Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

15 May 2012

2 minggu bergelar isteri

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

alhamdulillah.

masih terlalu awal rasanya kalau nak kata, "eh, dah 2 minggu!"

sebab, "baru 2 minggu..."

masih banyak yang perlu dipelajari. terlalu banyak.

tapi alhamdulillah sekarang ni dah semakin sesuaikan diri dengan tugas sebagai isteri. dan alhamdulillah lagi, suami sendiri yang membahagi tugas kerja rumah untuk kami. sebab dua-dua bekerja kan. jadi harus ada toleransi di situ.

sepanjang seminggu pertama, belum rasa apa-apa kejanggalan. sebab masih duduk di rumah ibu. jadi semua kerja rumah sama macam zaman bujang dulu. cuma, baju yang nak dibasuh bertambah sikit sebab dah ada suami. lauk pun extra masak.

itu pun masih ibu yang memasak.

cuma ada beberapa perlakuan di rumah yang ditegur suami. so, kenalah ikut cakap, kan? tiba-tiba rasa macam tak biasa sebab ada orang yang perhatikan kita 24 jam. 

lepas seminggu ber'honeymoon' kat rumah ibu ayah, kami pindah ke rumah sendiri. berat hati. tapi kena lah pindah juga takkan nak duduk bawah ketiak ibu ayah lagi, kan?

di sini lah saya rasa bermula fasa baru. chewah, 'saya' dah sekarang. dulu 'i', 'u'. suami tak suka. haha.

rumah yang kami sewa, kosong. jadi kami lah yang topup serba-serbi sikit-sikit. cumanya, peralatan perkakasan dapur tak perlu nak beli sangat dah. baaaaaanyak hadiah kahwin. hampir lengkap. dari sebesar-besar oven, periuk nasi, blender, coffee maker, toaster, cawan, pinggan mangkuk, set pisau, set senduk, sampailah sekecil-kecil tupperware.

terima kasih kawan-kawan, keluarga, saudara-mara yang sudi 'melengkapkan' syurga kecil kami.

mesin basuh & peti sejuk dah lama beli. guna duit OT kami berdua.

hari pertama di rumah, suami dah siap-siap bahagikan tugas. oleh sebab saya memang sejak dulu ada sakit belakang, tak boleh buat kerja berat sangat, so hampir semua kerja rumah, suami yang buat.

tugas saya hanya memasak, melipat baju, menggosok baju dan menemani beliau. itu sahaja.

tapi orang kata, baru-baru lagi, memanglah suami rajin menolong. nanti-nanti?

harapnya tak macam tu lah, kan? hehe.

setakat ni, bangun pagi, saya akan bangun lebih awal dari suami. lepas mandi, on switch coffee maker (tengok betapa pemalas isteri zaman sekarang, kopi suami pun mesin buatkan) dan biarkan. kejutkan suami, dan saya bersiap. solat subuh berjemaah dan saya mula siapkan sarapan. suami? ada kat sebelah tengok saya prepare breakfast. hehe.

sambil tu beliau akan basuh apa sahaja yang saya campakkan ke sinki. sudu ke, papan pemotong ke, apa sahaja lah. beliau memang tak suka tengok sinki penuh.

lepas bersarapan, keluar rumah sama-sama, tapi keluar dari lif, saya ke kanan, suami ke kiri. nak buat macam mana, tempat kerja lain-lain. saya di taman melawati, suami di hicom-glenmarie.

masa driving, kepala saya dah start fikir nak masak apa malam ni. padahal baru pukul 8 pagi tu.

macam tu lah kot kehidupan seorang isteri. muehehe.

waktu petang, saya akan sampai lebih awal dari suami. lepas bersiap, saya akan mula prepare for dinner. selalunya suami sampai rumah, saya masih di dapur. lepas maghrib, baru boleh dinner.

apa yang berbeza?

sekarang saya mula belajar minum kopi sebab suami suka minum kopi. saya ni memang tak lah. tapi sekarang, perlu. takkan nak buat 2 jenis air berlainan kalau setakat seorang minum secawan? jenuh! dan kopi atau teh haruslah nipis dan kurang manis. memang betul-betul kurang manis.

saya perlu ligat memasak. sebab masa untuk prepare breakfast tak panjang. selalunya saya akan prepare dulu bahan-bahan pada malam hari tu, pagi tinggal masak sahaja.

saya sangat liat gosok baju. sekarang itu tugas saya. oleh kerana masa dah suntuk sebab kena prepare breakfast waktu pagi, buat pertama kali dalam sejarah, saya menggosok baju saya dan suami pada hujung minggu, complete untuk seminggu bekerja. sesuatu yang amat mustahil untuk saya lakukan masa bujang dulu.

dulu, saya tak ambil kisah sangat dengan apa yang suami kata (sebelum jadi suami). tapi sekarang, saya perlu ambil berat apa yang dia cakap. tudung yang dia tak suka saya pakai pun, saya tak boleh pakai.

dulu nak masak apa kat rumah, semua tanya ibu. sekarang semua kena decide sendiri. bila tanya suami, dia takkan jawab. tapi selalunya dia akan bagi hint malam sebelum tu, "macam teringin la nak makan ........." so kena pandai tangkap bahasa kiasan suami. beliau memang suka berkias dalam banyak benda. memang saya kena belajar memahami setiap gerak laku dan apa yang beliau kata.


ingat pesan ustaz masa khutbah nikah dulu, "kepada isteri, sentiasa bersyukur dengan apa yang disediakan suami. tak kira besar atau kecil. bersyukurlah dengan apa sahaja yang suami beri, mengikut kemampuannya."

alhamdulillah. beliau adalah suami terbaik, malu jika tak mampu menjadi isteri terbaik.

Love,
Puan Nadia Havez


p/s: kepada yang bertanya, maaf saya belum ada tanda-tanda mengandung lagi ^_^v baru 2 minggu!

2 comments:

  1. Alaaa baru nak tanya pasal baby :p
    Semoga bahagia dengan life seorang isteri Nadia :)

    ReplyDelete
  2. Jimat~
    hahaha nasib baik dah jawabkan cepat2 :P

    ReplyDelete