Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

08 April 2009

Gelang Mutiara Hazrin

"Kita nak start dari mana?", Aisyah bertanya sambil memandang Lina. Wajahnya berpeluh, kepenatan setelah jauh berjalan kaki. Aiman merapati mereka.

"Kita solat dulu lah. Jamak Zohor dengan Asar. Dah pukul 4 petang ni." Aiman berkata sambil memandang jam di tangan.

Mereka bertiga hanya memandang keliling. Suasana di Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah sesak. Kebanyakan peniaga menjual barangan berasaskan mutiara yang memang sinonim dengan Negeri di Bawah Bayu itu. Selain itu, pelbagai makanan laut juga boleh didapati di situ dengan harga yang agak murah berbanding di semenanjung. Barangan cenderamata pelbagai rupa juga banyak dijual. Selalunya Pasar Filipina menjadi tempat persinggahan wajib bagi pelancong yang datang ke Kota Kinabalu.

"Tu..." Aisyah menunjuk ke satu arah. "Macam surau. Jomlah pergi sana."
Lina dan Aiman mengikut. Aiman memasuki ruang solat untuk lelaki. Aisyah dan Lina masih mencari tempat masuk untuk ruang solat wanita.


"Numpang nanyak. Siney tempat mpuan?" tanya Aisyah kepada salah seorang penduduk tempatan.

"Sitok." Balas orang itu sambil menunjuk satu arah di sudut surau itu.

"Aok, terima kasih." Aisyah membalas.

Orang itu hanya mengangguk.

Aisyah dan Lina masuk ke ruang solat perempuan yang kelihatan sangat daif. Telekung juga dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

"Kesiannya surau dia macam ni, kan?" Lina memandang sayu.

"Kat KL tu, surau bukan main cantik lagi. Tapi tak ada orang nak imarahkan surau tu. Kat sini, ada je orang nak solat, tapi keadaan, tengoklah…" Aisyah membuat perbandingan.

"Eh, dah bagitau Aiman ke, minta dia tunggu kita?"

"Jap…" Aisyah mengambil telefon bimbit. Memberi mesej kepada Aiman. "Ok, dah. Dia tengah solat tu."

"Jomlah kita solat."

Telefon bimbit Aisyah berbunyi. Satu mesej masuk. "Aiman reply. Ok, I'll wait. Just for you." Aisyah tergelak membaca mesej dari Aiman. "Sengal dia ni."

Lina dan Aisyah mengambil wudhu'. Dalam keadaan serba kekurangan mereka menunaikan solat Zohor dan Asar secara jama'.

Sesudah solat, Aisyah mengambil beberapa keping gambar keadaan surau tersebut.

"Buat apa ambil gambar surau ni?" Lina musykil.

"Saje. Untuk peringatan diri sendiri. Kena sentiasa bersyukur dengan apa yang ada." Aisyah tersenyum.

"Ada-ada saje budak ni. Jom kita shopping!"

"Hoh? Excited bukan main."

Mereka keluar dari surau. Aiman sedang menunggu mereka berdua.

"Saya nak gelang, rantai, cincin, satu set. Mutiara." Aisyah berangan-angan.

"Banyaknya. Over betul. Nak pakai ke mana aje?" Aiman memandang Aisyah, pelik.

"Suka hatilah! Awak kena belikan saya satu set mutiara." Aisyah tertawa mendengar permintaan sendiri.

"Kenapa mesti saya belikan untuk awak?"

"Sebab kalau awak tak beli untuk saya, nanti saya benci awak!" Aisyah ketawa lagi.

"Tak ada, tak ada. Siapa nak belikan untuk awak?"

"Yelah, tak ada siapa nak belikan untuk saya. Saya beli sendirilah. Jom, Lina." Sambil menarik tangan Lina, Aisyah menghampiri sebuah kedai menjual perhiasan mutiara.

"Yang ni cantik tak?" tanya Aisyah sambil menunjukkan seutas gelang kepada Aiman.

"Terus-terang cakap, saya tak pandai pilih benda-benda macam ni." Aiman angkat tangan.

"Ok. Kamu tak belikan apa-apa untuk Kak Hazrin ke?" Aisyah bertanya. Berat hati untuk menyebut nama Kak Hazrin.

"Nak beli apa untuk dia? Tak tahu nak beli apa. Confuse."

"Apa punya laki daa… At least you have to show her your concern."

"Yelah, bagilah idea nak beli apa."

"Dia perempuan. Beli benda-benda macam ni, mesti dia suka." kata Aisyah sambil menunjukkan himpunan gelang-gelang mutiara di hadapan Aiman. Hatinya menahan rasa.

"Ok, Aisyah pilihkan satu untuk saya." Aiman rambang mata.

"Warna kulit Kak Hazrin macam mana?"

"Macam Aisyah." Aiman senyum.

"Ok, perwatakan dia macam mana?"

"Macam Aisyah." Aiman senyum lagi.

"Macam saya lagi? Awak ni tipulah. Mesti ada perbezaan antara kitorang. Kak Hazrin minat warna apa?"

"Tak tau. Awak pilihkanlah. Saya bayar je. Mana yang awak rasa cantik pada awak, saya ikut je."

"Isy, tak senonoh betul. Yelah." Aisyah membelek beberapa utas gelang. Puas menilik, dia memilih seutas gelang mutiara yang diselangi dengan kristal berwarna merah jambu. "Pink, nampak soft je. Sesuai untuk perempuan. Pink juga melambangkan hati dia yang lembut." Aisyah seolah-olah mengenali 'Kak Hazrin'. "Tapi Aisyah tak pernah jumpa Kak Hazrin. Aisyah tak tahu dia suka pink ke tak. Aisyah tak tahu perangai dia macam mana."

"Tak apa. Nampak cantik je gelang ni. Saya beli yang ni lah." Aiman terus menghulurkan duit kepada kakak comel yang hanya memerhati dari tadi.

"Macam mana awak nak bagi kat Kak Hazrin gelang tu?"

"Entah. Saya baru berapa kali je jumpa dia."

"Pos lah…" Aisyah menyarankan.

"Tengoklah nanti macam mana." Aiman menyimpan gelang yang baru dibeli ke dalam beg.

"Beruntung Kak Hazrin…"

"Awak yang paksa saya beli."

"Heisy! Mana boleh cakap macam tu. Kiranya awak tak ikhlaslah keluarkan duit untuk girlfriend awak?"

"Saya mana ada girlfriend."

"Habis Kak Hazrin tu siapa?"

"Kitorang bukan couple pun."

"Tapi awak sayang dia, kan?"

Aiman terdiam.

"Mana Lina tadi?" Aisyah mencari Lina. Lina sedang asyik memerhati rantai mutiara di satu sudut. "Budak ni. Nak jadi 'Mami Jarum' ke?"

* * * * *

Siapakah Hazrin sebenarnya?

* * * * *

"Tak taulah, Lina. Sakit sangat-sangat hati ni. Kenapa aku boleh sayang dia? Sedangkan aku tau dia dah ada Kak Hazrin."

"Sabar Aisyah. Kau kena pandai control perasaan kau sendiri."

"Aku tak suka perasaan ni. Aku benci dia. Aku tak suka macam ni."

"Aisyah, ingat Allah…"

"Lina… aku…"

"Aisyah!"

Belum sempat Lina berbuat apa-apa, Aisyah sudah jatuh rebah.

* * * * *

Aisyah membuka mata. Kelihatan Aiman sedang duduk berhampiran dengan katilnya. Aiman tertidur.

"Aiman…" Aisyah memanggil.

Aiman terjaga. "Aisyah dah sedar? Aisyah ok?"

"Aiman, apa jadi dengan Aisyah?" Aisyah melihat keadaan dirinya. Tiub panjang menghubungkan pergelangan tangannya dengan sebotol plastik berisi cecair yang tergantung di tiang sisi katil.

"Lina kata, Aisyah tiba-tiba pengsan. Lepas tu Aisyah terus masuk hospital ni. Lina dah call ibu dan ayah Aisyah. Kejap lagi diorang sampai." Aiman menerangkan.

"Awak seorang je?" Aisyah bertanya. "Mana Lina?"

Belum sempat Aiman menjawab soalan Aisyah, seorang perempuan tiba-tiba masuk ke ruang wad itu dan menghampiri Aisyah. Aiman hanya memandang.

"Assalamualaikum, Aisyah. Dah sedar ye?" Lembut tutur bicara perempuan itu.

"Waalaikumsalam. Alhamdulillah, dah sedar. Err, siapa ni ya?" Aisyah ragu-ragu.

"Oh, maaf. Saya Hazrin." Hazrin menghulurkan tangan, ingin bersalaman dengan Aisyah.

Aisyah terlihat gelang mutiara di pergelangan tangan kanan Hazrin. Hatinya diruntun pilu. Salam Hazrin tetap disambut. Mesra. "Oh, ini Kak Hazrin. Akhirnya dapat juga Aisyah jumpa Kak Hazrin."

"Aisyah kenal saya?"

"Aiman selalu bercerita tentang akak."

"Apalah yang Aiman cerita pasal saya. Mesti dia mengarut je. Tak payah percaya dia ni." Hazrin tertawa.

Aisyah menangis dalam hati. Raut wajahnya cuba dimaniskan. Ya Allah, kuatkan hatiku. "Tak adalah, semua cerita yang baik-baik. Gelang yang akak pakai tu, dia beli kat Sabah hari tu. Tanda dia ingat akak."

"Tapi Aisyah yang pilih, kan?"

"Mana akak tau?" Aisyah terpinga.

"Aiman bagitau. Sebab akak tak percaya dia pandai pilih gelang cantik macam ni. Mesti ada perempuan yang tolong pilihkan untuk dia."

Aisyah hanya tersenyum.

"Aisyah, thanks."

"Sebab apa?"

"Gelang yang cantik ni."

"Tak adalah. Ikut naluri sendiri je pilih tu. Aisyah nampak yang tu cantik. So, Aisyah ambil yang tu."

Tiba-tiba Hazrin menanggalkan gelang mutiara itu dari tangannya. Dia mencapai tangan kanan Aisyah dan menyarungkan gelang itu ke pergelangan tangan kanan Aisyah.

"Akak?" Aisyah pelik dengan tindakan Hazrin.

Aiman juga berasa hairan. Dia tidak menyangka tindakan Hazrin.

"Akak rasa, Aisyah lebih layak memakai gelang ni berbanding akak. Akak dapat rasakan, Aisyah lebih menyayangi Aiman dari akak. Dan akak juga dapat rasakan Aiman lebih sayangkan Aisyah dari akak. Aisyah lebih rapat dengan dia. Aisyah lebih masak perangai dia."

Aisyah masih terpinga, hairan.

"Aiman, sayangilah Aisyah. Hazrin tetap macam ni. Tak ada yang berubah. Hazrin tak kisah jika ada orang yang lebih Aiman sayang. Hazrin sedia beri peluang. Sayangilah Aisyah." Hazrin terus berlalu.

"Kak Hazrin!" Aisyah cuba berdiri namun pergerakannya terbatas.

Aiman terkaku.

* Tamat *

Nadia Fitri Mohamad Havez

1902 - 080409


Hahaha.. adeii.. ape benda yg aku tulis ni? Cerita ni hanya rekaan semata-mata. Hanya latar tempat dipinjam dari lawatan ke Kundasang tempoh hari. Harap maklum...


(^_^)v



2 comments:

  1. ehem.. hopefully note tu betullah ek.. sebab Lea bagai dapat menghidu sesuatu yang jauh terselindung dicelah-celah denai gunung Kinabalu.. huhu..

    ReplyDelete
  2. wahahaha.. apakah yang dihidu???

    ReplyDelete