Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

27 April 2009

In the late memory of Airyz Hanum..

Entah kenapa semalam masa sedang berbual panjang dengan Ira, tiba-tiba Ira tersebut nama Airyz Hanum. Itu membuatkan saya tak sudah-sudah teringatkan dia sampai saat ini, saat nak exam tadi, saat nak study tadi, tengah-tengah jawab exam pun teringat arwah. Wah, kuat betul penangan Arwah Airyz dalam diri saya. Tapi bila teringat arwah, saya rasa bersemangat untuk study. Mungkin sebab memikirkan arwah dah tak ada peluang sambung belajar. Saya yang masih hidup ni, kenalah bersungguh-sungguh. Saya selalu terfikir, kenapa saya teringat arwah waktu Subuh, beberapa jam sebelum arwah meninggal? Bak kata Ira, "Mungkin pada saat-saat akhir arwah kat dunia, arwah teringat kaklong...". Mungkin juga... Cerita dalam entri sebelum ni, dedikasi khas untuk arwah. Arwah sangat rapat dengan saya, baik di SMK Puteri Wilayah, dan di SM Teknik Gombak. Saya rindukan dia...

Sambil bersembang panjang tentang Arwah Airyz, kami berdua berangan-angan (saya seorang sebenarnya) hendak membeli kereta ini!!!




Saya nak yang itam tapi... Ira nak MERAH... kita amik kaler pink lah. Moley tak?? Aku dah gila.. wahahaha

Paper hari ni? Best3... First time dapat jawab 10 pages full tuh!! Wahahaha.. Ku bahagia.. Alhamdulillah... =)


2 comments:

  1. akhirnya.. setiap usaha itu pasti akan ada balasan yang setimpal untuknya...

    buat yang telah pergi, sedekahkanlah al-fatihah buatnya kerna hanya itulah sahaja penghubung antara kita dengan yang tersayang..

    ReplyDelete
  2. :)

    bersyukur...

    tapi paper yang dah lepas tuh takley nak cover dah...

    iak3

    ReplyDelete