Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

07 June 2010

Niat Ikhlas Sesuci Minyak Masak Seri Murni

Bismillahirrahmanirrahim~

urmm~ sedih tengok berita utama sekarang ni pasal Israel. terdiam. tak tau nak kata apa. -_- macam entri yang penuh ilmu dan pengajaran serta renungan tempoh hari, musibah dan hikmah, apa yang berlaku sekarang ni, semua ada hikmahnya. orang-orang yang cekal mesti lulus dalam ujian Allah ni. ala-ala exam kat sekolah. kita berusaha untuk dapat gred yang bagus, macam tu juga ujian dari Allah. mesti kita nak dapat gred yang bagus di hadapan-Nya kan?

ok, tamat sesi renungan di mukadimah entri.

satu lagi musibah berlaku on the way balik dari JB ke KL hari ahad hari tu. ada je benda nak jadi kalau on the way balik KL dari JB kan. macam entri ini. eheh. ni ujian menduga kesabaran.

kejadian ni takdela se'thrill' kejadian yang dulu tu.

alkisah, lepas hantar engineer tupperware ke UTM, maka i and daddy co0L pun pulanglah ke KL dengan menaiki bas. my baby mucuk-mucuk manja si kancil itu dijaga oleh engineer tupperware sob sob sob (T___T). naik bas tetttt *nama bas terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dalam dan luar negara*. jam 1.00 petang, kami membabai engineer tupperware yang menghantar kami di sri putri.

jam 1.30pm i dah start tidur. sangat ngantok, ok.

jam 2.15pm, bas berhenti di kawasan rehat yong peng. ada penumpang yang nak k*****g. bukak je pintu bas, bau asap ala-ala bau minyak dan gas menusuk ke jantung, eh, hidung. i terjaga. daddy co0L turun bawah, beli buah. pakcik driver gi check kat belakang bas.

tiba-tiba pakcik driver tu naik ke bas.
"minta maaf ye. bas ni tak dapat jalan. tangki diesel bocor. habis tumpah sepanjang jalan. kalau gerak juga, nanti bas terbakar. kita dah call company, nanti mereka hantar bantuan. ataupun, kalau ada mana-mana bas ekspres berhenti kat sini yang nak ke KL, boleh minta tolong tumpangkan"

erkk~ i tengah mamai. ayat pakcik driver tu seakan dodoian tidur. haha. sengal. i pejam mata balik. memang tak senonoh budak neh. -_-"

daddy co0L bincang-bincang dengan pakcik driver tu. blablablabla. lepas tu pakcik driver tu inform us, "lagi sejam bas bantuan akan sampai".

erkk~ daddy co0L mengandaikan ayat pakcik tu hanya pemanis bicara semanis madu seulas pinang sahaja. maka, daddy co0L pun sangat gigih pergi bertanya setiap kereta yang rehat di situ, kot kot la ada yang ke KL, boleh tumpang.

usaha daddy co0L nyaris-nyaris berjaya, bila ada seorang brader ni nak ke seremban, boleh tumpangkan. tapi, tak jadi pulak, sebab apa tah, i pun tak brape pasti.

lepas tu, daddy co0L pun mengajak i buat benda yang sama. sebab, i perempuan. maybe orang akan lebih percaya kalau perempuan yang mintak tolong. hehe~

i pun lepak kat parking kereta. tunggu mana-mana kereta yang ada sorang je dalam tu.

sasaran pertama: sebuah unser
bilangan penumpang: 0
bilangan pemandu: 1, takkan lebih dari 1 pulakkk~

i : assalamualaikum, encik. *alolo sopannya.. anak sapa nih! [bluwekk]*. encik nak ke arah mana ye?
incik unser: saya nak ke KL.
i : oh! boleh tak saya dengan ayah saya nak tumpang? bas yang kami naik, rosak. *muka sedih + risau*
incik unser : oh, boleh boleh. tapi saya nak pergi toilet sekejap.
i : terima kasih, encik!

wahh~ lega.. incik unser tu hantar kami sampai depan rumah. syukur, masih ada masyarakat yang prihatin. susah juga nak dapat kepercayaan orang. dah lah kita tak kenal, lepas tu minta tumpangkan. kalau dibuatnya yang minta tumpang tu orang jahat, macam mana?

lega.. alhamdulillah. niat baik, Allah tolong :)

terima kasih encik md noor!

2 comments:

  1. aku ade atuk sedara nama md noor...tp rasenye dia xde unser kot...jd bukan dia la tu kot...hak hak... :P

    ReplyDelete
  2. ray>>
    tak tak.. bukan atuk sedara ko.. huhu~ takde iras ko..

    ReplyDelete