Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

10 June 2012

Harga TV RM1299 uolls!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hah murah ke mahal? haih. bila dah berumahtangga lagi-lagi rumah sendiri ni, nafsu untuk bershopping membuak-buak ibarat coklat mencurah-curah turun ke ladang gandum lalu jadilah koko krunch!

ok.

habis nafas.

pada hari sabtu, semalam maksud saya, sedang mentelaah surat khabar harian, ternampaklah satu iklan yang membuatkan saya, oh wow! abang, abang jom pergi giant lepas servis kereta, jom!

lalu sebagai suami mithali, beliau pun membawa saya ke giant terdekat. dekat tak dekat sangat, dekat dengan rumah.

lalu berpinar mata saya melihat ini,


oh, abang, RM1299 untuk tv 42 inci tu murah jeeee.

lepas pusing-pusing, ternampak pula Samsung, 43 inci dan RM1299 jugeee...

adoi.

berpusing-pusing kepala kami suami isteri fikir yang terbaik. patut beli ke tidak?

siap list kan advantages & disadvantages.

bukan senang nak keluarkan ribu-ribu dalam keadaan ekonomi kami sekeluarga tak berapa baik sangat sekarang ni. ye, duit memang ada. tapi baaaanyak lagi benda penting dalam rumah tu yang perlu kami beli.

tapi, bila lagi nak ada duit banyak-banyak sedebuk macam sekarang lalu membeli barang paling mahal? kalau setakat barang-barang lain yang harga kurang RM500 macam boleh lagi kumpul sikit-sikit atau beli dengan duit gaji bulan-bulan.

so macam mana?

3-4 kali juga suami kejap bangun kejap duduk. sebab duit beliau juga yang akan keluar dan mengalir deras. bukan duit saya. hehe.

kami akhirnya memutuskan untuk...


"beli yang ini aje lah ye, sayang? beli besar-besar pun sayang bukan tengok tv sangat..."

samsung 21 inci.

bukan flat skrin.

haha. takpe. saya rasa hati saya lebih tenang pula lepas beliau putuskan untuk beli ini.

lalu encik suami beli ini juga untuk buat saya tersenyum lebih lebar.


 yeah, suami siapa yang gigih sangat ni?

lalu menjadi ini!

yay! saya gembira tak terkata lah hai...

kemudian jadi lah ia begini,


alamak, macam mana nak sorok wayar-wayar tu ye?

eh, kenapalah bantal tu ada kat situ?


xoxo,
Puan Nadia Havez

p/s: suami adalah controller supaya saya tak boros. terima kasih, suami! *hugs and kisses* eh eh tutup mata semua! ^.^

3 comments:

  1. berdebar dah baca, ingat betul2 nak beli dah tadi..fuuhhhh T_T

    ReplyDelete
  2. hahahaha!! baru jer nak suggest korang angkat flat skrin samsung tu.. sebb mmg berbaloi la.. xper next time nak angkat flat skrin angkat yg samsung okey... nnt x jadi mcm aku beli flat skrin tapi satu hapah file movie takleh baca... endup tgk kat laptop jgk...

    ReplyDelete