Nikmatnya! Bila akulah orang terawal sampai di tempat diskusi. Dan datang dengan penuh semangat untuk siapkan assignment.
Nikmatnya! Bila mampu luangkan masa dengan penuh konsentrasi untuk diskusi. Tanpa ada gangguan dari mesej-mesej yang bertanya tentang kerja. Dan mampu menyiapkan diskusi dalam tempoh yang singkat!
Nikmatnya! Bila mampu duduk di bilik sendiri untuk jangka masa yang lama. Tanpa perlu bergegas ke sana ke mari memikirkan segala jenis masalah dalam dunia.
Nikmatnya! Bila keretaku mampu diparkir lama di hadapan blok MA1. Kalau tak, susah nak nampak CBE tu kat blok MA1 ni. Ada je berjalan tah ke mana.
Nikmatnya! Bila mampu memberikan sepenuh perhatian untuk Projek Sarjana Muda. Lebih konsentrasi di hadapan laptop. tanpa ada yang peduli.
Nikmatnya! Bila mampu ke sana ke mari tanpa memikirkan perkara duniawi yang tak pernah habis.
Nikmatnya! Bila mampu memilih waktu untuk makan sendiri. Tanpa kekangan mesyuarat sana sini.
Nikmatnya! Bila balik semula ke arked kolej 11 yang hampir dua tahun tidak ku jejak (baca: lepak). Biasanya datangku hanya sebentar. Kini aku mampu duduk lama, memerhati masyarakat kampus yang sudah semakin ramai tidak kukenali.
Nikmatnya! Bila dalam kepala ni tinggal hanya dua perkara terbesar. PSM dan ISLC '10. Dua minggu lagi ISLC'10 akan sedikit demi sedikit meninggalkanku. Tinggal konsentrasi untuk PSM. Aku ingin grad!
Nikmatnya! Menjadi 'orang biasa' semula... Namun segala yang berlaku selama ini juga nikmat. Perjalanan itu terlalu mencabar. Mematangkan diri. Puas dengan apa yang dapat aku lakukan. Namun masih ada yang tak kesampaian. Harap pimpinan baru dapat teruskan.
Tahniah dan takziah!
Zaki, Rajab, Aimran, Izam, Hazman, Leang Huat, Miqdad, Azim dan Yat.
Selamat berbakti, jangan pentingkan diri.
No comments:
Post a Comment