Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

12 April 2009

Najib minta pandangan rakyat berhubung Kabinet baru

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mempelawa rakyat Malaysia untuk berkongsi pandangan mengenai barisan Kabinet baru yang diumumkan beliau Khamis lalu serta mengenai pendekatan baru berasaskan kemajuan yang bakal dikuatkuasakannya.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah menimbangkan beberapa faktor untuk memastikan bahawa Kabinet itu benar-benar satu Kabinet Rakyat yang mampu berkhidmat untuk rakyat secara saksama dan berkesan serta berusaha membawa negara ke hadapan tanpa meminggirkan sesiapa.

"Maklum balas daripada komen yang dihantar ke blog saya sejak pengumuman barisan Kabinet dibuat adalah melegakan bagi sesetengah pihak dan menimbulkan persoalan bagi yang lain.

"Berdasarkan perkembangan ini, saya mempelawa anda semua untuk berkongsi pandangan terhadap barisan baru ini dan pendekatan baru yang berasaskan kemajuan yang saya akan kuat kuasakan dengan menghantar komen anda.

"Saya juga sangat berminat untuk mengetahui harapan anda terhadap pentadbiran baru ini demi memastikan kebajikan dan pembangunan untuk semua golongan masyarakat akan terbela," katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my..

Bagaimanapun, Najib mengingatkan mereka yang ingin memberi komen supaya menghormati tata cara penyampaian pandangan mereka serta berdialog dengan berhemah dalam semangat sebenar Satu Malaysia.

"Memandangkan sebahagian daripada anda mungkin terlalu ghairah dengan barisan Kabinet ini, saya menyeru semua agar menghormati tata cara menyampaikan pandangan anda terhadap pandangan orang lain dan berharap kita akan terus berdialog dengan berhemah dan dalam semangat sebenar 1Malaysia," katanya.


Urmm... apakah pendapat anda? Saya bersyukur KPM & KPT tak digabungkan.... (^_^)v



No comments:

Post a Comment