Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 October 2012

PD : Muntah

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

6 weeks

dah start muntah. serius sangat tak selesa dengan keadaan loya dan pening dan penat dan mengantuk ni.

rasa nak menangis masa muntah-muntah tapi lega sebab reda sikit rasa loya tu.

dan paling menyedihkan kerja masih bertimbun sedangkan esok adalah hari terakhir kat sini. tengah sangat tak larat dan tak mampu fokus buat kerja ni.

memang tak sempat nak selesaikan semua hari ni dan esok.

T____T

bila terasa tekak perit, badan panas, loya macam ni, pening muntah segala ni, baru terasa macam, "macam mana lah ibu dulu? ibu pun sama alami benda-benda macam ni..."

seronok untuk mempunyai anak, tapi sebelum tu seorang ibu kena berdepan dengan pelbagai cabaran dalam tempoh kehamilan.

no wonder ibu yang meninggal semasa melahirkan = mati syahid.

kepada yang masih ada ibu, sayangilah ibu anda sepenuh hati. you will don't ever know how much your mother sacrifice for you until you're getting pregnant.

untuk lelaki yang bergelar suami, sayangilah isteri yang sedang mengandungkan anak anda sepenuh hati. bukan senang menjalani tempoh kehamilan yang mencabar ni.

dan pesan untuk diri saya sendiri, semua ini adalah latihan untuk cekal, tabah, kuat dan sabar dalam mendidik anak di zaman yang mencabar ni (akhir zaman).

@_____@

1 comment: