Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

17 September 2011

Rahsia Gigi Putih Bersinar-sinar

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hye hello hai readers! sudah lama kita nggak ketemu ya! al-maklum beraya sakan. :) bukan i lupa kat blog i ni. bukan-bukan. ok, sempena bulan yang penuh dengan open house ni, meh i share dengan uolls~ cara memberus gigi dengan betul sampai gigi nampak bersinar-sinar dan orang lain kena pakai spek hitam nak tahan silau gigi...

:D *tunjuk gigi sikit*

gigi saya. putih tak?


eheh~ sorii la macam tak cantik sangat lukisan gigi i tu. bilangan gigi pun macam tak cukup. tak apalah, asalkan uolls~ faham macam mana nak berus gigi dengan betul ye?

i dah praktikkan teknik gosok gigi ni sejak darjah 2. alaaa zaman yang akak-akak misi datang sekolah lepas tu cek gigi kita 2 kali setahun. sebelum jumpa akak misi, kita kena beratur, pegang kad gigi kaler hijau. ada yang kena cabut gigi, tampal gigi. err ngeri!

satu hari tu, akak misi yang cantik ni, datang ajar kami cara gosok gigi yang betul. kami semua duduk kat padang sekolah, bawah pokok, dengan kole berisi air di tangan, berus gigi dan ubat gigi di mulut, kami gosok gigi ramai-ramai.

Step 1:

pertama sekali, gosok atas bawah atas bawah atas bawah start dari belah kiri sampai ke belah kanan.


Step 2:


Dari bahagian dalam gigi, berus ke luar untuk kedua-dua gigi atas dan bawah, dari kiri ke kanan.



Step 3:

Berus bahagian permukaan atas gigi, bahagian kiri, bahagian kanan, gigi atas dan gigi bawah.


Step 4:
Last step, bahagian permukaan depan gigi.


Senang kan? hahaha... sila amalkan setiap kali memberus gigi. Setiap satu bahagian, i akan kira berus 8 kali. Kalau gigi uolls~ kurang rata sikit, jangan dilupa bahagian celah-celah gigi yang berselisih tu pun perlu diberus.

Satu lagi perkara baik yang perlu diamalkan ialah, jumpa doktor gigi 2 kali setahun. Tak ada yang menakutkan. Seronok sebab doktor akan cuci gigi. So kalau ada kotoran yang terselit kat geraham tu, doktor akan cucikan. Yelah, kadang-kadang berus gigi tak sampai tempat-tempat tersorok.


Happy Holiday guys! Dan selamat memenuhkan perut dengan jemputan rumah terbuka.


^_~

No comments:

Post a Comment