Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

08 July 2009

Kegilaan yang Dirindui!

teringat zaman-zaman kegilaan pada tahun-tahun awal di UTM *ok, fine. saya mengaku sekarang saya pelajar tahun akhir*. masa tu saya merupakan salah seorang Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 11. macam mana tah boleh terjebak *ceh, terjebak?* dalam organisasa *eh, eh, organisasi* tersebut. oh, saya isi borang, submit, datang interview, then, jadilah timbalan pengerusi (pengurusan) kolej 11 *eh, aku timbalan pengerusi ke dulu ye? swing swing sket. nanti saya tanya Lt. M. Wani d novelist wanabe*.

saya, tuan Lt M. Ilias yang 'cumil', kak bihah chubby chubby dan Lt. M. Wani d novelist wanabe selalu buat kerja gila. apabila membuat kerja gila, bukanlah bermakna kami orang gila. cuma sikit lagi boleh masuk 'Tampoi' bila start buat program.

paling best bila part nak keluar hujung minggu *kau tipu, mana ada hujung minggu. tak hujung minggu pun kau keluar gak!*. masa zaman tu saya definisikan sebagai 'zaman kegelapan' saya. sebab.... teeettttt *sebab perlu dirahsiakan untuk menjaga hati semua pihak. sekian, harap maklum*. paling tak boleh blah part makan. time order tu, saya and Lt. M. Wani d novelist wanabe yang jadik tukang order. sebab kami mampu mengorder makanan lebih hangat dari biasa. eh, lebih banyak dari biasa.

"kak, tomyam campur untuk 3 orang makan, sayur kangkung masak ikan masin untuk 2 orang makan, telur dadar 2, sotong goreng tepung untuk 4 orang makan, asing-asing ye kak sotong tu. tak nak campur. air oren satu jag. 4 gelas ais kosong, eh, nadia tak minum ais. wani pun tak boleh minum ais sebenarnya. maklumlah, palapes. 3 gelas ais dan 1 gelas kosong. nasi putih 5 pinggan. ada lagi satu! ikan siakap tiga rasa!"

tuan Lt M. Ilias yang 'cumil' hanya menggeleng-geleng. kak bihah chubby chubby senyum saje sambil menampakkan ke'chubby'annya.

see.... how mentekederah nye kami berempat? ahaha~ rindunya saat-saat tu!

lagi best dengan gelagat kak bihah chubby chubby. dia biasanya diam aje. tapi saya dan Lt. M. Wani d novelist wanabe selalu menyakat. "eleh, dia tengah panaskan enjin lah tu. sat gi tengok bila enjin dia dah panas. mengalahkan kita larinya."

then kak bihah chubby chubby akan meneruskan ke'chubby'annya sambil membalas "ohh... korang 'menghena' ey?"

ayat 'menghena' tu ada sejarah tersendiri. akan saya ceritakan nanti di lain siaran.

sesi kami tidak habis di situ sahaja. lepas penat mentekederah dekat seafood restaurant dekat-dekat dengan danga bay, boleh pulak kami singgah jalan-jalan kat tepi pantai tu. mulalah yang tengah 'berchenta' duk berangan *
maaf, saya tak boleh bagi tau yang tuan Lt M. Ilias yang 'cumil' tu yang kuat berangan. nanti dia marah saya.* ahaha~ cukup-cukup. kami berempat sama je. heh! tak-tak.. tak sama. ok. tak sama. tapi ketidaksamaan tu yang membuatkan kami serasi bersama.

(^_^)v rindu!

6 comments:

  1. wahaha.. sedapnya menu yg kamu order... masih ingat lg ye menu2 tu... tepat sungguh bilangan dan saiz order kamu tadi... keh3

    waaah! aku juga windu saat2 itu... huhu.. *tiba2 terbyg keenakan ikan tiga rasa kat medan selera sebelah HSA*

    ReplyDelete
  2. LeaQistina>>
    haa~ tu la pasal... tapi medan selera tu dah tak ada dah sekarang.. tak tau nak cari port mana sekarang... sob sob sob..

    ReplyDelete
  3. wahaha.. port tu hilang bersama owg.. keh3

    ReplyDelete
  4. LeaQistina>>
    eceehhh.. bajet port tu ikot kamu la ye? haah! penang kan 'syurga' makanan wahaha! heh, bilalah nak pigi penang.. kita pekena nasi kandaq lak hahaha~

    ReplyDelete
  5. hehe.. mai jgn xmai.. ajak bihah n tuan ilias skali.. pastu kita serang nasi kandaq plak..

    bila lagi kita nk wat sejarah baru... :D

    ReplyDelete
  6. LeaQistina>>
    menarikk.. tp tuan ilias kicik tu msti bz.. almaklum.. nak naik pangkat katanya.. wahaha~

    ReplyDelete