Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

05 June 2010

Filem Lagenda Budak Setan yang I rasa tak best

Bismillahirrahmanirrahim~

uhh~ dah tengok muvee Lagenda Budak Setan. one of my favorite novel. memang novel tu best sangat. garapan and story line yang touching the heart lah! penderitaan Ayu, ke'setan'an Kasyah, dan tiba-tiba si setan tu jadi pencinta agung.

lepas tu dapat tau pulak novel ni difilemkan. wah. memang sangat tak sabar tunggu filem ni. i letak high expectation kat filem ni. i sangat harap filem ni sehebat novelnya.

lepas je 3jun2010, dah banyak komen-komen dalam fB yang komen pasal filem ni. tak ketinggalan blog-blog pun dah start bising pasal this film. *apa hal ayat aku makin skematik nih*. ramai member kat fB suruh bawa tisu banyak-banyak kalau nak tengok cerita ni.

i pun pergilah tengok, with my sisters.

ok, frankly speaking, i bagi 5 over 10. haha~ dahsyat kan? kenapa? sebab i tak dapat rasa jiwa ayu dalam lisa surihani dan shiqin tu dan tak dapat rasa feel kasyah dalam farid kamil. i rasa macam diorang tak dapat menjiwai watak tu dengan baik.

hoh! aku cakap macam aku pandai berlakon, kan? tak, aku tak pandai berlakon. tapi aku cakap sebagai penggemar muvee. haha. kita tengok cerita kat wayang, mesti nak rasa feel dia kan dan kepuasan.. ke sebab i letak expectation tinggi sangat kat filem tu, kot...

tapi ada juga part yang i rasa terkesan di hati dalam muvee ni. haaa.. part terkesan tu yang aku tak dapat rasa sepanjang watching this film. hanya few parts sahaja.

1- part ayu kena belasah gila-gila dengan azmi. masa tu memang aku tabik rr kat lisa dan que sebab mampu buat bulu roma aku meremang. memang mantaplah cara azmi membelasah ayu. fuh! tapi ada terhilang feel bila, lepas je kena belasah, ayu buat muka marah, yang buat 1panggung gelak. serius! pelik betul muka lisa berkerut macam tu. adeh.

2- lagi satu part katerina. i suka fazura bawak part excited dan menggelabah. haha! seronok! serius! dia memang sangat pandai bermain expression muka. sangat tabik! tu je la yang i suka kat fazura. tapi belum seanggun dan se'high class' dan se'educated' katerina dalam novel tu.

part tak berapa best
1- masa ayu kena paksa kahwin dengan azmi. apa hal i rasa macam suzana tu jauh lagi sedih dari ayu yang kena paksa kahwin? haha, serius, i tergelak masa scene ni. maaflah.

2- part ayu dah kena 'bungkus' sebab accident. hidung tu takde ruang langsung untuk bernafas ke? apsal i rasa macam orang-orang yang bekerja untuk filem ni tak kaji dulu novel yang sangat best-seller dulu ni?



3- lagi tak b0leh blah, masa doktor bagi tau ayu hilang ingatan, tiba-tiba mak ayu peluk kasyah pulak kan. memang 1panggung bisinglah masa tu. apa hal lak nak peluk kan? sedih sudeyy~ ramai gila perempuan peluk farid kamil dalam muvee ni. adui. macam banyak sangat pulak scene peluk tapi aku tetap tak rasa 'cinta agung' kasyah tu. oh, gagal.

perrhh~ tak pernah aku buat komen filem sampai gini punya komen. maaf kepada pengusaha dan pelakon filem ni dan juga kepada mereka yang sangat suka filem ni. nampaknya, pada i, novel dia lagi hebat dari filem (^_~)v

tiap orang lain persepsi, macam yang i cakap, mungkin i terlalu letak high expectation pada filem ni. tu yang kurang puas hati lepas tengok muvee ni.

hah! ada satu lagi yang kurang manis lah dalam filem ni. harap pengarah-pengarah filem lebih prihatin kalau buat filem lepas ni *ceh, macamlah ada pengarah filem baca blog kau!* haha.

masa zaman ayu dan kasyah kat kolej tu, lepas kasyah berjaya buat push up, ayu meluru kat dia, ayu menunduk. then, nampak sikit bahagian belakang badan lisa masa dia menunduk tu. gila rr! ayu dah tak jadi 'ayu' beb!

urmm~ pada i, memang story line ni gagal ceritakan lagenda sebenar kasyah tu. dan setiap pelakon macam tak baca novel tu untuk dapat feel watak diorang.

-_-" sedih! dengarnya ada sambungan. tolonglah jangan buat teruk macam ni. jahanam novel yang sangat bagus tu.

5 comments:

  1. hi. kis pun dah tgk ari tu. mmg scene mak Ayu peluk KAshah ktorg gelak.. adeh la.

    kis mmg setuju dorg kuremg feeling la. xdpt rasa kehangatan cinta dorang puuun ;P

    ReplyDelete
  2. huhuhuhuuuu kalau bab2 ekspresi muka,mmg lisa tu stiff habislah..dia dari dulu muka cam tuuuuuuuuuu je..

    ReplyDelete
  3. akiss ferrero>>
    haaa.. tak feel.. aduhh~ sedih pulak kan..

    rossoneri>>
    haha~ aduyai.. sian ahadiat akashah.. walhal novel tu best..

    ReplyDelete
  4. heheh...aku pi die nye premiere...seems like ahadiat akashah happy je...muke die happy je hari tuh..but seriously cite nih buat aku nk tido.......
    hahahahah...

    ReplyDelete
  5. farah>>
    ahadiat akashah hepy sebab takmo org yang buat filem tu trasa kot.. ngeh3

    ReplyDelete