:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
Puan Ya berbaring di katil. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Dia perlu tidur awal untuk persediaan mengajar esok hari. Sambil berbaring, dia mengambil telefon bimbit suaminya dan membaca mesej-mesej dalam dalam peti masuk telefon itu. Suaminya Encik Im sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Puan Ya bermonolog sendiri.
Puan Ya : 'Awak'? Siapa pula 'Awak' ni?
Puan Ya terus membaca mesej dari 'Awak' itu.
'Goodnight, sayang. Abang baru sampai rumah..'
Dan Puan Ya terus membaca mesej-mesej lain yang nyata merobek hati wanitanya.
Lantas Puan Ya ke ruang tamu. Dia memerlukan penjelasan.
Puan Ya : Abang, siapa 'Awak' dalam handset abang ni?
Encik Im : Yang sayang pergi baca mesej dalam phone abang tu kenapa?
Puan Ya : Siapa dia ni, bang? Abang dah tak sayang saya ke?
Mereka bertengkar. Encik Im masuk ke bilik dan mengunci pintu. Puan Ya menangis.
Siapa 'Awak' ni? Puan Ya tersedu-sedu, kecewa.
Dalam sedang tersedu, Puan Ya membuka mata.
'Ya Allah, Astaghfirullah!'
Puan Ya memandang suaminya yang masih tidur di sebelah.
'Aku bermimpi rupanya. Nasib baik mimpi. Astaghfirullah...'
Puan Ya lalu memeluk suaminya, bagai tak mahu dilepaskan sampai bila-bila. Encik Im terjaga.
Encik Im : Kenapa ni? Kenapa mata sayang berair ni?
Puan Ya : Sayang mimpi abang ada perempuan lain.
Encik Im : Astaghfirullah, dah-dah. Tidur-tidur.
Diam. Mata Puan Ya masih berair.
Dalam diam dia berdoa janganlah mimpi tu jadi nyata!
No comments:
Post a Comment