Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

24 April 2009

Menggagalkan Diri...

Teruk sangat-sangat. Rasanya, hari ni dalam sejarah. Pertama kali saya rasa nak menggagalkan subjek dengan sengaja. Disebabkan tekanan yang datang bertimpa-timpa, jadi saya membuat tindakan dengan meninggalkan hampir separuh dari soalan dalam paper hari ni, tidak berjawab.

Kenapa?

Supaya saya dapat 'gagal' dalam subjek tersebut, dan saya boleh mengulang semula. Mampukah? Saya pun tidak tahu apakah tindakan saya ini benar atau tidak.

Saya sangat risau saya terpaksa 'extend' semester. Namun sesungguhnya Allah sahaja yang tahu betapa saya rasa memang tak boleh nak jawab tadi. Apa yang saya pelajari selama ni pun, tak dapat masuk. Lebih-lebih lagi dah 2hari saya terkena migrain. Memang tak dapat diselamatkan. Segala tulisan kat komputer tu nampak kembang dan saya sentiasa memaksa mata saya untuk melihat dalam jangka masa yang lama.

Ibu, ayah, maafkan nadia. Nadia tak dapat perform baik semester ni. Ampunkan nadia...

2 comments:

  1. - jika mampu ,jadilah pohon di bukit yang tinggi..jika tidak, cukuplah jadi rumput tapi biarlah rumput yang paling hijau di muka bumi- =)

    ReplyDelete