Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

01 July 2009

Mahasiswa UTM cemerlang diberi pengecualian yuran

JOHOR BAHRU 30 Jun - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan memberi pengecualian yuran antara RM550 hingga RM700 kepada mahasiswa cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 4.00 bagi setiap semester.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Zaini Ujang berkata, antara penuntut yang akan diberikan pengecualian yuran itu ialah bidang teknologi sebanyak RM700, sains gunaan (RM660) dan sains ikhtisas (RM550).

Beliau berkata, langkah itu bertujuan melahirkan lebih ramai mahasiswa berkualiti untuk mendapatkan ijazah kelas pertama dan pada masa yang sama menarik lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pengajian di UTM.

“Bidang teknologi merangkumi semua program di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina seperti seni bina, ukur bahan, perancang bandar dan wilayah serta seni bina landskap.

“Bagi sains gunaan, ia meliputi pengajian di Fakulti Sains, Pendidikan, Sains Komputer, Sistem Maklumat, manakala Sains Ikhtisas meliputi program yang dikendalikan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran laman web sistem profil My Tag oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini.

Zaini berkata, bermula sesi 2009/2010, UTM turut menawarkan satu kursus baru di peringkat sarjana muda, lima di peringkat sarjana dan tiga di peringkat ijazah doktor falsafah.

Beliau berkata, kursus berkenaan adalah Sarjana Muda Perakaunan, Sarjana Sains Kejuruteraan Petroleum, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Bioperubatan dan Kejuruteraan Alam Sekitar.

“Bagi kursus di peringkat ijazah doktor falsafah ialah Kejuruteraan Perisian, Sistem Maklumat dan Kejuruteraan Bioperubatan,” katanya.

Beliau berkata, mulai semester ini, UTM akan memindahkan kursus Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia dan Sarjana Muda Sains Reka Bentuk Industri dari Skudai ke kampusnya di Kuala Lumpur.



berita diambil dari sini



macam banyak je berita UTM lately...



2 comments:

  1. sapelah boleh 4 flat setiap sem tu haha..dean list pun susah bak maintain...^-"

    ReplyDelete
  2. Richeal Phil @ Ritz ^-^>>
    hahaha~ sape yg btuah aja..~!

    ReplyDelete