Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 May 2012

Kahwin dan Kewangan Selepas Kahwin

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

kalau di blog yang satu lagi saya bercerita all about wedding, jadi di blog ini, saya nak kongsi tentang marriage. which is lagi BESAR dari wedding. dan kadang-kadang, selalunya pasangan yang merancang berkahwin, terlepas pandang sikit.

mujur suami adalah seorang yang berpandangan jauh. dari sebelum kahwin saya dah nampak beliau macam tu.

1. Kumpul Duit
kami start kumpul duit sejak bulan januari 2012. eh eh tu saya seorang je. encik suami dah laaaama start kumpul duit. dan beliau memang seorang yang sangat tegas menyimpan duit. dapat gaji aje, perkara pertama yang dibuat adalah simpan separuh dari gaji beliau. 


mujur juga masa tu saya tengah sangat sibuk dan boleh OT berjam-jam. alhamdulillah tu namanya rezeki. 


2. Mesin Basuh
bulan februari saya beli mesin basuh. kebetulan akak se'ofis' beli juga. so beli sama-sama. tapi saya minta orang tu deliver mesin basuh saya lepas 1 Mei.


3. Rumah Sewa
kami start cari rumah pertengahan februari. dah mula google dalam mudah.my. saya tolong google aje. encik suami yang pilih, deal dan decide. 


hujung mac kami dapat rumah sewa. lama kan? rumah kat kl ni memang susah nak cari yang affordable dan selesa. bayar duit booking (sebulan sewa) 


4. Peti Sejuk
serentak itu encik suami beli peti sejuk. pun kami minta deliver after 1 mei. kami bayar semua ini dengan duit OT kami berdua. 


itu sahaja barang yang kami beli buat permulaan. barang elektrik lain kami tangguh lepas kahwin. sebab orang kata nanti akan dapat baaaanyak hadiah kahwin. kalau dapat hadiah kahwin nanti dah terdouble. tak best lah macam tu.

tapi encik suami kata jangan berharap orang nak bagi hadiah.

saya kata, tunggu saja.

di samping itu kami masih ada baki duit. back up kalau-kalau tak dapat hadiah kahwin yang berupa barang-barang elektrik keperluan untuk rumah.


5. Deposit Rumah Sewa
lepas sahaja kami menikah, tuan rumah call minta deposit 2 bulan dan deposit elektrik & air. menggelabah kami sebab dah lah baru je sudah akad nikah! encik suami jumpa tuan rumah sebelum maghrib. mujur juga kami main kutu. erk, bukan kutu kat rambut tu. dan bulan itu adalah giliran encik suami dapat duit kutu. kami bayar deposit rumah dengan duit kutu.


bersangka baik itu bagus juga sebab kami memang dapat baaanyak hadiah kahwin. hehe. mujur tak beli apa-apa barang elektrik lagi.


6. Kelengkapan Pembersihan
4 hari lepas menikah, kami masih di rumah ibu saya. encik suami ke rumah kami untuk membasuh rumah. plus beli kelengkapan untuk bersihkan rumah. mop, semua jenis pencuci, penyapu, berus, kain lap, tong sampah dan lain-lain kelengkapan yang perlu.

esoknya, mesin basuh sampai. plumber pun sampai nak repair paip di bilik air dan adjust tekanan air. oh ya, rumah kami tingkat 11. kami macam blur nak pasang mesin basuh tu. mujur plumber tu tolong sama. haha! epic! seronok bila sama-sama tak tahu dan mula belajar, belajar hidup bersama.


7. Hadiah Kahwin
kami dapat hampir semua keperluan asas dapur. set pinggan mangkuk, set cawan, set gelas & jug, rice cooker, blender multi-function, coffee-maker, oven, thermos, kettle, iron, cermin dinding, jam dinding, frame, set pisau, set senduk, set periuk, cadar & comforter, banyak lagi yang membuat saya tersenyum tengok dapur saya. ibu ayah hadiahkan katil, tilam, dapur gas dan kuali. kami hanya tinggal beli tong gas. 


8. Tong Gas
pasal tong gas tu, saya baru tahu rupanya tong gas tu kena beli. itu pun encik suami yang bagitau. kami sampai gaduh-gaduh manja (alohh alohh alohh), tong gas punya pasal. 


saya kata, "ibu beli gas dalam belas-belas ringgit aje, nape abang kata harga dia dekat RM80?"


"iye, yang belas-belas ringgit tu gasnya. tongnya kena beli.."


"aik? kenapa pula kita kena beli tong? tong tu kan nanti kalau beli gas baru, diorang ambil semula?" *blurr*


serius saya tak tahu kena beli tong!


9. Langsir
buat permulaan, saya pinjam langsir ibu dulu. wahaha. tapi ibu dah mesej tadi, sila beli kain langsir dan datang rumah ibu, belajar jahit langsir!

hadoi lah.

tu lah, dulu masa bujang-bujang tak mahu belajar menjahit. sekarang dah susah.


Yang kena belajar menjahit langsir hujung minggu ni,
Puan Nadia Havez

2 comments:

  1. hehehe... banyak lagik2 belanjawan2 yg akan dibentangkan... hehehe lpas ni tuk preparation baby..majlis aqiaqah baby...erkkkk

    ReplyDelete
  2. kak pitta::
    betul betul hadoi lah.. kenapa duit itu perlu banyak haisy~

    ReplyDelete