:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
dulu masa zaman muda-muda *chewah macam sekarang tua sangat* selalu wondering. macam mana lah kalau dah kahwin nanti, lepas balik kerja, tengah penat-penat tu lepas tu kena memasak untuk dinner.
mampu kah?
orang kata, tak kenal maka tak cinta.
eh.
tak cuba maka tak tahu.
dah jadi isteri baru tahu benda ni bukanlah susah mana pun. pagi-pagi buat breakfast, balik kerja boleh masak lagi.
cuma, kalau time penyakit tiba-tiba menyerang, tu susah sikit lah.
oleh sebab tekak masih tak sedap dek perubahan hormon tak berhenti-henti ni, maka encik suami terpaksa menelan apa sahaja yang saya masak walau terlebih masam. ^.^
malam tadi konon nak makan kat luar tapi tak jadi sebab hujan dan jalan amatlah jem. saya minta encik suami tunggu sekejap. kejap aje.
ok, cukup intro.
Kobis Bunga masak Tumis
Bahan A:
- bawang merah kecil 2 biji
- bawang putih kecil eh ada ke bawang putih besar 1 ulas
- cili padi 3 biji kalau nak pedas tambah lagi
Bahan B:
- sos tiram
- sedikit air
- secubit garam
- minyak masak 1 sudu besar
- kobis bunga ikut suka banyak mana nak makan untuk 2 orang dipotong-potong
- telur ayam 1 butir
Cara-cara:
- hiris semua bahan A halus-halus bak kata encik suami
- panaskan minyak masak
- tumis bahan A sampai wangi
- masukkan kobis bunga, gaul sampai sebati
- masukkan sikit, sikit aje air. dalam 3-4 sudu besar camtu
- dah kering sikit air, masukkan telur ayam, gaul-gaul
- tuang sos tiram 1 sudu besar
- masukkan garam secukup rasa
- siap
- tak sampai 5 minit
Ayam Lada Patah Masam-masam-padahal-patutnya-pedas-pedas
Bahan:
- bawang merah kecil 6 biji dihiris
- bawang putih 6 ulas dihiris
- halia 1 inci dihiris
- serai 3 batang dititik
- daun kunyit separuh helai
- daun limau 3 helai
- cili padi 7 biji dipatah-patahkan tak mahu pedas sila kurangkan bilangan cili
- ayam 4 ketul dipotong kecil
- garam secukup rasa
Cara-cara:
- isi air dalam periuk. kalau untuk dua orang makan, cukup la dalam 3/4 dari volume periuk kecil masak megi tu
- masukkan bawang merah, bawang putih, halia. tunggu sampai macam ada bau wangi sikit
- masukkan serai, daun kunyit, daun limau dan cili padi
- tunggu sampai ada bau naik
- masukkan ayam
- biarkan ayam tu masak dan empuk
- saya tambah lagi daun limau siap tambah perahan air limau. bagi nak sedap tekak punya pasal.
- dah siap
- tak sampai 15minit.
halamak kecur pula air liur masa menaip ni haisy!
total masa untuk suami tunggu saya siap masak: 30 minit
nak tau sedap ke tak, tengok aje ni,
ratah lauk ye, bang?
xoxo,
Puan Nadia Havez
sodap ko? nak teray la camni...
ReplyDeletehehe,
ReplyDeletegood job sistah ! ;D
tgk gambar ni, teringat masa saya baru2 masuk rumah, takde meja semua, makan kat atas lantai beralaskan surat khabar dan tikar aje. tapi makanan rasa lebih sedap daripada biasa :)
ReplyDeleteXora::
ReplyDeletehaha.. betul.. ada tertengok juga gambar xora makan atas lantai masa belum beli meja. takpe, sikit2 lama2 puas hati ^_^ P/s: yang sedap tu kenangan :)