Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

20 June 2012

Love (:

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::














on the way back, from JB to KL. ambil engineer tupperware yang baru habis sem 6 dan buat internship di agensi nuklear. barang-barang beliau, saya rasa lepas ni kena sewa lori pergi johor -_-"

13 June 2012

Jawatan Kosong

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

iklan sekejap,


Pencarian bermula: 
Jawatan Programmer & Technical Assistant. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Sesiapa yg berminat boleh emaikan CV ke nuridawati@geoinfo.com.my



ini website company, Geoinfo Services Sdn. Bhd.

ace try apply bagi sesiapa yang berminat. meh ler join company awok. eh eh betoi ke idak bahasa peghak awok. mau kena gelak ngan laki awok.



11 June 2012

Bila Suami Isteri Sama-sama Menang Peraduan

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

di satu pagi hening, sedang Puan N mengemas kini data untuk mengajar, satu mesej diterima dari seorang sahabat...

"Nadia, tahniah! menang kuiz ATSB.. hehe :P"

"Aaa? seriously?"

Lalu sahabat MMS sesuatu,


klik imej untuk tumbesaran

waa...

macam ku kenal nama pemenang ketiga itu.

dan hei!

nama pemenang kedua tu macam kenal lah!

lalu Puan N pun meng'forward' MMS itu kepada suami beliau, Encik I. lantas Puan N meminta Encik I beli Utusan hari ini, kita frame page ni nanti boleh tunjuk kat anak cucu cicit,

"dulu atuk ngan nenek join kuiz satelit lepas tu sama-sama menang."

ye, sama-sama menang tu tak tahan.

boleh ambil hadiah sama-sama (:

xoxo,
Puan Nadia Havez


10 June 2012

Harga TV RM1299 uolls!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hah murah ke mahal? haih. bila dah berumahtangga lagi-lagi rumah sendiri ni, nafsu untuk bershopping membuak-buak ibarat coklat mencurah-curah turun ke ladang gandum lalu jadilah koko krunch!

ok.

habis nafas.

pada hari sabtu, semalam maksud saya, sedang mentelaah surat khabar harian, ternampaklah satu iklan yang membuatkan saya, oh wow! abang, abang jom pergi giant lepas servis kereta, jom!

lalu sebagai suami mithali, beliau pun membawa saya ke giant terdekat. dekat tak dekat sangat, dekat dengan rumah.

lalu berpinar mata saya melihat ini,


oh, abang, RM1299 untuk tv 42 inci tu murah jeeee.

lepas pusing-pusing, ternampak pula Samsung, 43 inci dan RM1299 jugeee...

adoi.

berpusing-pusing kepala kami suami isteri fikir yang terbaik. patut beli ke tidak?

siap list kan advantages & disadvantages.

bukan senang nak keluarkan ribu-ribu dalam keadaan ekonomi kami sekeluarga tak berapa baik sangat sekarang ni. ye, duit memang ada. tapi baaaanyak lagi benda penting dalam rumah tu yang perlu kami beli.

tapi, bila lagi nak ada duit banyak-banyak sedebuk macam sekarang lalu membeli barang paling mahal? kalau setakat barang-barang lain yang harga kurang RM500 macam boleh lagi kumpul sikit-sikit atau beli dengan duit gaji bulan-bulan.

so macam mana?

3-4 kali juga suami kejap bangun kejap duduk. sebab duit beliau juga yang akan keluar dan mengalir deras. bukan duit saya. hehe.

kami akhirnya memutuskan untuk...


"beli yang ini aje lah ye, sayang? beli besar-besar pun sayang bukan tengok tv sangat..."

samsung 21 inci.

bukan flat skrin.

haha. takpe. saya rasa hati saya lebih tenang pula lepas beliau putuskan untuk beli ini.

lalu encik suami beli ini juga untuk buat saya tersenyum lebih lebar.


 yeah, suami siapa yang gigih sangat ni?

lalu menjadi ini!

yay! saya gembira tak terkata lah hai...

kemudian jadi lah ia begini,


alamak, macam mana nak sorok wayar-wayar tu ye?

eh, kenapalah bantal tu ada kat situ?


xoxo,
Puan Nadia Havez

p/s: suami adalah controller supaya saya tak boros. terima kasih, suami! *hugs and kisses* eh eh tutup mata semua! ^.^

07 June 2012

Bil Elektrik Pertama dan Pertama Kali Bergelap

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

beberapa hari lepas, kami dapat surat merah. merah maknanya warning. kesian warna merah. diskriminasi warna. asal warna merah je, orang takut dah.

surat merah dari TNB. rumah yang kami sewa tu ada tunggakkan bil elektrik. dah dua bulan penyewa sebelum kami tak bayar bil elektrik.

kami dah beritahu tuan rumah pada hari surat merah tu sampai. dia kata, "ok, ok. nanti saya settle."

ok. kami pun tak ada lah nak check ke apa ke.

lepas tu malam tadi, sampai aje kat rumah, kami dapat surat kuning. dilekatkan depan pintu rumah.

ok, warning pemotongan.

masuk aje rumah, encik suami on suis lampu dan kipas, dan ya. elektrik dah kena potong.

saya selongkar surat-surat yang sampai ke rumah, jumpa bil elektrik.

wow, tunggakan RM3++.++

kami call tuan rumah, tak angkat. logik kot sebab dah pukul 11.30 malam. saya hantar mesej, tak reply. tak apalah, esok call lagi.

malam tu kami bergelap. nasib baik dah dinner kat rumah ibu. kalau tak, ada yang memasak dalam gelap nanti.

pagi tadi encik suami try call tuan rumah lagi. mula-mula tak angkat dan tak angkat. lepas tu terus tak dapat. aik? kami dah pelik. dia off phone ke?

encik suami dah menyirap. try call lagi. still suara perempuan tu, "please try later.."

sampai kat office, saya pula try call lagi. still phone off. encik suami decide untuk bayar full bil elektrik. tapi sewa rumah bulan depan kita potong. tak payah bayar full.

dalam pukul 10 pagi, saya try call lagi. ya, akhirnya dapat. saya kata, saya akan bayar full bil elektrik, tapi sewa rumah bulan depan (Julai), saya hanya bayar potong harga tunggakkan bil elektrik yang saya tak guna pun tu (tunggakkan mac dan april. saya masuk rumah bulan mei).

dia kata, "ok"

"saya rekod panggilan ni. kalau u tuntut sewa rumah full bulan depan, saya ada bukti."

"ok lorr, saya tak tipu maa"

serius saya rekod panggilan.

saya ke TNB Taman Melawati untuk settle payment bill. then call TNB Klang Lama untuk pasang semula elektrik di rumah saya. ibu mertuaku akan sampai ke rumah malam nanti, mana boleh tak ada elektrik, kan?


hai lah. bahaya juga macam ni. bila lah nak beli rumah sendiri ni?

rumah mahal sangat T___T


haih...


Tak Baik Mengeluh,
Puan Nadia Havez

06 June 2012

WW: Mr. Carpenter!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

di satu malam yang hening... di sebuah rumah pasangan suami isteri...

"Puan N, saya rasa kita kena beli satu meja lah untuk makan. takde lah awak tertunduk-tunduk makan atas lantai ni..."

"Ok! lagi saya sukaaaa.." ^_^

maka bermulalah misi pencarian meja mini.

alamak, tak ada gambar cari meja.

jumpa lah sebuah meja mini di tesco. harga? RM39.90. ok lah. tak tahu murah ke mahal ni. rasa macam murah je.



jap ye, macam tak sama tinggi meja ni.



ada satu skru lagi tak pasang



ok, sayang. meja untuk awak dah siap!


hehe. ok, mari kita makan ayam goreng crispy yumm yumm atas coffee table baru.


tak ada gambar nanti korang terliur.


ngee~


01 June 2012

Superwife In The Making

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

dulu masa zaman muda-muda *chewah macam sekarang tua sangat* selalu wondering. macam mana lah kalau dah kahwin nanti, lepas balik kerja, tengah penat-penat tu lepas tu kena memasak untuk dinner.

mampu kah?

orang kata, tak kenal maka tak cinta.

eh.

tak cuba maka tak tahu.

dah jadi isteri baru tahu benda ni bukanlah susah mana pun. pagi-pagi buat breakfast, balik kerja boleh masak lagi.

cuma, kalau time penyakit tiba-tiba menyerang, tu susah sikit lah.

oleh sebab tekak masih tak sedap dek perubahan hormon tak berhenti-henti ni, maka encik suami terpaksa menelan apa sahaja yang saya masak walau terlebih masam.  ^.^

malam tadi konon nak makan kat luar tapi tak jadi sebab hujan dan jalan amatlah jem. saya minta encik suami tunggu sekejap. kejap aje.

ok, cukup intro.


Kobis Bunga masak Tumis

Bahan A:

  • bawang merah kecil 2 biji
  • bawang putih kecil eh ada ke bawang putih besar 1 ulas
  • cili padi 3 biji kalau nak pedas tambah lagi


Bahan B:

  • sos tiram
  • sedikit air
  • secubit garam
  • minyak masak 1 sudu besar
  • kobis bunga ikut suka banyak mana nak makan untuk 2 orang dipotong-potong
  • telur ayam 1 butir


Cara-cara:

  • hiris semua bahan A halus-halus bak kata encik suami
  • panaskan minyak masak
  • tumis bahan A sampai wangi
  • masukkan kobis bunga, gaul sampai sebati
  • masukkan sikit, sikit aje air. dalam 3-4 sudu besar camtu
  • dah kering sikit air, masukkan telur ayam, gaul-gaul
  • tuang sos tiram 1 sudu besar
  • masukkan garam secukup rasa
  • siap
  • tak sampai 5 minit



Ayam Lada Patah Masam-masam-padahal-patutnya-pedas-pedas

Bahan:

  • bawang merah kecil 6 biji dihiris
  • bawang putih 6 ulas dihiris
  • halia 1 inci dihiris
  • serai 3 batang dititik
  • daun kunyit separuh helai 
  • daun limau 3 helai
  • cili padi 7 biji dipatah-patahkan tak mahu pedas sila kurangkan bilangan cili
  • ayam 4 ketul dipotong kecil
  • garam secukup rasa


Cara-cara:

  • isi air dalam periuk. kalau untuk dua orang makan, cukup la dalam 3/4 dari volume periuk kecil masak megi tu
  • masukkan bawang merah, bawang putih, halia. tunggu sampai macam ada bau wangi sikit
  • masukkan serai, daun kunyit, daun limau dan cili padi
  • tunggu sampai ada bau naik
  • masukkan ayam 
  • biarkan ayam tu masak dan empuk
  • saya tambah lagi daun limau siap tambah perahan air limau. bagi nak sedap tekak punya pasal.
  • dah siap
  • tak sampai 15minit.


 halamak kecur pula air liur masa menaip ni haisy!



total masa untuk suami tunggu saya siap  masak: 30 minit




nak tau sedap ke tak, tengok aje ni,





ratah lauk ye, bang?


xoxo,
Puan Nadia Havez