Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

26 December 2020

Hamzah Positif Covid-19 (Part 3)

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Ni Part 1.
Ni Part 2.

Mari kita sambung cerita.

Hasil peng-Google-an dan hasil info dari orang-orang yang pernah kena swab test, "Biasanya result dalam 3 hari. Kalau dalam 3 hari diorang tak call tu, negatif la maknanya. Sebab diorang kena call raaamai lagi yang positif."

Aku pun fikir, logik juga. Masa kami buat test hari tu, ada lah nak dekat 50-70 orang yang buat swab test.

Hari pertama, kedua, ketiga berlalu tanpa dapat sebarang berita. Kami sekeluarga dah happy sangat-sangat dah masa tu. Lagipun result aku & Imam dah memang negatif. Tapi mana tahu ada error ke apa kan. Kami yakin kami semua negatif.

Sampailah.... 22 Disember 2020 (Selasa). Maknanya hari ke-8 dari tarikh buat 1st swab test. 

Pagi tu lebih kurang 9.30am, aku dapat call dari PKD Klang (thanks Truecaller!). Balik dari 1st swab test hari tu memang dah ada petugas call reimnd tarikh 2nd test, 24 Disember 2020 di Dewan MPK Meru. So dalam fikiran aku, oh, mesti dia nak remind 2nd test 24 Disember 2020 ni. Before 1st swab hari tu pun dekat tiga kali diorang call, "puan confirm datang esok kan?", "puan confirm datang kejap lagi kan?".

By the way, PKD adalah PEJABAT KESIHATAN DAERAH.

"Hello.."

"Hello, Saya YYY dari PKD Klang. Boleh saya tahu, Hamzah Al-Hafidz, anak Puan?"

Masa ni jantung aku dah berdegup laju. Kenapa dia sebut nama Hamzah seorang?? Allahuakbar, apa ni?

"Ya, Hamzah Al-Hafidz anak saya."

"Hari tu puan ada buat swab test di KK Meru, betul?"

"Ya, betul. Kami satu family buat swab test."

"Oh, satu family ya? Kejap saya kira, 1, 2, 3, 4, 5. Lima orang kan?"

"Ya, betul tu. Kami semua lima orang buat swab test."

"Ok, nama puan, Nadia Fitri, ya?"

"Ya, betul tu."

"Ok, puan macam ni. Result puan sekeluarga negatif. Cuma... Hamzah seorang positif."

Masa tu, aku rasa dah nak jadi macam drama Melayu ke Korea dah. Bila kau terima berita buruk, kan, tiba-tiba phone kau melurut jatuh, mulut ternganga, mata pandang straight.

Tapi tak... Phone aku tak melurut jatuh. Aku masih pegang kuat phone tu. Cuma tangan aku menggigil, mata aku berair je. Imam kat sebelah dah bisik-bisik, "Hamzah? Kenapa Hamzah?"

"Positif?"

"Ya, puan. Hamzah seorang sahaja positif. Maaf ya, puan. Result agak lambat keluar. Tercicir. Boleh saya tahu Hamzah ada menunjukkan apa-apa simptom ke sepanjang kuarantin di rumah?"

"Tak ada. Dia tak ada apa-apa simptom. Masih aktif berlari dan bermain." Suara aku dah terketar-ketar.

"Okay. Puan dan lain-lain, ada tunjuk sebarang simptom?"

"Tak ada juga. Kami semua tak ada sebarang simptom."

"Ok, puan. Memandangkan alamat puan di daerah Petaling, saya akan hantar kes puan ke PKD Petaling untuk mereka uruskan kemasukan ke wad. Untuk kanak-kanak bawah 18 tahun, seorang penjaga kena ikut masuk wad. Boleh saya tahu puan atau suami yang akan ikut Hamzah?"

"Saya, ibu dia."

"Okay, puan. Nanti puan tunggu pihak PKD Petaling hubungi puan ya. Puan ada apa-apa soalan lanjut?"

Aku tengah terketar-ketar masa tu, speechless, tak tahu nak tanya apa, "Macam mana ya Hamzah boleh positif? Allah.. dia tak bersemuka pun dengan close contact yang positif tu. Dan, sepanjang kuarantin ni dia dah main dalam rumah dengan adik-beradik dia. Macam mana ya posibiliti adik-beradik yang lain dan kami yang dah expose selama lapan hari ni?"

"Puan 2nd test bila?"

"24 Disember."

"Oh, tak lama dah. Tak apa puan. Untuk yang lain-lain tu kita tunggu 2nd test je nanti. Puan tunggu je PKD Petaling call nanti. Diorang akan arrange ambulans datang ambil. Cuma saya tak pasti prosedur di Petaling macam mana. Diorang kena tunggu kekosongan wad atau macam mana. Sebab Hamzah kecil lagi, kan. Baru 3 tahun. 2nd test pun tak lama dah. Lagi dua hari."

SPEECHLESS. SANGAT. 

Dia anak yang paling jaaarang keluar dari rumah. Tak pergi sekolah, tak pergi nurseri, Tapi dia positif? Dia pun tak jumpa close contact, tapi dia boleh positif? Dan dia jenis takkan salam orang. Dia punya level maluuu tu sangat tinggi. Biasanya dia akan lari menyorok. Jadi dia tak ada sentuh tangan sesiapa selain kami.

Hamzah lah anak yang paling kerap ingatkan aku tentang Covid-19. "Ibu tak payah lah keluar. Duduk rumah je. Kat luar banyak Covid-19. Tak payahlah masuk office, tak payahlah mengajar, tak payahlah meeting." Tapi kamu yang terkena, nak. Kalau boleh ganti dengan ibu, ibu dah minta ganti dah.

Rasa nak pitam pun ada juga masa tu. Aku bagitahu family, dan rakan-rakan terdekat. Semua terkejut. Ibu, ayah, Eno terus buat test di Avisena sebab diorang ada datang rumah dalam tempoh 14 hari ke belakang. Berulang semula kerisauan aku. Ibu.. Baby... 

Kami pun bagitahu anak-anak, Hamzah positif Covid-19. Hamzah terpinga-pinga, "kenapa Hamzah sorang je kena Covid-19? Abang Fateh dengan Kakak Melor tak ada Covid-19 ke?"

Naifnya soalan dia. 😢

Bila ibu ayah datang hantar makanan kat pagar, Hamzah akan jerit kat diorang, "Jangan sedih. Hamzah sihat je. Tengok ni Hamzah lompat. Hamzah tak sakit pun." 😅

Oh, sepanjang kuarantin, kami tak boleh keluar rumah, ibu ayah yang tolong belikan barang-barang keperluan. Kadang sampai dah siap jadi lauk pun ibu ayah hantarkan. Tq ibu ayah, Saranghae 💓.

Kami tunggu punya tunggu panggilan PKD Petaling. Sampai ke malam resah menunggu. Beg dah siap packing. Hamzah dah masukkan semua mainan yang dia nak bawa ke dalam beg.

"Penatlah tunggu ambulans. Hamzah tidur lah dulu. Nanti ambulans sampai, ibu bangunkan Hamzah, ya?"

Macam mana lahh anak kecil 3 tahun ni boleh relax je.


Sampai hari Rabu, 23 Disember 2020 pun masih tak ada call dari PKD Petaling. Esok (24 Disember) dah nak buat 2nd test. Membazir je kalau warded hari ni.

Aku call semula PKD Klang. maklumkan tak ada terima info dari Petaling. Mereka suruh tunggu, nanti akan inform semula.

Dah malam, aku contact semula PKD Klang. Petugas di sana bagi aku nombor seorang staf Bilik Gerakan PKD Petaling. Aku pun call Petaling, "dia tak ada simptom ya, puan? So esok ada 2nd test untuk puan sekeluarga ya? Kalau tinggal anak yang positif tu di rumah, boleh ke?"

Bijakkkkkkkkkk cadangan tuan. Anak umur tiga tahun nak suruh aku tinggalkan kat rumah sorang?

"Macam mana saya nak tinggal? Dia baru umur tiga tahun. Kalau tiga belas tahun saya tinggal dah. Tunggu ambulans je lah." Nak marah dah ni.

"Oh, tiga tahun ya? Mmm macam ni lah puan. Esok buat 2nd test tu, puan pergi je semua buat 2nd test. Sebab sekarang ni kat Petaling kalau masuk wad pun tak lama. Dalam 2-3 hari dah discaj. Memandangkan anak puan pun tak ada simptom, maka kuarantin di rumah sahaja lah puan ya. Buat 2nd test esok, dan tunggu result 2nd test."

"Jadi lepas keluar result 2nd test, kalau kami semua negatif, maknanya dah bebas lah ya?"

"Ya, betul tu puan. Maknanya dah boleh pergi potong gelang dan arahan kuarantin ditamatkan."

Ok, faham.

Maka 24 Disember 2020 kami buat 2nd swab sekali lagi. Dan sehingga hari ni masih menunggu keputusan 2nd swab. Kuaranitn bersambung sampai 30 Disember 2020.

----- TAMAT ----

Sampai hari ni, kami sekeluarga alhamdulillah masih sihat, tak ada sebarang simptom. Covid-19 memang bunyi scary. Semua orang takut, semua orang kalau boleh tak nak terdedah dengannya. Menurut seorang petugas, once dah dijangkiti Covid-19, badan seseorang itu akan immune dengan virus tu. Dia tak akan menjangkiti orang lain, dah tak akan terkena jangkit kepada diri dia. Dah develop antibodi sendiri lah senang cerita.

Jadi apa yang kita boleh buat, patuhi SOP. Kalau boleh elakkan bersentuhan... walaupun family sendiri, ya I know memang susah gilaaa nak patuh yang ni. Kau balik kampung takkan tak salam peluk cium mak bapak kau, kan? Aku tahu, aku tahu. Cuma tu lah. Kita cuba beringat. KERAP basuh tangan, SANITIZE cepat-cepat kalau tersentuh apa-apa, lepas balik dari luar, terus mandi, baju yang pakai tadi tu terus basuh. Dah settle semua baru datang peluk anak-anak. Susah, tapi nak taknak kita kena buat untuk elakkan orang yang kita sayang terkena jangkitan. Ni aku tengah tambah order lagi spray Dettol tu. Nak kena sanitize satu rumah.

Covid-19 akan jadi bahaya bila terkena orang tua, anak-anak kecil, pesakit yang rendah imun. Bak kata petugas-petugas yang kami jumpa, "kuatkan imun badan." Dan kami bersyukur, walaupun Hamzah positif, dia tak ada simptom, langsung. InsyaAllah, anak ibu kuat.

Jadi marilah kita jaga diri, jaga keluarga. Semoga kita semua selamat dari marabahaya. Aminn. #kitajagakita 







No comments:

Post a Comment