Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 May 2012

Sungguh Aku Tak Faham dengan PTPTN!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

huh, tak tau nak me'nada'kan entri ni dengan nada apa. sedih? gembira? menyampah? tah pape.

just look at this screen shot. emel ini bertarikh 18 November 2010. lebih kurang setahun setengah yang lepas.


siap kata TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN lagi tu. 

saya apply pertukaran sistem dari 3% ke 1% tu masa awal sistem tu diperkenalkan. kalau tak silap beberapa bulan lepas kerja around Julai 2010 ke Ogos 2010 camtu.

lepas tu dapat emel macam dalam screen shot tu pada 18 Nov 2012.

saya call PTPTN masa tu. dengan harapan permohonan tukar 3% ke 1% tu dipertimbangkan. tapi pihak PTPTN kata,

"maaf cik. permohonan cik tak dapat dipertimbangkan. sebab cik menukar penaja pada semester ketiga. cik dikira melanggar perjanjian dan cik tak boleh tukar ke sistem ujrah."

ok, fine. 

dah berhutang, kena lah bayar, kan? lagipun tanpa PTPTN, siapalah saya. *sarkastik*

saya pun malas lah nak buat rayuan ke hape ke sebab sepanjang belajar kat UTM dulu dan menjadi pembantu dalam urusan PTPTN mahasiswa baru, saya dah amat masak dengan perangai pihak PTPTN. muak dah nak call, muak nak merayu, nak bercakap pun muak. apa lagi sekarang ni tengah mual-mual mahu saya termuntah depan laptop ni. tiap-tiap tahun ada problem. lemas.

saya terus lupakan hasrat nak tukar ke sistem ujrah. lantaklah 3% pun 3% lah. ye, saya tahu tiap bulan bayar pun macam tak bayar. hutang yang RM10,500 tu tiba-tiba tengok penyata terakhir tahun 2011, 

RM11,+++

erk?

mana datang lagi RM1+++ tu? padahal tak pernah skip bayar tiap-tiap bulan since 2008 wooo. allocate sikit duit JPA semata-mata untuk bayar PTPTN.

entahlah. sampai pencen pun belum tentu habis bayar PTPTN. kalah bayar kereta & rumah.

lalu saya melupakan hasrat tukar ke sistem ujrah tu.

then tiba-tiba dapat emel ni pula. 19 Mei 2012... 2012 ok?




pulak? apa? berjaya ditawarkan?

ni kira kes penghargaan sebab akulah-pembayar-tegar-even-ko-taknak-bagi-aku-sistem-ujrah-tu-pun-aku-still-bayar-PTPTN-tiap-bulan?

ke?

ke sebab dah nak dekat pilihanraya?

ke memang sekarang semua dibagi sistem ujrah tapi saya yang tak update berita semasa?


selepas 2 tahun... dari saya cik, sekarang dah puan. *eh tiba tiba*


terima kasihlah PTPTN. saya tak tahulah kenapa tiba-tiba dulu kata TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sekarang tiba-tiba bagi surat tukar perjanjian ke sistem ujrah.


tak faham.




Yang Masih Setia Bayar PTPTN sampai sekarang,
Puan Nadia Havez

1 comment:

  1. Jangan gembira sangat dulu. Tengok baki utang tu ade berkurang !!!. Kekadang pekerja kerajaan nih cakap aje lebih, buat nye tak de. Kalau ye, tu namenye Rezki ALLah. Kena bersyukor banyak2.

    ReplyDelete