Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

27 December 2010

Princess Charming

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sebelum i kena tampar laju-laju oleh cik naomi kempbell, so better i update cepat kisah ini

Did I Found My Prince Charming?


oho~
sampai mana ye cerita tu? eheh~ i check sekejap ye readers :)

oh, sampai UPT ye? ok, let's start the story.

lepas je nurse tu cucuk tangan i amik darah dan buat UPT, then dia suruh i tidur. oh my... macam mana i nak tidur kan? perut i sangat sakit. air mata dah mengalir masa tu. bukan apa, sebab tahan sakit. then i panggil nurse. i told her, memang sangat sakit, yang i tak boleh tidur. nurse tu bagi i telan ubat tahan sakit dan ubat tidur. baru berapa minit letak kepala atas bantal, i sudah hanyut. zzZzZZZzz~~~

i memang tak sedar apa, maknanya ubat tidur memang sangat kuat. buka je mata, tengok-tengok dah pagi, dan lebih memeranjatkan i.....








my family, i mean, hot mommy, daddy cooL, engineer tupperware and eno wutta wutta dah ada depan mata i right masa i celik mata.


duhhh~~ cepatnya diorang sampai dari KL?

i tengok jam, pukul 9.00pagi. ye, ye. memang i terlepas subuh hari tu. tidur pun pukul 3 nak dekat pukul 4 pagi, kena pula makan ubat tahan sakit dengan ubat tidur, mana tak terlajaknya. i turun katil and perform subuh first.

lepas 'subuh', nurse pesan kat i, jangan makan dan minum *sebenarnya dari malam sebelum tu dah pesan.* sebab nak operate kan. dalam pukul 2.00petang.

masa i ditolak masuk ke dewan bedah, hot mommy and daddy cool tak ada kat katil i. but masa tengah-tengah kena sorong tu tiba-tiba bertembung dengan diorang di tengah jalan then diorang pun ikut sekali. i tak boleh lah kalau my parents follow sorong i ke dewan bedah. lagi-lagi hot mommy. because of her eyes. sayu seyh hati ni. elok-elok i ni cekal lagi kuat hati kan, jadi nak menangis kalau tengok muka dia. aih~!

masa first operation, daddy cool siap follow masuk dalam operation theater tu. 2nd operation diorang tak sempat sampai hospital sebelum i disorong ke operation theater. so memang tak pandang muka diorang before operation.

ni 3rd operation, sampai je sempadan yang pelawat tak boleh masuk, my mom dah menangis. haaa... tengok... ini sebab i kurang suka kalau they all ikut sorong i. nanti i pun nangis...

sayu je dia tengok i kena tolak masuk operation theater dari tingkap kecil kat pintu tu...

aisy~!

ada satu insiden yang i memang tak boleh lupa masa i dah masuk dewan bedah ni. masa tunggu Q nak masuk which operation theater, i masih relax. pengalaman 2 kali pembedahan sebelum ni buat i rasa biasa saja, dan tahu segala prosedur sebelum pembedahan.

lepas tu i ditolak masuk dalam salah satu operation theater.

mata i dah pandang lampu bulat-bulat yang macam spotlight kat atas tu. baju pembedahan i pun dah ditanggalkan dan diganti dengan selimut. i sempat minta selimut extra lagi sebab memang sejuk. macam dalam freeze plus u tak pakai apa-apa okay...

wayar-wayar semua dah letak kat badan i. doktor ke pembantu doktor tah, dah tanya i nak bius separuh ke bius penuh. i minta bius penuh. i tak mahu tengok proses pembedahan. theee~~~

then tiba-tiba staff nurse tanya,
"eh, patient ni siapa in-charge?"

suasana dalam operation theater tu tiba-tiba jadi kelam-kabut sebab rupanya belum ada doktor untuk in-charge i. i dah pelik. sedangkan mata i dah semakin layu sebab ubat bius dah mula jalankan tugasnya. lepas tu i tetttttttttttttttttttt.................... zzzZZZzzZZz~~






hah! mata i terbuka!

aduiii~~~~ satu pengalaman yang paling i tak boleh lupakan, operation belum lengkap sepenuhnya, tapi kesan bius i dah habis~~~

can you imagine macam mana i rasa masa diorang tengah godek-godek perut i, mata i dah terbuka. i menangis. serius. sebab sakit weyh! tapi dalam masa yang sama badan i sangat lemah, i tak boleh bergerak, kaku, tengok saje doktor habiskan tugas dia. Allah je yang tahu peritnya masa tu!

seorang nurse perasan mata i dah terbuka.
"eh, patient dah sedar!"

memang perut i tu tinggal nak kena tampal dan bersihkan saja. sakit. ini pertama kali, i tersedar dari operation, masa i masih dalam operation theater. sakit....

i disorong keluar, Q lepas habis operation. i masih kaku. nak muntah tapi sangat tak berdaya. i toleh kiri. i nampak pintu yang ada tingkap kecil tu. i nampak hot mommy kat tingkap tu. dia masih di situ.

memang sakit perut ni. i disorong keluar. hot mommy and daddy cool terus serbu ke i. hot mommy cium-cium muka i. eheh. i takde respon. kaku ye.

itu je lah kot kisah operation ketiga ni. 2 minggu hot mommy duduk arau, jaga i. sebab i tak boleh balik KL. hentakan dalam bas tu membahayakan luka perut i. jauh tu dari arau ke KL. silap-silap bekas operation tu boleh terkoyak. so, doktor suggest untuk tinggal di perlis sahaja. jangan balik KL.

alhamdulillah, hot mommy and daddy cool diberi tempat penginapan oleh pihak pengurusan matrikulasi perlis. sekali dengan both my sis. after 2 weeks, my parents kena balik KL sebab banyak baju orang dah tertangguh. tak berjahit.

engineer tupperware saje yang tinggal, jadi my nurse. sebab i masih belum boleh bergerak sangat, so dia bangun pagi-pagi masakkan bubur nasi untuk i, ambil lauk dari makcik cleaner *makcik ni sangat baik hati, hari-hari masakkan lauk ikan haruan untuk i... terharu!!!*, papah i ke kelas *uolls~ bayangkan kelas kat matrik tu, jejauh naaa susunan blok-blok dia*, plus engineer tupperware pun tak kisah, tak rasa malu ikut sama masuk dalam kelas i, konon jadi student matrik juga walhal dia baru form 3 masa tu, uolls~ ada tak adik macam ni?

dia juga yang papah i ke tandas...

dan dia tak kisah menghabiskan cuti hujung tahun dia dengan menjaga i yang baru lepas pembedahan ni, sedangkan kawan-kawan dia semua sedang bergembira pergi tengok wayang and bercuti dengan family...

but she was there, helping me, jaga i, jaga makan minum i, and more than that, she also help me while study sebab i tertinggal banyak bab lepas cuti berminggu-minggu lepas pembedahan. i mean, dia tolong salinkan tutorial dan buatkan nota untuk i.

there she is, my sister.

ni engineer tupperware. eno wutta wutta pun ada kisah dia sendiri.

very proud to have them in my life

No comments:

Post a Comment