Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 December 2010

Janganlah Menangis, Sayang..

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ohohoho~

bangun pagi tadi agak lewat sikit. dalam 6.45 pagi. errkk~ buka je mata nampak si eno wutta wutta dah ada atas sejadah. wah, awalnya! pukul berapa si kecik ni bangun tadi?

pelik kejap. apsal dia ni bangun awal sangat?

oh oh.. hari ni kan result PMR keluar.

i sengih. ok, nadia. sila segera ambil wudhu'. pukul berapa kau nak solat subuh ni?

berlari ke tandas. oh tak. tak berlari pun. berjalan dengan pantas :)

selesai solat, lakukan rutin harian, kemudian tanya si kecik,
"kalau dapat 8a, eno nak apa?"

"eno tak nak apa-apa"

pelik, biasanya dia ni jenis meminta reward. tak apalah. diam saja. lagipun dia tahu gaji i masuk bila, tahulah dia masa tu akan call i di office, minta bawa ke wangsa walk.

i bagitau dia,
"kaklong rasa eno dapat 6a je."

"apa yang b?"

"bahasa melayu dengan pendidikan islam"

"kaklong jahat!"

senyum. :)

i pergi office dengan rasa tenang. hujan renyai. i set dalam kepala, pukul11 pagi nanti i call dia.

ok, tadi dah call dia. i tak dapat dengar apa selain suara budak kecik menangis.

"eno dapat berapa?"

dia menangis lagi.

"la.. eno menangis ke?"

eno ni hati dia kuat. sangat jarang dia menangis melainkan kalau sedih sangat sangat sangat.

i dah tak sedap hati. dia menangis teresak-esak.

"7..."

"7a ke? lagi satu apa?"

"agama..." dia menangis lagi...

"lah, janganlah menangis. kaklong ingat dapat 4a je..."

"kaklong jahat, eno tak nak bercakap dengan kaklong." terus dia letak phone.

eheh!

serius i ingat dia dapat 6a sajoh. ala sayangku. 7a tu kira hebat juga. ya, pendidikan islam. tu silap kaklong kot. tak apa, nanti tiap minggu ikut kaklong pergi usrah, ok?

atau eno menangis sebab kalah dengan kaklong dan kak ira?

oh oh, sikit pun kaklong tak rasa macam tu.

ya adik-adik semua. walaupun result PMR gempak, result SPM gempak, itu semua tak menjamin kegempakan uolls~ masa kat U nanti.

percayalah, usaha berterusan itu perlu.

dan tak ada A masa exam pun bukan menjamin uolls~ akan gagal masa depan. kalau uolls~ rajin usaha, insyaAllah, tak payah A masa exam pun, rezeki akan ada. cuma usaha kena kuatlah. tanamkan dalam hati,

gagal sekali bukan selamanya gagal...

dan juga, kalaupun uolls~ stret A masa exam, tak menjamin uolls~ akan berjaya sampai akhirat pun. jangan lupa diri.

apa pun, anggaplah ini peringatan Allah untuk tingkatkan lagi usaha.

chill beb! masuk gaji nanti kaklong bagi....

urmm~ tak mau janji apa-apa lagi :)

dan tahniah untuk adik-adik di luar sana yang dapat 8A... yang tak dapat tu, ingat pesan i ye, gagal sekali bukan maksud sampai tua pun uolls~ gagal. yang penting

usaha-doa-tawakal

insyaAllah

^_~

No comments:

Post a Comment