Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

12 April 2009

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENGAJIAN PASCA IJAZAH (PPPI) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

A) SYARAT - SYARAT UMUM:

i) Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
ii) Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat PhD pada tarikh memulakan pengajian.
iii) Pengajian adalah secara sepenuh masa.
iv) Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
v) Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
vi) Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
vii) Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk pemohon berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian kelak.
B) SYARAT - SYARAT KHUSUS:
i) Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana
dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.
ii) Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.

CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK

i) Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan.
ii) Mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap.

TEMPOH TAJAAN
Ph.D - maksimum lapan (8) semester
Sarjana – maksimum empat (4) semester
Yuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.


(^_^)v Layakkah aku?


1 comment:

  1. wah nk amik master kah???
    huhuhu... sy pon der terpikir gak psl menda nih....

    ReplyDelete