfikir akan naik ranger, jalan tepi gaung, jurang, jalan tanah merah, risiko harimau, ular dan yang seangkatan dengannya. tapi setakat ni, we olls~ kena kejar dengan anjing sajoh~ hihi~ tak apa, i ada team yang sangat dipercayai!

cerita lebih pasal turun site ni, next entri lah ye? dah lama tak buat entri bergambar. tunggu gambar tu one of my team transfer dalam komputer dulu, ok?

then, setelah 7 bulan bekerja, i have to move. i kena pindah department. before this i was in geospatial department, under project. but now, i ditarik to other department effectively 1st february. tadi balik office kejap lepas habis site, tengok-tengok, my PC dah kena cabut wayar-wayarnya, my workplace dah kena kemas. esok kot i kena move to another office. huu~ siapa boleh tolong angkat PC i? ngee~

ok, kata short update kan? later i sambung lagi. after everything yang messy ni dah kemas.

till meet you then!

daaa~~ ^_^

12 November 2010

Anda malas nak masak? Perlukan makanan?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ecehh~ tiba-tiba blog i sekarang ni bertukar macam blog promotion pula ya? eheh. tak apa. i suka. sebab blog i kan, so suka hati i nak letak apa dan i tak kecilkan skop blog ni kepada hal tertentu sahaja. as long i nak kongsi apa yang terlintas dalam kepala i untuk u olls~ readers. eheh, macamlah blog i ni glamer macam belog hanis zalikha ke, ben ke, zara ke, yang boleh nak buat-buat promotion pulak.

my friend ada provide service untuk deliver makanan either lunch or dinner. ala-ala mcD delivery. you call, and they will deliver the meal to you. but..... bukanlah u call now then 30 minutes after that you boleh dapat your meal.

mereka provide makanan berlauk dengan harga yang sangat affordable. untuk 3 orang makan, hanya RM8. menarik tak?

kalau rasa malas nak keluar makan masa office lunch hour tu, u olls~ boleh lah order, then they will deliver it to your office.

oh oh, my friend ada yang dah cuba. dia cakap sangaaaatttt sedap. aih, my friend yang pandai masak ni pun boleh komen sangat sedap kan....

1 fine day i pun nak try juga. tengoklah next week ke.

for more info, u olls~ boleh klik this link

DNZ Food Service

khusus untuk kawasan ampang, keramat, kg. pandan dan sekitarnya.

lain-lain info u olls~ boleh tengoklah ye ^_^

11 November 2010

Just Once

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


oh hohohohoo~ hari ni saya sangat tiada mood di office. sangat spoil. sangat.. arrghhh.. sampai tiba-tiba rasa nak berhenti kerja. errkk.. apakah. itu namanya dalam keadaan emosi kurang stabil. sebab... ehmm~ orang perempuan kan. so, ada seorang officemate yang baik hati kirimkan emel ni sebagai pebghibur di kala duka. ihix. thanks ya! i appreciate sampai pos dalam blog. sob3~

One song can spark a moment,
One flower can wake the dream
One tree can start a forest,
One bird can herald spring.

One smile begins a friendship,
One handclasp lifts a soul.
One star can guide a ship at sea,
One word can frame the goal

One vote can change a nation,
One sunbeam lights a room
One candle wipes out darkness,
One laugh will conquer gloom.

One step must start each journey.
One word must start each prayer.
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

One voice can speak with wisdom,
One heart can know what's true,

One life can make a difference,
You see, it's up to you!


27 May 2010

Di suatu petang yang indah...

Bismillahirrahmanirrahim~

sedang duduk melayan blog si zack dan telinga dipasang telinga arnab, eh, disumbat dengan lagu Maher Zain, tiba-tiba bunyi suara Luna Maya yang mendendangkan lagu 'Suara' bergema di ruang tamu sebuah rumah kecil di tengah Bandaraya Kuala Lumpur *amacam, mantap tak explanation? kasi u olls~ pening sikit tengahari buta ni.. ihih!*.

lantas telefon bimbit jenis Sony Anak Erics model W880i dicapai. melihat nombor telefon yang tertera di skrin kecil itu, sudah boleh diagak pemanggilnya.

"cik nadia ye? roslan bercakap."

"ye, saya nadia."

blablabla

kesimpulannya, aku dapat kerja.. di taman melawati, sangat dekat dengan rumah. sebagai trainee executive untuk 6bulan, then baru jadi executive.. thee~ ok, tak?

urrmmm~ kalau ada orang calling for interview lagi, macam mana eh?


(-_-") bersyukur dengan apa yang ada... aku tak mau yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. memanglah orang kata, tak salah untuk mencari tempat yang lebih baik. tapi dengan 0 experience yang aku ada, aku tak rasa aku perlu melompat-lompat ke satu tempat ke tempat lain buat masa ni, kan? kan? satu kerja apa pun belum start lagi.. kan..

what do you guys think?

i do really need opinion.. :)

20 May 2010

Ko tu budak degree!



Bismillahirrahmanirrahim~

kisah ni jadik masa i kerja part time waktu cuti-cuti malaysia.. eh, cuti-cuti semester. on that time, i dengan adik i jadik part timer kat Banquet, Hotel Renaissance KL. bekerja dengan staf-staf banquet ni, maksudnya kita akan bergaul mesra dengan mereka dari pelbagai golongan, latar belakang pendidikan, juga pelbagai negara.

masa tu i baru lepas habis tahun pertama di UTM. nak masuk tahun dua lah kiranya. masa kejadian, waktu ala-ala nak dekat pukul 3petang. masa tu i dengan few banquet team kena handle satu hi-tea nih.

buat kerja biasa banquet, lepas orang habis tea-time yang style buffet punye, we olls kena 'clear'kan la tray yang dah penuh dengan saucer and cup yang dah digunakan. i, baru kerja situ dalam seminggu masa tu. i nak angkat tray yang berbentuk bulat plus penuh dengan pinggan mangkuk yang berat tu memang kurang terlarat la.

i try untuk angkat, tapi takleh angkat gak. memang hampa gilerr rr...

tetiba sorang banquet team ni, tolak i ke tepi and sambil angkat tray she said *she?? OMG, she is she, but her appearance like 'he'!*,
"nama je budak universiti, tapi kerja macam ni pun tak boleh buat!"
she was shouting in front lots of people there.

i terdiam gilerr. that boy, eh, girl, terus angkut tray tu masuk tempat cleaning. hoh, apa kena mengena i masuk universiti dengan angkat tray tu? tiap orang ada kekuatan yang berbeza kan? lain lah u, u dah bertahun kerja banquet, siap dah ada muscle-muscle kat tangan even you are a girl.

kan...

urmmm.. i tak de nak pandang rendah kat dia even dia lepasan SPM. at least dia tak melangok duk rumah, at least dia bekerja. tapi tak perlu kot nak herdik orang sampai macam tu kan.


tempat kerja dulu...


moral of the story, tak kiralah siapa pun kita, jangan ingat diri kita besar sangat. dan jangan pula terlalu merendah diri. sederhana tu baguskan...

pesanan untuk diri sendiri juga...