Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

22 January 2013

Duduk KL Maknanya Orang Kaya, kah? Tak Usah Berlagak Sangat.

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

fuuu~ tajuk macam emo. oh no good no good. emosi yang tak stabil akan merencatkan pertumbuhan otak bayi.

tak baby. ibu tak emo pun. don't worry, ok?

kita lari sekejap dari cerita pasal mak-mak ni.

saya, sebagai orang KL, yang memang sejak lahir duduk kat KL, tak rasa pun macam, "wah, aku orang KL makanya akulah orang paling kaya muahahaha" gelak jahat.

even mereka-mereka yang tinggal di kampung pun, akan pandang, "wahhh nabbb.. anak ko keje kat KL? husyy banyak duit tuuu.." kata makcik mah sambil sinsing lengan. eh, macam nak gaduh lah makcik mah ni.

hakikatnya, hakikatnya, ramai yang terlepas pandang.

ye, memang kat KL ni baaanyak rumah besar-besar, orang pakai kereta besar-besar.

tapi, sebagai orang yang berpendapatan sederhana macam saya ni, ye, macam saya ni, memanglah, konon gaji ribu-ribu sebulan. tapi tolak sewa rumah, duit kereta, duit minyak, duit tol, duit parking bulanan, duit LRT, duit belanja makan kat office (yang mencekik lebih RM10 sehari), paling-paling bersih dapat tiap bulan RM400. cukuplah untuk untuk belanja barang dapur sebulan.

nak beli rumah sendiri? pejam mata aje lah. harga rumah sangat mencekik. harapanlah kalau dapat jumpa rumah harga bawah RM100,000 kat KL ni. yang ada nuuu kat pinggiran kota. cari lah area kuala selangor nunnn. haa satu hal nak pergi kerja kan, jauh.

kalau duduk di kampung, kerja di kampung, rumah sendiri, tanah sendiri, kereta second hand pun, bayar cash takde hutang, duit hasil pendapatan bulanan tu dapat bersih. nak makan ayam, tangkap kat bawah rumah. nak makan ikan, tuuu kat kolam belakang rumah. nak serai, daun kunyit, halia, lengkuas, limau semua petik je kat luar rumah.

beli rumah pun tak semahal kat KL ni. RM100,000 dapat banglo sebijik.

bahagianya hidup.

sebab tu masa balik kampung hari tu, saya nampak adik ipar saya, dah pakai phone Samsung S3.

haaa.. kau ado?

ada kereta pun, hutang.

6 comments:

  1. saya tak duduk KL pon..rumah pinggir kota dlm kawasan jin bertendang (kelapa sawit)...tp harga rumah larrni ni naik mencanak rm481K (3thn lepas sy sign dpt rm295K)... terkujatkan... sebb legoland 15 mnt je dari rumah...cpt betul harga hartanah ni naik...semput mak

    ReplyDelete
  2. setuju.. penat keje sume abes byr utang n keperluan asas.. huhuhu.. lainla yg mmg umah dah besar..kete besar.. gj cukup mkn je kann

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. hehehe mmg duduk KL tak cukup makan ... rela balik kampung tanam kebun je

    ReplyDelete
  4. so truuueee!!! betoll!! balance bulan2 after bayar unifi, bill tepon, tnb,air,ptptn,kutu semua tgl ciputtt...budak universiti lg banyak duit dr aku hoi!

    ReplyDelete
  5. Kos sara hidup di kl mmg tinggi..gaji rm4k pun tk cukup....huuuu..sabar menempuh kehidupan yer...

    ReplyDelete
  6. Salam semua..mmg duk kl nie sara hidup tinggi..sabar jer menempuh dugaan hidup...

    ReplyDelete