Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 January 2011

Nak Menikah?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

On the way back from UTM to KL, i read a book, 'Buatmu Wanita' karangan Suzana Ghazali, terbitan Buku Prima. pinjam buku ni dari kak ina. sangat menarik. bahasa yang sangat mudah difahami, i boleh baca buku tu non-stop sampai tak sedar i tak tidur langsung dalam perjalanan JB-KL tu.

buku ni cerita tentang hak-hak seorang wanita dari aspek perundangan. bermula dari sebagai anak gadis, sehingga ke alam perkahwinan, sampailah kalau perkahwinan tu berakhir (cerai) *minta dijauhkan*. buku ni bukan sesuai untuk perempuan sahaja, tapi lelaki pun ok. sebab apa yang diceritakan tu memang kisah benar dalam masyarakat kita sekarang *yelah, peguam syarie yang berdepan dengan macam-macam kes hari ini*.

ada satu bab yang menarik dikupas dalam buku tu. bab tonggak bahagia rumah tangga. satu subtopik, peranan dan tanggungjawab suami. ada banyak. tapi ada satu yang dikupas dengan sangat panjang lebar;

'Memberi nafkah zahir yang sempurna mengikut kemampuan'

i just nak petik some of ayat-ayat quran dan hadith yang berkaitan. oh ya, ni yang i paling suka tentang buku ni. setiap fakta yang dikemukakan berlandaskan dalil dari quran dan hadith. islam is our way. so bila tiap fakta disokong dengan dalil-dalil ni, bermakna itu adalah fakta yang konkrit.

Firman Allah SWT yang bermaksud,
Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
- Surah An-Nisa' : 34

Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberkati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlaku kesusahan.
- Surah Al-Talaq : 7


Diceritakan Hakim bin Muawiyah bin Hidah al-Qusyairi RA pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW (bermaksud);
Wahai Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suami? Rasulullah SAW bersabda: Memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.
- Hadith riwayat Abu Daud

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) pada jalan Allah, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.
- Hadith riwayat Muslim


Satu lagi sabda Rasulullah SAW bermaksud;
Tiada pekerjaan yang lebih baik daripada seorang lelaki yang bekerja dengan tangannya sendiri dan tiada infak (perbelanjaan) yang lebih baik daripada seseorang memberikan nafkah untuk diri dan keluarganya, anaknya, pembantunya dan semua itu dihitung sebagai sedekah baginya.
- Hadith riwayat Ibnu Majah
i petik direct dari buku dia ye.

saya pernah ditanya, benarkah tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri akan gugur sekiranya si suami telah memberi izin kepada isterinya untuk bekerja? sebenarnya, satu perkara yang saya yakin memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja.

masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan e-mel sebegini kepada saya walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian daripada saya.

islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. makan minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

malahan sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang-alik si isteri ketika bekerja. segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami, sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri.

cuma, demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi meringankan tanggungan suami. membantu meringankan bebanan dan tanggungan bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab.

bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upaya bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri. saya pernah ceritakan kisah suami sahabat saya yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga walaupun isterinya bekerja. inilah lelaki sejati yang menghargai isterinya.

namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. kebanyakan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku jugak sebab aku ni suami, isteri kena ikut kata aku. hmm... memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

pelik kan? bukannya tak tahu memberi nafkah dan menanggung perbelanjaan rumah tangga adalah kewajipan suami. masih tak faham? apa yang tak faham lagi? kalau tak ada ilmu agama sekali pun, adat masyarakat jelas mengatakan bahawa suami berkewajipan ke atas isteri dan anak-anak. berkewajipan dalam erti kata perlu memberi makan minum, pakaian tempat tinggal yang sesuai untuk isteri dan anak-anak. itu adalah kewajipan asas, belum dikira tanggungjawab mendidik, membimbing, memberi ilmu kepada isteri dan anak-anak.


banyak lagi yang menarik yang diceritakan dalam buku ni. terutama bab-bab tanggungjawab ni. oh, buku ni tak bias. ada juga dia sebutkan pasal isteri juga. what the do's and dont's.

kadang-kadang kita ni fikir nak menikah, nak cepat menikah. perkara asas yang terlintas bila cakap hal menikah, mesti hal duit. duit hantarannya, duit kendurinya. tapi kita tak boleh lupa, yang paling penting adalah penuhkan ilmu di dada. pada i, bila ilmu asas tu dah mantap, barulah kita boleh dikatakan bersedia untuk berumah tangga. ini, tanggungjawab pun tak faham, nanti dah menikah jadi banyak salah faham. tu yang banyak kes bercerai-berai tu. sebab tak tahu tanggungjawab sebenar, bila tak tahu, tak mahu belajar, tak mahu membaca, tak mahu bertanya kepada orang yang berilmu.

ya, i belum menikah so tak tahu asam garamnya macam mana, i tak layak untuk bercakap lebih-lebih. cuma satu yang i tahu, kalau islam adalah cara hidup kita, islam adalah pegangan kita, quran dan hadith adalah manual kita, insyaAllah, dunia dan akhirat kita dapat. janji Allah tu benar.

benar.

^_^


2 comments:

  1. buku yg awak ckp tu mcm menarik. terasa mcm nk pergi beli pulak buku tu eventhough muda remaja lagi. hehe.

    ReplyDelete
  2. ijah emotemo::
    carilah buku tu.. memang sangat menarik ^_^

    ReplyDelete