"Apa nama awak?" Nadia bertanya sekali lagi. Dahinya berkerut.
"Airyz." Budak perempuan itu menjawab sambil tersengih. Kelihatan lesung pipit di pipi kanannya. Manis.
"Apa dia?" Nadia bertanya sekali lagi. Pelik.
"Airyz. Airyz Hanum."
Dahi Nadia berkerut lagi tanda tidak mengerti seraya dia menghulur kad manila berukuran tanda nama dan pen marker kepada Airyz. "Nah, awak tulis sendirilah nama awak. Akak tak reti nak eja."
Airyz mengambil kad manila dan pen marker yang dihulur. Dia mengeja namanya. A-I-R-Y-Z.
"Oh, Airyz. Peliknya nama. Macam mana boleh datang nama Airyz tu?" Nadia bertanya lagi.
"Gabungan huruf awal nama ayah saya, mak saya, datuk dan nenek saya." Airyz tersenyum. Dia menyematkan kad manila berukuran tanda nama itu di bahagian kiri atas dada dengan pin peniti. Besar.
Nadia memerhati tanda nama di tudung Airyz. "Besar name tag baru." Nadia tertawa kecil. " Itulah, lain kali jangan terlupa bawa name tag. Peraturan sekolah ni ketat. Walaupun awak baru tingkatan satu, peraturan tetap peraturan." Nadia mengingatkan.
"Baik, kak. Saya minta maaf, kak. Lain kali saya tak buat lagi." Airyz berkata.
"Dah, awak boleh balik kelas sekarang. Nanti terlambat pula."
"Terima kasih, kak." Airyz berlari keluar dari Bilik Pengawas. Dia hampir terlanggar Fazieyana di hadapan pintu. "Maaf, kak." Kata Airyz cepat-cepat dan berlalu pergi.
Fazieyana hanya menggeleng. "Kenapa budak tadi?" Soal Fazieyana kepada Nadia.
"Tertinggal name tag." Nadia menjawab. Ringkas.
"Macam kelam-kabut je budaknya."
Nadia tertawa lagi. "Nama dia pelik. Airyz… Airyz Hanum. Pelikkan?"
"Airyz? Lah, budak sebelah dorm aku. Dia baru masuk semalam. Tak perasan muka dia tadi. Kelam-kabut je berlari keluar."
"Baru masuk? Lah, dia student baru ke?" Nadia rasa bersalah. "Patutlah dia tak ada name tag. Aku pun dah saman dia tadi sebab tak pakai name tag. Tak tau pula dia budak baru. Dia pun tak cakap apa-apa masa aku saman dia tadi."
Fazieyana ketawa. "Lurus rupanya budak tu. Tak apalah. Nanti kau pergilah minta maaf kat dia. Pulangkan balik duit saman dia."
"Yelah, rasa bersalah sangat-sangat." Nadia menjawab. Tekadnya dalam hati untuk mencari Airyz di waktu rehat nanti.
******
Nadia menjalankan tugas waktu rehat seperti biasa. Memeriksa satu per satu kelas pelajar tingkatan satu. Tidak seorang pun pelajar dibenarkan berada dalam kelas ketika waktu rehat. Dia lalu di hadapan kelas 1 Ilmu. Seorang pelajar baru sahaja hendak keluar dari kelas.
"Airyz!" Laung Nadia.
Airyz berhenti dan berpaling. "Eh, akak. Ada apa, kak?"
"Awak budak baru, ye? Kenapa tak bagi tau akak tadi?" Nadia menyoal.
"Haah, saya budak baru. Ada apa-apa ke akak?" Airyz termang-mangu.
Memang lurus budak ni. Bisik hati Nadia. "Bukan apa, tadi kan akak saman awak sebab tak pakai name tag. Sepatutnya akak tak boleh saman awak. Awak budak baru, mestilah belum dapat name tag, kan. Akak minta maaf." Nadia meminta maaf.
Airyz ketawa. "Lah, saya ingat, memang semua pelajar yang baru masuk sekolah ni kena pakai name tag besar ni."
Nadia ikut ketawa. "Aduhai, Airyz, Airyz. Bagi balik name tag tu atau awak nak pakai terus sepanjang hari pun boleh. Akak tak larang." Nadia ketawa lagi. "Ni akak pulangkan balik duit saman tadi." Nadia menghulur syiling 50 sen. Bayaran saman tidak memakai tanda nama.
Airyz mengambil duit yang dipulangkan. "Tapi bagus juga saya pakai name tag besar ni, kak. Tak ada lah saya kena eja nama saya tiap kali saya perkenalkan diri. Orang dah boleh nampak dari jauh." Airyz tersengih.
"Awak perli akak ke?"
"Eh, tak la. Saya nak pakai name tag ni sepanjang hari ni. Terima kasih, kak." Airyz berlalu.
Nadia hanya menggeleng. Budak ni, macam-macam.
*****
Nadia tersentak. Kenangan semasa tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah masih segar di ingatannya. Semuanya gara-gara terlihat nama Airyz Hanum dalam senarai pendaftaran pelajar Tingkatan 4E2, Sekolah Menengah Teknik Gombak.
"Airyz ni, saya kenal masa kat Puteri Wilayah dulu, Puan." Ujar Nadia kepada Puan Marsita, guru tingkatan 4E2. Hari tersebut merupakan hari pendaftaran pelajar tingkatan empat ke Sekolah Menengah Teknik Gombak. Nadia ditugaskan membantu Puan Marsita menguruskan pelajar-pelajar tingkatan 4E2.
"Ye ke? Seronoklah awak, dapat jumpa junior sekolah dulu kat sini."
Nadia hanya tersenyum. "Dah lama saya tak dapat contact dia. Tak sangka masih kuat hubungan kami. Jumpa kat sini pula."
Pendaftaran pelajar tingkatan empat bermula. Nadia sibuk mengira-ngira wang bayaran yuran. Risau jika tidak cukup, wang sendiri yang akan melayang. Bukan sedikit jumlahnya. Kira-kira RM500 bagi seorang pelajar.
"Nama?" Puan Marsita bertanya. Semakan pendaftaran perlu dilakukan.
Nadia masih tunduk mengira duit yang banyak.
"Airyz Hanum binti Ahmad." Sebut pelajar itu.
Nadia segera memandang. "Airyz!" ujar Nadia separuh menjerit. Dia menghulur tangan.
Airyz senyum. Tangan Nadia disambut dan dicium, tanda hormat. "Dari jauh saya dah nampak akak kat sini."
"Tak sangka kita jumpa kat sini. Tak sangka Airyz ambil jurusan elektrik juga. Wah, jadi junior akak lagi kat sini." Nadia teruja.
"Airyz pun tak yakin sebenarnya dapat sekolah sama dengan akak. Masa buat pilihan tu, main letak je. Tak sangka dapat juga." Bersemangat Airyz. "Tapi, kak. Airyz tak dapat hostel kat sini. Jauhlah dari rumah nak ke sini."
"Tak dapat hostel ke? Mmm, nanti akak tengok macam mana, ok. Biasanya ada kekosongan sebab pelajar yang ditawarkan hostel pun, tak semuanya setuju duduk hostel. Ada juga yang keluar. Apply lah second intake hostel. Ni borangnya." Nadia menghulur sekeping borang.
"Thanks, kak. Airyz berharap sangat-sangat dapat hostel. Lagipun belajar kat hostel lagi senang. Ramai kawan."
Puan Marsita yang dari tadi hanya menjadi pemerhati mula mencelah, "Wah, adik-kakak ni. Ramai lagi yang menunggu nak mendaftar tu. Nanti-nanti boleh sembang panjang lagi, kan?"
Nadia tersipu-sipu ditegur Puan Marsita. "Maaf, Puan. Excited sangat jumpa adik kesayangan kat sini. Airyz nanti kita sembang lagi, ok? Apa-apa hal boleh tanya akak. Akak kelas 5E1."
"Ok, kak. Terima kasih, Puan." Airyz berlalu selepas selesai urusan pendaftaran dan pembayaran yuran.
*****
"Kak Nadia!"
Nadia berpaling memandang arah suara yang memanggil namanya. "Airyz?"
Airyz berhenti mengejar. Nafasnya tercungap-cungap.
"Isy, Airyz kan semput. Kenapa berlari-lari ni?" Nadia risau.
"Airyz dapat hostel!" Dia melompat. Riang. "Airyz dapat blok F! Akak pun blok F, kan?"
Nadia gembira. "Haah, akak pun blok F. Wah, satu blok kita!"
"Nanti Airyz boleh belajar sama-sama dengan akak macam dulu lagi." Terpancar kegembiraan di wajah Airyz. "Seronoknya! Tak sabar nak masuk hostel!" Airyz kelihatan sangat teruja.
"Bila boleh masuk hostel?"
"Hari jumaat ni. Akak tunggu Airyz tau! Airyz nak minta tolong angkat barang-barang Airyz naik dorm." Airyz tersengih. Lesung pipitnya kelihatan. Dalam.
"Ewah, ewah. Suka hati dia je. Angkat sendirilah!"
"Alah akak ni. Akak kan baik hati, baik jantung, baik paru-paru. Tolonglah Airyz, kak."
Nadia ketawa mendengar lawak Airyz. "Yelah, yelah. Nanti akak tolong tengok."
"Akak!!!" Airyz memukul-mukul Nadia.
*****
27 Ogos 2008
"Airyz Hanum…" Nadia berbisik perlahan.
Secara tiba-tiba segala-gala tentang Airyz Hanum bermain di layar fikirannya. Dia baru sahaja selesai solat Subuh. Masih berteleku di atas sejadah.
"Di mana dia sekarang ya? Salah aku juga. Last jumpa dia, masa hari ambil keputusan SPM aku dulu. Bukan nak ambil nombor telefon dia. Cuai!" Nadia berfikir, mencari jalan di mana dia dapat menghubungi semula Airyz Hanum. "Syuhada!" Serta-merta nama Syuhada terbit diingatannya. Syuhada merupakan rakan baik Airyz ketika sekolah dulu. "Mesti Syuhada ada nombor telefon dia. Pagi sikit nanti nak contact Syuhada. Dah lama tak dengar khabar Airyz."
Kesibukan dalam kelas melupakan seketika niat Nadia untuk menghubungi Syuhada. Semenjak memasuki tahun ketiga di Universiti Teknologi Malaysia, masanya seakan-akan terlalu padat. Setiap minit dirasakan sangat berharga.
Nadia melabuhkan punggung di atas kerusi. Niatnya hendak menyambung tugasan yang perlu dihantar esok hari. Tiba-tiba handphone berbunyi. Tanda ada mesej diterima. Laptop baru di'on'. Handphone dicapai.
"Siapa pula mesej petang-petang ni?" Nadia melihat. "Syuhada? Baru teringat nak mesej dia pagi tadi."
'Salam Kak Nadia. Airyz dah meninggal, kak. Baru tadi. Al-Fatihah.'
"Airyz?" Nadia tidak percaya. Pantas jarinya mendail nombor telefon Syuhada.
"Assalamualaikum, Syuhada. Kak Nadia ni. Ada, betul ke, Airyz…" Nadia belum sempat menghabiskan kata.
"Waalaikumsalam. Betul, kak. Saya pun baru dapat berita ni. Zohor tadi dia pergi, kak."
"Ada… Akak baru ingat nak telefon Ada pagi tadi, tapi akak terlupa. Akak nak tanya nombor telefon Airyz. Akak tak sangka." Nadia tidak dapat lagi menahan sendunya.
"Sabarlah, kak. Banyak-banyak sedekah Al-Fatihah untuk arwah."
"Ada, akak tak sempat jumpa dia lagi. Ada ada nombor telefon mana-mana family dia?"
"Tak, kak. Ada pun dapat tau dari seorang budak Teknik Gombak juga."
"Sebab apa dia meninggal, Ada?"
"Ada tak tahu, kak. Nanti kalau Ada dapat maklumat apa-apa, Ada inform akak, ok? Akak sabar, ye?"
Nadia tidak mampu mengawal tangisannya lagi. Airyz Hanum, adik yang paling baik, antara yang dikasihi, disenangi ramai orang, telah pergi buat selama-lamanya. Masih terbayang-bayang gelak tawanya, gelagat manjanya, tangis sedihnya, rungutannya, segalanya masih tersemat kemas dalam ingatan Nadia.
Airyz, semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang baik-baik. Akak sentiasa sayang kamu, adik akak yang paling baik.
Al-Fatihah untuk Arwah Airyz Hanum binti Ahmad.
takziah dan alfatihah..
ReplyDeleteisk3. sdeynye. akk. wat novel la. smbg jadi buku tros. huuu :P
ReplyDeletenovel??
ReplyDeleteekin nak citer yang macam manerr?
nak citer yang boleh mengalirkan air mata kerna isinya merupakan hakikat sebuah persahabatan dua orang insan..
ReplyDeleteah.. kenapa komen aku hari ini semuanya bermadah.. hurm.. ^_^"
nak owang citer yang macam ni ker??
ReplyDeletenanti lah ye...
sikit2 ader lam proses....
salam,,
ReplyDeletenadia fitri,,
saya liyana sihar..
smk puteri wilayah dulu,,
nak tanya sket leh tak??
awak cakap awak kakak angkat airyz masa form 2 dulu???
betul ke???
saya musykillah...
salam..
ReplyDeletebtul ker awk kakak angkat airyz..??
stahu sy liyana sihar sorg..
Liyana Sihar and Yana>>
ReplyDeletesalam.. xkesah laa angkat ke tak angkat ke, yang penting saya anggap dia macam adik saya sndiri dan arwah pun anggap saya macam kakak dia sendiri...
doakan la semoga roh arwah ditempatkan di tempat org2 yg beriman..
al-fatihah~
salam,,
ReplyDeletebukan macam tu nadia,,saya cuma nak tahu jer masa kat smpw dulu awak dgn arwah nah jadi adik angkat ker??
yang paling saya pelik saya paling rapat dgn dia masa kat sek n asrama,,dan saya anggap dia macam adik saya dan dia pun anggap saya macam kakak dia,,mmg dia nah crita masa kat teknik dia rapat dgn awak,,
tak salahkan saya bertanya,,,
saya sentiasa doakan dia di tempatkan bersama roh yang dicucuri rahmah allah,,
'al-fatihah,,
Salam AidaNadia,
ReplyDeleteAIRYZ adalah gabungan nama ayah arwah-Ahmad, datuk sebelah ayah arwah-Ismail, datuk sebelah mak arwah-Razali, ibu arwah-Yusnah dan nenek sebelah ayah arwah-Zainab.
So you may want to correct some of the fact in your entry there. Anyway, nice story. Memang telatah arwah sering mencuit hari orang2 disekelilingnya. Kami sekeluarga redha dengan ketentuan Ilahi ini dan pasrah dengan apa yg telah Allah 'pinjamkan' kpd kami walaupon seketika. Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat. Al-fatihah.
Mungkin coretan di blog ini sedikit sbyk dpt mengubat kerinduan sahabat2 arwah :- http://meet-theones.blogspot.com/2008/08/al.html
Liyana,
Bila nk turun bangi ziarah mak Airyz?
liyana::
ReplyDeletemaaf.. tapi nadia rasa nadia tak ada mention pun nadia ni kakak angkat dia.. maaf ya..
wan mohd fahimi::
thanks ya~ benda ni saya nak jadikan cerpen sebenarnya, thats why some fact perlu hidden kan? but thanks anywhere.. al-fatihah untuk arwah...