Bismillahirrahmanirrahim~
Alhamdulillah, hari ni dapat balik rumah awal sikit dari biasa. Awal tak awal sangatlah. Around 9.30 malam sampai rumah. Sampaikan ada seorang staf tu tegur i masa i tengah punch in, jam 8.10 pagi, "Nadia tidur dan bangun kat rumah pukul berapa? Sampai kerja awal, balik kerja lewat. Peliklah saya. Bila masa Nadia tidur?"
Urmm~ i jawablah, "Pekerja berdedikasi, memang macam ni. Seluruh waktu dan tenaga dikorbankan untuk GeoInfo." Eh, eh. Tak. Terberlagak pula. Ter, ok. Ter. I jawab dengan senyuman *eceh, bajet lawa ke?* "Tidur pukul 1 atau 2pagi. Bangun pukul 6.15pagi."
Kawan tu tanya lagi, "Tak ngantuk ke? Macam sekejap je tidur tu."
Hehe. "Setakat ni tak, Alhamdulillah, masih boleh bertahan. Kadang-kadang termengantuk masa kerja tu ada juga. Tapi biasalah waktu tengahari."
Ahaxx! Setahu i, orang dewasa hanya perlukan tidur berkualiti, BERKUALITI around 5 hours je. Betulkan i if i tersilap, ok?
Tadi masa mengajar si eno wutta wutta membuat esei bahasa inggeris yang berjudul earthquake namun dieja oleh beliau sebagai 'eartquake', tiba-tiba si engineer tupperware dan si eno wutta wutta ni main tolak-tolak bahu pula. Eceh. Tolak-tolak bahu manja.
Semuanya bermula selepas i menegur sedikit kesalahan pada esei si Eno itu. "Ni salah ni, Eno. Kak Ira tak check ke tadi?"
"Kak Ira ni tipu Eno. Dia tak cakap apa-apa pun lepas baca esei Eno." Eno wutta wutta ala-ala mengadu.
"Eleh, Eno tu selalu tipu Kak Ira. Sampai biru lengan Eno, Kak Ira cubit sebab Eno tipu Kak Ira." Engineer tupperware ni pun nak mengadu, tak puas hati.
"Awak cubit lengan Eno sampai biru? Apa yang Eno buat sampai macam tu awak cubit dia?" I memang terperanjat. Jarang si engineer tupperware tu bertindak ganas kepada adik sendiri.
"Eno tipu Kak Ira, dia kata dekat kedai ibu ada ASTRO. Ira geram la. Cubit lengan dia sampai biru."
Hahahahahahaha.
Berdekah i ketawa. Sampai kena marah dengan daddy co0L. Co0L daddy... coo00LL hehehe~ "Awak nak belajar ke nak memain?". Ngeng punya engineer tupperware! Pasal ASTRO pun nak cubit adik. Tuan-tuan dan puan-puan di rumah, jangan tiru aksi ini, ya?
Tiba-tiba se Eno wutta wutta lagi tinggikan suara. Tak puas hati nampak...
"Ala, Kak Ira tu lagi teruk. Kak Ira tipu Eno. Kak Ira pura-pura pengsan macam sawan. Dah la tak ada siapa pun kat rumah masa tu. Eno dah nak menangis, tiba-tiba Kak Ira bangun, gelakkan Eno. Teruk tau Kak Ira ni!!"
Wah, penipuan si Ira ni lagi dahsyat. Haha. Ngong. I gelak aje la.
"Eno nangis ke?" I tanya.
"Iye lah! Kak Ira pengsan, pastu macam kena sawan. Tak ada siapa kat rumah masa tu."
"Oh, maknanya Eno sayang Kak Ira lah kan?" hahahaha engineer tupperware ketawa.
Eno dah malu. Haha. Ngeng. Tergelak la kami bertiga. Ceh! Eno tu, Nampak je macam ganas, tak girlish langsung, tapi dalam hati ada taman. Hehe.
Ok, sekarang, jam 11.58malam, budak berdua tu dah ada dalam bilik. Tapi tak reti-reti lagi nak tidur. Still bergelak ketawa. Menggunakan bahasa inggeris. Like they always said, 'CBNer is always CBNerssssss~'(CBN: Convent Bukit Nenas). Ok, fine. I Puteri Wilayah. CBN dan Puteri Wilayah memang selalu bergaduh. Can't deny.
Seronok. Seronok berada di rumah, dengan adik-adik yang gila, oh, gila-gila macam ni. Kenapalah aku ada adik macam diorang? Sebab diorang ada kakak macam aku. Haha.
(^_^) alamak, esok diorang baca blog i ni, mesti diorang bangga... i kata seronok diorang ada kat rumah. Oh, tak... *takmo admit*.
Heleh, dedication dalam tesis i? Erkkk... both u bring joy to my life. Urmm~
Sayangilah adik-adik anda. Eceh. Walaupun kadang-kadang perlu menampar, merotan, marah *tapi kaklong marah kelakar (kata eno)*, sebab, sebagai anak sulung, anda contoh.
Aku ni kakak yang baik ke untuk adik-adik aku?
Selalu bertanya sendiri.
-_-"
biasalh cubit-cubitan..cubit2 manja
ReplyDeletefideila>>
ReplyDeletealololo~ manjanye.. haha~ cubit2 tak biasa kott.. hihii~
Salam. Kak long kene la tegas, klu x mcm mane adek2 nk dgr kate Kak Longnyer..... hehehehehhe :-)
ReplyDeletealamak. gerun r nak jadik adik nadia. (T____T)
ReplyDeletemokhtar>>
ReplyDeleteerrrkk?
aqma>>
hahahaha~ tau takott.. :P
yeah sayang2..gado2 manja je..
ReplyDeletemahira_oya>>
ReplyDeletehihi~ bese la tuh~ alala mucuk-mucuk je.. :D