umum berbicara tentang H1N1 sekarang ni. sana-sini sekolah ditutup, IPT ditutup. masuk ni dah 3 orang meninggal dunia sebab wabak yang terlalu cepat merebak tu. sampaikan kawan-kawan sekelas saya ada yang bertanya, "nadia, bila UTM lak nak tutup?". hoh, pada saya, janganlah UTM ni tutup *lagi-lagi saya, sebagai ajk konvo. abislah plan kami yang dari bulan februari dulu tiba-tiba nak hancurkan semua.. huaa!!*. sebabnya, saya punya pendapat yang sama dengan sebilangan orang. kalau UTM ditutup sebab jangkitan ILI tu, pelajar-pelajar dibenarkan pulang. bila semua pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing, dia akan membawa virus tu kat area rumah dia pulak. dan benda ni akan merebak lebih dahsyat lagi ke seluruh negara. hiss.. tak dapat bayangkan *hah, bayangkanlah cepat!*
oleh sebab antibodi saya ni macam lemah la sikit *kurang daya tahan penyakit, eh eh.. tu bukan definisi AIDS ke? eh eh.. bukan bukan.. maksud saya antibodi saya ni tak kuat sangat. senang diserang demam selsema* makanya saya pun terberjangkit dengan virus demam yang sudah dihidapi hampir 500 orang pelajar UTM setakat ni. demam je la.. yang part H1N1 tu, saya tak berani nak cakap *uh uh uh.. kat hutan belakang blok saya ni ada menatang ba alif ba ya tu. mungkinkah?? err.. no no no.. *
saya dah hampir dua hari demam. time malam je, suhu badan jadi panas yang teramatlah sangat. tapi time pagi dia dah ok balik. then maghrib semalam, dia jadi panas sangat-sangat balik. kak roza yang nampak saya pakai blazer dalam ofis pun tanyalah..
kak roza: ni apa kes pakai blazer dalam ofis ni?
saya: sejuklah kak oja... nadia demam balik..
kak roza pun letak tangan dia kat dahi saya *mungkin kat tangan kak oja ada termometer.. kot... ahaha~!*
kak roza: isy, panas ni nadia. jom pergi pusat kesihatan nak?
*nama je pusat kesihatan, tapi kat dalam tu semua orang kesakitan. so ianya bukanlah pusat kesihatan, kan? kan? kan?*
saya: err.. malaslah kak.. demam biasa je ni.. hehehe~ *sempat lagi menyengih*
kak roza: eii budak ni. degil betul... jom pergi pusat kesihatan. akak hantar.
saya: *maka saya pun mengalah*. ok, jom.
huh, bila doktor dah check, bla bla bla.. tanya simptom-simptom, bla bla bla.. tiba-tiba dia pun hulur mask.
doc: nah, awak pakai mask ni, nanti batuk awak tu berjangkit pula kat kawan-kawan awak. awak kena kuarantin sampai jumaat ni. jangan keluar bilik tau! duduk je dalam bilik. nanti berjangkit kat orang lain. rehat dulu kat bilik, ok?
errr... demam biasa tak macam ni kan? kan? kan? selama ni demam, takde lak doc soh duk diam-diam dalam bilik, jangan keluar, kan? kan? kan?
kebosanan dikuarantinkan. huh! tak boleh buat kerja.. sob sob sob...
ala smpi skg sme sht je.. bgos la =)
ReplyDeletemmg sume yg dmm ni diorg suh kuarantin, xbg kuar. sbb xnk jgkit ngan ramai lagi. bukan sbb H1N1..
ReplyDeletek.wani pn dsuruh kuarantin, cma xckp bgtu ngan korg, nti tetiba sume MPP rasa trkena H1N1 plak.huhu.
so skrg ni buat keje dr bilik je, nsib baik ada tenet. kredt pn da byk abeh, kna kol utk brurusn.wlaupn sush bkrja cmni, tp kalo mkin dtgguhkn, mkin byk kje. slgi ada daya utk bkerja, slgi tu akn dlaksanakn.
criestz>>
ReplyDeletetapi dah ada kes kat melaka kan kan kan.. so lebih baik berjaga-jaga daripada terlambat.. betul tak...
@nEQs>>
uhueww... kak.. tapi ada kawan owg pn demam, gi pusat kesihatan, tak kena kuarantin pun... isy3... mebi kita ada simptom ala2 kot.. tapi hr ni dah bebas!! yay!! kak! jom kita kluar bilik! hik3