:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
dalam sejarah dulukala, pengantin perempuan masyarakat cina akan memegang buah epal. signifikannya, bagi menenangkan si pengantin yang dah pastinya berdebar-debar menanti saat dinikahkan.
jap
dah macam taip karangan bahasa melayu untuk SPM.
dalam dunia serba mencabar ni, cewah, kita haruslah ada misi dan visi untuk memajukan diri sendiri. cewah sekali lagi -_-"
kisahnya bermula masa saya nak kahwin dulu. bukan main lagi bersungguh-sungguh google cara nak buat handbouquet ni.
dah siap dah 3,4 kuntum. tapi akhirnya terkubur di pertengahan jalan. semuanya pasal konon saya ni pengantin nak DIY semua benda sendiri tapi masa tak cukup untuk diri sendiri.
dengan lambakan kerja yang menumpuk. ok, kita tak nak cerita pasal kerja kat sini.
sudahnya, dek kerana teringin sangat buat handouquet, maka handbouquet direalisasikan lepas kahwin. bukan untuk saya kawen.
tiba-tiba ada seorang kawan ni request bunga tangan untuk hari pertunangan beliau. maka terhasil lah ini,
ok, jangan konfius, kat bawah tu bukan pemegangnya. tu pasu. er, ye, pasu lah kot, kan?
pandangan atas. nampak macam colourful betul eh?
alang-alang saya dah buatkan untuk kawan, maka suami minta saya buatkan bunga tangan untuk adik ipar menikah hari tu.
saya rasa nak try bunga lain, maka terhasil roses ni,
adik ipar yang minta combination merah putih. baju warna kuning katanya.
ni pandangan atas
bunga saya hantar sendiri masa hari nikah mereka. tapi bunga ni dipakai untuk bersanding. saya masih tak dapat gambar dari pengantin.
dan ingat lagi cerita kawan yang bertunang kat atas tadi tu? dia minta buatkan bunga tangan untuk hari nikah dia pula. dia tak kisah warna apa. tapi katanya warna baju nikah adalah putih.
saya membayangkan sejambak ros merah yang nampak 'segar' digabungkan dengan warna putih yang bersih. nampak menyerlah.
maka jadilah ini,
full bouquet of red roses
saya sekadar buat secara suka-suka, demi memenuhi impian kahwin saya dulu. tapi sekarang makin seronok pula. dan saya buat bunga ni di masa lapang, kerana minat.jadi kalau ada antara kawan-kawan yang rasa nak bunga tangan di hari bahagia, boleh tempah, emel ke saya,
nadiafitrihavez@gmail.com
boleh pilih warna. jenis bunga pun boleh saya usahakan.
tak semestinya untuk bunga tangan, projek saya sekarang...
pemegang langsir.
dan pelanggan pertama adalah ibu saya. ibu serahkan kepada saya untuk design macam mana. yang dia tahu nanti dah siap aje.
baiklah, ibu yang sangat supportive.
No comments:
Post a Comment