Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

18 October 2012

PD : what a day

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Week 5

semalam teruk sangat rasanya mood dalam badan ni.

kejap ok. kejap tak. asal boleh marah rasa nak marah orang saje. lepas tu tiba-tiba menangis.

start dengan nak marah dengan orang-orang kat office. dah rasa nak meletup dah masa tu.

lepas tu masa drive balik kerja semalam (malam & hujan), tengah nak masuk simpang, teksi kat belakang hon tak berhenti. sabarlah aku tengah tengok kereta kiri kanan ni!

suddenly takut. takut nak masuk line kiri ke kanan ke. tak nampak. nampak lampu-lampu kereta tapi tak boleh nak anggar jarak kereta. sangat teruk keadaan masa tu! bawa kereta 40-60km/j sahaja sambil nangis-nangis. call suami tak angkat. dia tengah solat maghrib kot. then he called me back. nangis-nangis mengadu. aduhai!

then tiba-tiba stuck dekat simpang empat yang dekat dengan rumah. stuck di tengah-tengah simpang dan i don't know what to do! semua orang pun honked me dan rasa takut yang amat masa tu, Allah je yang tahu.

sampai rumah terus solat maghrib dan tunggu suami balik. tertidur. letih. letih sebab layan mood tak menentu.

he safely arrived home then hugged me. tight. tiba-tiba saya nangis and ya Allah kenapa cengeng sangat ni?

i read, memang early pregnancy ni mood tak menentu. tapi tak sangka sampai macam ni sekali. dahsyatnya.

dan pagi ni perut cramp. datang office pun lewat sikit. nak bagi cramp reda.

rasa nak letak benda ni kat belakang kereta.


dengan harapan tak kena hon banyak-banyak kali lagi.

serius!


2 comments:

  1. ciannye..ssabar banyak2..jangan stress2 tau..xelok.. selawat..istigfar..bc doa banyak2..semoga dipermudakan..aminn

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak..
    awak ok tak hari ni? kesian awak.
    awak kena banyak istighfar.. banyak berdoa, semoga awak sihat sentiasa.

    saya takut lah, rasanya lebih baik awak jgn drive sendiri for this moment. bahaya..

    ReplyDelete