Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

30 June 2014

Hargailah orang yang kita sayang.

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Aku jaranglah kan.. jarang ke tak pernah.. jarang cerita pasal kawan-kawan yang rapat dengan aku dalam blog aku ni kan. Mungkin sebab aku rasa setiap orang sangat special dengan karakter masing-masing, jadi kalau sorang dua je yang aku cerita dalam blog ni, aku rasa aku bersikap sedikit tak adil. Nak cerita semua pun aku jarang lah hai rajin nak update blog kan. Mau sorang setahun je yang aku ceritakan.

Pagi ni aku diarrhea plus muntah-muntah. Aku tak tahu lah aku mengandung ke tak. Nanti-nanti lah kita cerita yea? Sebab sekarang aku nak cerita pasal sorang kawan, sahabat, teman, kakak yang baik di sisi aku.

Kakak yang sorang ni aku kenal dia masa aku mula-mula masuk kerja kat Geoinfo. First company aku tu. Dan dia lah antara orang yang kira paling rapat dengan aku kat sana. Dia lah antara orang yang terawal tegur aku masa aku baru masuk company tu.

Masa tu kat surau...
"Nama siapa? Baru masuk eh?"

"Saya Nadia. Haah, baru masuk.."

"Ooo.. Saya Syaf." Senyum.

Lama pastu baru aku tahu dia ni pangkat kakak. Tiga tahun lagi tua dari aku.

Dia satu-satunya manusia yang suka eja nama aku Nadya. Sekarang ni dia suka pulak panggil aku Nelydia. Heh, bukan sebab aku dan Nelydia tu serupa, tapi sebab dia rasa Nadya & Nelydia tu sama je nak taip dalam Whatsapp.

-_-"

Dia baru lepas bersalin minggu lepas. Comel. Baby boy.

Dia bersalin emergency c-sect. Sebab heartbeat baby dah tak menentu. Lepas tu dapat tahu dia kena denggi rupanya.

Dan sekarang, dia masih di hospital. Baru dipindahkan ke High Dependency Unit (HDU).

Lepas balik dari klinik tadi, aku gegas ke hospital. Tak nak terlepas waktu melawat kononnya. Waktu melawat kan 12-2pm sajoh.

Aku sempat beli anggur hitam. Sebab ada kawan aku bekas nurse kata anggur hitam baik untuk orang yang kena denggi.

Aku sampai hospital agak lewat. Dekat pukul 1.50. Orang sakit melawat orang sakit. Aku naik ke wad. Guard tak bagi aku masuk. Sebab katanya patient nak dibawa pergi scan.

"Tapi adik tunggu jap kat luar. Saya tanya dulu boleh masuk melawat lagi ke tak."

Dalam hati aku berdoa, bolehlah.. bolehlah.. kalau tak, terpaksa lah aku datang petang karang.

"Ok, adik boleh masuk, tapi sekejap aje, ok?"

Alhamdulillah, masyaAllah! Terima kasih, Allah.. bagi aku peluang ni.

Sampai kat katil Kak Syaf, aku tahan sebak je. Kontrol air mata. Aku tahu aku tak boleh menangis. Kalau aku menangis sure dia tak mahu kongsi apa-apa rahsia dah dengan aku lepas ni.

Dengan entah wayar apa berselirat kat sekeliling dia, tiub ape entah tu yang letak kat hidung tu, mesin 3, 4 biji, satu paket darah tengah on the way masuk dalam badan dia, hati mana tak sedih!

Aku salam, cium tangan dia. Lemahnya dia! First time aku tengok dia macam tu. Dia ni seorang yang lasak, yang ceria, happy-go-lucky, ada masalah pun macam tak ada masalah, tapi hari ni, semua tu aku tak nampak. Dia terbaring, lesu.

"Ni apa semua ni wayar-wayar, tiub-tiub semua ni? Apsal diorang letak semua ni?"

"Entah. Ni air.. ni antibiotik, ni darah.."

"Eii apsal banyak sangat mesin ni. Serabut.."

Dia senyum. "Entah. Kak Syaf nampak macam kritikal ke?"

"Entah, sihat je Nadia tengok." Aku cuba ubah mood. Tak mau mood sedih-sedih. Dia pun tahu perangai aku.

"Kita kat HDW ni. Sama macam ICU kan?"

Aku angguk. "Lebih kurang. Low class sikit dari ICU." Aku dah tak mampu nak bergurau apa lagi. Mood serius datang, "akak.. doktor cakap apa.. serius sangat ke? Apsal diorang bawa akak masuk wad ni? Apsal tak wad biasa je. Apa sebenarnya yang berlaku..."

"Entah.. doktor cakap kat Fazran, 50-50. Sebab darah tak berhenti 18 jam." Fazran tu suami dia.

Apa? 50-50? Aku tak salah dengar kan? Malas nak ambil port. Tukar topik lagi. "Kak Syaf ada tv sendiri? Waa bestnya.. siap ada cd. Macam mana akak nak pasang cd tu, bukannya akak boleh bergerak ke sana pun.."

"Tu.. suruh nurse pasangkan."

Seorang patient dijaga seorang nurse.

Kenapa ni? Teruk sangat ke? Kenapa dengan Kak Syaf? Apa yang berlaku sebenarnya? Apa komplikasinya? Soalan-soalan ni yang bermain dalam fikiran aku. Sama macam masa Fateh mula-mula masuk wad dulu.

Kenapa

Kenapa

Kenapa...

Sebelum air mata aku menitik, baik aku keluar cepat-cepat.

"Ok, Kak Syaf.. Nadia balik dulu. Apa-apa hal bagitau eh?"

"Nantilah Kak Syaf cerita."

"Make sure akak sihat dulu!"

Dalam kereta aku dah hambur tangis habis-habisan. Seorang yang aku sayang, yang rapat dengan aku, sekarang ni terbaring lemah tak berdaya macam tu.

Pause.

Aku nak kesat air mata.

Aku tak nak fikir yang bukan-bukan. Hari baik bulan baik, seeloknya aku panjatkan doa untuk dia. Makruh nangis-nangis time puasa ni.

Kak Syaf, kalau Kak Syaf dapat baca blog Nadia ni kat hospital tu, Nadia sayang akak sangat-sangat. Nadia tau akak kuat, tak payah cakap pun, Nadia tau akak memang kuat. Fazran perlukan akak, Ukashah pun.

Nadia sayang Kak Syaf...

Nadia tahu Kak Syaf tak minat Siti Nurhaliza tapi tak kira lah nak letak juga lagu ni,


Jom kita sama-sama tembak doa untuk Kak Syaf.

Thanks korang!

Mwah!






26 June 2014

Prosedur MCUG? Apa tu?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Dah setahun cerita ni berlalu. Tapi aku masih tak boleh lupa, macam mana kecilnya Fateh, dan macam mana berseliratnya wayar keliling dia.

Entri 1 : Fateh Al-Hafidz dan Hospital
Entri 2 : Fateh Al-Hafidz yang kuat!

Ni sambungan, susulan dari kes masuk wad tu.

Lepas dah check ultrasound, alhamdulillah buah pinggang Fateh ok, tak ada masalah, tak ada isu pembengkakan buah pinggang.

Tapi doktor tu cakap, Fateh kena undergo satu lagi prosedur, MCUG.

An MCUG/VCUG is most commonly used in children who have repeated urinary tract infections. In some children, a problem with the junction of the ureters and bladder allows urine to flow backwards towards the kidneys instead of away from them. This condition is called vesicoureteric reflux. Usually this valve problem does not cause the urine infections, but in children who get them, it is important that it is picked up. This is so that action can be taken to protect the kidneys from infected urine, and so prevent kidney damage. This is most often why an MCUG/VCUG is done. (http://www.patient.co.uk/health/micturatingvoiding-cystourethrogram-mcugvcug)

Aku tolong copy aje lah eh? Nak terangkan tak reti. I is not a doc.

Aku dah konfius. Hari tu masa dekat wad, doktor pakar kata, kalau lepas ujian ultrasound, then everything ok, normal, means dah tak ada apa-apa. Tak perlu follow-up apa lagi dah.

Ni MCUG amende pulak yang doktor sorang ni cakap?

Doktor tu bagi tarikh appointment untuk datang semula, ambil tarikh untuk prosedur MCUG.

Kat rumah aku google pasal MCUG, aku bertanya kepada orang-orang yang berkenaan, cuba mencari sebaik mungkin apa itu MCUG.

Kebanyakan kata tak perlu prosedur tu. Sebab? Anak aku tak ada apa-apa tanda-tanda yang berkaitan. Lagipun prosedur tu agak menyakitkan untuk baby yang baru berumur 2 bulan!

2 bulan.. tak terdaya aku nak tengok alat sulit anak aku dimasukkan bendasing, yang boleh efek kepada dia nanti. He is still too small.

Seminggu kendian, kitorang pun datang semula ke PPUM untuk ambil tarikh prosedur MCUG kononnya. Aku pun puaslah bersoal-jawab dengan doktor tu. Masa ni doktor tu tengah belek buku tebal dia, nak revise apa aku pun tak tahu.

"Doktor, kenapa kena buat prosedur MCUG ni eh? Doktor kata semua dah ok. Jadi untuk apa kita buat MCUG ni?"

"Ini termasuk dalam SOP. Jadi kita kena buat."

"Apa tanda-tanda yang ada pada anak saya sampai dia kena buat MCUG tu? Bukan ke kalau ada UTI je kena buat MCUG?"

*UTI - http://www.babycenter.com/0_urinary-tract-infection-in-babies_10910.bc

"Anak Puan dimasukkan ke wad sebab jangkitan kuman. Jadi MCUG ni adalah salah satu SOP untuk anak Puan. Ini prosedur." Suara doktor tu dah agak tinggi sedikit.

"Tapi doktor pakar kat wad hari tu tak ada pun cakap pasal MCUG ni? Dan anak saya tak ada masalah UTI, doktor sendiri akui, kan?"

"Ini prosedur Puan! Secara teorinya kita kena buat MCUG ni!" wahhh doktor dah tinggi suara.

"Kalau saya nak dapatkan 2nd opinion boleh tak?"

"Boleh. Terpulang pada Puan. Saya akan buat surat untuk Puan kemukakan kepada pihak kedua. Dan saya juga perlu dokumenkan kenyataan Puan dan Puan tandatangan. Puan sendiri yang tolak prosedur ni dijalankan." Muka menahan marah.

Lepas tu tak ada pun surat yang dia suruh sign sebab aku tolak prosedur tu.

Aku bersangka baik. Memang doktor kena ikut SOP, kena ikut prosedur.

Tapi, sebagai mak ayah, kita kena tahu juga apa prosedur yang doktor nak buat untuk anak kita. Aku bukan orang yang tolak doktor, malah aku rasa hospital tu rumah kedua aku. Aku tak pernah bangkang apa sahaja pendapat doktor selama ni. Cuma this time, aku berpendapat prosedur ini tidak perlu.

Teori memang tetap teori. Tapi tindakan yang perlu dibuat masih bergantung kepada keadaan semasa. Doktor tu baru grad, jadi, normal lah kot, a bit skema. Hehe.

Alhamdulillah so far Fateh ok. Tak tahulah kendian hari. InsyaAllah, aku dan suami akan jaga amanah Allah ini sebaiknya. Semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak-anak.




24 June 2014

Tips berpuasa untuk breastfeeding mommy

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Cewahhh.. baru setahun jagung nak bertips-tips bagai eh? Hehe J

Mana ilmu yang ada, kita panjang-panjangkan. Ye dak?

Dah lama pulak tak tulis entri ala-ala ilmiah ni. Aku tak tau macam mana nak start dan hilang arah nak menulis. Sama ada lari tajuk ataupun merapu-rapu tak ada point.

Jadi baik kita make it into point lah, senang orang nak baca, ye dak?

Aku masih menyusukan Fateh. Tak ada campur-campur susu formula. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Jadi nak masuk bulan puasa ni, aku agak risau. Ada yang kata, nanti susu drop sebab kita kurang minum air (aku minum lebih 5 liter sehari, ok? Lagi-lagi tengah cuaca panas sekarang). Aku google macam-macam tips berpuasa untuk breastfeeding mommy ni. Jadi aku try sendiri, apply masa berpuasa sunat. Boleh ler kalau kome nak cuba jugak.

  1. Sahur is a MUST! Kau dah lah gastrik pastu memandai tak nak sahur memang sengaja cari penyakit namanya. Dan sahur mestilah meriah macam buka puasa. Maksud aku, makan berat, nasi, lauk etc etc. Janganlah bila aku kata meriah ni kuih lompat tikam, seri muka, agar-agar buah bagai kau nak ada atas meja sahur. Melainkan baki buka puasa semalam. Hehe. Jangan membazir.
  2. Minum air masak dengan banyaknya. Ini serius! Aku minum 3 liter air masa bersahur. Haha. Kembung tak kembung? Memang kembung la. Masa solat subuh tu rasa nak terbelahak balik la segala benda yang dimakan.
  3. Makan kurma. Ni tak payah cerita lah memang ramai tahu kelebihan kurma ni sebagai instant energy. Aku akui aku ni jenis kurang rajin makan kurma. Tapi cannot deny lah kelebihan buah sunnah ni.
  4. Pam macam biasa. Dulu aku rasa macam nak tukar timing pam susu, lepas sahur dan lepas berbuka. Tapi, ramai kata pam je macam biasa. Ikut timing biasa. Sebab otak dah set begitu. Dan aku try, Alhamdulillah susu tak drop pun malah dapat extra gituuu. Yang penting adalah…… Sila ke point seterusnya,
  5. Mindset & Determination. Yes! Yang penting adalah MINDSET! Takde maknanya kalau berpuasa, susu takde. Susu tu akan produce juga. Percaya lah. Lagipun kau bukan tak makan, tak minum. Cuma tukar waktu makan & minum je. Dan keinginan kena kuat!
  6. Jangan lewat berbuka. Of kos la siapa tak nak berbuka lepas seharian puasa kan. Hehe. Oleh sebab pagi tadi aku dah minum 3 liter air masa sahur, so masa buka minum 2 liter air. Bagi badan ni terhidrat semula. Husy macam iklan 100PLUS.
  7. Doa. Ni yang penting. Doa ni bukan masa puasa je. Sepanjang masa pun kita kena doa kan. Semoga Allah mudahkan perjalanan kita nak menyusukan anak sebaiknya, dan Allah kuatkan semangat dan azam kita untuk terus usaha, usaha, dan usaha.


Aku percaya, setiap anak tu Allah dah tetapkan rezeki dia. Kita usaha sebaik mungkin untuk bagi yang terbaik untuk anak.

Doa seorang ibu tu mustajab, tak ada hijab, kan?

Selamat berpuasa dan selamat berusaha kawan-kawan! Go go chayok!

19 June 2014

Kaki Pendek Sebelah? - Part 2

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Dah bakpenya sekarang ni aku suka tulis part by part ni? Alaa korang pun kalau aku tulis panjang-panjang nak baca ke?

Bercakap pasal Kaki Pendek Sebelah semalam, ada seorang sahabat aku ni, sahabat yang rapat jugak lah, yang aku tau jugak la serba-sedikit pasal dia, yang aku gelarkan kami Geng Kepohci (aku, dia, dan sorang lagi member), serius kitorang ni memang kepoh. Asal Skype je mesti gosip, asal gosip je mesti Skype.

Ok, lawak tu dah tak cool -____-"

Dia Skype aku semalam lepas baca entri pasal kaki sebelah pendek tu, dia tanya, "macam mana dulu Nadia bagitau Imam keadaan kesihatan Nadia? Dan macam mana penerimaan Imam masa tu?"

Oh, aku ada bagitau tak nama suami aku, Imam?

Berbalik kepada kisah kawan tadi,

"Sebelum kahwin memang Nadia terangkan satu-satu kat Imam, terangkan posibiliti-posibiliti yang akan berlaku, contoh macam kesusahan masa mengandung, posibiliti tak boleh mengandung, tak boleh buat kerja berat, tak boleh berdiri lama, tak boleh duduk lama, semua tu terangkan baik-baik bagi faham, siap lukis-lukis lagi kat dia.. apa sebenarnya sakit tu. Bagitau dia sakit ni memang akan berpanjangan, tak boleh nak sembuh, malah boleh bertambah buruk."

"Habis tu so far, dia boleh terima?"

"Alhamdulillah lepas kahwin, everything ok. Lagipun mak ayah Nadia pun ada bagitau dia sebelum kitorang kahwin. Alhamdulillah, Imam terima seadanya. Kena prepare for the worst. Paling berat mungkin tak ada anak.. tapi alhamdulillah, rezeki, dapat Fateh... kalau ditakdirkan Fateh seorang aje pun, kami redha."

The thing is, kawan tu nak kahwin, dan dia rasa macam family belah lelaki macam susah nak terima keadaan dia. Bakal MIL dia ada tanya, "tak boleh nak sembuh ke sakit tu? Tak try ke berubat ke, apa-apa ke? Tak cuba apa-apa ke?" Dan kawan aku pun down. Oh, kawan ni pun slip disc macam aku. Siap dah warded-warded bagai.

Personal opinion aku lah kan, kepada bakal-bakal mak pak mertua, termasuk aku (cewahhh, bakal.. 20 tahun lagi kot)..

Tak perlu lah nak risau or takut kot kalau dapat tahu bakal menantu korang ada sakit ke, tak boleh nak beranak ke (Thanks mak, ayah sebab terima Nadia sebagai menantu! Siap sayang lebih lagi gahahah!), sebab, belum tentu lagi hari ni kita sihat, esok kita akan tetap sihat. Yang sakit ni dah tentu sakitnya, yang sihat takkan selamanya sihat. Nauzubillahiminzalik aku bukan doakan yang bukan-bukan. Just think in that way.

Anak tu rezeki Allah nak bagi. In fact kalaupun kita sihat walafiat, kalau Allah kata tak nak bagi, tak de lah kan. Hatta berubat sampai ke hujung dunia sekalipun.

It's all about toleransi dan penerimaan. Dalam rumahtangga ada give and take. Kalau kau kurang kat sini, suami kau boleh top up. Suami kurang kat sini, kau boleh top up.

Kemon la makcik pakcik, let us support them. Cewah macam la makcik tu baca blog aku. Janganlah memperkecil-kecilkan orang macam kami. Kami pun berhak bahagia.

Dahhh aku rasa nak gelak dengan ayat sendiri.

Bila aku tanya balik kat Imam, kenapa dia terima aku dulu even dah tau keadaan aku, katanya, "orang yang cacat pun ada orang nak. Habis tu, kalau semua orang fikir macam tu, orang macam Sayang ni tak boleh kahwin lah?"

Dats my hubs ^_^v

Nadia doakan makcik boleh terima kawan saya tu seadanya. Dan anak makcik pun boleh terima dia seadanya.

Aminn :)




18 June 2014

Kaki Pendek Sebelah?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Gelak eh baca tajuk. Sorry dah lama aku tak update blog. Reason why, weekend is family day. I mean, weekend adalah masa untuk suami dan anak. Dan isnin selasa aku MC, sakit mata berjangkit. So blog pun MC. Kang berjangkit sakit mata dengan aku.

Bukan pasal sakit mata yang aku nak cerita pagi ni. Ni pasal kaki.

Isnin lepas aku pergi fisio. Dah lama tak pergi fisio sejak mengandung 7bulan. Sekarang dah sakit bagai nak rak baru terkedek-kedek nak pergi fisio.

Bukan apa, kadang aku rasa fisio ni macam tak membantu apa. Tu malas nak pergi tu.

Alkisah kaki pendek sebelah.

Masa akak terapist tu duk check check tulang belakang aku, dia tanya, "doktor ada cakap tak adik ada scoliosis?"

"Ada..."

"Ada buat x-ray dan MRI?"

"Ada... lama dulu lah. Sebelum kahwin lagi..."

"Akak rasa macam makin bengkok je tulang ni. Nanti adik baring, akak nak ukur panjang kaki. Kalau tak sama panjang, kena modify kasut lah."

Angguk. Aku baring. Sambil berdoa harap-harap kaki aku ok.

Dan akak tu pun ukur panjang kaki aku.

"Dik.. kaki kiri awak pendek dari yang kanan. 1inci."

"Hah? 1inci? Panjang tu!"

"Haah, dik. Jadi nanti akak bagi surat, pergi buat modification untuk kasut.."

Tergamam sekejap. Laaa selama ni kaki aku pendek sebelah ke? Rasa nak gelak pun ada. Patutlah aku selalu jatuh, tak balance. Kaki pendek sebelah eh?

Sekarang aku terfikir. Cemananya aku nak bergerak dalam rumah...

Pakai kasut gak ke hape?


12 June 2014

Selamat Ulangtahun Sayang!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Rasa macam baru semalam bersalin. Rasa macam baru semalam mata kecik yang bulat tu terkebil-kebil pandang aku. Subhanallah. Nikmatnya tak terungkap! Bahagianya Allah je yang tau. Aku tak percaya cinta pandang pertama tapi kali ni, aku kalah.

Dah macam ayat novel! Haha.

Alhamdulillah.. masyaAllah... i feel so blessed. Bila baca balik entri masa mengandung dulu, rasa nak nangis. Cengeng!

Dah setahun umur anak ibu, dan alhamdulillah aku berjaya sempurnakan separuh masa pertama.. hahaha separuh masa pertama menyusukan Fateh. Ada lagi separuh masa untuk cukup dua tahun.

Ahh bab susu lain entri.

Satu hari nanti, bila Fateh dah pandai baca, Fateh terbaca blog ibu ni, ketahuilah, ibu sangat sayang Fateh. Ibu dan ayah berusaha bagi yang terbaik untuk Fateh.

Jadilah hamba Allah yang taat, hamba Allah yang sentiasa memberi khidmat, hamba Allah yang sentiasa mencari kebenaran, hamba Allah yang menjadi pejuang agama.

Last sekali, jadilah seperti nama..

Fateh Al-Hafidz bin Mohd Nur Imam

Mmuahhh mommy loves you mucchoo muchooo



Hatred and haters

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Seperti biasa, dalam LRT, this time on the way pergi kerja.

Aku teringat pulak satu ayat aku dalam satu entri hari tu. Nobody is perfect.

Aku tak perfect, korang tak perfect, takde siapa yang perfect melainkan Allah.

Hahaha aku bukan nak bagi tazkirah.

Dalam hidup kita ni, kita akan jumpa macam-macam jenis orang. Ada orang yang baik dengan kita, ada orang yang so so je dengan kita.

Contoh la, kau ada boifren pastu kau clash. Sure kau benci gila-gila boifren kau kan. Tapi ce kita pikir jap apa kesan positif dari peristiwa tu?

Contoh, kau dah tak buat dosa dah couple2 ni (haha yea yea sebab tu aku kahwin cepat2 hahaha)..

Pastu mungkin kau akan hidup lebih berdikari lepas takde boifren. Everything kau buat sendiri, tak harapkan orang.

Dan kau akan lebih banyak masa dengan family and friends. Kau akan lebih menghargai orang keliling kau. Takde la kai hanyut dalam bercinta.

Eh, macam kisah benar pulak kan.

Aku selalu cuba take a positive side apa saje yang berlaku dalam hidup aku.

Contoh, ke'horror'an aku kat previous company. Secara positifnya, aku belajar jadi orang yang lebih teliti, lebih menghargai waktu di ofis dengan produktif, lebih tajam berfikir idea yang out of box. Ni semua aku dapat dari ex-boss aku tu.

Contoh lagi, masa aku meniaga HFM2014 hari tu. Aku belajar jadi orang yang tak putus asa, belajar jadi orang yang berfikir lebih pantas.

Jadi.

Sebenarnya.

Allah create storyline kita tu untuk mengajar kita. Tak semestinya bila sesuatu yang buruk berlaku, kita kena fikir benda tu buruklah selama-lamanya. Mesti ada benda positif yang Allah nak bagi kat kita di sebalik perkara negatif tu. Terpulang macam mana cara kita berfikir dan ambil kisah perkara tu.

Eh korang paham ke tak ni.

Ok, dah sampai office. Aku minta maaf kalau selama aku berblog ni, ada yang terasa dengan penulisan aku. Sama-sama ambil iktibar.

Ok?

Cun. ^_^v

10 June 2014

Hijabi Flea Market 2014 review yang baik2 pulak

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Aku dalam LRT ni on d way balik kerja. Aku dah install blogger nye apps dalam fon ni tapi entah bila aku nak sign in, takleh sign in. So terpaksalah aku guna cara manual. Masuk via website. Renyah sikit la nak attach gambar pun payah. So maafkan aku. Eh lagipun dah lama aku tak attach gambar dalam blog kan. Aku tengah menaip sambil berdiri ni jadi sekali lagi maafkam aku kalau banyak typo.

Hari tu aku dah cerita part-part tak best dalam HFM2014 Karangkraf kan. Ni aku cerita part baik lah. Setiap yang buruk, sure ada yang baik. Nobody is perfect.

Nombor satu, pihak Karangkraf bagi reminder awal2 untuk car boot vendors, khemah adalah tidak disediakan. Jadi aku dah boleh plan sesiap mana nak letak anak aku dan either aku nak pinjam khemah ke beli khemah ke boleh decide awal2.

Nombor dua, kat bahagian dalam memang banyak lah hai usahawan usahawanita yang jual barang. Its a good thing pada aku. Dah ramai orang yang semakin ke arah meniaga ni. Tak bergantung pada makan gaji.

Nombor tiga, aku rasa syiok lak meniaga ni walaupun kita jual barang yang sama tapi kita saling tolong menolong ewahhh.. semangat macam ni yang perlu kita kekalkan! Orang selalu cakap melayu sama melayu ni kuat hasad dengki tapi setakat ni aku tak nampak lagi yang macam tu. Marilah kita berniaga secara sihat!

Nampak tak aku macam berusaha mencari point. Hahah!

Overall aku banyak timba pengalaman baru. Banyak ilmu yang aku dapat sepanjang dua hari join HFM2014 ni. Macam mana nak berdepan dengan kerenah customer yang asyik mintak kurang, macam mana nak hangkut barang ketika hujan lebat membasahi bumi, macam mana nak stay calm even tengah panas terik, macam mana nak jadi orang yang tak putus asa.

Ok, aku dah sampai rumah. Nanti aku sembang ngan korang lagi k. Tata!

06 June 2014

Degree in Housewifing - Kenapa tiba-tiba aku berhenti kerja dulu? - Part 3

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Ni Part 1.

Ni Part 2.

Aku janji ni last entry pasal office lama aku. Aku nak tutup buku dah. Malas nak kenang. Barang yang lepas usah dikenang katanya.

Lepas kes anugerah sampai pukul 1 pagi tu, husband aku suruh hantar surat berhenti. Cannot go katanya. Aku pun dengan pasrah, hantar surat berhenti. Pada aku, baik aku fikirkan suami dan anak dari fikirkan orang lain.

Masa tu aku memang dah start berniaga sikit-sikit. Plan aku, nak teruskan meniaga. Dari segi kewangan memang agak susah lah untuk keluarga kecil kami yang sangat banyak komitmen ni. Sebab, gaji aku lebih sikit dari gaji husband. Jadi kalau aku tak kerja, memang agak parah lah kami. Bila ibu tanya, aku jawab, "Kalau dulu boleh makan KFC tiap minggu, sekarang ni tak la.." Takpe, susah senang ditempuh bersama. Cewah romantik lak pepagi jumaat ni. Gituuu...

Aku punya notis dua minggu je. Sebab aku masih dalam tempoh probation. Sebenarnya tarikh probation aku dah tamat sebelum aku hantar notis lagi. Abis tu akak tu pun takde respon apa, takde pun kata nak extend probation period atau nak permanent kan aku. Jadi, langkah terbaik aku hantar notis berhenti. Aku dapat rasa aku akan diberhentikan. Sebab, tetiba aku nampak melambak resume baru atas meja dia, dan dia pernah kata, "sebenarnya HR dah keluar surat nak berhentikan Nadia, tapi akak hold dulu sebab akak perlukan Nadia."

Sebelum diberhentikan, baik aku choww dulu.

Bila aku bagi surat berhenti, dia tanya aku, kenapa nak berhenti? Aku hanya kata, aku penat. Aku penat dengan semua ni. Aku penat dengan dia.

Dua tiga hari sebelum keluar, aku sempat jumpa Group CEO. Dia yang interview aku dulu, dia yang ambil aku bekerja. Jadi agak kurang manis kalau dia yang buka kan pintu masuk untuk aku, tapi aku keluar tak bagi salam.

Kat dia, aku ceritakan segalanya. Telus. Tak ada cover-cover. Dia patut tau apa yang berlaku. Sebab, sebelum aku, dah silih berganti orang bawah akak tu yang keluar masuk. Sampai ada sorang staf ni kata, "berhenti lagi staf dia..." Group CEO dengar teliti apa aku yang aku cakap. Sikit pun aku tak tinggal. Sampai berair lah mata aku. Aku ni memang cengeng kan? Hahaha.

Dan Group CEO offer kat aku, dia offer aku pilih mana-mana department atau company yang aku nak. Aku rasa better aku bincang dengan husband. Dan husband kata, no need. Ke mana pun aku pergi, aku masih dalam bangunan yang sama, dan masih ada posibiliti untuk bekerja dengan akak tu. Jadi husband said no.

I just say thanks to Group CEO yang baik hati nak offer aku macam tu. Aku terpaksa tolak. Dan dia serahkan kes aku kepada HR Manager. Petang tu HR Manager soh aku jumpa dia.

Malangnya, perjumpaan dengan HR Manager tak membantu apa pun. Hahah! Malah aku rasa aku ditindas dan tertindas. Aku pulak yang kena balik. "You yang sepatutnya faham dia. You yang sepatutnya ikut rentak dia. Dia dah lama kerja kat sini.. you baru je enam bulan, kan?"

Ahhh aku tak faham politik apakah ini semua. Dah lah jumpa aku, bukan one-to-one. Kat situ ada staf HR lain yang tengah buat kerja, dan ada GM company lain. Patut ke HR nak setel kan masalah staf buat aku macam tu? Bukan ke sepatutnya jumpa one-to-one ke?

Lagi lah buat aku rasa nak tolak bulat-bulat offer Group CEO tadi.

Macam mendiskriminasikan gila-gila staf baru. Pada diorang, siapa yang senior, dia lah yang betul...

Baiklah.

Aku pun mengundur diri dengan rela hati.

Aku tau aku macam meninggalkan nama buruk kat sana. Orang mesti ngata aku punya. Hahah!

Tapi, alhamdulillah, aku dapat tahu, sekarang, kat sana, dah implement review untuk supervisor. Kalau dulu hanya supervisor saje yang evaluate staf bawah dia. Now, staf bawah pun dipersilakan untuk evaluate supervisor.

Terima kasih Tuan Haji sebab terima cadangan saya.

Bak kata kawan aku yang masih kat sana, "Ni semua Nadia punya pasal. Sebab dia lah kita kena evaluate supervisor kita sekarang ni.."

Hahah! Takpe, takde la boss korang boleh sewenang-wenangnya buli korang pasni.

Peace! ^_^v

03 June 2014

Hijabi Flea Market - Review

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Sebagai pengusaha Kedai Nadim, kitorang tak pernah join SENDIRI benda-benda macam ni. Direct contact dengan customer. Dulu masa kecil-kecil aku selalu ikut makcik aku meniaga. Itu pun aku pemalu. Haha. Kau gelak eh? Sebab tu aku cakap, aku tak reti betul bab-bab bisnes ni. Kalau ada part bisnes masa sekolah dulu, aku lah orang paling belakang. Aku suka jadi orang belakang tabir.

Entah macam mana aku sahut cabaran nak join flea market ni. Anjuran Karangkraf. Aku expect this event mesti grand punya.. Musti hebat punya.. Musti marketing gila-gila punya. Sebab? 3 majalah besar Karangkraf yang join. Nur, DaraDotCom dan Hijabista. Aku pun selalu join event jadi aku tahu what to expect in this kind of event.

But, unfortunately, malangnya, expectation aku jauh tersasar sama sekali. Jauhhh yang hamat. Sorry kalau terlalu direct to the point. Memang patut pun aku membanding-bezakan sebab, sebab Karangkraf kot! Siapa kat Malaysia ni yang ulat buku tak kenal Karangkraf?

Pra-kejadian
First, aku minta layout kat organizer DUA BULAN sebelum event. Aku tau Karangkraf tu macam mana ke rupa bentuknya, tapi nak tau lah kan kat mana tempat-tempat diorang letak itu ini. Tandas, surau, etc. etc. Mudah lah untuk kita rangka plan kita pula sebagai vendor kan? Lagi kalau untuk orang yang tak pernah datang Karangkraf, at least dapat gambaran kat mana diorang akan diletakkan. Tapi aku dapat DUA HARI sebelum event. Dan aku difahamkan, layout tu baru siap. Aku tak paham macam mana rangka event without any layout at the first place? Hurmm.. Dan sorry to say, layout pun takde mark apa-apa. Entah mana bangunan entah mana pintu. Yang ada lukisan kotak kotak kotak. Suami aku yang tak tau selok-belok Kompleks Karangkraf siap boleh tanya, "Yang, mana pintu masuknya? Abang tak faham layout ni.." Aku terpaksa gelak aje.

Banyak kali jugak la (actually tiga kali, but kalaupun baru tiga kali, as a vendor sure kau menyirap meh pertanyaan kau tak dijawab kan?), aku emel kat organizer tu, aku nak tau berapa ukuran tempat yang disediakan. Dan, dua hari sebelum event juga baru aku dapat jawapan, dari organizer. Tapi aku dah tahu seminggu sebelum tu. Itu pun sebab aku terpaksa tanya makcik aku.

Attitude semasa memberi emel kepada customer. Aku tak faham kenapa ada orang perlu sampai tahap nak guna font SAIZ 60, siap BOLD pastu highlight kaler MERAH, begini rupanya HIJABI FLEA MARKET kenapa eh? Lagi-lagi aku baca emel dari skrin henfon yang kecik ni. Wording pun jadi lari-lari.

HIJ
A
BI


Gitu. Setahu aku lah, kan, setahu aku lah, orang kalau guna large font, bold, plus kaler merah ni tengah marah. Kalaupun nak bagi warm reminder pun, it should be as warm as it is. Dah nama pun warm, bagi font kaler suam-suam kuku pun dop gapo. Atau pun bold kan saje benda-benda penting pun dah cukup kan?

Semasa Kejadian
Ok, diorang dah letak tape merah putih untuk bezakan kawasan car boot sale dengan parking lot. Ok. Ini dah ok. Tapi, haha tengok ada tapi lagi. Tapi macam mana eh susunan letak keretanya? Macam yang aku cakap, dalam layout takde legend ke atau apa-apa petunjuk. Dan, dalam emel kata kena datang paling lewat pukul7 pagi. Tapi, aku tak nampak seorang pun mereka yang memakai tag 'krew' pagi-pagi tu untuk tolong kami, atau berada di sana untuk kami tanya apa-apa. Tak ada. Sudahnya kami ikut kepala kami sendiri lah kat mana-mana nak park kereta. Sampai ada seorang vendor tanya aku, "Akak, macam mana ye nak letak-letak kereta ni? Tak ikut layout eh?" Ikut je la mana dan dik.. Akak pun tak nampak entah macam mana lotnya.

On the way ke sana, aku tak nampak pun bunting ke banner ke sepanjang jalan nak ke Seksyen 15 tu. Yang aku nampak 1 la iklan sebesar2 alam dekat roundbout yang dekat dengan arah ke Karangkraf tu. Yang lain, tak nampak. Kot la ada warga Shah Alam yang nampak iklan kat tempat lain bitau na? Kawan aku pemastautin tetap kat Shah Alam siap tanya aku, "ada apa weh kat Karangkraf?"

Sepanjang dua hari kat sana, sedihnya aku bila deejay hanya dua kali je announce ada car boot sale kat luar. Udah la kami ni berpanas, mentang-mentang kami bayar pun murah je, macam dianaktirikan. Sampai ada kawan pengunjung ni kata, "eh la.. kau ada buat car boot sale ke kat sana? Aku tak tau pun ada car boot sale kat situ! Tak nampak apa pun..." Yela yela lain kali aku bayar memahal.

Crowd memang sikit yang hamat. Pesta Konvo yang bebudak U buat pun lagi ramai compared to this. Pada aku, kuasa pengiklanan masih kurang. Diorang kata ada iklan kat tv tapi aku tak nampak pun. Aku jarang tengok tv kot. Kot lah kan. Dan disebabkan crowd yang tak ramai ni lah, masuk hari kedua iaitu hari ahad, vendor car boot sale yang datang tak sampai separuh. Haa see... Nampak tak kekecewaan kami. Pastu lepas tengahari ahad tu, balik lagi separuh vendor. Tinggal seperempat dari total vendors hari sabtu. Entah macam mana diorang buat pengiklanan tah.

Selepas kejadian
Dah siap-siap packing, sampai ke sudah aku tak hade berjumpa pun orang yang contact direct to me via emel tu. Lagi best aku dapat makluman kata, "oh dia takde, pergi majlis kenduri kahwin kawan..." Aku hanya mampu menggeleng kepala. Aku pun terpaksa tak attend kenduri memember & sedara sebab ye, aku salah seorang peniaga kat sana. Tapi as a crew, apa ke salahnya, you datang sekejap dan jumpa all the vendors? Tanya apa masalah, everything ok ke tak. Ni nan hado. Sekali lagi, dianaktirikan.

Ada la, editor Nur yang datang jumpa salam-salam sebelum balik tu. Terima kasih :-)



Ok, done untuk review aku this time. Yang aku cerita kat atas tu semua yang beburuk belaka kan? Hahaha.. Dah tak ada borang customer feedback. Jadi aku harap ada penambahbaikan dari pihak Karangkraf sendiri. Atau kalau rasa susah sangat, upah event manager. Tapi orang media takkan nak upah event manager kan. Malu lah kan nak upah event management buat event korang. Media ada kuasa nak tarik crowd tapi aku tak nampak benda tu last weekend. Banyak lagi benda kena perbaiki kalau Karangkraf nak buat lagi event ni tahun depan.

All the best Karangkraf! Kalau ada lagi tahun depan, aku nak join lagi sebab aku syok meniaga. Haha! Hope korang improve la mana-mana yang lompong.

K?

Cun :-)