Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

12 April 2009

@ Hospital Sultanah Aminah

Baru tadi, lebih kurang jam 3.00petang, saya dan Elia ke HSA. Tujuan kami ingin melawat seorang warga Kolej 11, yang dimasukkan ke dalam wad, sebab jatuh dari tingkat 1, blok MA1 Kolej 11. Menurut maklumat yang saya dapati, dia panjat tingkap tu sebab kunci biliknya tertinggal dalam bilik.

Saya difahamkan pelajar berkenaan patah tangan. Maka sesampai di HSA, saya dan Elia membeli Milo Fuze 3 in 1 dan biskut Tiger untuk pelajar tersebut. Lalu kami pun bergerak ke arah pintu masuk wad-wad di HSA.

Rupa-rupanya HSA tak macam HUKM. Hari Ahad pun, peraturan melawat tetap sama. Pukul 12.30-2.00petang dan 4.30-6.00petang.

Tapi Alhamdulillah, atas budi bicara akak guard tu, kami dibenarkan masuk, dengan memakai pas pelawat.

Kami menaiki lif ke tingkat 3, Wad Ortopedik (Perempuan). Sesampai di hadapan pintu wad, kami diingatkan oleh akak guard, "10 minit je ye,dik..."

Lalu saya menjawab, "baik, kak. Terima kasih." Dan tersenyum manis... (cet! manislah sangat. hampeh!)

Saya dan Elia berjalan ke arah whiteboard yang menulis senarai nama pesakit di wad tersebut. Setelah berkira-kira dan pasti, kami menuju ke katil 13.

Betapa luluhnya jantung saya apabila melihat keadaan Tan Hwi Chin. Mulanya saya risau salah orang. Saya bertanya kepada seorang perempuan yang duduk dekat dengan Tan, "Dia student UTM kan?" (saya perlu confirmation. sebab nama yang diberi kepada saya, Tan Siew Cheng).

Perempuan itu mengangguk.

Lalu saya bertanya lagi, "Aunty ni mak dia?".

Perempuan itu mengangguk lagi dan berkata, "sekejap, ye."

Aunty tu bercakap-cakap sedikit dengan anaknya. Saya dan Elia hanya memerhati. Kemudian aunty tu mengangguk dan membenarkan kami mendekati anaknya.

Perkara pertama yang saya lakukan, saya dekatkan tangan saya ke tangan adik tu. Terus dia genggan tangan saya. Tersentuh hati saya.

Saya tanya, "Ok?".

Dia geleng (aku pun satu, dah nampak dia macam tu, mestilah tak ok!)

"Kenal akak tak?"

Adik tu angguk.

Sebak dada ni, Allah je yang tahu. Tak tau nak gambarkan macam mana perasaan masa tu. Tak silap tindakan saya pergi melawat. Saya pun pernah masuk wad. Jadi saya faham perasaan macam mana jika ada orang datang melawat.

Bulan Disember lepas pun, semasa saya di wad, lepas sahaja saya selesai pembedahan, 'gbf' (girl's besfrens) saya, Ekin n Wina sampai. Saat tu, saya nak buka mata pun belum boleh. (Eh, knapa cerita tentang saya? Back to Tan Hwi Chin)

Air mata dia mengalir sedikit masa saya balas genggaman tangan dia. Tangan kiri dia patah. Leher dia kena guna alat penyokong. Dahi luka teruk. Belakang kepala luka teruk, kena sentiasa cuci.

Saya tersentak bila tengok keadaan dia. Saya ni, masih bernasib baik. Hanya demam dan tak larat nak angkat kepala. Tapi adik tu? Sampai keadaan statik macam tu. Dengan tiub yang berselirat di hidung dan anggota badan lain. (Peringatan ni saya tujukan untuk semua yang banyak alasan walaupun hanya sakit sedikit, contoh: demam dan selesema. Sayakah? Huu~) Memanglah perkara ni salah adik tu sendiri. Sape soh panjat tingkap tu, kan? Tapi, benda dah lepas, nak buat camne. Kita perlu elak kejadian berulang.

Adik tu, mungkin kena extend. Bayangkan macam mana perasaan dia. Yelah, dengan keadaan macam tu, confirm tak boleh amik final exam yang bakal datang lagi seminggu. Saya cuma berharap, dia sempat recover dan dapat amik peperiksaan khas. Sempatkah?

Mungkin juga lawatan saya ni adalah teguran dari Allah untuk saya, supaya sentiasa bersyukur, jangan mengeluh, jangan merungut kalau hanya sakit sedikit. Allah masih beri peluang kepada saya berjalan, makan, minum dan menikmati kehidupan saya dengan baik, serta saya tidak ketinggalan untuk menduduki peperiksaan. SubhanAllah... Saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat lain. Dua kali saya ditegur oleh Allah ketika hari-hari hampir final exam. Pertama, tahun lepas. Dua orang sahabat baik saya sendiri terlibat dalam kemalangan. Wani dan Kak Bihah. Wani terpaksa ambil peperiksaan khas sebab kemalangan tu berlaku beberapa hari before final. Saya ni, tiap kali nak final, demam. Hampeh!

Saya harap perkara sebegini takkan berlaku lagi di Kolej 11. Saya tahu ramai je yang pernah panjat tingkap blok tu sebab kunci bilik tertinggal dalam bilik. Sebab kawan-kawan saya sendiri pernah panjat tingkap bilik tu. Malah saya sendiri nyaris-nyaris minta tolong kawan panjat sebab saya tertinggal kunci bilik (Dah banyak kali tertinggal kunci bilik dalam bilik, bukan sebab terlupa, tapi sebab keadaan tombol dan pintu bilik tu sendiri).

Saya berpendapat, tindakan segera perlu diambil untuk elak perkara ni berlaku lagi. MPP!! It's time to propose something!

Setiap kejadian perlu diambil iktibar...


5 comments:

  1. yup.. i agree.. kejadian seperti ni patutnya menjadi titik tolak pada persatuan pelajar, pihak jawatankuasa kolej serta pihak pengurusan asrama sendiri untuk memikirkan adakah wajar denda kunci dikenakan?

    Bukankah denda kunci yang agak tidak berbaloi menjadi punca pada kejadian ini? Untuk menilai perkara ini, bukanlah tindakan tersebut yang perlu dipersoalkan tetapi apakah punca pada perbuatan or perlakuan itu dilakukan.

    Benar, denda kunci dikenakan supaya para pelajar tidak lagi cuai. Suka-suka tinggal kunci di dalam bilik. Namun, banyak lagi langkah yang boleh diambil.

    Sebagai contohnya, UTM boleh mengambil contoh tombol pintu bilik USM yang mana hanya boleh dikunci menggunakan kunci. Oleh itu, sekiranya para pelajar tertinggal kunci, sudah tentu mereka tidak akan menyusahkan pihak pembantu felo (yang mungkin menyampah apabila para pelajar asyik ketuk pintu mereka dan minta kunci, walaupun tu sebahagian daripada tanggungjwb mereka).

    Langkah kedua yang boleh dilakukan adalah dengang menghapuskan denda kunci. Pihak kolej janganlah terlalu taksub dengan menjadikan denda sebagai salah satu punca pendapatan kolej. Akibatnya, para pelajar sanggup membahayakan diri berbanding mengeluarkan beberapa ringgit wang mereka. Ini adalah fitrah student yg sering sahaja kekeringan wang.

    Lea amat menyokong sekiranya pihak MPP (terutamanya EXco kebajikan) dan JKM seluruh UTM dapat memperjuangkan isu ini demi kebajikan serta kesejahteraan student. Malah ia juga demi mengelakkan malapataka seperti ini dari terus berulang.

    p/s: sangat bertuah budak ini kerana kecederaannya diambil kisah oleh beberapa org ahli MPP. Rasanya dulu saya xpun diendahkan oleh MPP.. Huhu.. (tiba-tiba jeles plak.. hehe..)

    ah.. aku masih lagi lantang seperti dahulu rupanya.. erm.. patutla pernah kena blacklist dulu ek.. keh.. keh.. keh.. sabo jelah.. =D

    ReplyDelete
  2. huu~ budak ni diambil berat sebab ada MPP yang macam, teetttt (nama perlu dirahsiakan hahahahaha)

    nadia memang ingat nak propose camtu... kolej2 baru macam kolej kita tu je tombol pintu yang cenggitu... kolej2 lama macam KTC, KTDI, semuanya konsep, nak kunci bilik, kena guna kunci, bukan tekan2 macam kolej kita tuh...

    ReplyDelete
  3. eh.. masih kolej kita ek? wahhaa.. still valid ek kata-kata tu? huhu.. aku hilang dalam nostalgia..

    ReplyDelete
  4. ces... kacang lupakan pokok upenye dia ni.. heh, pagi tadi, odw to office, i terserempak ngn SBK... dia tegur i, "Apa khabar, YB? nak ke mana?" Cet! YB? hoh, i tak sempat tanya dia dah gi melawat budak tu ke lum.. sebabnya, dia atas motor lama dia tuh.. i nga jalan kaki.. huk3

    ReplyDelete
  5. ces.. i bkn kacang lupakan pokok la.. cuma i tak sangka masih valid untuk i gunakan istilah 'kolej kita' huhu.. i terharu... ternyaka Kolej 11 sangat menyayangi i.. hehe..

    alamak SBK..i dh lama lupakan watak dia.. keh.. keh.. keh... "barang yg lepas, usah dikenang" Ces.. apa barang igt dia.. hehe.. =D

    ReplyDelete