Bismillahirrahmanirrahim~
Mari review SOLUSI bulan ni. Edisi ke-22. Fokus utama, tentang doa. Mesti kita semua pernah dengar, "Doa adalah senjata orang mukmin". Ye, senjata. Tapi ramai antara kita yang tak gunakan senjata tu dengan baik. Tak manfaatkan senjata yang ada.
Eheh. Masa kecil-kecil zaman naïf tulus suci murni dulu kan, ustazah ada pesan,
"Sentiasalah berdoa kepada Allah, sebab doa tu senjata orang mukmin. Kepada Allah tempat kita nak meminta, kepada Allah kita bergantung."
Sebagai kanak-kanak yang sentiasa curious, I pun wondering,
"Kenapa kita kena berdoa? Sedangkan Allah kan Maha Mengetahui apa yang kita nak? Allah kan tahu apa yang kita inginkan..."
Sampai satu tahap masa kecil-kecil dulu, I hanya berdoa,
"Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang hamba-Mu ini inginkan. Amiin..."
Tak lama lepas tu, I terbaca satu artikel. Kesimpulannya macam ni,
Allah Maha Mengetahui segalanya, namun sebagai hamba,doa tu perlu untuk menunjukkan kesungguhan kita ke atas apa yang kita inginkan.
Sebagai contoh, kita ada pembantu rumah lah kan. Satu hari kita masak sedap-sedap. Dan kita tahu, dah tentu pembantu rumah kita nak rasa makanan yang kita masak tu. Ya, kita tau sebab pembantu rumah tu terjengah-jengah ke dapur, sampai dah meleleh air liur. Sebagai pembantu rumah (hamba), dia meminta sedikit makanan tu. Dan sebagai tuan rumah yang sangat pemurah dan baik hati, tentu kita akan bagi makanan tu kepada pembantu rumah kita selepas dia meminta.
Kenapa tak terus bagi je tanpa meminta-minta? Kata tuan rumah tu baik hati.
Lepas pembantu rumah meminta, baru tuan rumah nampak yang pembantu rumah ni benar-benar ingin rasa makanan tu.
Betul tak?
Macam tu jugaklah kita sebagai manusia ni, hamba pada Pencipta. Doa tu tanda pengabdian kita pada-Nya. Tanda kita mengakui kekuasaan-Nya. Siapa kita nak melawan Dia.
Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya. Janganlah putus asa, dan jangalah tiba-tiba kita rasa Allah takkan makbulkan doa kita. Hoh, kalau doa hat buruk-buruk tu memanglah Allah tak makbulkan.
Ibarat seorang anak minta ibunya belikan arak. Takkan ibunya belikan, kan?
Allah sentiasa sayang hamba-Nya. Sebab Allah Maha Penyayang. Tak sekarang, nanti Dia akan makbulkan. Yakinlah.
Mungkin kita ni manusia tak sedar. Allah dah bagi banyak dari apa yang kita minta. Mungkin juga, kita ni tak sedar, tak bersyukur tiap kali permintaan kita dimakbulkan. Manusia sentiasa ada kekurangan.
Ada satu kisah tentang doa dan keyakinan ni. Nak baca ke? Tak nak baca, boleh tutup page ni. Kalau nak baca, sila teruskan. Saje nak kongsi cerita best ni. Kalah cerita Twilight.
Alkisah zaman dulu kala. Ada satu family ni, hidup susah. Family ni terdiri daripada suami, isteri dan seorang anak. Walaupun family ni susah tapi keimanan mereka tinggi. Suami isteri ni selalu didik anak mereka supaya yakin dan percaya dengan kewujudan Allah s.w.t.
Satu hari si ibu cakap kat anak dia, "Allah tu Maha Penyayang. Dia akan bagi apa yang kita minta."
Si anak tu tanya, "Macam mana kita nak meminta daripada Allah?"
Ibu dia jawab, "Pergilah ke tingkap, tadah tanganmu ke langit dan mintalah pada Tuhan. Dia adalah Tuhan yang Maha Mengasihani."
Si anak ni pun nak test lah. Betul ke apa yang mak dia cakap. So, dia pergi tingkap, tadah tangan dan berdoa, "Ya Allah, aku lapar, aku ingin makan roti."
Si ibu ni mendengar, lalu cepat-cepat dia sediakan roti di meja makan.
Lepas si anak berdoa, dia ke meja makan dan nampak sudah ada roti tersedia. Si anak ini yakin Allah telah makbulkan doanya dan makan dengan rasa penuh syukur.
Begitulah seterusnya anak ini sentiasa berdoa, ibu dan bapanya juga cepat-cepat sediakan apa yang didoakan.
Namun satu hari, suami isteri ni pergi somewhere dan tinggal si anak seorang di rumah. Si anak tiba-tiba lapar dan dia pergi ke tingkap, menadah tangan, berdoa,
"Ya Allah, berilah aku makanan kerana sesungguhnya hamba-Mu ini sangat lapar."
Setelah itu, anak itu terus ke meja makan dan banyak makanan telah tersedia di meja. Si anak pun makan dan bersyukur. Tiba-tiba suami isteri tu pun pulang. Mereka terperanjat melihat banyak makanan di atas meja dan juga buah-buahan di luar musim.
Si ayah bertanya, "Mana kau dapat semua makanan ini, nak?"
Si anak menjawab, "Dari Allah yang sentiasa memberiku makan itulah..."
Suami isteri ni pun realize yang anak mereka dah sampai tahap tinggi keyakinannya kepada Allah s.w.t.
Macam tu lah lebih kurang ceritanya. Tapi ni cerita di zaman Nabi. Masyarakat pada ketika itu iman mereka sangat kuat.
Siapalah kita, manusia akhir zaman ni, hendak dibandingkan dengan puncak iman dan taqwa mereka yang sentiasa merendah diri di hadapan-Nya?
Peringatan untuk saya. Dan kita semua.
sama la..dulu aku pun cam 2...
ReplyDeletemizi>>
ReplyDeletehahaha~ ramai org fikir camtu gak ^_