Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

08 October 2011

Cikgu Nadia!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri ni berbaur sipi-sipi bajet 2012 yang baru dibentangkan PM semalam. PM tu bukan project manager kat office tu ye, wahai Kak Syaft! :D

kat facebook kecoh pasal cikgu dapat macam-macam. eh, ye ke cikgu dapat macam-macam sempena bajet 2012 ni? maaflah, kurang update sikit isu bajet 2012. macam lebih update status kawan-kawan di facebook.

ada antaranya yang menyuarakan rasa tak puas hati. kenapa cikgu dapat macam-macam?

tak kurang juga golongan pendidik membalas antaranya,

"try la jadi cikgu sehari tengok sanggup tak sanggup?"

"lepas ni banyaklah orang isi borang KPLI dan DPLI. jadi cikgu semata-mata sebab nak imbuhan"

duhh~ isu cikgu ni sensitif juga pada i. sebab, secara tak rasminya, i juga seorang guru, pendidik, cikgu. tapi i tahu status i ni tak ada kaitan dengan bajet 2012.

kawan-kawan, jadi cikgu bukan senang. uhuk-uhuk. betul. apa-apa pekerjaan pun tak ada yang senang. duduk goyang kaki pun susah. susah hati. -_-"

kenapa ye, kerja cikgu ni bukan semudah pergi pagi dan balik tengahari?

oleh sebab i juga seorang cikgu tak rasmi, maka i pun rasa tempias susahnya hidup seorang cikgu.

waktu malam, duk berfikir apa nak diajar esok hari? apa bahan-bahan mengajar? macam mana nak buat kelas lebih menarik? student tak bosan?

sampai sekolah, prepare evrything. penampilan pun kena jaga supaya tak comot depan student. guru adalah contoh paling dekat dengan student. banyak student yang ikut apa yang cikgu buat, dengar apa cikgu cakap. student (sekolah rendah especially) sangat mempercayai setiap butir apa yang cikgu cakap. betul tak?

semasa kelas. tak berhenti bercakap dan sangat sakit tekak, ok! i ni yang hanya mengajar a few hours aje pun, sangatlah mengharap, janganlah ada training di siang hari bulan puasa. i memang tak tahan nak menjerit tengah-tengah puasa tu. plus berdiri for most of the time, menulis, round kelas. fuh! salute sama cikgu yang mengajar bulan puasa. hoo0o~

habis kelas, nak kena mark buku, paper exam, tu belum kira kalau ada aktiviti ko-kurikulum, mesyuarat lagi. duh, pengsan!

see... bukan senang menjadi seorang pendidik sebab, di hadapan mereka adalah masa depan negara! chewah, patriotik lebih *hee*. kalau salah guru mendidik, habis lah anak murid. anak murid adalah aset negara untuk masa depan. itulah bakal engineer, itulah bakal doktor, itulah bakal tukang cuci juga.

hehe. dah rezeki deme, kita sabo aje lah ye? kalau cikgu tak rasmi macam i ni, bukan imbuhan yang i nak, tapi kepuasan dalam setiap yang i sampaikan tu. setiap butir kata yang keluar dari mulut i tu memberi senyuman dan kefahaman kepada mereka yang berada di hadapan i. itulah yang i sematkan setiap kali i mengajar. tak kisahlah sebagai cikgu tuisyen sekolah rendah ke, cikgu tuisyen eno wutta wutta ke, ustazah ajar ngaji ke, tutor untuk lab ke, atau tugas hakiki i kat office tu, training executive. eh, hidup i ni penuh dengan mengajar rupanya ye?

so, tak perlulah rasa kerja seorang guru tu senang. setiap kerja yang kita lakukan tu ada cabaran sendiri. terpulanglah macam mana kita nak handle setiap cabaran tu.

^_~v salah seorang anak murid i pernah kata, "comel lah ustazah sebut huruf ha' tu. siap dengan mimik muka"

ceh! ni yang susah bila anak murid tau tengok muka cikgu je, muka buku tak mau tengok!

hissss *peace no war* ^_~

2 comments:

  1. betul2..tugas cikgu bukan mudah..tambah2 lagi klu dapat student nakal...jejak saya kembali yaa...salam perkenalan...

    ReplyDelete
  2. everything me::
    salam kenal juga :)

    ReplyDelete