Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

15 January 2011

Senarai Kesyukuran

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

kadang-kadang, kita tak jangka rezeki Allah nak turunkan tu, bila-bila masa je, kan? kita pun tak boleh nak jangka dalam bentuk apa, bantuan tu Dia nak bagi.

ya, kita perlu jadi hamba yang bersyukur. kita tak sedar pun yang sebenarnya setiap hari kita kena bersyukur. bukan apa, yelah, setiap hari kita diberi nyawa untuk hidup lagi, kan? bersyukur masih dipanjangkan umur.

bersyukur juga sebab masih boleh bekerja. fizikal dan mental masih boleh bekerja dengan baik. turun site, keluar masuk hutan pun boleh lagi walaupun dah kena marah dengan inchik baik. sorry. thee~

bersyukur sebab mampu guna nikmat yang diberi Allah untuk mencari rezeki yang halal. bila-bila Allah boleh tarik nikmat.

bersyukur lagi sebab mampu pegang duit sendiri. walaupun masih blur blur nak manage duit.

bersyukur sebab rezeki yang ditambah. alhamdulillah, makin selesa dengan status kerja sekarang.

bersyukur sebab ada peluang baru yang bakal diterokai tak lama lagi. doakan i berjaya! amin :)

bersyukur lebih-lebih lagi sebab dapat jalani kehidupan yang sangat tenang sekarang.

bersyukur dengan keriangan yang ada di depan mata.

bersyukur kerana Dia sentiasa tunjukkan jalan yang terbaik. percaya pada Dia, alhamdulillah.

bersyukur kerana ada yang sentiasa membimbing, ada yang sentiasa mengingatkan, ada yang sentiasa menegur.

bersyukur kerana dia sentiasa pinjamkan kesabaran, pinjamkan semangat, pinjamkan kata-kata, dan kerana dia ada.

syukur ya Allah atas segala nikmat-Mu yang tak terhingga ini.

2 comments:

  1. alhamdulillah...seeloknya bkn sj kta lahrkan kesyukuran dgn ucapan tp dgn perbuatan...iaitu dgn sjud syukur...insyaALLAH....

    ReplyDelete