Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 April 2009

Study Mode~

S.T.U.D.Y

i said...

paste ur eyes to the book!
(paste?? adeihh.. ape hal ayat aku pepagi nih?)

wahaha~

pliz stop my fingers... they keep going typing on keyboard

hoh so, pliz stop it!

enUf

-end-

shud b end NADIA!

ok

~the end~

*study for the last paper*

LAST? yes! last, as 3SGS student.. next, 4SGS.. 4??

stop NADIA!

ok ok, i S.T.O.P it

but

can't!

S.T.O.P!! (with angry face) (*.*)

ok!

Apabila bf anda adalah lelaki (Part 2)

sebarang spekulasi atau kontrovesi tidak mahu ditimbulkan di sini ye...

u will feel it when u really L.O.S.T a fren, a T.R.U.E fren...

wen #* owez supporting u but it is not anymore

wen u feel u r C.O.M.F.O.R.T.A.B.L.E to talk to but it is not anymore

wen u owez L.E.N.D ur ears but it is not anymore

u will feel dat u r U.S.E.L.E.S.S (hah?? useless?? silap nih.. wakakaka)

it is really L.O.S.T of a fren, really really L.O.S.T

A FRIEND, BESTFRIEND, SOMEONE WHO REALLY CLOSE TO U

someone who understand u better than others

urmmm~ i L.O.S.T all of it... A.L.L

~F.U.L.L S.T.O.P~

-end-

Something Happen Last Evening~

actually. something happen last evening (wen i was wif UMT). dats why i said i was in T.R.A.P A.G.A.I.N

#* said *a name* las month. #* feel uncomfortable with *a name*

so i said, "control urSeLf"

den now, everythin is juz in front my eyes las evening

hoh! #* do it A.G.A.I.N

so so so and so~

berdebar-debar??

Dalam seminggu ni, saya tak berapa senang duduk laa~

Asyik berdebar-debar...

Risau benda buruk akan berlaku~

Lately ni asyik minta maaf je kat orang sekeliling...

Bukan berdebar pasal exam...

It was about my feelin~

I feel i was in trap

Something like~ someone gonna H.U.R.T me A.G.A.I.N

Ya Allah, help me~

Janganlah aku disibukkan dengan hal-hal yang tidak menentu ini...

:(

29 April 2009

UTM n UMT

22 April 2009, (on d way nak gi exam tuh!) dapat call dari En. Fauzi, UMT nak datang UTM.. wutta??

- Kena cari crowd (MPP) yang akan melibatkan diri...

- Yes, Im n Ekin confirm!

29 April 2009

0900H - Paper microwave beb! *para para sakura* saya tidur ketika exam!!! caitt!!!

1100H - lari ke opis

1130H - UMT dah sampai, gi amik mereka di pintu gerbang, ke Meranti, lunch!

1300H - solat di MSI

1430H - sesi dialog bermula

1540H - jalan-jalan campus tour

1700H - jusco taman U with nas, ekin, b0 n im

1730H - ABC @ taman U.. sooo heaven!

1815H - going back, rest

heh? hee~ now blogging+berangan+STUDY...
study?
hahahahahampeh!


27 April 2009

Peraduan Hias & Menang ViVa

Ketika asyik menyelak helaian paper utusan ini hari di ofis, tiba-tiba....

'Peraduan Hias & Menang Perodua ViVA'

Aku nak masuk!!! Hadiahnya ViVA!!!!


Selalu Mengalah

Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Pertengkaran Yang Terjadi
Seperti Semua Salahku
Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu

Lirik lagu untuk Kak Wanie.. hehehehe~

ku punya rasa tak terungkapkan
hanya dalam memori hati dan benak ku simpan
berat menerima kau pergi
tanpa alasan juga kau buat aku bertanya

beribu senandung yang kunyanyikan
pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku
kata termanis hanya untuk dia
kekasih sepanjang hidup
ku masih merindukannya


apakah ku amat berarti di mata engkau
telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
namun kau hilang dan takkan kembali juga
ku merasa sepi, ku sendiri

In the late memory of Airyz Hanum..

Entah kenapa semalam masa sedang berbual panjang dengan Ira, tiba-tiba Ira tersebut nama Airyz Hanum. Itu membuatkan saya tak sudah-sudah teringatkan dia sampai saat ini, saat nak exam tadi, saat nak study tadi, tengah-tengah jawab exam pun teringat arwah. Wah, kuat betul penangan Arwah Airyz dalam diri saya. Tapi bila teringat arwah, saya rasa bersemangat untuk study. Mungkin sebab memikirkan arwah dah tak ada peluang sambung belajar. Saya yang masih hidup ni, kenalah bersungguh-sungguh. Saya selalu terfikir, kenapa saya teringat arwah waktu Subuh, beberapa jam sebelum arwah meninggal? Bak kata Ira, "Mungkin pada saat-saat akhir arwah kat dunia, arwah teringat kaklong...". Mungkin juga... Cerita dalam entri sebelum ni, dedikasi khas untuk arwah. Arwah sangat rapat dengan saya, baik di SMK Puteri Wilayah, dan di SM Teknik Gombak. Saya rindukan dia...

Sambil bersembang panjang tentang Arwah Airyz, kami berdua berangan-angan (saya seorang sebenarnya) hendak membeli kereta ini!!!




Saya nak yang itam tapi... Ira nak MERAH... kita amik kaler pink lah. Moley tak?? Aku dah gila.. wahahaha

Paper hari ni? Best3... First time dapat jawab 10 pages full tuh!! Wahahaha.. Ku bahagia.. Alhamdulillah... =)


Airyz

"Apa nama awak?" Nadia bertanya sekali lagi. Dahinya berkerut.

"Airyz." Budak perempuan itu menjawab sambil tersengih. Kelihatan lesung pipit di pipi kanannya. Manis.

"Apa dia?" Nadia bertanya sekali lagi. Pelik.

"Airyz. Airyz Hanum."

Dahi Nadia berkerut lagi tanda tidak mengerti seraya dia menghulur kad manila berukuran tanda nama dan pen marker kepada Airyz. "Nah, awak tulis sendirilah nama awak. Akak tak reti nak eja."

Airyz mengambil kad manila dan pen marker yang dihulur. Dia mengeja namanya. A-I-R-Y-Z.

"Oh, Airyz. Peliknya nama. Macam mana boleh datang nama Airyz tu?" Nadia bertanya lagi.

"Gabungan huruf awal nama ayah saya, mak saya, datuk dan nenek saya." Airyz tersenyum. Dia menyematkan kad manila berukuran tanda nama itu di bahagian kiri atas dada dengan pin peniti. Besar.

Nadia memerhati tanda nama di tudung Airyz. "Besar name tag baru." Nadia tertawa kecil. " Itulah, lain kali jangan terlupa bawa name tag. Peraturan sekolah ni ketat. Walaupun awak baru tingkatan satu, peraturan tetap peraturan." Nadia mengingatkan.

"Baik, kak. Saya minta maaf, kak. Lain kali saya tak buat lagi." Airyz berkata.

"Dah, awak boleh balik kelas sekarang. Nanti terlambat pula."

"Terima kasih, kak." Airyz berlari keluar dari Bilik Pengawas. Dia hampir terlanggar Fazieyana di hadapan pintu. "Maaf, kak." Kata Airyz cepat-cepat dan berlalu pergi.

Fazieyana hanya menggeleng. "Kenapa budak tadi?" Soal Fazieyana kepada Nadia.

"Tertinggal name tag." Nadia menjawab. Ringkas.

"Macam kelam-kabut je budaknya."

Nadia tertawa lagi. "Nama dia pelik. Airyz… Airyz Hanum. Pelikkan?"

"Airyz? Lah, budak sebelah dorm aku. Dia baru masuk semalam. Tak perasan muka dia tadi. Kelam-kabut je berlari keluar."

"Baru masuk? Lah, dia student baru ke?" Nadia rasa bersalah. "Patutlah dia tak ada name tag. Aku pun dah saman dia tadi sebab tak pakai name tag. Tak tau pula dia budak baru. Dia pun tak cakap apa-apa masa aku saman dia tadi."

Fazieyana ketawa. "Lurus rupanya budak tu. Tak apalah. Nanti kau pergilah minta maaf kat dia. Pulangkan balik duit saman dia."

"Yelah, rasa bersalah sangat-sangat." Nadia menjawab. Tekadnya dalam hati untuk mencari Airyz di waktu rehat nanti.

******

Nadia menjalankan tugas waktu rehat seperti biasa. Memeriksa satu per satu kelas pelajar tingkatan satu. Tidak seorang pun pelajar dibenarkan berada dalam kelas ketika waktu rehat. Dia lalu di hadapan kelas 1 Ilmu. Seorang pelajar baru sahaja hendak keluar dari kelas.

"Airyz!" Laung Nadia.

Airyz berhenti dan berpaling. "Eh, akak. Ada apa, kak?"

"Awak budak baru, ye? Kenapa tak bagi tau akak tadi?" Nadia menyoal.

"Haah, saya budak baru. Ada apa-apa ke akak?" Airyz termang-mangu.

Memang lurus budak ni. Bisik hati Nadia. "Bukan apa, tadi kan akak saman awak sebab tak pakai name tag. Sepatutnya akak tak boleh saman awak. Awak budak baru, mestilah belum dapat name tag, kan. Akak minta maaf." Nadia meminta maaf.

Airyz ketawa. "Lah, saya ingat, memang semua pelajar yang baru masuk sekolah ni kena pakai name tag besar ni."

Nadia ikut ketawa. "Aduhai, Airyz, Airyz. Bagi balik name tag tu atau awak nak pakai terus sepanjang hari pun boleh. Akak tak larang." Nadia ketawa lagi. "Ni akak pulangkan balik duit saman tadi." Nadia menghulur syiling 50 sen. Bayaran saman tidak memakai tanda nama.

Airyz mengambil duit yang dipulangkan. "Tapi bagus juga saya pakai name tag besar ni, kak. Tak ada lah saya kena eja nama saya tiap kali saya perkenalkan diri. Orang dah boleh nampak dari jauh." Airyz tersengih.

"Awak perli akak ke?"

"Eh, tak la. Saya nak pakai name tag ni sepanjang hari ni. Terima kasih, kak." Airyz berlalu.

Nadia hanya menggeleng. Budak ni, macam-macam.

*****

Nadia tersentak. Kenangan semasa tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah masih segar di ingatannya. Semuanya gara-gara terlihat nama Airyz Hanum dalam senarai pendaftaran pelajar Tingkatan 4E2, Sekolah Menengah Teknik Gombak.

"Airyz ni, saya kenal masa kat Puteri Wilayah dulu, Puan." Ujar Nadia kepada Puan Marsita, guru tingkatan 4E2. Hari tersebut merupakan hari pendaftaran pelajar tingkatan empat ke Sekolah Menengah Teknik Gombak. Nadia ditugaskan membantu Puan Marsita menguruskan pelajar-pelajar tingkatan 4E2.

"Ye ke? Seronoklah awak, dapat jumpa junior sekolah dulu kat sini."

Nadia hanya tersenyum. "Dah lama saya tak dapat contact dia. Tak sangka masih kuat hubungan kami. Jumpa kat sini pula."

Pendaftaran pelajar tingkatan empat bermula. Nadia sibuk mengira-ngira wang bayaran yuran. Risau jika tidak cukup, wang sendiri yang akan melayang. Bukan sedikit jumlahnya. Kira-kira RM500 bagi seorang pelajar.

"Nama?" Puan Marsita bertanya. Semakan pendaftaran perlu dilakukan.

Nadia masih tunduk mengira duit yang banyak.

"Airyz Hanum binti Ahmad." Sebut pelajar itu.

Nadia segera memandang. "Airyz!" ujar Nadia separuh menjerit. Dia menghulur tangan.

Airyz senyum. Tangan Nadia disambut dan dicium, tanda hormat. "Dari jauh saya dah nampak akak kat sini."

"Tak sangka kita jumpa kat sini. Tak sangka Airyz ambil jurusan elektrik juga. Wah, jadi junior akak lagi kat sini." Nadia teruja.

"Airyz pun tak yakin sebenarnya dapat sekolah sama dengan akak. Masa buat pilihan tu, main letak je. Tak sangka dapat juga." Bersemangat Airyz. "Tapi, kak. Airyz tak dapat hostel kat sini. Jauhlah dari rumah nak ke sini."

"Tak dapat hostel ke? Mmm, nanti akak tengok macam mana, ok. Biasanya ada kekosongan sebab pelajar yang ditawarkan hostel pun, tak semuanya setuju duduk hostel. Ada juga yang keluar. Apply lah second intake hostel. Ni borangnya." Nadia menghulur sekeping borang.

"Thanks, kak. Airyz berharap sangat-sangat dapat hostel. Lagipun belajar kat hostel lagi senang. Ramai kawan."

Puan Marsita yang dari tadi hanya menjadi pemerhati mula mencelah, "Wah, adik-kakak ni. Ramai lagi yang menunggu nak mendaftar tu. Nanti-nanti boleh sembang panjang lagi, kan?"

Nadia tersipu-sipu ditegur Puan Marsita. "Maaf, Puan. Excited sangat jumpa adik kesayangan kat sini. Airyz nanti kita sembang lagi, ok? Apa-apa hal boleh tanya akak. Akak kelas 5E1."

"Ok, kak. Terima kasih, Puan." Airyz berlalu selepas selesai urusan pendaftaran dan pembayaran yuran.

*****

"Kak Nadia!"

Nadia berpaling memandang arah suara yang memanggil namanya. "Airyz?"

Airyz berhenti mengejar. Nafasnya tercungap-cungap.

"Isy, Airyz kan semput. Kenapa berlari-lari ni?" Nadia risau.

"Airyz dapat hostel!" Dia melompat. Riang. "Airyz dapat blok F! Akak pun blok F, kan?"

Nadia gembira. "Haah, akak pun blok F. Wah, satu blok kita!"

"Nanti Airyz boleh belajar sama-sama dengan akak macam dulu lagi." Terpancar kegembiraan di wajah Airyz. "Seronoknya! Tak sabar nak masuk hostel!" Airyz kelihatan sangat teruja.

"Bila boleh masuk hostel?"

"Hari jumaat ni. Akak tunggu Airyz tau! Airyz nak minta tolong angkat barang-barang Airyz naik dorm." Airyz tersengih. Lesung pipitnya kelihatan. Dalam.

"Ewah, ewah. Suka hati dia je. Angkat sendirilah!"

"Alah akak ni. Akak kan baik hati, baik jantung, baik paru-paru. Tolonglah Airyz, kak."

Nadia ketawa mendengar lawak Airyz. "Yelah, yelah. Nanti akak tolong tengok."

"Akak!!!" Airyz memukul-mukul Nadia.

*****

27 Ogos 2008

"Airyz Hanum…" Nadia berbisik perlahan.

Secara tiba-tiba segala-gala tentang Airyz Hanum bermain di layar fikirannya. Dia baru sahaja selesai solat Subuh. Masih berteleku di atas sejadah.

"Di mana dia sekarang ya? Salah aku juga. Last jumpa dia, masa hari ambil keputusan SPM aku dulu. Bukan nak ambil nombor telefon dia. Cuai!" Nadia berfikir, mencari jalan di mana dia dapat menghubungi semula Airyz Hanum. "Syuhada!" Serta-merta nama Syuhada terbit diingatannya. Syuhada merupakan rakan baik Airyz ketika sekolah dulu. "Mesti Syuhada ada nombor telefon dia. Pagi sikit nanti nak contact Syuhada. Dah lama tak dengar khabar Airyz."

Kesibukan dalam kelas melupakan seketika niat Nadia untuk menghubungi Syuhada. Semenjak memasuki tahun ketiga di Universiti Teknologi Malaysia, masanya seakan-akan terlalu padat. Setiap minit dirasakan sangat berharga.

Nadia melabuhkan punggung di atas kerusi. Niatnya hendak menyambung tugasan yang perlu dihantar esok hari. Tiba-tiba handphone berbunyi. Tanda ada mesej diterima. Laptop baru di'on'. Handphone dicapai.

"Siapa pula mesej petang-petang ni?" Nadia melihat. "Syuhada? Baru teringat nak mesej dia pagi tadi."

'Salam Kak Nadia. Airyz dah meninggal, kak. Baru tadi. Al-Fatihah.'

"Airyz?" Nadia tidak percaya. Pantas jarinya mendail nombor telefon Syuhada.

"Assalamualaikum, Syuhada. Kak Nadia ni. Ada, betul ke, Airyz…" Nadia belum sempat menghabiskan kata.

"Waalaikumsalam. Betul, kak. Saya pun baru dapat berita ni. Zohor tadi dia pergi, kak."

"Ada… Akak baru ingat nak telefon Ada pagi tadi, tapi akak terlupa. Akak nak tanya nombor telefon Airyz. Akak tak sangka." Nadia tidak dapat lagi menahan sendunya.

"Sabarlah, kak. Banyak-banyak sedekah Al-Fatihah untuk arwah."

"Ada, akak tak sempat jumpa dia lagi. Ada ada nombor telefon mana-mana family dia?"

"Tak, kak. Ada pun dapat tau dari seorang budak Teknik Gombak juga."

"Sebab apa dia meninggal, Ada?"

"Ada tak tahu, kak. Nanti kalau Ada dapat maklumat apa-apa, Ada inform akak, ok? Akak sabar, ye?"

Nadia tidak mampu mengawal tangisannya lagi. Airyz Hanum, adik yang paling baik, antara yang dikasihi, disenangi ramai orang, telah pergi buat selama-lamanya. Masih terbayang-bayang gelak tawanya, gelagat manjanya, tangis sedihnya, rungutannya, segalanya masih tersemat kemas dalam ingatan Nadia.


Airyz, semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang baik-baik. Akak sentiasa sayang kamu, adik akak yang paling baik.

Al-Fatihah untuk Arwah Airyz Hanum binti Ahmad.

24 April 2009

Menggagalkan Diri...

Teruk sangat-sangat. Rasanya, hari ni dalam sejarah. Pertama kali saya rasa nak menggagalkan subjek dengan sengaja. Disebabkan tekanan yang datang bertimpa-timpa, jadi saya membuat tindakan dengan meninggalkan hampir separuh dari soalan dalam paper hari ni, tidak berjawab.

Kenapa?

Supaya saya dapat 'gagal' dalam subjek tersebut, dan saya boleh mengulang semula. Mampukah? Saya pun tidak tahu apakah tindakan saya ini benar atau tidak.

Saya sangat risau saya terpaksa 'extend' semester. Namun sesungguhnya Allah sahaja yang tahu betapa saya rasa memang tak boleh nak jawab tadi. Apa yang saya pelajari selama ni pun, tak dapat masuk. Lebih-lebih lagi dah 2hari saya terkena migrain. Memang tak dapat diselamatkan. Segala tulisan kat komputer tu nampak kembang dan saya sentiasa memaksa mata saya untuk melihat dalam jangka masa yang lama.

Ibu, ayah, maafkan nadia. Nadia tak dapat perform baik semester ni. Ampunkan nadia...

Takott..

Paper hari ni

Sangat takot...

Ngeriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

22 April 2009

Paper ini hari

Adeii...

Nape semua fail nih..

-database failure-

-system not recover-

-abort-

memang kepala aku dah jadi camtuh hari nih! cet!

20 April 2009

Jadual Ke'busy'an Melampau

20 April 2009 - 1430H
Satellite Technology and Earth Station

22 April 2009 - 1430H
Data Management, Archiving, and Data Handling for Remote Sensing

24 April 2009 - 1500H
Remote Sensing for Atmospheric Application

27 April 2009 - 1430H
Research Methodology and Technical Writing

29 April 2009 - 0900H
Microwave Remote Sensing 2

30 April 2009 - 1430H
Cartography and Digital Mapping


Frust?

Entri ini bersifat separa normal.

Kenapa?

Ya!

Hari ni hari pertama exam. Dan aku frust.

Sebab?

Aku tak dapat jawab dengan baik.

Aku frust, apa yang aku study, semua hilang macam tu je. Padahal aku dah banyak kali ulang sampai betul-betul faham.

Aku frust.

Sebab sampai nak jawab soalan, semua tu hilang. Aku jadi konpius.

(x~x)
Aku dalam kesedihan yang teramat sangat. Blurr~

17 April 2009

Diari Hatimu - Siti Nurhaliza

Biarkan aku
Menjalin asmara dengannya
Yang ku cinta
Janganku dihalang
Walau pedang bukan penghalang
Gelora rindu
Buat ku merasa... terseksa
Jauh darinya
Andai aku punya sayap
Kau di bulan akan ku jelang
Kasihku dengarlah suara hatiku
Kata hati ini
Hanya dirimu seorang
Yang ku sayang
Kekasih tulis namaku
Di dalam diari hatimu
Kekasih setiap senyummu
Pengubat rindu di hatiku
Puisikan segala janji-janji kita
Bakar semua kepalsuan

Sebanarnya lagu nih nga on air. Kak Wani on koleksi lagu-lagu Siti yang ada lam laptop dia.. Saje la tu nak wat i jelez.. Dia banyak lagu Siti.. Isy...


Mampukah???

Tidak kusangka aku benar-benar tidak cukup tidur. Mampukah?

Jadual hari ini (17 April 2009)

0001H - Aku bersuka-ria seketika selepas perjumpaan dengan En. Fauzi di Taman Tropika.

0030H - Setelkan surat konvo, and macam-macam surat lagi.

0130H - Start sambung assignment.

0230H - Tertidur sambil memeluk bantal 'love' Kak Wani.

0415H - Terjaga setelah Zai bising2. Sambung assignment.

0600H - Solat subuh.

0630H - Blogging.

0700H - Balik bilik, bersiap.

0800H - Jumpa En. Fauzi.

0900H - Hantar assignment.

1000H - Perjumpaan dengan wakil MPP pasal Medkom.

1200H - Rehat kejap.

1430H - Drive to Tangkak. Amik Ira.

1630H - Sampai Tangkak, rehat kejap.

1700H - Drive back to Skudai.

2000H - Dijangka sampai Skudai.

2030H - Gantung banner Medkom. Lepak di ofis, setelkan hal konvo lagi. Tengok Pengarah-pengarah lain kilat otak *brainstorm*.

0001H - Tidur, mampukah?

Persoalannya di sini, mampukah saya drive ke Tangkak kejap lagi, sedangkan saya tidak cukup tidur? Kekangan masa tidak mengizinkan...

sob sob sob

Doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik....

(^_^)v


16 April 2009

Final Exam, Assignment, What Else?

Bila teringat final exam makin dekat, aku jadi kecut perut. Sebabnya, aku belum study apa. Nama je study week tapi nampaknya, aku tak study apa pun. Hampeh!

Assignment? Ada certain assignment yang aku belum siap. Hampeh!

Apa lagi? Meh tengok jadual hari ni... Huu~!

0550H - Setelah syahid di ofis, Elia kejutkan sebab azan Subuh.

0615H - Go0d Morning! Kak Wani kejut, sebab tertidur balik lepas azan.

0620H - Balik kolej dengan Elia. Solat. Tidur.

1035H - Bangun. Dah lama sangat tidur ni. Mandi. Bersiap.

1130H - Bertolak ke ofis.

1200H - Sampai ofis. Makan.

1230H - Blogging.

1400H - Unit Sukan. Hantar nama peserta Larian Mesra.

1500H - Siapkan assignment.

2100H - Intellectual Discussion with HEP staff.

2300H - Continue assignment.

tak tau la pukul berapa syahid hari ni.. hisss~

(^_^)v

15 April 2009

Kenapa Wani suka tag saya?????


(Upload picture yang anda gemari dan jawab soklan dibawah)


Kenapa anda suke gambar ini?
Sebab Scary... hehehehe

Bila kali terakhir mkn pizza?
Hari apa ya... Masa keluar dengan Elia... Hari ahad lepas... Lunch + Dinner

Lagu terakhir yg anda dengar?
A little too not over you - David Archuleta

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
Pikir bila nak siapkan surat-surat yang boss nombor 2 aku mintak huhuhuhuhu~

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Budak Kecik suka panggil aku 'budak besa'.. Ceh, tau la aku agak besa dari dia.. hisss...

Tag lagi 5 org
i) Kak Wani n Hamster
ii) Ahmad Bo~
iii) Budak Kecik yang jual gelang-gelang
iv) mZAKIo
v) eringilergambar

Siapa no 1 pada anda?
Kakak yang 'cumil' cam hamster

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
Yuna heh!

Kata sesuatu berkenaan no 5:
Dak kecik yang still kecik, my besfren wen i was in primary skewl.. Eh, ter'nostalgia' :P

Bagaimana dgn org no 4?
Yang suka dipanggil Abangki and hari-hari mintak nadia on lagu 'ayat-ayat cinta' hahahaha~

Siapa org no 2?
Boss nombor 2 saya.. hihihihi Sorry boss.. :P

(^_^)v


Aku ditag Wani.. Cet!

Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama tersebut?

~Sakura Merah Jambu~ Kenapa? Suka hati aku la nak bagi nama apa. Cet! Aku suka pink ke tak, aku pun tak tau. Yang pasti, i love pastel and soft color.. (soft??)


Apakah nama link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

Link??? nadiafitrihavez.blogspot.com Sebab tu nama aku seyh... I'm proud with my name! (^_^)v


Apakah "method" penulisan dalam blog anda?

Lebih kurang macam penghilang tekanan, penyampai, pemberita, skuad terjah, etc. Hehhehehehe...


Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Tak Pernah. Next-->


Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik

blog yang tag anda ini?

Si Syazwani anak Pak Cik Selamat tu ke? Heh! Dia 'driver' i masa dia muda dolu2.. wakakakaka


Senaraikan 5 orang yang anda akan TAG:

i) Kak Wani n Hamsternyerr
ii) Enchik Bo~_ _ _ _
iii) Budak Kecik yang minat Yuna
iv) Encik Zaki Omar
v) Erin Giler Gambar
~hehehehe~


(^_^)v


14 April 2009

Denting

Denting yang berbunyi dari dinding kamarku
sedarkan diriku dari lamunan panjang
Tak terasa malam kini semakin larut
Ku masih terjaga

Sayang kau dimana aku ingin bersama
Aku butuh semua untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau disana merasa yang sama
Seperti dinginku di malam ini

Rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku
Jika kau disini aku tenang


Reminder to People's Out There

PERINGATAN!

Saya tujukan semula entry yang ini kepada mereka yang sepatutnya. Sila maklum perkara yang saya highlightkan dengan warna MERAH.

-TQ-

~Cuba-cuba~


On 13 April 2008


Something happen on 13th April, 2008
But it is no longer
Urmmm~
We can't turning back after making a decision
What can we do
Just let it go
Gone by wind
And i hope for a brighter day
Tomorrow
That will lighten up my life

Hoping for the glowing sun shine in my next day...


Hati dan Perasaan (Part 5)

Tell me why
You're so hard to forget
Don't remind me
I'm not over it
Tell me why
I can't seem to face the truth
I'm just a little too not over you


Mengapakah lirik ini dipilih?
Kuikuikui...

(^_^)v

13 April 2009

PENGUMUMAN

  • JAKIM Announcement Starbucks HARAM,ISO 9002 JABATAN IMEGRESEN HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip in alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends. Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information. Thank you

  • A Little Too Not Over You

    It never crossed my mind at all
    That's what i tell myself
    What we had has come and gone
    You're better off with someone else
    It's for the best, i know it is
    But i see you
    Sometimes i try to hide
    What i feel inside

    And i turn around
    You're with her now
    I just can't figure it out

    Tell me why
    You're so hard to forget
    Don't remind me
    I'm not over it
    Tell me why
    I can't seem to face the truth
    I'm just a little too not over you
    Not over you

    Memories
    Supposed to fade
    What's wrong with my heart?
    Shake it off, let it go
    Didn't think it be this hard
    Should be strong
    Moving on
    But i see you
    Sometimes i try to hide
    What i feel inside

    And i turn around
    You're with her now
    I just can't figure it out

    Tell me why
    You're so hard to forget
    Don't remind me
    I'm not over it
    Tell me why
    I can't seem to face the truth
    I'm just a little too not over you

    Maybe i regret
    Everything i said
    No way to take it all back
    Now i'm on my own
    How i let you go
    I'll never understand

    12 April 2009

    @ Hospital Sultanah Aminah

    Baru tadi, lebih kurang jam 3.00petang, saya dan Elia ke HSA. Tujuan kami ingin melawat seorang warga Kolej 11, yang dimasukkan ke dalam wad, sebab jatuh dari tingkat 1, blok MA1 Kolej 11. Menurut maklumat yang saya dapati, dia panjat tingkap tu sebab kunci biliknya tertinggal dalam bilik.

    Saya difahamkan pelajar berkenaan patah tangan. Maka sesampai di HSA, saya dan Elia membeli Milo Fuze 3 in 1 dan biskut Tiger untuk pelajar tersebut. Lalu kami pun bergerak ke arah pintu masuk wad-wad di HSA.

    Rupa-rupanya HSA tak macam HUKM. Hari Ahad pun, peraturan melawat tetap sama. Pukul 12.30-2.00petang dan 4.30-6.00petang.

    Tapi Alhamdulillah, atas budi bicara akak guard tu, kami dibenarkan masuk, dengan memakai pas pelawat.

    Kami menaiki lif ke tingkat 3, Wad Ortopedik (Perempuan). Sesampai di hadapan pintu wad, kami diingatkan oleh akak guard, "10 minit je ye,dik..."

    Lalu saya menjawab, "baik, kak. Terima kasih." Dan tersenyum manis... (cet! manislah sangat. hampeh!)

    Saya dan Elia berjalan ke arah whiteboard yang menulis senarai nama pesakit di wad tersebut. Setelah berkira-kira dan pasti, kami menuju ke katil 13.

    Betapa luluhnya jantung saya apabila melihat keadaan Tan Hwi Chin. Mulanya saya risau salah orang. Saya bertanya kepada seorang perempuan yang duduk dekat dengan Tan, "Dia student UTM kan?" (saya perlu confirmation. sebab nama yang diberi kepada saya, Tan Siew Cheng).

    Perempuan itu mengangguk.

    Lalu saya bertanya lagi, "Aunty ni mak dia?".

    Perempuan itu mengangguk lagi dan berkata, "sekejap, ye."

    Aunty tu bercakap-cakap sedikit dengan anaknya. Saya dan Elia hanya memerhati. Kemudian aunty tu mengangguk dan membenarkan kami mendekati anaknya.

    Perkara pertama yang saya lakukan, saya dekatkan tangan saya ke tangan adik tu. Terus dia genggan tangan saya. Tersentuh hati saya.

    Saya tanya, "Ok?".

    Dia geleng (aku pun satu, dah nampak dia macam tu, mestilah tak ok!)

    "Kenal akak tak?"

    Adik tu angguk.

    Sebak dada ni, Allah je yang tahu. Tak tau nak gambarkan macam mana perasaan masa tu. Tak silap tindakan saya pergi melawat. Saya pun pernah masuk wad. Jadi saya faham perasaan macam mana jika ada orang datang melawat.

    Bulan Disember lepas pun, semasa saya di wad, lepas sahaja saya selesai pembedahan, 'gbf' (girl's besfrens) saya, Ekin n Wina sampai. Saat tu, saya nak buka mata pun belum boleh. (Eh, knapa cerita tentang saya? Back to Tan Hwi Chin)

    Air mata dia mengalir sedikit masa saya balas genggaman tangan dia. Tangan kiri dia patah. Leher dia kena guna alat penyokong. Dahi luka teruk. Belakang kepala luka teruk, kena sentiasa cuci.

    Saya tersentak bila tengok keadaan dia. Saya ni, masih bernasib baik. Hanya demam dan tak larat nak angkat kepala. Tapi adik tu? Sampai keadaan statik macam tu. Dengan tiub yang berselirat di hidung dan anggota badan lain. (Peringatan ni saya tujukan untuk semua yang banyak alasan walaupun hanya sakit sedikit, contoh: demam dan selesema. Sayakah? Huu~) Memanglah perkara ni salah adik tu sendiri. Sape soh panjat tingkap tu, kan? Tapi, benda dah lepas, nak buat camne. Kita perlu elak kejadian berulang.

    Adik tu, mungkin kena extend. Bayangkan macam mana perasaan dia. Yelah, dengan keadaan macam tu, confirm tak boleh amik final exam yang bakal datang lagi seminggu. Saya cuma berharap, dia sempat recover dan dapat amik peperiksaan khas. Sempatkah?

    Mungkin juga lawatan saya ni adalah teguran dari Allah untuk saya, supaya sentiasa bersyukur, jangan mengeluh, jangan merungut kalau hanya sakit sedikit. Allah masih beri peluang kepada saya berjalan, makan, minum dan menikmati kehidupan saya dengan baik, serta saya tidak ketinggalan untuk menduduki peperiksaan. SubhanAllah... Saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat lain. Dua kali saya ditegur oleh Allah ketika hari-hari hampir final exam. Pertama, tahun lepas. Dua orang sahabat baik saya sendiri terlibat dalam kemalangan. Wani dan Kak Bihah. Wani terpaksa ambil peperiksaan khas sebab kemalangan tu berlaku beberapa hari before final. Saya ni, tiap kali nak final, demam. Hampeh!

    Saya harap perkara sebegini takkan berlaku lagi di Kolej 11. Saya tahu ramai je yang pernah panjat tingkap blok tu sebab kunci bilik tertinggal dalam bilik. Sebab kawan-kawan saya sendiri pernah panjat tingkap bilik tu. Malah saya sendiri nyaris-nyaris minta tolong kawan panjat sebab saya tertinggal kunci bilik (Dah banyak kali tertinggal kunci bilik dalam bilik, bukan sebab terlupa, tapi sebab keadaan tombol dan pintu bilik tu sendiri).

    Saya berpendapat, tindakan segera perlu diambil untuk elak perkara ni berlaku lagi. MPP!! It's time to propose something!

    Setiap kejadian perlu diambil iktibar...


    Aku dan Ke'tension'an

    P = F/A

    ~Ni yang aku blajar masa muda-muda dulu (hah? apakah sekarang suda tua?)~

    ~ Force, F: lambakan assignment, test, quiz, projek, program, aktiviti & etc (effective time consuming; heh apakah?)~

    ~ Area, A; Ruang masa yang sedikit untuk menyetelkan segala-galanya. Sebab grup aku baru bagi bahan hari ni, n aku kena wat report yang perlu dihantar esok (camtu la contoh ruang waktu yang sempit) dalam masa sama hari esok ada test ~

    ~ Conclusion, P is high when F is increase and A is decrease ~

    Harap maklum. The End. Titik.


    Nilai-nilai 1 Malaysia – Bahagian 1: Budaya Kecemerlangan

    Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, saya dapati reaksi bersemangat dari pihak awam mengenai konsep 1 Malaysia amat menggalakkan. Sambil kita terus bergiat dan menggandakan usaha untuk memperbaiki segala tindakan dan proses dalam kerajaan, perlu saya tekankan satu lagi ciri utama dalam memastikan kejayaan kita iaitu nilai-nilai yang perlu diterap bagi melengkapkan usaha-usaha tersebut. Memang benar, tindakan itu lebih dalam kesannya dari kata-kata sahaja.

    Saya telah mengenalpasti sebanyak lapan nilai yang tidak saling eksklusif yang saya percaya adalah penting untuk kita semua. Diharap anda semua terus mengunjungi lawan web peribadi saya di mana saya akan memperkenalkan setiap nilai secara berperingkat sepanjang bulan ini. Semoga nilai-nilai ini dalam dipupuk dalam jiwa kita semua. Sila terus berkongsi pandangan dan kritikan membina anda; inilah tanda yang jelas bahawa momentum dialog kita sedang meningkat.

    Hari ini saya memperkenalkan nilai yang pertama – Budaya Kecemerlangan.

    BUDAYA KECEMERLANGAN

    Saya benar-benar percaya bahawa demi mengubah Malaysia dan membawa Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi, satu nilai yang melungkungi nilai-nilai lain yang akan memastikan Malaysia menuju trajektori yang betul ialah untuk kita menanamkan Budaya Kecemerlangan. Ini kerana jika anda mempunyai satu set nilai-nilai yang menandakan anda mempraktikkan Budaya Kecemerlangan, segalanya akan berkembang dan beralir dari Budaya tersebut.

    Secara dasar, ianya satu usaha berterusan. Namun anda perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, anda akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaaya Kecemerlangan.

    Berkenaan aspek-aspek Budaya Kecemerlangan

    Saya rasakan kita perlu mengenalpasti subset-subset yang berkaitan dengan Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, bagi dikenali sebagai sebuah masyarakat yang percaya kepada prinsip ketepatan. Ianya satu subset Budaya Kecemerlangan. Dalam erti kata lain, anda mementingkan ketepatan. Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

    Saya harap dapat memberi penekanan kepada kepimpinan berasaskan prestasi. Dalam erti kata lain, jika anda mahu mengubah Malaysia, perubahan mestilah berteraskan kepimpinan yang berasaskan prestasi. Ini bermakna anda mempunyai matlamat-matlamat khusus, dan prestasi anda boleh diukur. Anda boleh mengawas, anda boleh memantau, anda boleh mengambil tindakan pembetulan. Anda boleh juga membuat sebarang perubahan jika perlu. Tetapi ianya penting untuk kita merasakan bahawa kita sedang mengalami kemajuan, bahawa kita semakin maju.

    Maksud saya, pengertian waktu, ‘waktu Malaysia’, yang sering dijadikan bahan jenaka orang ramai. Tentang menjaga masa, ketepatan masa dalam apa jua yang anda lakukan. Saya rasa ianya satu perkara yang boleh difahami semua orang dan dilihat dalam gaya hidup semua rakyat Malaysia. Ini antara perkara-perkara yang kita boleh ketengahkan, mengingkatkan kesedaran untuk merubah di mana perlu. Dan dari segi cara untuk membatinkan perubahan ini, contohnya, pernyataan seperti ‘lebih kurang’ – ia sepatutnya tidak wujud lagi dalam leksikon perkataan-perkataan yang kita gunapakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam setiap perbuatan, pertuturan, dalam apa sahaja yang ingin dicapai.

    Tentang mempelajari Budaya Kecemerlangan

    Arwah ayahanda saya seorang ahli motivasi, biarpun saya tidak menyedari hakikat itu pada awalnya. Tetapi secara halus, beliau menerapkan dalam jiwa kami satu keinginan untuk berjaya dan menjadi yang terbaik di kalangan rakan seperjuangan, contohnya di dalam bilik darjah. Arwah mendirikan satu skim ganjaran, sejumlah wang yang kecil. Jumlahnya tidak lumayan, hanya sedikit wang yang akan dihadiahkan jika kami berjaya menduduki tempat pertama di dalam mana-mana ujian atau peperiksaan. Ianya bukan tentang ganjaran wang, tetapi jelas kegembiraan yang beliau rasai bila anda menjadi pelajar terbaik di dalam kelas, dan kekecewaan di riak wajahnya jika anda tidak berjaya. Itulah titik tolak dalam hidup saya untuk menyedari betapa pentingnya untuk berjaya dan berusaha dengan gigih dalam segala perbuatan.


    Rencana ini dari sini.

    Najib minta pandangan rakyat berhubung Kabinet baru

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mempelawa rakyat Malaysia untuk berkongsi pandangan mengenai barisan Kabinet baru yang diumumkan beliau Khamis lalu serta mengenai pendekatan baru berasaskan kemajuan yang bakal dikuatkuasakannya.

    Perdana Menteri berkata, beliau sudah menimbangkan beberapa faktor untuk memastikan bahawa Kabinet itu benar-benar satu Kabinet Rakyat yang mampu berkhidmat untuk rakyat secara saksama dan berkesan serta berusaha membawa negara ke hadapan tanpa meminggirkan sesiapa.

    "Maklum balas daripada komen yang dihantar ke blog saya sejak pengumuman barisan Kabinet dibuat adalah melegakan bagi sesetengah pihak dan menimbulkan persoalan bagi yang lain.

    "Berdasarkan perkembangan ini, saya mempelawa anda semua untuk berkongsi pandangan terhadap barisan baru ini dan pendekatan baru yang berasaskan kemajuan yang saya akan kuat kuasakan dengan menghantar komen anda.

    "Saya juga sangat berminat untuk mengetahui harapan anda terhadap pentadbiran baru ini demi memastikan kebajikan dan pembangunan untuk semua golongan masyarakat akan terbela," katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my..

    Bagaimanapun, Najib mengingatkan mereka yang ingin memberi komen supaya menghormati tata cara penyampaian pandangan mereka serta berdialog dengan berhemah dalam semangat sebenar Satu Malaysia.

    "Memandangkan sebahagian daripada anda mungkin terlalu ghairah dengan barisan Kabinet ini, saya menyeru semua agar menghormati tata cara menyampaikan pandangan anda terhadap pandangan orang lain dan berharap kita akan terus berdialog dengan berhemah dan dalam semangat sebenar 1Malaysia," katanya.


    Urmm... apakah pendapat anda? Saya bersyukur KPM & KPT tak digabungkan.... (^_^)v



    PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENGAJIAN PASCA IJAZAH (PPPI) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

    Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

    A) SYARAT - SYARAT UMUM:

    i) Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
    ii) Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat PhD pada tarikh memulakan pengajian.
    iii) Pengajian adalah secara sepenuh masa.
    iv) Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
    v) Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
    vi) Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
    vii) Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk pemohon berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian kelak.
    B) SYARAT - SYARAT KHUSUS:
    i) Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana
    dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.
    ii) Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.

    CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK

    i) Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan.
    ii) Mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap.

    TEMPOH TAJAAN
    Ph.D - maksimum lapan (8) semester
    Sarjana – maksimum empat (4) semester
    Yuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.


    (^_^)v Layakkah aku?


    Saya

    Salam, holla, bla bla bla~

    Well well well
    But i am not feeling well
    My body's temperature is so high (benarkah?)
    I am almost collapse
    hihihihihi
    I try to wake up
    But my head is so heavy (apakah???)
    In these few days
    I try to fight this demam
    But finally
    I can't cope with it
    Aku tumbang jua petang semalam
    Tak boleh bangun langsung
    Oh demam
    Kenapa kau menyerang di saat-saat study week?
    Hoh.....

    (^_^)v


    10 April 2009

    Hari ini? 10April2009 (Part 2)

    Marah sekali lagi!
    ada pertambahan dalam jadual hari ini! saya terlupa ada dinner course ini malam!!!

    1800H - Balik, bersiap ke dinner...

    1940H - Bertolak ke M-Suites, Danga Bay

    2300H - Habih dinner, ke opis untuk dengar presentation program sem depan..

    Yarkk!! Camne ley lupe dinner ini malam????


    (,")


    Hati dan Perasaan (Part 4)

    Bercakap mengenai hati, sepatutnya saya menggunakan warna pink. Why pink? Am i pinkish? Hoh, no no no... See.. alamak.. tapi nampakkah warna ni di belog saya??? Tukar tukar... See... hurmm..

    Hati, semalam lebih kurang jam 0123H, ada seorang budak kecik yg suka lagu Yuna memberitahu saya, "Masalah hati, yang pertama sekali kita kena tengok dulu hubungan kita dengan Allah. Adakah kita menjaga hubungan kita dengan Allah dengan baik? Especially hal-hal solat. Kalau kita betul2 jaga hubungan kita dengan Allah, Insya-Allah, Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia..."

    Hurmm.. kata-kata budak kecik itu membuatkan saya berfikir panjang. Terus saya mengambil wudhu', menghambakan diri kepada-Nya. Melakukan something yang dah lama saya tak buat. Bak kata bf
    (diulang, bf) saya beberapa minit sebelum budak kecik tu berkata-kata kepada saya, "Cuba nadia buat 'rangkaian' yang biasa nadia buat dulu. InsyaAllah akan tenang."

    Huh, tak tau kenapa kata-kata 'bf' dan 'budak kecik' tu begitu menusuk hati saya malam tadi, eh, pagi tadi...

    So, hari ni, saya T-E-N-A-N-G... Allah Maha Berkuasa....

    (^_~)

    Hari ini? 10April2009

    Hari ini saya tidak berapa garang, maka saya menggunakan warna merah yang agak lembut... :P
    Alhamdulillah, saya sangat tenang hari ini. Setelah habis kelas Pn. Shaparas tadi. Thanks Pn. Shap kerana membuatkan saya tenang. (^_~)
    Apa tugas saya hari ini?

    0645H - Terjaga, dikejut Kak Ema. Entah pukul berapa saya tertidur, tak penting. Yang penting KERJASAMA... eh, diam Wonder Pet. Apa yang penting, saya sangat penat.

    0700H - Bermalas-malasan di katil. Memikirkan baju apa yang hendak dipakai hari ini.

    0740H - Masuk bilik mandi. Segar sangat2.

    0830H - Bergerak ke kereta (hari ni pinjam kereta Apiz. Dah tak larat giler nak jalan kaki. Pinggangku nak tercabut).

    0850H - Sampai di kelas. Buka assignment satelit. Konon2 nak siapkan sebelum Pn. Shap sampai. (Kunun! Macam sempat!)...

    0957H - Kedengaran ayat yang paling melegakan hati dari Pn. Shap, "Assignment ni hantar selewat-lewatnya Isnin ya. Projek satelit tu.... sebelum final exam... boleh? Hari Jumaat depanlah kan?" Pheww! Thanks Pn. Shap! Banyak benda pasal mobile satellite tu saya kena betulkan!

    1000H - Bergerak ke ofis. Cet! Kunciku ada pada Enchik Bo. Hoh! Kena pergi K10 la maknanya...

    1015H - Di K10, ambil kunci dari Enchik Bo.

    1025H - Melilau cari parking sambil bermonolog dalaman, "Aku dah agak dah, mesti tak ada parking!"

    1039H - Memarking kereta di depan P19. Cet! Sangat jawohhh... Pemalas! Hantu! Pinggang i sakitlah hari ni uuuu....

    1045H - Blogging jap.

    1100H - Sambung study.

    1230H - Amik Apiz, anta gi solat jumaat, gi ofis balik.

    1500H - Test Micro2 :(

    1700H - Balik ofis. Setelkan hal Gegar U n Konvensyen Kebangsaan MPP IPTA *pengsan*

    1800H - Sambung assignment tertangguh sampai lebam...

    Itu sahaja setakat ini.. Bagilah saya masa untuk rehat sedikit...

    (^_^)v


    09 April 2009

    Senarai kerja hari ini *moody*

    Kenapa warna merah digunakan? Hoh! Suka hatilah!

    Senarai kerja hari ini:-

    0633H - Selamat pagi nadia. Oh, saya masih di Pejabat MPP rupanya. Wake up!! Solat subuh first...

    0700H - Oh kak oja, kak wani... Jom kita balik kolej....

    0715H - Di bilik, kenapa aku sangat sakit kepala? Oh, malam sebelum ni pun tak cukup tido. Kenapa katil tu sangat menggoda??? Selamat tinggal laptop. Aku tak mampu study untuk kuiz petang ni. Srius... Kepala sangat sakit... Zzz Zzz...

    0830H - Oh, alarm bunyi. Kejap ye... Gimme 10 more mins...

    0900H - Dah pukul9 ke? Kelas pukul berapa ye? 10am? Kejap ye alarm, 5mins!

    0940H - Nadia! dah pukul 9.40am! Kamu masih di atas katil! Bertuah punya budak! Habislah aku berlari pergi kelas kejap lagi.

    0958H - Ready, 1... 2... 3... pecut!!! Hoh, sangat penat!

    1015H - Boleh join acara lari pecut. Nasib baik Mr Alvin baru start kelas. Tak adalah terlepas apa sangat... :)

    1100H - Presentation, Cartography Project, Ethnic in Sabah. Pheww... nasib baik tak de kena hentam sangat.. Thanks to Yan, Ana, Bai for d great map. Aku? Kena settlekan mobile satellite *wink wink*

    1255H - Run to office. Marsya nak jumpa bout laporan program. Hee~ pening kapla aku pikir benda2 nih! *toing toing*

    1500H - Lunch! Nanti ibu marah... :P

    1530H - Start bukak satellite mobile.

    1600H - Pening, blogging...

    1630H - Start work again.

    1700H - Jumpa Syuk, hal konvo 43.

    1800H - Sambung mobile satellite *wink wink*

    1945H - Start interview AJK Konvo 43, sambil2 tuh try siapkan assignment satellite.. Curi-curi masa beb!!!

    2359H - Sambung kerja mobile satellite lagi...

    0200H - Study untuk test micro...

    0400H - Assignment Satellite... :(

    0600H - Going back...

    Camne nih???
    Pengsan, penat, hoh... Mental...

    Cupcake lagi....

    Want more info bout cupcake???
    View this site

    You'll found something heaven there.. :P


    08 April 2009

    Gelang Mutiara Hazrin

    "Kita nak start dari mana?", Aisyah bertanya sambil memandang Lina. Wajahnya berpeluh, kepenatan setelah jauh berjalan kaki. Aiman merapati mereka.

    "Kita solat dulu lah. Jamak Zohor dengan Asar. Dah pukul 4 petang ni." Aiman berkata sambil memandang jam di tangan.

    Mereka bertiga hanya memandang keliling. Suasana di Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah sesak. Kebanyakan peniaga menjual barangan berasaskan mutiara yang memang sinonim dengan Negeri di Bawah Bayu itu. Selain itu, pelbagai makanan laut juga boleh didapati di situ dengan harga yang agak murah berbanding di semenanjung. Barangan cenderamata pelbagai rupa juga banyak dijual. Selalunya Pasar Filipina menjadi tempat persinggahan wajib bagi pelancong yang datang ke Kota Kinabalu.

    "Tu..." Aisyah menunjuk ke satu arah. "Macam surau. Jomlah pergi sana."
    Lina dan Aiman mengikut. Aiman memasuki ruang solat untuk lelaki. Aisyah dan Lina masih mencari tempat masuk untuk ruang solat wanita.


    "Numpang nanyak. Siney tempat mpuan?" tanya Aisyah kepada salah seorang penduduk tempatan.

    "Sitok." Balas orang itu sambil menunjuk satu arah di sudut surau itu.

    "Aok, terima kasih." Aisyah membalas.

    Orang itu hanya mengangguk.

    Aisyah dan Lina masuk ke ruang solat perempuan yang kelihatan sangat daif. Telekung juga dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

    "Kesiannya surau dia macam ni, kan?" Lina memandang sayu.

    "Kat KL tu, surau bukan main cantik lagi. Tapi tak ada orang nak imarahkan surau tu. Kat sini, ada je orang nak solat, tapi keadaan, tengoklah…" Aisyah membuat perbandingan.

    "Eh, dah bagitau Aiman ke, minta dia tunggu kita?"

    "Jap…" Aisyah mengambil telefon bimbit. Memberi mesej kepada Aiman. "Ok, dah. Dia tengah solat tu."

    "Jomlah kita solat."

    Telefon bimbit Aisyah berbunyi. Satu mesej masuk. "Aiman reply. Ok, I'll wait. Just for you." Aisyah tergelak membaca mesej dari Aiman. "Sengal dia ni."

    Lina dan Aisyah mengambil wudhu'. Dalam keadaan serba kekurangan mereka menunaikan solat Zohor dan Asar secara jama'.

    Sesudah solat, Aisyah mengambil beberapa keping gambar keadaan surau tersebut.

    "Buat apa ambil gambar surau ni?" Lina musykil.

    "Saje. Untuk peringatan diri sendiri. Kena sentiasa bersyukur dengan apa yang ada." Aisyah tersenyum.

    "Ada-ada saje budak ni. Jom kita shopping!"

    "Hoh? Excited bukan main."

    Mereka keluar dari surau. Aiman sedang menunggu mereka berdua.

    "Saya nak gelang, rantai, cincin, satu set. Mutiara." Aisyah berangan-angan.

    "Banyaknya. Over betul. Nak pakai ke mana aje?" Aiman memandang Aisyah, pelik.

    "Suka hatilah! Awak kena belikan saya satu set mutiara." Aisyah tertawa mendengar permintaan sendiri.

    "Kenapa mesti saya belikan untuk awak?"

    "Sebab kalau awak tak beli untuk saya, nanti saya benci awak!" Aisyah ketawa lagi.

    "Tak ada, tak ada. Siapa nak belikan untuk awak?"

    "Yelah, tak ada siapa nak belikan untuk saya. Saya beli sendirilah. Jom, Lina." Sambil menarik tangan Lina, Aisyah menghampiri sebuah kedai menjual perhiasan mutiara.

    "Yang ni cantik tak?" tanya Aisyah sambil menunjukkan seutas gelang kepada Aiman.

    "Terus-terang cakap, saya tak pandai pilih benda-benda macam ni." Aiman angkat tangan.

    "Ok. Kamu tak belikan apa-apa untuk Kak Hazrin ke?" Aisyah bertanya. Berat hati untuk menyebut nama Kak Hazrin.

    "Nak beli apa untuk dia? Tak tahu nak beli apa. Confuse."

    "Apa punya laki daa… At least you have to show her your concern."

    "Yelah, bagilah idea nak beli apa."

    "Dia perempuan. Beli benda-benda macam ni, mesti dia suka." kata Aisyah sambil menunjukkan himpunan gelang-gelang mutiara di hadapan Aiman. Hatinya menahan rasa.

    "Ok, Aisyah pilihkan satu untuk saya." Aiman rambang mata.

    "Warna kulit Kak Hazrin macam mana?"

    "Macam Aisyah." Aiman senyum.

    "Ok, perwatakan dia macam mana?"

    "Macam Aisyah." Aiman senyum lagi.

    "Macam saya lagi? Awak ni tipulah. Mesti ada perbezaan antara kitorang. Kak Hazrin minat warna apa?"

    "Tak tau. Awak pilihkanlah. Saya bayar je. Mana yang awak rasa cantik pada awak, saya ikut je."

    "Isy, tak senonoh betul. Yelah." Aisyah membelek beberapa utas gelang. Puas menilik, dia memilih seutas gelang mutiara yang diselangi dengan kristal berwarna merah jambu. "Pink, nampak soft je. Sesuai untuk perempuan. Pink juga melambangkan hati dia yang lembut." Aisyah seolah-olah mengenali 'Kak Hazrin'. "Tapi Aisyah tak pernah jumpa Kak Hazrin. Aisyah tak tahu dia suka pink ke tak. Aisyah tak tahu perangai dia macam mana."

    "Tak apa. Nampak cantik je gelang ni. Saya beli yang ni lah." Aiman terus menghulurkan duit kepada kakak comel yang hanya memerhati dari tadi.

    "Macam mana awak nak bagi kat Kak Hazrin gelang tu?"

    "Entah. Saya baru berapa kali je jumpa dia."

    "Pos lah…" Aisyah menyarankan.

    "Tengoklah nanti macam mana." Aiman menyimpan gelang yang baru dibeli ke dalam beg.

    "Beruntung Kak Hazrin…"

    "Awak yang paksa saya beli."

    "Heisy! Mana boleh cakap macam tu. Kiranya awak tak ikhlaslah keluarkan duit untuk girlfriend awak?"

    "Saya mana ada girlfriend."

    "Habis Kak Hazrin tu siapa?"

    "Kitorang bukan couple pun."

    "Tapi awak sayang dia, kan?"

    Aiman terdiam.

    "Mana Lina tadi?" Aisyah mencari Lina. Lina sedang asyik memerhati rantai mutiara di satu sudut. "Budak ni. Nak jadi 'Mami Jarum' ke?"

    * * * * *

    Siapakah Hazrin sebenarnya?

    * * * * *

    "Tak taulah, Lina. Sakit sangat-sangat hati ni. Kenapa aku boleh sayang dia? Sedangkan aku tau dia dah ada Kak Hazrin."

    "Sabar Aisyah. Kau kena pandai control perasaan kau sendiri."

    "Aku tak suka perasaan ni. Aku benci dia. Aku tak suka macam ni."

    "Aisyah, ingat Allah…"

    "Lina… aku…"

    "Aisyah!"

    Belum sempat Lina berbuat apa-apa, Aisyah sudah jatuh rebah.

    * * * * *

    Aisyah membuka mata. Kelihatan Aiman sedang duduk berhampiran dengan katilnya. Aiman tertidur.

    "Aiman…" Aisyah memanggil.

    Aiman terjaga. "Aisyah dah sedar? Aisyah ok?"

    "Aiman, apa jadi dengan Aisyah?" Aisyah melihat keadaan dirinya. Tiub panjang menghubungkan pergelangan tangannya dengan sebotol plastik berisi cecair yang tergantung di tiang sisi katil.

    "Lina kata, Aisyah tiba-tiba pengsan. Lepas tu Aisyah terus masuk hospital ni. Lina dah call ibu dan ayah Aisyah. Kejap lagi diorang sampai." Aiman menerangkan.

    "Awak seorang je?" Aisyah bertanya. "Mana Lina?"

    Belum sempat Aiman menjawab soalan Aisyah, seorang perempuan tiba-tiba masuk ke ruang wad itu dan menghampiri Aisyah. Aiman hanya memandang.

    "Assalamualaikum, Aisyah. Dah sedar ye?" Lembut tutur bicara perempuan itu.

    "Waalaikumsalam. Alhamdulillah, dah sedar. Err, siapa ni ya?" Aisyah ragu-ragu.

    "Oh, maaf. Saya Hazrin." Hazrin menghulurkan tangan, ingin bersalaman dengan Aisyah.

    Aisyah terlihat gelang mutiara di pergelangan tangan kanan Hazrin. Hatinya diruntun pilu. Salam Hazrin tetap disambut. Mesra. "Oh, ini Kak Hazrin. Akhirnya dapat juga Aisyah jumpa Kak Hazrin."

    "Aisyah kenal saya?"

    "Aiman selalu bercerita tentang akak."

    "Apalah yang Aiman cerita pasal saya. Mesti dia mengarut je. Tak payah percaya dia ni." Hazrin tertawa.

    Aisyah menangis dalam hati. Raut wajahnya cuba dimaniskan. Ya Allah, kuatkan hatiku. "Tak adalah, semua cerita yang baik-baik. Gelang yang akak pakai tu, dia beli kat Sabah hari tu. Tanda dia ingat akak."

    "Tapi Aisyah yang pilih, kan?"

    "Mana akak tau?" Aisyah terpinga.

    "Aiman bagitau. Sebab akak tak percaya dia pandai pilih gelang cantik macam ni. Mesti ada perempuan yang tolong pilihkan untuk dia."

    Aisyah hanya tersenyum.

    "Aisyah, thanks."

    "Sebab apa?"

    "Gelang yang cantik ni."

    "Tak adalah. Ikut naluri sendiri je pilih tu. Aisyah nampak yang tu cantik. So, Aisyah ambil yang tu."

    Tiba-tiba Hazrin menanggalkan gelang mutiara itu dari tangannya. Dia mencapai tangan kanan Aisyah dan menyarungkan gelang itu ke pergelangan tangan kanan Aisyah.

    "Akak?" Aisyah pelik dengan tindakan Hazrin.

    Aiman juga berasa hairan. Dia tidak menyangka tindakan Hazrin.

    "Akak rasa, Aisyah lebih layak memakai gelang ni berbanding akak. Akak dapat rasakan, Aisyah lebih menyayangi Aiman dari akak. Dan akak juga dapat rasakan Aiman lebih sayangkan Aisyah dari akak. Aisyah lebih rapat dengan dia. Aisyah lebih masak perangai dia."

    Aisyah masih terpinga, hairan.

    "Aiman, sayangilah Aisyah. Hazrin tetap macam ni. Tak ada yang berubah. Hazrin tak kisah jika ada orang yang lebih Aiman sayang. Hazrin sedia beri peluang. Sayangilah Aisyah." Hazrin terus berlalu.

    "Kak Hazrin!" Aisyah cuba berdiri namun pergerakannya terbatas.

    Aiman terkaku.

    * Tamat *

    Nadia Fitri Mohamad Havez

    1902 - 080409


    Hahaha.. adeii.. ape benda yg aku tulis ni? Cerita ni hanya rekaan semata-mata. Hanya latar tempat dipinjam dari lawatan ke Kundasang tempoh hari. Harap maklum...


    (^_^)v



    Cupcake....


    Susun-susun cupcakes



    Heaven.. with cupcakes n flowers....



    Hadiah dari big bos untuk kami semua...



    Tak de sape nak bagi bunga ni kat saya... sob3 :'(


    Sesungguhnya, saya hantu bunga ros.. tapi tak de sape sudi nak bagi bunge kat saya... anybody out there??????
    (Ni ayat simpati jenis apa ni?????)


    (^_^)v


    07 April 2009

    Apa ni??

    Ku punya rasa tak terungkapkan
    Hanya dalam memori hati dan benak ku simpan
    Berat menerima kau pergi
    Tanpa alasan juga kau buat aku.. bertanya...

    Beribu senandung yang ku nyanyikan
    Pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku
    Kata termanis hanya untuk dia kekasih sepanjang hidup
    Ku masih merindukannya..

    Apakah ku amat berarti di mata engkau
    Telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
    Namun kau hilang dan takkan kembali juga
    Ku merasa sepi, ku sendiri...


    Err... no comment.....

    (^_^)v


    Dedicate to Prof Dato' Dr. Lokman


    Beberapa selepas balutan telinga dibuka.

    Pada 12 Disember yang lalu, saya menjalani satu pembedahan di telinga kanan saya. Dalam seumur hidup saya, ini adalah pembedahan kali yang keempat. Bila dah 4kali kena operate tu, faham-faham je lah situasi "ke-dah-terlalu-biasa-an' dengan bilik pembedahan. Nampak tak kat gambar tu, kesan selepas pembedahan. Bahagian yang berlekuk-lekuk tu sebenarnya kesan potongan untuk dijadikan tampalan baru bagi gegendang telinga saya.

    Alkisahnya begini, (alamak, panjanglah ceritanya... pendekkanlah...)

    Saya terpaksa melakukan pembedahan pada Disember lepas kesan daripada pembedahan kedua semasa saya tingkatan dua. Bulan Jun lepas, telinga kanan ni berdarah dan ada infection. So, pembedahan untuk membersihkan balik kuman-kuman di belakang telinga tu terpaksa dilakukan. This is micro-operation. So, bila dah bersihkan, gegendang telinga tu ditampal la semula. Nak tampal, guna lah daging di bahagian yang dah berlekuk-lekuk lam gambar tu.

    Semalam, pemeriksaan dilakukan untuk melihat pembedahan tu berjaya atau tak. Alhamdulillah, Prof. Dato' Dr. Lokman said, "The membrane is nice, structured well and your hearing is very good." Katanya sambil menunjukkan graf pendengaran saya yang pada saya, first time tengok ianya cantik sebegitu! Alhamdulillah pendengaran saya sudah kembali normal. (^_^)v


    Ni kat wad.

    Right after balutan telinga dibuka. Kesan darah masih banyak.

    Hee~ lepas tu, tiba-tiba dia cakap, "You are doing remote sensing, right? Why don't you use your speciality to create something benefit to human? You tak minat ke something tentang kesihatan? Cuba buat something, kita boleh monitor blood pressure, sugar level, especially for people from rural area. We can monitor them tanpa mereka perlu datang ke hospital."

    I reply, "but Prof, tak langgar hak asasi manusia ke?"

    "I don't think so. This is for human. Bukannya kita langgar hak asasi. Konsep dia sama macam data-data rahsia yang disimpan pihak hospital. Betul tak? UTM boleh collaborate dengan UKM..."

    "Hoh, Prof. Macam minta saya sambung Master kat UKM je?"

    Prof Lokman hanya tersenyum. Ceh!! "Up to you..."

    Thanks Prof Dato' Dr Lokman Saim,
    Pengarah PPUKM
    My doctor since i was 9years old...