:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
tak tahu apa angin yang masuk dalam badan. tiba-tiba terfikir nak masak popia. ni semua kesan hot mommy and daddy co0L tak ada kat rumah selama 5 hari sebab balik kampung, uruskan jenazah arwah atuk *oh oh, rasa nak menangis*.
sebagai wanita berkerjaya yang tak ada assistant nak uruskan hal ehwal rumahtangga, maka seboleh-boleh i akan masak lauk yang sangat simple untuk eno wutta wutta breakfast and lunch. biasa ada ibu sekali di dapur. ni sorang-sorang di pagi buta, eno wutta wutta sedap membuta sebab masa malamnya dipenuhi dengan download muvee dan lagu kegemaran sampai pagi buta, memang pukul 5 pagi lah i bangun sorang -_-"
*dah lah i memerlukan sejam setengah untuk bersiap pergi kerja... theee~~~*
so, dengan penuh sifat kemalasan, malam sebelum tu, i pergi jusco, beli daging kisar sajoh! haha. pemalas kan? bukan, takut tak sempat basuh ayam or daging tu. i ni memang jenis basuh ayam ikan daging sotong udang lama-lama. kalau boleh semua lemak tu hilang terus. dengan daging-daging tu hilang. yang tinggal nak masak...... errr......
so daging kisar adalah pilihan terbaik untuk menjimatkan masa untuk si pemalas macam i *siapalah nak ambil buat isteri menantu bagai... sob3~~~*
lepas tu, perah otak. nak masak sambal tumis ke, gulai ke *bahah! dapat bayangkan tak rupa daging kisar kalau masak gulai? -_-"*, padprik ke, masak kicap ke, aa.. i nak masak telur bistik.
eh eh. masak sambal tumis sudey (:
berbekalkan bawang merah, bawang putih, cili boh *tengok, bukti pemalas, cili pun dia bantai cili boh je, siap blender sudaaa*, garam dan ajinomoto, siap suda sambal daging tumis i...
rasa sikit.
eh, 'macam' sedap. 'macam' ok?
ok pass.
sempat melantak dulu sebelum pergi kerja (:
daging kisar macam ni, sumbat dalam tauhu, sedap ni kan? tak pun buat samosa or popia ke. biasa orang buat inti kari. errr...
i pun pergi jusco esok malamnya, beli kulit popia pula, and another daging kisar.
hot mommY and daddy co0L balik malaysia that night. sampai rumah, hot mommY bertambah nasi sampai 3 pinggan dengan lauk daging kisar.
senyum puas. ok ok. tak mau perasan lebih, sematkan dalam fikiran, 'ibu lapar tu... sebab tu makan banyak...'
but suddenly,
"nadia, sedaplah awak masak macam ni. esok masak lagi..."
ok, people. sila ke sinki untuk muntah pink sekarang.
hahah~
dah duduk depan PC balik?
ok, i sambung cerita.
"ok, lepas balik kerja nadia masak lagi." anak solehah lah katakan. sila muntah pink sekali lagi. i dah penat tahan hidung kembang ni. hahaha~
ok, meh i sambung stori.
so malam semalam, i buat lagi sambal tumis tu, but tiba-tiba *music horror sikit*.....
taraa.. i keluarkan kulit popia, then main gulung-gulung popia dengan eno wutta wutta... best! ini pertama kali buat popia. memang kekok lah nak menggulung sampai eno wutta wutta kata,
"kaklong tak pernah tengok ke orang gulung popia kat bazar ramadhan?"
ok, ok my bad. i tau telan je.
oh ya, fyi, family kitorang memang bukan jenis masak-masak kuih wut so eva ni. so i memang tak ada ilmu yang diperturunkan dari hot mommY tentang segala macam jenis kuih.
masak lauk, boleh la...
popia siap gulung, eno wutta wutta said,
"inti yang penuh dan sedap. eno nak jual kat kawan-kawan eno, ok tak kaklong?"
mata i dah shining-shining. "ok ke? laku ke?"
"mesti laku!"
ok, i semangat! hahah! sanggup! demi menambah duit dalam tabung ayam.
hot mommY tak mau popia goreng. so i kukus popia itu. macam popia basah. tapi inti sambal tumis.
tak sempat apa-apa, popia dah habis. errr.... terbukti sedap. hahahaha *nak pergi sinki lagi ke tuan-tuan dan puan-puan?*
tapi pagi tadi incik-perasan-hensem komen *urgh~ pagi-pagi dah mengomen popia i!*
"ok, tapi........."
aahh~ tak suka ada tapi tapi ni. takpe takpe, sebarang kritikan diterima dengan hati terbuka. perlu! untuk memastikan popia yang bakal dijual laku di pasaran tempatan dan antarabangsa.
"apsal tak basah macam popia biasa ye?"
"maksud awak?"
"yela, biasa kalau makan popia kan, inti dia macam ada rasa basah-basah sikit."
"awak, saya memang buat inti sambal tumis. kalau inti macam orang lain, tak ada kelainanlah popia saya. macam mana nak laku?" hahah! bekap diri sendiri.
"ok, tapi..."
urgh~ tapi lagi?
"kulit popia ni liat. apsal awak tak goreng?"
"banyak minyak, tak bagus untuk kesihatan. lagipun ibu tak suka yang goreng..." sengih.
"ok, reason yang bagus. saya rasa kena tambah masa kukus tu sikit. kenapa tak letak sayur? taugeh ke?"
"letak sayur cepat basi." 'kata nak pasarkan sampai ke antarabangsa...' hahahahaha...
"ok la ni. saya habis makan satu tupperware. boleh jual. lulus. saya bagi A-." ketawa.
"A- je?" buat muka tak puas hati.
"cukuplah tu. kang awak perasan lebih."
isy!
so, i nak jual popia untuk tambah pendapatan keluarga. keluarga?
uolls~ nak jual apa?
(^_~)v
nakkkkkk!! ok bg saya satu tupperware gak. lepas ujian sy bg markah baru kata ley jual atau tak :P
ReplyDeletenaomiashikin::
ReplyDeletepercayalah, budak kecik akan bagi budak besar A++++ :)